Hello bloggers, readers and visitors.
Ini kisah semalam. Tapi disebabkan semalam sampai umah pun dah tengah malam, memang penat + mengantok giler nak post entri. Sempat pos pasal binatang kaki empat bulat tu jer.
Semalam aku dengan jayanya telah berjaya menternak lemak kat Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel. Perghhh~ kemain lagik menternak lemak kat hotel you!
Pagi aku dah breakfast cum lunch kat court. Sebab kes setel awal, sempat la breakfast dulu. Time tu dah pukul 10.30 camtu la.
Skali...tiba2 plak kena pegi (tak terpaksa pun ;p) lunch ngan client kat Grand Paragon Hotel. Dengan beberapa orang lawyer lain dan bos serta big boss. Alamaakkk~ wa dah makan tadi. Nasib baik la wa makan yang ringan2 jer tadi. Tapi tetap rasa macam dah kenyang. Takpe la, perut wa ni boleh terima makanan lagi kot.
keadaan kat dalam Cafe Para Para.
time ni dah ramai orang.
segan plak nak ambik gambar makanan.
kalo nak buat reservation, boleh la call nombor yang tertera.
sekian terima kasih.
Masa tengah makan pun memang aku tak ambik gambar makanan. yerlah, kan dengan client. Gile kau nak snap2 gambar makanan camtu? Jakun ke ape?
Kesimpulannya, memang best lah menternak lemak kat situ. Makanan semua best. Lagi kalo buffet camni, memang seronok mengisi pinggan. Walaupun kali ni aku makan takde lah sebanyak macam sebelum ni, tapi puas hati la jgak. yang penting, boleh try daging Ostrich (black pepper) untuk pertama kali. Perghh~ lazat lemak berkrim. Lembut jer dagingnyer. Macam daging lembu pun ada. Tapi lagi lembut dari daging lembu.
Ada senior lawyer cakap, tak boleh makan banyak sangat daging ostrich tu. Dia cuma makan sikit jer untuk try. Sebab dia terbayangkan binatang ostrich tu sendiri, macam tak sanggup nak makan. Ishhh~ jangan la bayangkan binatang tu. Memang la tak boleh nak makan. Cuba bayangkan ayam kampung yang duk mencakar ta** tu. Pastu korang tangkap, sembelih dan masak. Eeee~~ geli nyah! Tak payah lah nak bayangkan rupa binatang tu kalo kita nak makan daging-nya yang telah dimasak, okay. Bayangkan dan rasai kelazatannya sahaja sudahhh~
Btw, aku just makan lauk jer. Tak ambik nasik pun. Sebab takot terlalu kenyang. Nanti perut tak boleh terima, kang ter-keluarkan balik camane? (keluar ikut atas, bukan ikut bawah. haha~ paham tak?) Haru la jawabnye. Tapi berpinggan2 jugak lah aku melantak, walaupun tak berapa lapar dan dah 1/3 kenyang (tapi tetap tak sebanyak macam sebelum ni). Dan yang penting, ada eskelim sebagai penutup hidangan. I suke eskelim tau. ;p
Pastu mula terfikir : abes lah diet aku.
Eh, aku kan dah stop diet sejak berat aku turun 2 kilo haritu. Sudah lah kau. Diet kununnn~~~
.
Tweet
No comments:
Post a Comment