Aku baru dapat tahu berita ni. Walaupun sebenarnya dah beberapa hari keluar. Tu la, aku ni bukannya selalu tengok berita @ baca paper. So, ape pon tak tau. Ishkk~
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Sumber : BERITA HARIAN.
Dari apa yang aku dengar kat berita, air tu sendiri boleh jadi tempat penyakit membiak, dan menyebarkan penyakit. Even orang tu sihat, boleh jugak kena penyakit kalo air tu ada kuman. Err..lebih kurang camni la ayat dia.
Sebelum ni semua orang cakap spa ikan ni menyihatkan. Boleh melancarkan perjalanan darah, membuang sel kulit mati kat permukaan kulit, refleksologi kaki, pedicure, etc. Yang tu aku setuju la. Tapi bila difikirkan balik, memang betul jugak larangan untuk hentikan terapi ikan ni.
Kata lah orang yang berpenyakit tu pegi buat rawatan. Kuman @ virus tu mesti masuk dalam air, kan. Then kita pegi buat terapi kat situ. Air plak still air yang sama. Korang rasa berjangkit ke tak berjangkit? Ikan tu plak, bersih ke? Ntah la.
Ni dari sudut logic. Kalo dari sudut sains, maybe banyak lagi faktor dia.
Bagi pengusaha2 spa ikan, mesti bisness merundum dah lepas timbul isu ni. Yerla, sape yang nak risiko kan kesihatan, kan. Tak tau la kalo ada jenis yang ignore jer semua tu.
Kalo still nak uat terapi ikan jugak, bela jer ikan2 tu kat umah. Buat spa sendiri. Private fish spa. Khusus untuk kau jer. Takde la berisiko berjangkit penyakit ngan orang lain. Lain la kalo korang sendiri pun ada penyakit. Hahahh~
Aku plak bukannya suka buat terapi ikan. Memang tak suka. Sebab GELI! Ishkk...serius, geli. Yer, aku ni memang mudah geli. Walaupun tak pernah try fish spa ni. Haha..tak pernah try, mana tau geli ke tak, kan. Sengal. Tapi yang dah try pun cakap memang geli, walaupun diorang cakap mula2 jerla geli, lepastu ok jer.
Ahh, walaupun takde orang orang cakap geli ke tak, aku tau benda tu memang geli. Bayangkan ikan kecik2 tu berkerumun ramai2 kat kaki kau, pastu gigit2 kaki kau. Huwaa~ mekasih jerla. Memang aku taknak!
Tengok ni. Geli tak geli tak?
Tolong cakap geli!
Erkk~ yang ni lagi la aku tak sanggup.
Sori, lucah sikit gambor nih. Muahahaa~
Sori, lucah sikit gambor nih. Muahahaa~
Sumber : SINI.
Kalo korang pegi Sabah, kat Ranau ada fish spa yang ikan2nye besau gedabak. Itu aku tak tau la apa rasanya. Kalo ikan kecik rasa geli. Kalo ikan besar camane pulak? Ish ishh...
.
3 comments:
betul,terapi ikan tu geli
saya pernah cuba sekali je hoho tak tahan oh geli
saya pernah pergi yg kat ranau tuh..best sangat2...ikan2 tuh sgt manja..die hisap2 kaki..mula2 geli geleman..lepas bbrp minit rasa best sgt..:)
yeke. dia hisap ea, bukan gigit? ishhh..tak berani kot ikan besar camtu. huhuu~
Post a Comment