Hey, Christmas is coming up in few more days.
Erk? Ok, memang aku tak sambut Christmas. Tapi office tempat aku keje ni memang mengamalkan konsep 1 Malaysia. Semua perayaan kitorang sambut. Termasuk Christmas. Actually bukan sambut pun. Just buat Exchange Gift ngan makan2.
Camane Exchange Gift tu? Macam ni : kitorang kena cabut nama, & tengok la nama sape yang kitorang dapat antara ramai2 staff kat office tu. Lepastu kena belikan hadiah untuk orang tu. Semua orang akan dapat hadiah.
Every year office ni buat Exchange Gift. Ni dah tahun ke-tiga aku dapat join Exchange Gift ni. Owhh...maksudnya dah 3 tahun ke aku kat sini? Ishh...tak caye lah mak...
Syarat untuk tahun ni dah diubah sikut. Harga hadiah mesti lebih dari RM20. Kalo tahun2 sebelum ni, minimun harga hadiah is RM10. Yerlah, sekarang ni nak beli ape je ngan RM10, kan?
Aku dapat nama seorang lelaki. Ishh..memang pening aku duk pikir nak beli apa untuk dia. Serius, aku memang fail kalo bab2 nak bagi hadiah kat orang, especially lelaki. Kecuali Encik Tunang. Banyak jer idea nak bagi hadiah apa kat dia. Hahaa~
Ok, berbalik pada kisah kat sini.
So, aku kena la perhatikan dia dan apa yang dia biasa pakai. Then aku decide untuk bagi sama ada tie @ tie clip @ cufflink.
Sehari sebelum hari Exchange Gift tu baru aku pegi cari hadiah tu. Punyer la penat aku pusing2 City Square tu. Sampai lenguh kaki aku duk cari hadiah ni tau. Akhirnya aku beli ini....
Cufflink!
Cantik tak? Aku rasa cantik. Simple tapi cantik. Dan ramai yang cakap camtu. Dan tuan punya badan pun hepi dapat hadiah ni. Seriously aku tak reti nak pilih benda camni. In fact, ini la kali pertama aku beli cufflink. Malah, aku tak tahu pun apa nama benda alah ni. Lepas beli baru aku tahu. Hahaa~
Aku beli cufflink sebab aku tengok dia selalu pakai cufflink. Ok, just go ahead & buy this thing la, walaupun agak mahal. Takpe, aku lagi suka kalo orang suka dpaat hadiah aku. Taknak la hadiahkan hadiah yang tak senonoh & tak sesuai, kan.
Eh, btw Exchange Gift tu 2 hari yang lepas, i.e. hari Khamis, 22hb. Nanti la aku update cerita on that day ea.
Ok bye~ =)
.
Tweet
No comments:
Post a Comment