As-salam dear reader.
Happy monday blues! -.-
Ni rentetan dari entry aku sebelum ni : late night dinner.
So on 1 June tu, kami keluar ber-datingan untuk celebrate our 1st year wedding anniversary. Plannya nak dinner kat Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel. Aku dah booking hari Jumaat lagi. Sebab setahu aku, kat sini selalu penuh.
Kitorang sebenarnya nak lunch. Tapi hujung minggu takde lunch. Ada dinner jer. Takpe la, dinner pun dinner la.
Dinner kat sini start pukul 6.00 petang sampai 10.30 malam. Kitorang pegi agak lambat jugak la. Pukul 7 baru sampai. Ingatkan kitorang dah lambat. Rupanya ada lagi yang datang lagi lambat. Huhuu~
Oh..tahu tak haritu hujan selebat2nya. So kitorang gerak lambat. Anddddd.....kitorang merempit jer, naik moto. Aku pakai dress, tapi pakai baju hujan. Kitorang pakai selipar dulu, sebab takut kasut basah. Sampai kat bandar, baru tukar kasut & simpan baju hujan tu.
Nak pegi dinner kat hotel, tapi merempit jer. Nak tergelak pun ada ngan keadaan kitorang masa tu. Hahahahh~ ;D Sungguh takkan aku lupakan pengalaman ni.
So ini lah lemak2 yang berjaya diternak oleh kami malam tu :-
mine.
Ours.
Hub's.
Ours.
Me.
Encik Suami.
Yummy~
Semua sangat sedap, kecuali yang ni.
Erkk~ tak tertelan rasanya. -.-'
Full house.
Semua dah booking awal2.
Tapi masa ni ada jugak yang masih belum datang.
Sup, pengat nangka, etc.
Encik Suami siap cakap kalau ada kenduri, nak buat pengat nangka camtu sebagai pencuci mulut.
Sebab macam special katanya.
Ewahh....kenduri ape tu yer. ;p
Tapi sungguh, pengat nangka tu sangat sedap. ;)
Ada show sikit dari uncle nih.
Ice cream!
Fruits.
Cuba teka ni ape?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini lah ABC buatan Encik Suami.
Aku tergelak jer tengok ABC nih. Hahahahh~ ;D
Muka hepi dapat makan eskrim.
Eh2, macam la tak pernah makan eskrim. ;p
Teruja dan terpesona dengan alunan muzik dari this lady.
Pastu uncle ni masuk balik.
Kalini dia nyanyi plak.
Oh my, suara dia memang best ok!
Ni boleh masuk vokal bukan sekadar rupa. ;D
Nak balik dah. ;)
Theme of the day : pink.
Real men wears pink.
Gituuuu..??? ;p
Ni kali pertama kami makan kat hotel berdua. Sekali sekala apa salahnya kan.
Sekali sekala takpe. Kalau selalu, pokai la kami. -.-
InsyaAllah bulan puasa ni nak buka puasa kat sini sekali lagi ngan Encik Suami. Sebab masih teringat2 keenakan durian goreng kat sini. Yummmmyyyyyyy~
Ok, lepas dinner, kami pegi tengok wayang pulak. Merempit ke KSL jer. Sebab dekat.
Kami tengok movie Epic. Sebenarnya nak tengok Jurassic Park atau Star Wars. Tapi lambat lagi waktu tayangannya. Ada yang late-night movie. Tapi kami dah tak larat nak tunggu. Nanti kang ada yang tak boleh nak bawak motor sebab ngantok sangat! Huhuu~
Serius, dah lama tak keluar dating camni. I mean, keluar berdua on weekend, jalan2. Biasanya keluar tengok wayang time weekdays jer, lepas aku habis keje. Pastu terus balik. Maklumlah, hari berkerja kitorang tak sama. Jarang2 sangat dapat cuti sama2 on weekdays.
Thanks for reading. ;)
.
Tweet
5 comments:
Wawawa. Acaner merempit tu ngn dress. Hihi
besnye anniversary g deting2 berdua..sy aritu ramai2 sbb sume fmly dtg kan..hehehe
@NinaAz
hahahh~
camtu la, pkai dress, pkai baju hujan, naik motor. baju hujan tu yg jenis jaket + seluar ok. malu iols.
tu yg berhenti jauh dari hotel, utk tanggalkan baju hujan tu.
takut dress berkedut pun ada. nasib baik ok jer, tak renyuk2. ;D
@Norhazrina Abdul Hamid
alaa...apa salahnya lepastu rina keluar berdua ngan hasben. celebrate berdua pulak. ;)
haish lapar plak tengok semua makanan tu u aaaa
Post a Comment