Tuesday, November 29, 2011

The wedding shoes. Mari berangan.

Lets checkout Kim Kardashian's wedding shoes --->





Sumber : celebuzz



OMG! Its so simple, but yet sooo pretty!!! Mampu berangan jerlah. -.-




* P/S : my kasut nikah dah beli last week. and i'm so in love with it. tunggu la yer, nanti akan di-reveal-kan. =)


.

Saturday, November 26, 2011

Saturday Night

Its our Annual Dinner and Dance last night, at M Suites Hotel. DnD office kitorang.


Theme : retro. Aku suka sangat ngan tema retro nih. Memang excited lah. Tapi bila nak pilih baju, memang blur giler. Hahahh~


Here is one of the pictures from my camera. Tengah tunggu gambar dari our photographer plak. ^^



retro ke?



Ok bye~ 


.

Tuesday, November 22, 2011

Misi mencari kasut nikah | suspen tengok Malaysia vs. Indonesia

Salam hari Selasa! 


Harini kat mana2 semua orang sibuk duk cakap pasal bola. 


Honestly, aku sebenarnya takde la minat sangat tengok bola. Aku bukan jenis yang akan duk depan TV semata2 nak tengok bola. Bukan peminat fanatik la maksudnya. 


Semalam aku cuti. Pegi menjelajah beberapa shopping mall. Misi mencari kasut nikah katanya. Tapi hampa. Dari Plaza Angsana, AEON Bukit Indah, Sutera Mall. Sangat hampa.


And thanks to that football match, jalan raya sangat lengang semalam. No traffic jam! I mean, time dekat2 pukul 8pm la. I guess semua orang duk mengadap TV, duk bersorak kat rumah or kat kedai mamak. Takde la stress sangat aku nak drive & nak kejar masa. 


Sampai rumah around 10.15pm. Bukak TV3. Oh look, its football match. Masa tu dah separuh masa ke-dua. So, macam biasa aku duk online, meng-google sambil tengok tv.


Tapi bila dah tengok bola, google meng-google ni kurang di-beri tumpuan. Mata lebih kepada TV. Kesudahannya, memang tolak ketepi dah laptop ni. Hahahh~ 


Eh, memang suspen betol la. Tak pernah aku tengok bola suspen macam ni tau. Nasib baik aku tak menjerit2. Kalo menjerit? Erkkk...mana syiok duk menjerit sorang2 kat rumah. Rumah2 sebelah ada la yang duk menjerit2. 


Sambil tengok bola, sambil SMS Encik Tunang. Semangat jugak dia nak tau perkembangan score. Hehehh~ Maklaumlah, dia keje shift malam. So, tak dapat la nak tengok match tu. I think lagi half an hour nak habes match baru dia dapat tengok kot. Itu pun sebab waktu rehat.


Nasib baik la harimau muda menang. Kalo garuda muda yang menang? Erk...tak boleh bayangkan. Bagi aku, kalo kalah lawan ngan negara lain ok kot. Tapi kalo kalah lawan ngan Indonesia...memang teruk la kena bahan. Dah la masalah "perkauman" membuak2. Korang paham la maksud aku, kan.


Dan tadi, pagi2 buta Encik Tunang SMS : td bebudak air asia sambut bola malaysia balik 


Aku yang baru bangun tido blur~blur. Sambut bola Malaysia balik? Ape tu? 


Lepas tu baru paham. Owh, rupa2nya pasukan bolasepak Malaysia. Ape da... 


Untuk pengetahuan, Encik Tunang keje kat Air Asia Sepang. Semalam pulak dia keje shift malam. So, agaknya sempat la diorang sambut pasukan harimau muda kat LCCT tu.



Around 2.30 am dah sampai M'sia.
Sumber



Err...lepas habis match terus naik flight balik Malaysia? Fuhh..penat berebut bola pun belum hilang. Memang penat tuh. 120 minit duk kejar bola. Kalo aku, 12 minit pun dah semput. Atau 2 minit dah semput? Erkk~ Ok fine, memang aku takde stamina.






Tahniah harimau muda. Walaupun diheret hingga ke penentuan sepakan penalti dan jelas semua pemain kepenatan, harimau malaya tak mudah mengalah. Akhirnya harimau muda berjaya mengalahkan garuda muda 4-3. Tahniah tahniah! Bersyukur kerana maruah Malaysia berjaya diselamatkan. & wa tabik spring sama itu apek. 



Gol terakhir yang membolehkan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu. 
Terlihat jelas kekecewaan penjaga gol Indonesia. 
Bola yang ditampan masuk juga ke gawang gol.
*eh, apesal ayat skema dah macam wartawan sukan neh? ;p 
.




* P/S : harini cuti umum bagi negeri Johor. Hari Keputeraan Sultan. so, misi mencari kasut nikah akan diteruskn harini.  harap2 jumpa la yang aku duk berkenan tu. PLEASEEEEEE!!!!


.

Sunday, November 20, 2011

E-Day Part 2 : The Hantaran's Story

Lets resume my story (yang dah basi) about our engagement, 2 months 2weeks and 4 days ago. Hahahh~ 


Kalini nak reveal hantaran both for me and for him. Dua2 hantaran ni aku buat sendiri. Memang sangat buruk, tak glemer dan tak secantik hantaran yang di tempah @ di gubah oleh professional. 


Tambahan pulak, memang aku tersangat busy dan tak sempat nak siapkan semua hantaran awal2. So, memang serabai punyer hantaran la. T_T 



Hantaran for me. Pink + Peach (tapi macam soft orange pun ada)


Sirih junjung. 


Sirih junjung ni daun sirih plastik tau. Walaupun daun plastik bermaksud boleh siapkan awal2, tapi tetap tak sempat nak buat. Malam sebelum majlis baru aku gubah sirih junjung ni. 


Aku ambik idea dari majalah. Bagi aku, dah cukup cantik dah (bagi korang, tak tau lah). Tapi bila dah di bawak oleh rombongan Encik Tunang dari hotel, daun2 sirih tu dah "lari" dari kedudukan dia. Hukhukk~ 



The cincins.
Cincin merisik + cincin tunang.



Baju kurung. Kaler peach. 
I'm so in love with this baju kurung. 
& cant take my eyes of it. *cewahh~ ;p



Kasut.
Gold + leopard print. 
Charles & Keith. 
Beli kat Singapore bulan pose haritu.



Kek. 


Tak berapa berkenan ngan kek macam ni untuk hantaran. Tapi sebab masa aku pegi beli tu 2 hari sebelum tunang, dan semua kedai dah tak terima tempahan sebab tempahan dah terlalu penuh. So, terpaksa la pilih apa yang ada. T_T




Hantaran for him. Blue + White



Baju melayu + sampin. 
Ok, baju nikah untuk Encik Tunang dah ada. ;)




Jam. G-Shock. 



His favorite watch, berkenan betul dia ngan jam G-Shock. Actually Encik Tunang berkenan ngan jam kaler biru. Tapi susah betul nak jumpa. Dah habis satu JB kot kitorang pusing untuk cari jam yang dia nak tu. Sampai ke Midvalley ngan Jusco Seremban. Still takde. So terpaksa la dia pilih yang ni. Tapi dia kata yang ni pun ok la. Alahai...



Polo. 



This one, aku yang pilih untuk dia. Sebab aku sangat suka ngan bau perfume Polo. OMG, its smell is killing me. So, Encik Tunang kena pakai perfume yang aku suka. Muahahaa~ kejam tak aku? Eh, tak kejam ok. Dia pun suka. ;p 



Buah. 



Actually aku beli buah lai 2 plastik beberapa hari sebelum majlis. Tapi bila susun buah tu dalam bakul ni sehari sebelum majlis, errkkk...tak cukup la pulak! So, pada hari majlis tu jugak paksa anak saudara pegi beli ape2 buah jer kat pasar. Majlis kitorang pukul 10pagi. So, agak kelam kabut jugak la. 


Dia beli buah oren. Redha jerlah, walaupun sebenarnya aku nak 1 jenis buah jer dalam bakul tu. -.-



Coklat "Selamat Bertunang". 
It reads :- 
SELAMAT 
BTUNANG 
M M


M = Murni (me)
M = Mohammad (him)  ^^


Arrangement, warna, bentuk dan jenis2 coklat tu semua aku pilih sendiri. Even coklat bentuk bunga pun aku pilih nak yang macam mana. Yerlah, kan ada banyak jenis bunga. Mesti korang fikir aku ni jenis yang cerewet, kan. Eh, takde la cerewet pun. Sebab coklat ni pun biasa jer, takde la cantik sangat. Tapi aku suka! ;)


Coklat ni aku order ngan sorang akak lawyer. Seminggu sebelum aku balik kampung. Actually dah lama bagitau dia, sebelum bulan puasa lagi. Cuma aku jer yang tak confirmkan ngan dia. Lagipun aku plak nak arrangement coklat yang aku pilih sendiri. 


Nasib baik akak tu still terima order aku lagi. Maklum la, time tu dekat nak raya. So, banyak la order tempahan yang dia kena siapkan. Walaupun aku sebenarnya tak berapa suka ngan kotak tu sebab dah menutup bentuk coklat & huruf2 kat coklat tu.


Whatever it is I must say, her chocolate is super delicious.Betul, tak tipu. Encik Tunang pun cakap camtu jugak. Sampai 9 ketul dia makan masa dalam kereta on the way balik JB after our engagement. Hehee~ ;D



Kuih.



Kuih ni pun pagi sebelum majlis tu baru pegi beli kat pasar tau. Beli sekali ngan buah kat atas tadi. Giler lah last minute. Korang perasan tak bunga2 kat tepi kuih tu buruk jer susunannya? Hahh...memang la buruk. Sebab letak2 camtu jer. Dah nama pun last minute, kan. Tak tau la sape yang letak. Time tu aku tengah bersiap. Redha jerlah.


Satu lagi hantaran untuk Encik Tunang adalah pulut kuning. Tapi takde la pulak gambarnye. 


Actually, kuih & pulut kuning tu tak terancang pun. Aku nak letak sirih junjung ngan cupcake. Tapi bila balik kampung, my eldest sister plak suggest untuk letak pulut kuning, sebab katanya biasanya family kitorang akan letak pulut kuning atas dulang hantaran. Ok, so aku ikut jer. Asalkan ada orang yang boleh buat pulut kuning tu. So, my eldest sister la yang buat pulut kuning tu.


Dan cupcake? Aku dah cari cupcake untuk Encik Tunang masa beli kek kat atas ni. Tapi takde yang cantik, nak dapat yang comel lagi la susah. Kalo ada pun, semua jenis lama. Buruk jer aku tengok. Ishhh...kampung aku ni ketinggalan ke ape? Kesudahannya, kena ganti ngan kuih.


So semua sekali 5 dulang berbalas 7 dulang.



Kesimpulannya, memang hampir semua hantaran ni buat last minute. Ada beberapa hantaran yang aku buat kat JB, i.e. hantaran cincin (siap separuh), baju kurung, baju melayu, jam & perfume. Dan semua tu aku letak dalam kereta, bawak balik Terengganu. Korang bayangkan benda tu semua nak kena susun betul2 dalam kereta. Dah la barang banyak. Hukhukk~ T_T


Bila terkenangkan kisah hantaran ni, memang aku rasa macam dah serik nak buat last minute. Tapi nak buat camane, semua barang hantaran tu tak boleh siapkan awal2, sebab memang ada item yang tak boleh siapkan awal2, contohnya kuih, pulut kuning, buah. Makanan la basically nye. Tapi untuk hantaran kawen, aku tetap nak buat sendiri jugak. Cuma perlukan plan, dan memang kena buat beberapa bulan sebelum majlis.


Itu belum cerita part lain yang semua last minute, dan tak menjadi seperti yang aku plan. Lain kali la aku cerita yer, di lain entri.




Ok, thats all for this entry. 


Click HERE for my entry about our Engagement and the pictures.



Thanks for reading!


.

20112011

Good morning people! 


Its 20.11.2011. Satu lagi tarikh cun tahun ini. 20112011. 


Dan macam biasa, mesti ramai b2b yang kawen harini. 







Harini ada satu wedding yang perlu di-attend. Malas pulak rasanya nak pegi sana. -.-




Bye~ 




.

Saturday, November 19, 2011

Inspirasi : Kasut Nikah

What is your idea for your wedding shoes? I am now searching for a solemnization shoes. Terlalu awal ke untuk cari kasut nikah? Err..aku rasa apa yang boleh diselesaikan awal2, better buat dulu. Nanti dah last minute, lagi la pening. 


Memandangkan baju nikah warna putih, so i choose white color, peep-toe, high heel shoes. Tapi takmo la yang tinggi sangat. Seksa jer nanti. Taknak kasut yang muncung tajam tu. Lebih suka pumps. =)


Sebenarnya aku suka kasut yang simple jer. Yang kosong macam ni pun boleh --> 





 Sumber : thisnext







Pure Beautiful Christian Louboutin Greissimo 140mm Knotted Chiffon And Satin Peep-toe Platform Pumps White.
Tinggi bangat nih~
Sumber : pumpsplaza



Or maybe yang ada kristal macam ni? Boleh tambah kerongsang.
Sumber : swatchbookwddings






Macam mana dengan kasut yang ada glitter2 macam ni --->



Sumber : thefashionpolice 






Yang ini sangat2 cantek!
Sumber : glitzy-n-glamorous


Another thing is, nak pilih kasut yang full macam ni ke atau yang sling back?


Sumber : classywed


Sumber : wedimpression


OMG, this glittering slingback shoes is gorgeous!!! 
But it is silver kaler la. 
Sumber : namyra


This one not so silver. 


So yang mana satu ea? Yang full ke atau sling back? Help me!!


Lagi satu, actually i dont prefer white colored shoes. Sebab aku rasa kasut kaler putih ni hanya sesuai untuk yang berkulit fair. Aku ni tak fair. Gelap ade la. So, macam tak sesuai nak pakai kasut putih. Tapi sebab theme nikah is white, kena la pakai kasut putih. -.-





P/S : kasut sanding? Takde idea, sebab baju sanding belum ada. Hehee~



.

Tuesday, November 15, 2011

a wedding weekend

Weekend yang busy. Busy dengan jemputan kawen kot. Dan sangat penat. 


Maklumlah, minggu ni ramai sangat yang kawen.


I think hujung minggu lepas memang lah "wedding weekend". Ramai betul yang kawen. Ada yang aku tak sempat nak attend pun. Ralat jugak rasanya. -.-



Saturday, 12.11.2011


One of my friend masa kat UKM dulu pun kawen last weekend. Majlis sanding on Saturday, kat Hotel Mayress Kota Tinggi. Aku pulak keje on last Saturday. Aku ingat boleh la terus pecut pegi Kota Tinggi lepas habis keje pukul 1. 


Tapi ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Tambah pulak dengan jalan jem, hujan lagi. Aku dengan gigihnya meredah hujan + jalan jem pegi sana. Pukul 4.10pm baru aku sampai. Majlis tu dari pukul 11.00am sampai 4.00pm jer.


Sampai2 jer, orang hotel tu tengah kemas2 dah. Hukhukk~ buat malu jer tau. Nasib baik masih ada beberapa tetamu yang masih berborak2 ngan pengantin. So, takde la janggal sangat. Sampai2 jer, terus pengantin ajak bergambar kat pelamin. Erkk...sempat lagi kan. Nasib baik pelamin still ada, baru nak kemas. Kehkehh~


Sempat jugak la borak2 ngan pengantin ni. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Tapi tak dapat berborak lama la. Sebab majlis dah habis, pengantin dah penat & time constraint kat hotel tu. & yang penting, masih boleh makan. Aku tak kesah pun. Tapi sebab aku bawak bakal kakak ipar (ececeee~) ngan anak2 dia, takkan la diorang tak dapat makan pulak, kan. ;)



Ahad, 13.11.2011


Wedding kat dewan Jalan Merdeka, Kampung Melayu. Actually ni wedding saudara one of my staff. Hahh...tau la aku sekarang ni kan tengah semangat nak attend wedding. Maklumlah...nak cari inspirasi. Kalo ada orang ajak, terus la aku on je, walaupun tak kenal pun ngan pengantin. Muahahaa~ 


Yang ni best sikit sebab aku ada bawak kamera, so boleh la snap gambor pelamin. Macam biasa, untuk cari inspirasi la katakan, ;p



OMG, pelamin dia sangat cantek okay. 
Macam yang aku nak. Errr...lebih kurang la tema kaler camni.
One of idea yang aku suka. 
So sweet!!! 



Close up. 
Wawawaaaa~ sweetnyer~~ 



Pengantin dah sampai. 



Siap ada zapin bagai~ 




Bila tengok orang kawen, tengok baju pengantin, tengok pelamin (especially pelamin), decoration...rasa macam best giler kot. Macam tak sabar nak kawen. Tapi bila fikirkan semua persiapan yang nak kena buat tu....errrkkkk...terus rasa macam nak pitam!!! 



Ok bye. 




*P/S : hujung minggu ni ada lagi wedding yang kena attend. 20.11.2011. lagi tarikh cantek yer. 


.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam pagi Jumaat!









Cantinyer tarikh harini. Mesti ramai yang kawen harini. Eh, confirm la ramai. Ishh...asal tarikh cantik jer, pikir pasal kawen, kan. Biasa la, B2B la katakan. Kehkehh~ ;p


Penting ke kawen tarikh cantek?  Errr...ntah la. Kalo ada peluang, aku pun suka kawen tarikh cantik camni. Tapi sebab baru jer tunang, tak sempat kot nak plan kawen tarikh cantek nih. Tahun depan? 12.12.12? Oh no no. Maybe lambat sangat. But who knows, kalo ditakdirkan? Erkkk...wallahualam. 


Tapi disebabkan majlis sebelah perempuan buat kat kampung, i.e. kat Terengganu, dan hujung2 tahun camni adalah musim tengkujuh, so sangat la tak sesuai untuk buat kenduri. Kang habis terbang khemah semua kena hentam ngan ribut. Nak ber-outdoor session ngan photographer pon tak boleh, kan. Huaaaa~ So, kena la lupakan hasrat nak kawen tarikh cantik camni. T_T


One of my classmate masa kat UKM dulu sanding esok. I guess her solemnization is today. Congrats! Will attend her wedding tomorrow. And Sunday ada 1 lagi wedding. Hihii~ meriah sungguh hujung minggu ni ngan wedding.





Anyway, congrats pada semua B2B yang melangsungkan perkahwinan harini.





& happy birthday to my handsome nephew. ;)







Bye. 





P/S : auto-publish entry at 11.11.11, 11.11 a.m 




.

Saturday, November 5, 2011

Our Engagement Day.

Hello lovelies~ 


As promised. Here is my entry about our engagement. Disebabkan terlalu banyak gambar kat sini, so lets picture do the talking. *cewahh~



02.09.2011, Hari Raya ke-4.



Ok, nerves. 
Ramai yang duk snap gambar saya. 
Saya nih pemalu, tak suka orang tengok & tak suka jadi perhatian (betul, tak tipu). 
Erkkk..camane nak bersanding nanti ye?  -.-'



Kakak Encik Tunang sarungkan cincin. 
Yayyy!!! Dah selamat jadi tunang orang. *ok, over gedik. 



Cincin risik dan cincin tunang. 



Betul ke ni dua2 sarung kat tangan kiri? Erkk..ntah la. Dah orang sarung, kita sambut jerlah. ;p 


Dan..ada cerita pasal cincin risik dan cincin tunang ni. Sepatutnya cincin risik tu bukan cincin risik, dan cincin tunang tu bukan cincin tunang. Errrr...taknak pening2. Nanti aku cerita di lain entri. 



My sisters & handsome nephew yang duk terlopong. ;p



His nieces. 



Yehooo~ pengantin lelaki dah sampai *ok, yang ni lagi over gedik.
Encik Tunang dah sampai. hehee~ ;p





Malu2 meoww pulak Encik Tunang nih. 
Masa ni cover2 la sopan. Kan majlis tunang. Kehkehh~ 
Aku sempat cakap kat Encik Tunang : duk tepi sikit. 
Sebab tu la dia duk hujung2 tu jer. Muahahaa~ ;D






Terima kasih Encik Tunang, sebab sanggup pakai baju melayu kaler pink.
Kalo tak, tak tercapai la hajat tunangmu ini yang duk berangan for a pink E-day. ;p 



Candid. Tapi saya suka. 
Masa ni tengah cakap ape ntah ngan dia.
Tengah duk discuss nak pose camane kot. ;p



Oh my, i love this one! 
Like...will you mary me, budak chubby? 
(tapi versi bagi bunga, bukan bagi cincin. Hehee~ )
Idea my sister, Kak Ti. ;)



And i said : Yes i do, budak muncet
Kahkahh...gedikkk~



Ini cincinnya~ 







Last but not least...


Jangan nak jadi ayu sangat! ;p




Actually untuk posing2 ni aku mintak tolong my sister, Kak Ti untuk bagi idea. Maklumlah, takde pengalaman nak posing kat pelamin, even mini pelamin. My sister pulak baru kawen. Eh, takde la baru sangat. Around 3 years ago. So, dia la yang duk kat sebelah photographer tak berbayar kitorang & bagi idea. Hehee~ Thank you sister! =)



Ok bye~ :)





P/S : real men wears pink.




.

Dua bulan tiga hari.

Selamat hari Sabtu!


Korang tengah buat preparation untuk Hari Raya Haji esok ke? Mesti ada yang dah sampai kat kampung, kan. Bestnyer balik kampung!!!


Aku tak balik kampung pun. hajat hati memang nak balik. Tapi malas nak apply cuti. Kahkahh~ ade ke camtu? 


Iyer, memang aku nak balik. Tapi bukan sekarang. Plan nak balik bulan depan, i.e bulan 12. Tapi time tu mesti tengah banjir. Even sekarang pun dah start musim tengkujuh kat sana. Haishhh~ camane nih. Kalo tak balik, tak boleh plak. Dah la duk jauh dari kampung. Nak kahwin, majlis semua kat kampung. Camane nak buat preparation? Huaaa~ T_T


Takkan nak balik every week? Every month? Penat + rabak poket aku. Kalo nak balik, at least cuti 4 hari. Kena drive at least 10-13 jam. Duit minyak around RM70. Itu one way. Campur duit minyak balik JB, pegi sana sini. Ishh...macam2 la.


Camane? 


Dah la, malas nak fikir.


By the way, it has been 2 months and 3 days since our engagement day. 3 hari lepas dah wish "happy second monthsary" kat Encik Tunang. Hehee~


Cepatnya masa berlalu. Dan aku masih tak update cerita pertunangan. Kenapa? Sebab kemalasan yang amat. Tu jer yang logik kot. Kalo busy + penat + takde masa tu dah terlalu common untuk aku, walaupun itu lah sebenarnya yang aku hadapi setiap hari. *cewahh..kemain ayat. ;D


Alahh..lagipun segan lah. E-day aku simple jer. Tak macam orang lain. Dan tak berjalan seperti yang aku nak. Mini pelamin tak cantik, baju tak glemer. Takde professional photographer, make-up artist @ mak andam, catering and so on...


Ok, ok enough. 




Disebabkan harini tak terlampau busy (memang la tak busy, kan weekend), maka aku akan me-rajin-kan diri untuk update cerita E-day 2 bulan lepas yang dah basi tu. -.- 





My hand bouquet.




In next entry.


Maybe tonight or tomorrow.  =)



Ok bye~ 



.