Its 5 months and 3 weeks until our wedding day. Yeah, jauh lagi. Lambat lagi. Tapi bila difikirkan semua preparation yang nak kena siapkan tu....errghhhh~
Memang banyak yang aku belum buat. In fact, banyak benda yang masih belum start lagi. -.-'
Whatever. Lupakan pasal faktor masa, kesempitan masa, kekurangan masa. Just go with the flow.
Now lets talk about wedding theme. Aku ni dah pilih tema untuk majlis ke? Err...dah kot. Ke belum? Ntah la. Tapi wedding theme ni kena la pilih awal2. Senang nak buat preparation, including beli barang hantaran, bunga telur, goodie bags, tempah pelamin, e.t.c.
Setakat ni, warna2 yang aku berkenan & Encik Tunang pun dah setuju adalah seperti di bawah :-
For solemnization.
White + with a pinch of red.
Of coz la white kan. With a pinch of red. Bunga tangan mesti merah-menyala-nyer-mak ngah. Tapi satu persoalan. Kalo samping si pengantin lelaki tu kaler merah ok ke? Tak pelik ke? Maybe tak merah menyala la, kan. Just merah sikit2 jer. Ok ke tak ek?
Baju akad nikah untuk aku dah ada. High heels dah ada. Baju melayu untuk Encik Tunang pun dah ada. Bunga ros merah merah-menyala-nyer-mak ngah pun dah ada, cuma nak kena DIY hand bouquet jer. Samping ada, tapi kaler hitam la. Yang aku bagi untuk hantaran tunang haritu. Tapi tak tau nak kena beli yang baru ke tak. Sebab nak sama kan ngan tema la, kan.
Reception (bride).
Blue + white.
Actually Encik Tunang yang nak warna biru untuk sanding. Masa nak pujuk Encik Tunang untuk pakai baju melayu pink for our engagement (yerlah, dia bukannya suka sangat pakai baju pink), dia cakap ok. Asalkan masa sanding nanti ikut kaler yang dia nak pulak. Sebab untuk tunang, dah ikut kaler yang aku suka, kan. Hehee~ Boleh plak kautim macam tu, kan.
Aku ok jer. Sebab kaler biru pun cantik jugak. Tapi mesti biru muda @ baby blue @ turquoise. =)
Tapi....kaler ni macam tak sesuai untuk yang berkulit agak gelap macam kitorang nih. Dua2 pun kulit tak cerah. Huhuu~
Tapi....kaler ni macam tak sesuai untuk yang berkulit agak gelap macam kitorang nih. Dua2 pun kulit tak cerah. Huhuu~
Reception (groom).
Purple + white + pink.
Untuk majlis reception sebelah lelaki, kaler purple putih pun cantik jugak. Kaler ni aku plak yang pilih. Sebenarnya nak kaler purple untuk majlis sebelah perempuan. Tapi since dah setuju ngan Encik Tunang, kena la ikut. Mesti la kena ada tolak ansur. Win win situation la kan. Ni majlis untuk kitorang berdua, bukan majlis aku sorang2. Kalo ni majlis aku jer, confirm la aku buat ikut suka hati aku jer, kan. Err...tapi ada ke pengantin sanding sorang2 jer? Hahahh~
Tapi untuk majlis sebelah lelaki ni, mesti ada kaler pink sikit2. Ishhh...kalo boleh, semua nak ada kaler pink, kan.
Dan sebenarnya kalo boleh, tema sanding untuk sebelah perempuan pun nak campur ngan pink. Maksudnya, baby blue + pink. Tapi takkan la semua nak pink, kan. Nanti tak kena plak ngan tema kitorang. So, terpaksa la tabahkan hati untuk stick ngan tema biru + putih untuk majlis sanding sebelah perempuan. -.-'
* P/S : the colour palette was combined and edited by me. thats why it has my blog's url. jenuh aku nak meng-Google semua gambar tu. [x_O]
.
Tweet
No comments:
Post a Comment