Tuesday, October 25, 2011

Bayi tertukar semasa dilahirkan. Ingatkan dalam drama jer ada benda camni.

Sebelum ni kita tengok cerita mengenai bayi yang tertukar @ ditukar selepas dilahirkan dalam drama @ filem jer, kan. Contohnya macam dalam drama...errr..ape ntah tajuk drama2 tu. Yang pernah aku tengok, drama indon, etc. *ape da..nak bagi contoh pun tak boleh. -.-


Haa...cite Desperate Housewife pun camtu jugak kan. Dalam Season 7 kalo tak silap aku. Anak Gabrielle SolĂ­s (Eva Longoria), telah tertukar ngan baby lain semasa diorang dilahirkan.Cerita Puteri Yang Ditukar petang2 kat TV3 tu pun ada kena mengena ngan topik ni tak? Err...ntah la, aku tak tengok pun drama tu. Kan keje. -.- 


Okay2. Lets get back to our sentence (ntah pape) --->


Ingatkan dalam drama jer ada kisah camni, tak sangka in real life pun ada terjadi perkara camni. (haaa...baru la sampai ke kisah yang nak diceritakan. kehkehh~) 


Kisah ni berlaku kat Amerika, dua orang kanak-kanak perempuan (sekarang dah umur 12 tahun) tertukar semasa dilahirkan. Selama 12 tahun tu la diorang hidup ngan ibu bapa yang bukan ibu bapa kandung diorang. Dan selepas mengetahui perkara sebenar, kedua2nya still nak duk ngan parent yang besarkan diorang tu. 


Ish ishh...itu lah yang dikatakan kasih sayang. Walaupun dah tahu yang diorang bukan duduk ngan ibu bapa kandung & dah jumpa keluarga sebenar, diorang still nak bersama yang orang yang besarkan diorang dari kecik. Betapa kuatnya kasih sayang diorang kat parents yang besarkan diorang tu. 


Tapi...ikatan kekeluargaan tu tak penting ke? I mean, dah jumpa ibu bapa kandung, takkan takde perasaan langsung? Err...ntah la.




Kalo tengok camni pun, memang tak sama kan. Lebih2 lagi ngan mak & adik dia.
Tapi kalo ngan bapak dia, macam ada iras2.



Perkara di disedari selepas bekas suami salah seorang ibu tersebut taknak bayar duit untuk anak tu. Si suami tu taknak bayar sebab katanya muka budak tu langsung tak sama ngan dia. Lepas tu ujian DNA dijalankan, & memang sah dua2 tu bukan ibu bapa kandung anak diorang. 


Sekarang kedua2 parents tu dah jumpa balik anak kandung masing, dan tengah nak saman hospitral yang buat silap tu. Hoh, saman jangan tak saman! 


Sumber KAT SINI.


So kawan2, sila tilik muka masing2. Sama tak ngan parents korang? Ngan adik beradik korang? Hehee~ ;p 


.