Friday, April 6, 2012

Thank Q Pavillion kat Nilai 3 kebakaran. Yer, aku baru tahu. -.-

Pagi tadi masa on the way pegi keje, dengar radio. Terkejut dan macam tak percaya bila dengar satu announcement ni. Announcement pasal gedung perkahwinan Thank-Q Pavillion kat Nilai 3 musnah dalam kebakaran dan tutup operasi, dan akan dibuka secepat mungkin.


Rasa macam...betul ke ni? Rasa macam baru jer aku pegi kedai ni bulan lepas. Kenapa aku tak tahu ye. So, tadi aku terus Google pasal berita ni. Memang betul pun. Rupanya2 kedai ni terbakar seminggu lepas aku pegi sana bulan lepas.




 Waaa....sayangnyer barang2 ni semua terbakar.



SEREMBAN 15 Mac - Sebuah gedung menjual aksesori serta kelengkapan perkahwinan terbakar dalam kejadian di Nilai 3, Nilai, dekat sini malam tadi, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.

Kejadian pukul 9.15 malam itu memusnahkan empat daripada lapan lot kedai gedung tersebut.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam.

"Seramai 28 anggota bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 telah bergegas ke tempat kejadian.

"Kami tiba di lokasi kira-kira 13 minit selepas menerima panggilan dan mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya di sini hari ini.
...



Sumber : Carigold





Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, gedung yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pusat Perkahwinan Sehenti Terbesar Di Malaysia, musnah dalam kebakaran menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.

Sumber : Harian Metro




2 Juta? Seriously? Giler lah. Maunyer meroyan. Tapi tengok la hasil jualan harian dia. Almost RM50,000-00 ok. RM50,000-00 tu termasuk duit aku jugak. errr...


Kesian jugak kat B2B yang tempah hantaran kat situ. Bayangkan kalo majlis dah nak dekat? Kalo lagi sebulan dua takpe kot. Kalo lagi seminggu? Dua tiga hari? Terus jadik bridezilla.


Pastu aku pun dah rasa tak best dah. Sebab aku dah plan nak pegi beli barang kat kedai tu minggu depan. Nak beli bekas kaca untuk letak barang hantaran, ngan polysterin. Kedai ni jer yang jual banyak bekas kaca & harga pun murah2. Masa aku pegi bulan lepas, banyak betul bekas kaca tu, berbanding ngan masa aku beli bekas kaca tu bulan Februari lepas. Maybe stok baru agaknye. And all of it dah musnah dalam kebakaran sekarang ni? Aduhh~


This is one of my fav kedai. Sebab banyak barang yang murah, berbanding ngan kedai2 lain. Especially bekas hantaran, polysterin, crepe paper.


Nampaknya terpaksa la pusing2 round2 satu Nilai 3 tu lagi untuk cari barang yang aku nak tu. Or maybe boleh pegi kat cawangan dia yang lain kat situ.



*p/s : kesusahan yang menimpa kedai ni, jadi rezeki untuk kedai2 lain. mesti orang beralih kedai lain, kan.


.

2 comments:

Mr & Mrs Sallehudin said...

ooOOoo.. kite pun baru tau lps baca blog awak.. so diorang tak de sale clearence ke? brg yg tak terbakar tp yg kena asap2 jer... hikhikhik..

Nini Mohd said...

tu la kan. tak tau la diorang buat clearance sale ke tak.
minggu dpn plan nak pegi sana. blh la survey2. ;)