Friday, May 11, 2012

jalan2 cari makan.

Hari Khamis lepas, sibuk duk kemas rumah & settlekan kerja2 mengecat. Banyak betul habuk kat rumah aku tu. Tu la, malas sangat nak kemas rumah sebelum ni. Aku ni dah la alergik kat habuk. End up, bersin2 sampai jadi selsema & kepala pening macam migrain.


Nak tak nak, hari Jumaat aku MC. Memang tak larat sangat nak pegi keje. Ngan bersin tak hento2 & hidung yang berair. Klinik yang kitorang pegi tu dekat jer ngan office. Masa pegi klinik tu, dah pukul 6 petang. Tapi time tu doktor takde. Pukul 7 baru doktor ada. So, kitorang pegi makan dulu. Masing2 dah lapar giler time tu.


Plan nak makan kat restoran mamak jer. Then teringat kat situ ada gerai2 kalo time petang ke malam. So singgah la makan kat situ jer. Aku pulak teringin sangat nak makan ikan bakar ngan sup. Hahaa~ Encik Tunang kena la ikut selera si tunang dia yang tengah saket nih. ;p




 APe ek nama tempat ni. Lorong Meldrum kot? Belakang Merlin Tower, JB.



Ada sesetengah orang tak suka tempat ni, sebab diorang cakap kotor. Well...memang agak tak bersih la keadaan tempat ni. Yerla, lorong belakang bangunan jer. Ape kau expect, kan. Tapi kalau kau pergi pasar malam pun, sama jer aku rasa. So, for me takde masalah la pegi makan kat sini. Lagipun murah jer & yang penting - BEST!!  ;)




Air kelapa.
RM3 kot.



Masa aku order air kelapa, aku ingatkan dia akan bagi air kelapa biasa, yang dalam cawan tu jer. Sekali...?? Ngan buah laaa....Memang banyak. Jenuh nak menghabiskan. Aku tak habis pun!





 Sup perut! Yeayy~ OUR favaourite. ;)

  


 Ikan pari bakar. Yesss...my favourite jugak.
Oh, tapi sambalnya sangat berminyak. T_T



Kitorang makan tak hengat. Sampai terlampau kenyang, perut muncet & susah nak jalan. Aiyyaaa~ Tengok camane kitorang makan? Camane tak gemok! Diet? Takde maknanya. Ntah ke mana dah diet miet aku. Hahaa~ lantak lah. -.-


Then malam tu pegi hantar Encik Tunang pegi airport. Dia dah nak balik Selangor.



Jangan nak berimaginasi sangat. ;p


.

No comments: