Kalini nak bercerita pasal kisah aku balik kampung masa Chinese New Year haritu. Yer, dah 2 bulan lebih. Giler kentang dah basi cite nih. Takpe, dari terperuk jer dalam kepala hotak haku nih, dan dari teperuk jer gambar2 dalam laptop. Moh ler aku upload dalam blog jer. Dah bosan punyer pasal hujung minggu nih, kan.
Entri ringkas aku dah update KAT SINI. Yang tu sangat ringkas lah, sebab ku duk kat kampung dalam 4-5hari kot. Dan ya, aku balik kampung ngan Encik Kuneng. Dan gambar2 pun tersangat lah banyak, sampai aku tak tau nak upload yang mana. So, upload jer banyak2. Dan aku dah separate-kan cerita ni kepada beberapa bahagian. Sila berdepan dengan risiko muntah hijau kalo nak mengadap entri2 nih. Muahahaa~ ;D
Terima kasih Encik Kuneng sebab sanggup teman diri ku balik kampung. Kalo awak tak boleh teman, tak dapek lah eden balik kampung haritu, sebab semua abang & kakak kat JB nih tak balik kampung. Akak yang duk kat Skudai jer balik. Tapi kete dia dah penuh. Dan aku plak, nak balik ngan kete sendiri, takmo tumpang kete orang.
Okeh, straight tu the story.
Okeh, straight tu the story.
Khamis, 03.02.2011
Kitorang bertolak dari JB pukul 5pagi. Awalnyer....Yerlah kauu...jauh tu nak balik. Biasanya balik kampung (ngan abang @ kakak), ambik masa 10 - 12 jam. Depends la kalau banyak berhenti rehat, berhenti makan, berhenti tido, dan depend juga pada kelajuan kete.
Ni first time balik sendiri, drive sendiri dengan kete sendiri. So, taknak la bertolak lambat sangat. Nanti kang dah malam masih on the way, confirm aku tak tau jalan. Aku nih rabun, bila dah malam, lagi teruk tahap kerabunan aku nih.
Penat ea? Cian dier.. ;D
Tergelak2 & excited nak snap gambar kete nih.
Sebab nombor plet dia sama ngan kete aku.
Nombor kat belakang tu, bukan huruf JDG. Hahahh~ ;DD
Sebab nombor plet dia sama ngan kete aku.
Nombor kat belakang tu, bukan huruf JDG. Hahahh~ ;DD
Berhenti rehat kat Petronas Bandar Al-Muktafi Bilal Shah, Pahang.
Minum lah Redbull untuk memberikan tenaga pada badan! ;D
Aku siap beli Redbull 6 tin sebagai bekal untuk drive balik kampung. Huhuu~
Aku siap beli Redbull 6 tin sebagai bekal untuk drive balik kampung. Huhuu~
Encik Kuneng jer yang drive dari JB sampai Pahang. Sampai kat Pekan, aku drive. Tapi drive 2 jam jer, sampai kat Bandar Al-Muktafi Bilal Shah, tukar balik driver. Sepanjang aku drive 2jam jer tu, Encik Kuneng tak abes2 pot pet pot pet, membebel kat aku & complaint cara aku bawak kete. Bahaya katanya. Yer, aku mengaku cara aku bawak kete aritu memang bahaya.
Alahh...biasa lah, time tu kan aku baru jer dapat lesen memandu & baru jer drive kete 2 minggu. Kete pun baru keluar tak sampai 3 minggu. Maunyer tak bahaya. Orang baru pandai bawak kete, takkan nak expect aku bawak kete macam orang yang dah bawak kete bertahun2. Kan kan??
Last2, Encik Kuneng yang bawak sampai kat kampung. Kesian gak tengok dia penat. Tapi nak buat camane. Hahaa~ ;D
Jalan balik sana plak memang rosak giler. Masa tu kat Terengganu, tapi tak ingat dah kawasan mana. Yang pasti, kawasan hutan. Huiii~ aku plak yang rasa saket, kesian kat kete yang baru tak sampai 3 minggu berada atas jalan raya nih. Sape tak sayang kete wooiiiii~
Jalan balik sana plak memang rosak giler. Masa tu kat Terengganu, tapi tak ingat dah kawasan mana. Yang pasti, kawasan hutan. Huiii~ aku plak yang rasa saket, kesian kat kete yang baru tak sampai 3 minggu berada atas jalan raya nih. Sape tak sayang kete wooiiiii~
Aku memang confident nak balik sendiri, dan agak confident yang aku ingat jalan dari JB sampai ke kampung kat Besut, Terengganu. Walaupun yang aku ingat hanya 90% jer kot dan dah lama tak balik, dan risau takot silap jalan.
Masa sampai kat Permatang Badak, call abang ipar nak tanya jalan. Sebab kat situ ada simpang 3, tak pasti ikut kiri ke kanan. Pastu sampai kat Kuala Berang, lagi sekali tak sure jalan. Lepas beli limau mandarin kat kedai2 tepi jalan tu, Encik Kuneng pun bertanya la kat sorang pakcik kat situ. Nasib baik la pakcik tu tau gak. Haha~ ape da..takpe, malu bertanya sesat jalan. Ye dak?
Dan akhirnya, selamat jugak sampai ke kampung halaman. Alhamdulillah...sampai umah dalam pukul 4petang kot. Ape lagi, borak2 la ngan akak sulung. Dah lama kot tak bertanya khabar.
Pastu teman Encik Kuneng pegi beli joran. Layankan ajer lah si kaki pancing nih. Dah dia nak sangat mancing kat sini. Tapi time tu kan raya cina. Kedai2 kat sana banyak kedai milik orang cina. So, mana la ada kedai yang bukak. Mesti la diorang beraya. Dan tak dapat la Encik Kuneng beli joran. Huhuu~ takpe2, esok lusa boleh beli yer. ;p
Then pegi lepak2 kat tepi pantai, kat hentian bas, dekat ngan jeti ke Pulau Perhentian. Dah lama tak pegi situ. Ramai jgak orang time tu.
Uikss~ nape aku nampak kurus jer dalam gambar nih?
Dah nama kat tepi jeti, mesti la ada bot2 nelayan, bot2 pelancong dan macam2 la kot.
Then balik umah, tunggu kakak aku yang duk Kuala Terengganu balik. Tak sabar nak jumpa anak dia, si Adam Bakri (eh, Adam Bakri ke Adam Badri ntah. lupa plak ;p ). Dah besar agaknye si Adam nih.
Dan mempersembahkan...si Adam yang bulat mulat lagi notty & tak boleh duk diam....
Awwhhhhhh....comelnyer Adam yang bermata bulat, berpipi tembam, berperut buncit, suka senyum, berlesung pipit, pemalu nak mengadap kamera....
dan......
Comot...!!!
Hahahahahhh...!!!!! ;DD
Last but not least, fav picture for this entry...
Gambar kat tepi pantai tadi. Sebenarnye takde la gelap sangat pon.
Hee~
Favourite untuk entry nih. ;)
Ok bye. Sambung cite di next entry.
. Tweet
No comments:
Post a Comment