Hari Sabtu 2 minggu lepas (kemain lama lagiiii kannnnn). Lepas 1st anniversary dinner kat Hotel Grand Paragon, kami ke KSL plak. Nak tengok movie.
Sebenarnya tak plan pun nak tengok movie lepas dinner tu. Tetiba jer rasa macam nak tengok movie, ajak ler Encik Suami. Sebab KSL tu dekat jer ngan Grand Paragon, so kami ke sana jerlah.
Sampai sana, nak tengok movie Star Wars atau Jurassic. Tapi waktu tayangannya tak sesuai pulak. Ada yang midnight, ada yang pukul 11 malam lebih. Tak larat dah kami nak tunggu. So kami beli tiket Epic jer.
Trailer.
Mengisahkan Mary Katherine (a.k.a. M.K.) yang kematian ibu, pindah duk ngan ayah dia. Tapi MK ni tak berapa suka duk ngan ayah dia. Sebab ayah dia asyik busy ngan keje, hingga mengabaikan keluarga.
Tapi sebenarnya ayah MK ni, yang merupakan seorang scientist, dah beberapa tahun duk buat kajian kat kawasan hutan. Ayah MK percaya ada satu golongan/bangsa bersaiz kecil yang hidup kat kawasan hutan tu. MK pulak, of course la tak percaya benda2 tu semua. Sebenarnya memang wujud pun makhluk yang ayah MK duk cari tu.
Permaisuri hutan tu, Queen Tara buat keputusan untuk mencari pengganti. Masa ni la berlaku satu kejadian yang menyebabkan MK terlibat sama sampai jadi kecik jugak. Bermula la pengembaraan MK bersama-sama dengan Leafman untuk selamatkan hutan tu dari kaum Boggans, dan untuk selamatkan lenggai teratai yang sangat penting untuk pilih permasuri baru selepas kematian Queen Tara.
Masa ayah MK tahu MK tinggalkan rumah, masa dia nak selamatkan MK, sedih iols ok. Sebak iols tengok. Tak tahu camane nak explain. Korang tengok la sendiri yer. Ada la nilai2 moral kat situ.
Tapi aku tak tahu la ada lagi ke tak movie ni kat wayang.
Till then, thanks for reading. ;)
.
No comments:
Post a Comment