Thursday, December 15, 2011

[MOVIE] Akhirnya...dapat jugak tengok Ombak Rindu.

Setelah beberapa minggu filem ni keluar, baru semalam aku dapat tengok. Sebenarnya macam teragak2 jugak nak tengok movie ni. Tapi sebab ramai yang cakap best, dan sebab aku pun dah baca novel dia, so rasa teringin jugak la nak tengok. Nak tengok sama ke tak ngan jalan cerita dalam novel tu. 




Trailer. 



Bagi aku movie ni memang best lah. Walaupun tak sama 100% dengan novel tu, like...
- Izzah tu ustazah? Tak pun. 
- Bukan ke Izzah diberi pil khayal masa kat pub tu? <--- tak ingat. 
- Izzah duk kat apartment (apartment Hariz), bukan rumah style kampung yang cun gojes woowww ohsem tu. <--- yang ni aku ingat. 
- Kucing tu dihadiahkan oleh Hariz, bukan Izzah kutip tepi jalan. <--- yang ni pun aku ingat.
- Ending sama ke macam novel? <--- tak ingat. 
- Bukan ke Mila dapat anak lepas tu? <--- eh yeke ni. 
- Bukan ke Izzah keguguran masa kejar Hariz? <--- pun tak ingat jugak. 



Eh, semua aku tak ingat nih. Ape yang aku ingat hah?? Ok, it was more than 7 years back i think. Maybe more than that. When i was in secondary school. Kena baca balik kot novel dia. Or maybe aku confuse ngan jalan cerita novel lain. Errr...


Walaupun tak sama 100% dengan novel tu, tapi jalan ceritanya sama la jugak. Kalo nak sama 100% ngan novel, jenuh gak nak buat filem ni, kan. Banyak lagi yang berlaku dalam novel, takde dalam filem.


Dan walaupun ada kontroversi pasal adegan ranjang, pelakon berkemban, etc, filem ni still pecah panggung, kan. Setakat ni kutipan dah RM10juta. Wahh...hampir mengatasi KL Gangster tu! Errr...ke sebab ada adegan camtu yang membuatkan filem ni pecah panggung?


Aku rasa, memang movie ni tak sesuai untuk ditonton oleh remaja bawah 18tahun. Atau mungkin golongan yang belum berkahwin? Err...aku pun termasuk dalam golongan tu la, kan. -.-'



Encik Aaron Aziz, bini hang tak jeles ke hahh???



Ramai yang cakap movie ni sedih, menyentuh emosi, ada yang menangis, macam2 la kot. Memang la sedih. Aku pun bergenang air mata. Nasib baik tak tumpah jer. Tapi bila tengok minah sebelah aku menanges, rasa macam nak tergelak plak. Siap lap air mata ngan shawl dia lagi. Muahahaa~ Kelakar ok. 


Erk..ok fine, tak baek gelakkan orang. Maap.


Disebabkan aku dah baca novel dia, so takde la suspen sangat tengok movie ni. Sebab dah tahu jalan ceritanya dan ending nya camane. Tu yang tak nanges tu. Kehkehh~ ;p


 Oh man. I'm totally in love with guys in suit. 
Especially in white suit! 
I know, this is not even a white suit. ;p



And i must say this : they have choose the right person to act as Hariz! Oh abang ensem. ;p


Btw, aku rasa Maya Karin macam tak sesuai pegang watak Izzah. Ntah la. Macam tak menjadi plak. Macam tak natural. Masa dia menangis pun macam buat2. Nape ye?? Lisa Surihani pulak, sesuai betol ngan watak Mila tu. Natural jerMenjadi betol lakonan dia. 


Bila tengok movie ni kan, teringat balik zaman baca novel ni (erk? apekah??). Aku baca novle ni masa sekolah menengah kot. Even baca novel pun boleh emosi & rasa sedih sangat. Inikan pulak tengok filem dia. Aku dah baca Ombak Rindu ngan Ombak Rindu 2. 





Dan semalam baru aku tahu novel tu ada Ombak Rindu 3. Yeke? Laa...aku tak tahu plak. Sekarang ada lagi ke kat pasaran ek? Rasa macam nak baca plak Ombak Rindu 3 tu.


Teringat plak kat satu lagi novel yang lebih kurang macam Ombak Rindu nih. Emm..takde la lebih kurang sangat.  Tapi memang best! Tajuknya Bicara Hati. Mengisahkan perkahwinan yang bukan berdasarkan cinta. Tapi lama kelamaan, hero ngan heroin tu jatuh cinta. Romantiknya lebih kurang macam Ombak Rindu jugak la.






Errr...rindu plak kat novel2 aku nih. Ntah kat mana la novel2 tu. Ntah wujud lagi ke tak. Dah lama sangat ditinggalkan. Hahaa~





*P/S : sequel please? Ombak Rindu 2???




.

2 comments:

FieZaLieSa said...

hi dear..
bicara hati dah jadi drama..
tayangan die start 3 Jan kat astro prima..=) jom tonton nnt!

Nini Mohd said...

yeke?
bestnyeerrr....!!!
tapi umah saya takde Astro la. huuaaaaaaa...!!!! T_T