Tuesday, June 18, 2013

Movie : After Earth


Last week, kami tengok movie After Earth ni. Encik Suami la yang nak tengok. Aku ok jer. Haha~

Nampak trailer macam best jer. Tu yang macam tertarik nak tengok.






Ursa 





Sinopsis :-

About a military father and son crash landed on Earth one thousand years after cataclysmic events forced humanity to abandon it for a new home planet. The teenage son must save his dying father by trekking alone across the hostile terrain, encountering highly evolved creatures and a ruthless alien beast along the way, to recover their rescue beacon and also prove that he can live up to his father's reputation as a legendary soldier.



Mengisahkan seorang bapa dan anak yang terperangkap kat Bumi selepas kapal angkasa mereka rosak dan terhempas kat Bumi. Masa tu Bumi ni dah diklasifikasikan sebagai class 1 quarantine planet. Semua yang ada kat Bumi dah berubah dan boleh membunuh manusia.

Si ayah, Cypher Raige patah kaki selepas terhempas. Jadi si anak, Kitai Raige kena la pikul tanggungjawab berat untuk mencari beacon kat satu bahagian kapal yang terhempas, agak jauh dari tempat mereka terhempas tu. Beacon tu penting untuk hantar isyarat supaya mereka dapat diselamatkan.

Si anak ni sebenarnya tak pernah ikut mana2 misi camni. So dia agak takut la. Lagipun kapal yang terhempas tu ada makhluk asing (Ursa) yang mampu mengesan rasa takut manusia dan akan membunuh manusia. Si anak pulak memang fobia sebab Ursa ni dah bunuh kakak dia masa dia kecik2 dulu.



 Mimpi ngeri masa kanak2.


 Nampak tak apa yang Will Smith tu pegang? 
Tu dah macam alat komunikasi, boleh buat call etc. 
Siap boleh gulung2 lagi. 
Konon2 seribu tahun akan datang, teknologi dah memang tersangat canggih la. .p


 Ursa yang masih dalam kurungan. 
Ursa ni memang diorang bawak sekali, dalam kapal angkasa tu.



Kasih ayah dan anak.


 Si ayah hanya mampu memantau dari jauh pergerakan si anak.


Ada orang cakap movie i tak best sebab the only "orang" jahat dalam movie ni adalah babun ni. 
Hahaa~ 
Tapi neves jugak ok tengok Kitai kena kejar ngan kumpulan babun tu. ;p





Kitai kena lawan rasa takut untuk bunuh Ursa ni. 
Sebab Ursa ni hanya dapat tengok manusia yang takut. 
Kalau takde perasaan takut, kiranya manusia tu invisible la di mata Ursa tu.


Ada orang cakap movie ni boring dan membazir jer duit berjuta2 buat movie camni. Bagi aku, movie i takde la best sangat. Tapi ada la nilai2 moral dia. And rasanya sesuai sangat kalau tengok ngan ayah2 korang time Father's Day haritu.


Thanks for reading. ;)



.

1 comment:

Mila Ahmad said...

Dah besar dah budak tu dulu kecik jerk masa berlakon dgn jackie chan