Monday, September 30, 2013

Faktor yang menyebabkan keguguran

Hello dearies. 

Terbaca ni. Antara faktor yang menyebabkan keguguran. So, sharing is caring. Aku just copy and paste jerla yer.  ;) 



8 Sebab Mengapa Anda Gugur

Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.


Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.


Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.


Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran. 




1. Kromosom yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu
dan satu set dari bapa.

Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.

Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.


Apa yang boleh anda lakukan

Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan. 





2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan

Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage. 




3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.


Apa yang boleh anda lakukan

Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula. 




4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.


Apa yang anda perlu lakukan

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda. 




5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal

Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.


Apa yang anda perlu lakukan

Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.  




6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.


Apa yang anda perlu lakukan

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.




7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.


Apa yang anda perlu lakukan

Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.

Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan. 




8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)

Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.

Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.


Apa yang anda perlu lakukan

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda. 




Tanda-Tanda Keguguran

Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup.


Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.



Sumber : http://portal.alamhamil.com/





Aku sendiri? Apa puncanya? Entah. 

Aku cuma boleh cakap : takde rezeki. Belum sampai rezeki kami. Semoga dipercepatkan rezeki kami dan semoga dipelihara zuriat kami kelak. Amin.... :) 



.

Tuesday, September 24, 2013

Jalan2 di Ayer Hitam

As-salam dear readers. 

Minggu lepas out station ke Kluang. Bawak kakak temankan ke sana. Keje kat Kluang tu petang. Tapi sekejap jer. 

Lepas settle keje tu, sempat lagi kami singgah kat Ayer Hitam. Dah alang2 lalu Ayer Hitam ni, singgah la kejap kan. Lagipun boleh la cuci mata sambil survey2 apa yang patut. Lagipun dah lama tak datang cuci mata kat Ayer Hitam ni. 

Misi utama : survey karpet.

Kat sini murah la sikit berbanding dengan kat JB nih. Murah sikit? Murah banyak kot. Tapi kalau kat Nilai 3, lagi murah rasanya. Tapi tu la, ntah bila lagi aku nak ke Nilai 3. So better beli sekarang jer. Kalau ada ke Nilai 3 in future, kita cuci mata lagi la kan. Ekekee~



 Anak sedara aku yang sorang ni asyik main game jer. 
Tak lekang dari PSP tu.
Sambil berjalan pun mata kat PSP jer.



 Karpet2.


Ada jenis karpet yang bunga timbul. 
Cantik memang cantik. Tapi sayang la nak pijak.
Canne tu? Haha~ 


Kakak aku ada beli 1 karpet kat kedai ni. Nak buat karpet raya tahun depan katanya. Ahahaha~ Jangan terkejut ok. Memang RAYA TAHUN DEPAN. Dia dah set dah raya tahun depan rumah dia tema warna apa.

Pening dia nak pilih ok. Last2 terpaksa ubah tema raya tahun depan. Sebab dah berkenan ngan karpet warna lain. Hihihii~ klako plak. ;D



Sambil2 tu sempat lagi survey2 kain. 
Pastu "ter-beli" jugakk beberapa meter kain. -.-'


Singgah makan kat restoran mamak.


Tapi stress sebab servis slow. Pastu orang order lain, dia bagi lain. Anak saudara aku order Nescafe tarik, dia bagi Nescafe ais. Malas nak bertekak, ambik jerlah. 

Aku plak order Milo suam. Tapi Milo tu dia tak guna Milo pun. Macam air koko ape ntah. Nak berjimat & kaut untung lebih punya pasal kan tokey restoran nih. Ish isshhh....tak berkat tau berniaga camni. Aku sebagai peminum Milo tegar mesti la boleh rasa Milo tu tak macam Milo.
 


Survey karpet untuk rumah aku plak. 
& terus beli kat kedai ni.
Karpet kat kedai ni corak cantik2, lain dari kedai yang lain.
Kebanyakan kedai lain karpet yang diorang jual sama jer corak ngan karpet kat kedai2 lain. 
Karpet yang aku beli warna lebih kurang macam ni, cuma corak jer lain. 
Memang warna yang sebijik macam yang aku nak. Puas hati ok! 
Bulu pun boleh tahan tebal. Harga tak sampai RM200. 
Pandai2 la tawar menawar. Dapat la seratus lebih.
Tapi tunggu pindah rumah beberapa bulan lagi baru akan ku hampar di ruang tamu. Ehehee~ 



Singgah beli barang yang orang kirim.


Yang banyak berlonggok2 ni rupa-rupanya tabung duit syiling. 
Mula2 tu tak perasan jugak.
Macam2 ada. Labu, burger, ikan, tong gas pun ada ok. 
Labu sayong kecik2 pun ada jugak. Buah2 kaca, pasu2 kecik, etc.


Oh doyan. Terliur plak. Boleh gituu? ;p
Dah la dah lama mengidam durian. Sampai sekarang tak dapat makan. Wuwuwuu~  -.-'


Tabung bentuk rumah warna putih tu kalau buat hiasan pun cantik jugak.


Dah lama tak datang Ayer Hitam. Kalau dulu, datang sini survey2 & beli barang kawen. Sekarang? Barang rumah pulak. Puas hati dapat beli karpet warna sebijik macam yang aku nak. Ehehee~

Tapi sebelum beli karpet tu, memang dah banyak godaan oleh karpet2 lain. Tapi hati kena cekal. Gituu...

Next time kalau singgah lagi, kita cuci mata pulak yer. Eh, nama jer cuci mata. Tapi ngan poket2 sekali kita cuci. LOL. -.-' 


Thanks for reading.





.

Friday, September 20, 2013

Jumaat!

Salam hari Jumaat! 

Alhamdulillah, dah hari Jumaat dah. Esok cuti, boleh rehat2 jer. Minggu ni minggu yang tersangat penat. Penat sampai jadi tak sihat 




So semalam aku MC. Hewheww~
Dah betul2 tak larat setelah beberapa hari tak sihat. 
*ubat untuk muscle relax? ni first time aku dapat ubat camtu kalau demam.* 
*ubat alahan tu memang kena ada, sebab aku ni resdung, selalu bersin2. seksa sangat ok! habuk tak boleh, sejuk pun tak boleh. haihh laa....*



Maybe sebab terlalu penat, penat bila kena handle semua sorang2. Shorthanded. Alhamdulillah, sorang lawyer yang bercuti panjang dah balik dari cuti. Sorang lagi yang MC panjang tu, takpe la. Biar dia betul2 sihat dulu. Aku MC 1 hari jer. 

Tapi hujung minggu ni pun tak boleh nak rehat2 jugak. Esok balik kampung Encik Suami. Balik keje harini kena kemas rumah sikit2. Sebab hari Ahad ni ada barang nak masuk. Memang kena paksa jugak Encik Suami tolong kemas rumah. Sama2 sepahkan, sama2 la kemas. Huhuu~

Selamat bekerja! 

Thanks for reading. ;) 




.

Wednesday, September 18, 2013

Trip to Bali

Hello dear readers. 

Dua minggu lepas tiba2 jer my boss buat announcement : office akan buat trip ke Bali on Januari next year. Sape2 yang nak pegi, kena cofirmkan sebelum hari Rabu minggu lepas. Aku dah keje lebih dari 3 tahun. So pegi trip to free la. 

Masa tu berbelah bagi jugak la nak pegi ke tak. Sebab lambat lagi tu. Yerlah, kita merancang, Allah S.W.T yang menentukan. Nanti kang kalau aku confirm pastu tetiba tak jadi pegi camane, kan. Kalau cancelkan, kena bayar full tau. Huhuu~ 

Ni perasaan yang sama masa nak confirmkan trip pegi Ho Chi Minh haritu. 

Lepas berbincang dari hati ke hati (wahh gituu??) ngan Encik Suami, maka aku pun confirmkan lah jadi pegi. Tawakal jerlah. Moga dipermudahkan semuanya dan takde la aral melintang masa tu kan.




Pastu beberapa hari kemudian, ada announcement plak dari big boss, boleh bawak family members. Tapi kena bayar full la. Lebih kurang seribu lebih. Tak sampai 1500. Ni dah termasuk ticket flight, hotel, makan. Bila aku tanya Encik Suami dia nak pegi ke tak, dia taknak pegi plak. Banyak sebab. Antaranya :-

  1. aku rasa jumlah RM1,XXX.00 tu mahal kot. atau mungkin ok? atau aku jer yang rasa mahal, sebab kalau pergi berdua guna eCoupon AirAsia Encik Suami, jumlah tu dah boleh cover untuk flight + hotel, makan, transport JB - LCCT - JB, etc (berdua). Kalau tambah RM1K lagi, dah cukup untuk semua lah, siap boleh shopping2 lagi. ni average budget kami kalau pegi travel. kadang2 lagi kurang dari tu. 
  2. kalau ikut office trip ni, nanti kat Bali mesti la laki bini nak shopping bagai. itu kena sediakan duit lagi. so pegi ngan office trip lagi banyak kos keluar la ea?
  3. bercuti berdua lagi best & lagi enjoy. ikut kaki sendiri jer nak pegi mana. 
  4. maybe takkan duk satu bilik. ehhh...jangan fikir ke arah tu yer. bukanlah matlamat utama nak tidur sebilik. tapi kan lagi selesa duk sebilik ngan suami sendiri. faham ke idok?

Takpe la. Next time kita pegi sama2 ea Encik Suami. Memang teringin nak bercuti ke Bali ngan Encik Suami. Cuma tak tahu bila jer. Tapi kalau pegi ngan office trip pun, tak sama macam pegi berdua. Kalau pegi berdua mesti lagi seronok & enjoy. Gituu... ;)

Kalini bior wife dia yang pegi survey2 dulu. Pastu baru senang nak plan cuti2 berdua. InsyaAllah... 

Oh ya. Trip ke Ho Chi Minh pun aku tak review lagi kan. Sebab gambar tak banyak. Tu yang malas. Hukhuk~  -.-'


 Kami lebih suka pantai, snorkeling & jalan2.
Kalau holiday berdua baru la enjoy buat apa yang kami suka. Tak gitu? ;)




.

Tuesday, September 17, 2013

Minyak oh minyak

Hellooo dear readers. 

Macam mana cuti panjang? Eh, panjang la sangat, kan. Padahal 3 hari jer. Dan aku bekerja separuh hari masa hari Sabtu. So jadinya 2 hari setengah jerlah. Hewheww~ 

Start 3 September kan harga minyak naik. Salah sebenarnya. Bukan harga minyak yang naik. Tapi subsidi yang dikurangkan. Begitu la kata mereka. Tapi kita tetap gunakan istilah "minyak naik", kan.

So sehari sebelum minyak naik tu, korang ada pegi beratur isi minyak ker? Iols tak pegi pun. Sebab masa balik keje tu, minyak kereta masih banyak. 2 bar jer yang kosong. Baru jer beberapa hari sebelum tu dah isi minyak penuh2. Tu yang malas nak beratur semata-mata untuk 2 bar tu. 

Sebenarnya petang tu Encik Suami dah pesan, balik keje nanti pegi isi minyak penuh2. Sebab dengar cerita harga minyak nak naik. Tapi takde plak aku dengar atau tengok kat berita pasal kenaikan harga minyak ni. And bila aku google, ada la beberapa pihak yang nafikan benda ni. Tup2 bila sampai rumah malam tu & tengok berita, hmmmppphhhhh. Memang hampeh. 

So aku pun memang dah malas nak pegi beratur panjang2 kan. 

Then bila malam sikit, aku jenguk kat Petronas yang kat umah kitorang. Pergghhh..kemain panjang lagi kereta duk beratur isi minyak. Sampai jem jalan kat situ.



 Dari belakang...


sampai ke depan.


Masa aku sampai rumah dari keje pukul 8pm tu takde la panjang sampai camtu sekali. Ishh...iisshhhh...... 


So ini la perbezaan harga minyak untuk tangki penuh sebelum dan selepas harga minyak naik 3 September lepas. 
Banyak jugak bezanya, kan. 
Kereta aku yang mana? Kereta biasa2 jer uols. Takkan iols pakai Honda Accord plak? 
I is tak mampu. Hahaa~ ;p



Pertama kali isi minyak full tank lepas harga minyak naik. 
Biasanya dalam RM60 ++ jer. 


Sebenarnya bukanlah betul2 full tank nih. Sebab minyak bukan betul2 kering. Bila dah minyak dah berkelip tu aku dah on the way balik rumah dari tempat keje, siap pegi Tesco lagi ngan Encik Suami. Pastu malamnya baru pegi isi minyak. Sepatutnya kalau betul2 full tank, RM84 ea? Lebih kurang la tu.

Bila harga minyak naik ni, ramai yang marah. Aku? Marah lah. Tapi nak buat camane. Tapiiii..... lagi bengang bila orang tu buat pengumuman yang jumlah BR1M akan dinaikkan untuk tampung kesusahan rakyat la kononnya. 

Hellllooooooooooo??????? 

BR1M tu semua orang dapat ke? Iols yang tak layak dapat BR1M yang dengar ni memang sakit hati. Kalau kau ubah sekali syarat2 untuk dapat BR1M tu takpe lah. Haiihhh.... 

Tapi ada jugak orang yang cakap : dapat BR1M nanti boleh buat isi minyak untuk setahun. Ye dak? Hahahahaahh~ ;D



Yang ni lagi la menambahkan ke-bengang-an umat manusia. 
Hello sir, ape nk guna minyak ni kena tengok pendapatan ke? 
Setahu aku, budget untuk minyak ni depends pada penggunaan kereta/motor tu la. 
Bukannya kena set ikut budget.
Buat susah2 jer tolong kirakan budget penggunaan Ron 95 yer. Ish ishh.....



So sekarang ni memang kena extra berjimat. Budget untuk minyak dah kena naikkan. Kena menyimpan lagi. Tahun depan nk pakai banyak duit. Pindah rumah (rumah sewa jer), roadtax, Bali, baby (insyaAllah.amin....) dan sebagainya. Haih la...duit oh duit....



.

Monday, September 16, 2013

Happy birthday Malaysia!


Selamat Hari Malaysia. Dan selamat bercuti. 

Sedang bermalas-malasan di rumah di hari cuti ni. 



Ni bukan view dari rumah yer. 
Ni view masa kerja hari Sabtu, 2 hari lepas. ;)





.

Monday, September 9, 2013

Air Asia ke Maldives

Assalam dear readers! 

Genap sebulan sejak dari last update. Entah kenapa lah dalam sebulan dua nih memang takde mood langsung nak ber-blogging. Maybe haritu masih dalam mood raya? Hewheww~ 

Sejak dari keguguran haritu la takde masa nak update blog. Busy berpantang konon kan. Pastu balik Terengganu, pastu tak sihat sampai tak boleh bangun, pastu raya, pastu busy cari rumah sewa lain, pastu ..... ? Banyak betul pastu. -.-'

Pastu (ada lagi?) busy dengan kehidupan sebagai seorang isteri la. Sibuk menguruskan rumah tangga. Haha~ ok, dah dah la merepek tu.

Semalam ternampak ada orang share gambar ni kat Facebook :






 Aku macam....hah, serious? AirAsia ke Maldives??? 

Iols sangat excited. Dah lama duk teringin nak ke Maldives. Dulu kemain berangan nak honeymoon ke Maldives lepas kawen. Walaupun aku tahu angan-angan tu hanyalah akan tinggal angan2. Tapi tak salah berangan, kan. Huhuu~ 

Mau tak berangannyer. Kalau takde berpuluh ribu, jangan mimpi lah nak ke Maldives. Mahal kot kos nak ke sana. Ticket flight dah berapa. Hotel dah tentu beriban. Belum masuk makan minum, beli belah dan sebagainya.

So bila dapat tahu yang AirAsia dah tambah route ke Maldives, memang lah sangat excited. Terus aku bagitahu Encik Suami & terus klik ke website AirAsia. Saje jer nak cek berapa harga tiket. 



 Lebih kurang la ni. Erk.."boleh tahan" harga dia. Ni harga untuk seorang.
Kalau guna eCoupon Encik Suami, maybe few hundreds jer. 
Tapi semalam tak boleh cek plak berapa harga tiket kalau pakai eCoupon.
Flight Air Asia ke Maldives start 28 September 2013.



Kuala Lumpur ke Male. Tapi ada layover kat Colombo. 
Penerbangan dengan AirAsia X.



Takde lah aku nak pegi Maldives dalam masa terdekat nih. Tahun ni memang takde nak holiday bagai. Tahun depan pun tak pasti lagi. Ada matlamat lain untuk kami. Dua tahun lagi? Entah.

By the way baru aku sedar, agak banyak jugak entry yang tertangguh dan terhutang : 
  • - trip ke Vietnam 
  • - cuti2 di Koh Samui 
  • - entry raya! oh my. raya dah habis dah pun. 


Bila nak start taip entri2 tu, aku pun tak tahu. -.-

Oh ya. Header blog dah ditukar. Sebab heading tu dah agak lama. Tukar dari heading ini :-




Kepada ini :- 



Simple jer. Masih lagi gambar wedding. Kalau nak letak gambar bertiga, tak tahu la bila kan. Hehee~ 

Till then, thanks for reading. :) 




.