Wednesday, January 19, 2011

Celcom cekik darah

*tajuk nak provoke jer"

Tengahari tadi aku call akak aku kat kampung. Masa tu aku check, kredit aku tinggal RM5 lebih la. Tengah borak2 ngan akak aku, terputus plak line tu. Aku check balance kredit, tinggal RM0.09 sahaja! Sedangkan masa berbual hanyalah 3 minit dan beberapa saat! Dan akak aku tu pun guna nombor Celcom!

Maksudnya, caj RM5 dikenakan untuk masa berbual selama 3 minit? 

Walaupun panggilan Celcom ke Celcom? 

Ape kau ni cekik darah ke ape?



it's in your POCKET.



Kau nih memang cekik darah lah. Dah lama tau aku pakai nombor Celcom nih. Dah 6 tahun kot. Tapi aku rasa tak nampak apa ganjaran yang besar pun ngan Celcom nih. Dulu pernah pakai Maxis. Kalo topup, dapat kumpul point (lupa plak nama dia). Pastu boleh tebus mata ganjaran tu. 100 point boleh tebus RM1. Tak tau la sekarang ni ada lagi ke tak. Sekurang2nya kalo topup, ada jugak la hasil yang akan datang balik kat kita. 

Kalo Celcom? Kau topup, tak dapat apa2. Tapi kalo kau topup sebelum tamat tempoh "expired" kredit yang sedia ada, maka akan dapat tambahan 5 hari tempoh tamat. Setiap kali kredit dah dekat2 nak expired date, nanti Celcom akan hantar SMS untuk suruh korang topup sebelum tamat tempoh, konon2 untuk dapatkan 5 hari tambahan tempoh tamat. 

Actually, tu la taktik diorang untuk pujuk korang untuk habiskan duit kat topup.

Bagi aku la kan, lagi best kalo dapat point everytime kita topup, daripada dapat tambahan/lanjutan tempoh tamat. 

Dah la mahal, tak banyak bonus plak tu. Kalo setakat nak bagi loyalty bonus (free SMS) seciput, dan hanya boleh SMS, pastu ada tempoh masa untuk guna bonus tu, memang menyakitkan hati. 

Birthday bonus?

Memang bagos. Tapi macam biasa la, untuk SMS & call nombor2 dalam 8pax.

Mula terfikirkan cadangan Encik Kuneng haritu, untuk tukar ke nombor Maxis. Dia pun ada merungut & cakap Celcom mahal.

Ok lah. Kalo aku nak senaraikan semua keburukan Celcom ni, memang tak cukup masa dan ruang. Lain kali kita sambung lagi yer. ;)

No comments: