Friday, May 25, 2012

Perabot untuk rumah kami. Err..rumah sewa yer.

Set bilik tidur & meja makan sudah sampai & sudah selamat dipasangkan kat rumah sewa. Yer, rumah sewa sahaja. Tak mampu lagi nak beli rumah *jujur nih. Last minute beli set bilik tidur ni. Hari Sabtu & Ahad lepas pegi survey. Hari Isnin pegi beli & terus bayar. Hari Selasa malam diorang hantar. Yer, malam baru boleh hantar. Sebab aku balik keje pukul 6. Sebab bos ada kat office, aku tawakal jer punch card TEPAT2 pukul 6. Hohooo~


Nak menempuh jalan jem tu, dekat pukul 7 jugak la baru sampai rumah. Around pukul 7.20 malam, diorang datang pasang. Sekejap jer rupanya pasang perabot ni.



Putehhnyerrr...aku ni dah la tak pandai jaga kebersihan.
Nak jugak tu pakai katil puteh. -.-'





Meja makan.




Actually aku berkenan kerusi yang ada corak damask. Tapi tak jumpa la pulak kerusi camtu. Kalo nak pun, maybe kena tempah. Seriously aku malas nak tunggu yang tempah2 tu. Lagipun aku ada masalah sket untuk percaya hasil barang yang ditempah. Baik beli barang yang dah siap depan mata.


Meja makan ni beli yang kecik jer. 4 kerusi. Sebab rumah pun tersangat kecik. Hati meronta2 nak beli yang ada 6 kerusi. Sebab rasa macam rugi jer beli yang kecik camni. Tapi apakan daya. Memang tak muat nak letak kat umah. Sempit jadinyer. -.-


Semua ni aku pilih sendiri. Nak tunggu Encik Tunang balik, memang tak sempat dah. Tak tahu la dia berkenan ke tak. Tapi dia pun dah serahkan keputusan & kuasa membeli kat aku. Jangan complaint dah la kan lepas tengok perabot ni. hewheww~


Masa survey2 tu ada berkenan ngan sofa & kabinet TV. Memang meronta2 dah hati aku nak beli. Tapi sabaarrrrrr...beli lepas kawen jer ok. Takot bajet tak cukup pulak nanti. Rak TV yang kecik tu kan dah ada. Ok, redha. -.-




.

No comments: