Hello dearest bloggers.
Kali ni aku nak join contest. First time I join contest2 nih you!
Contest ape? Contest YOU ME AND SHOES!
Contest ended on Jan 24th , 2011
Contest ni tamat tepat jam 11.59 malam ni. Ada sejam lebih lagi sebelum contest ni tamat. Actually dah lama nak buat entri untuk join contest ni, tapi lately tersangat busy. Tak sempat pun nak merepek pasal kasut2 nih.
Ape yang buatkan aku tertarik untuk join contest nih dan jadikan contest ni sebagai first contest yang aku join? Well…aku kan memang giler kumpul kasut. Bila tengok jer entri pasal contest ni kat tuan punye blog yang anjurkan contest ni, terus aku tertarik nak join. Kalo tengok ENTRI NI, aku ada cakap yang aku ni gila shopping, pastu suka kumpul beg, baju, accessory, kasut dan bermacam2 lagi la benda yang aku shopping.
Ni kasut2 aku. Ada few selipar, kasut dan sport shoes yang takde dalam rak ni.
Semua ni aku kumpul dalam masa beberapa bulan lepas. Ada yang masih belum dipakai. Kasut kaler putih (kat atas sekali), kaler biru-pink, dan leopard print tu masih belum pakai lagi. Kat ENTRI NI aku ada cakap salah satu wedges dalam rak tu adalah Charles and Keith, kan. Nak tau yang mana satu? Its the black wedges yang duk kat rak paling bawah (dalam rak) sebelah kanan awak semua (sebelah wedges putih with polka dot). Tapi bukan aku yang beli. Pemberian orang jer. Banyak plak ongkos aku nak beli kasut Charles and Keith, kan. xP
Pertama kali terpandang, terus jatuh cinta pada ini kasut.
My fav ♥. Dah beberapa bulan beli. Tapi masih belum pakai lagi. ;p
Sekarang rak kasut tu dah tak muat dah nak letak kasut2 aku. Teringin nak beli rak kasut yang tinggi macam almari dan boleh muat banyak kasut tu. Aritu lalu kat Fur9 kat Giant Bukit Indah, nampak satu rak (almari) kasut ni, memang aku berkenan giler. Tapi bila tengok harga, pergh~ cancel! Ok2, ni entri pasal kasut, bukan rak kasut. ;p
Aku ni jenis yang kalo beli satu barang, mesti beli banyak2. Mungkin dua, mungkin tiga. Shopping ber-musim la kira nyer. Contoh kalo time tu musim beli kasut (tengah giler beli kasut), memang tumpuan aku beli kasut jerla. Kadang2 beli sepasang. Kadang2 kalo ada sale, dua tiga pasang aku rembat.
Beberapa bulan lepas ada sale kat City Square. Sekali shopping, dalam 5 pasang high heels kot aku rembat. Wahh~~ 5 pasang? Kenape tamak haloba sangat nih? Rileks la. Tak mahal pun. Dalam RM85 camtu kot aku spend untuk kasut2 tu. Yerlah, memang tengah sale giler2, clearance stock sale. Satu kasut harga dari RM10, RM15. Cantik2 plak tu. Sape tak gile? Aku yang waras pun jadi tak waras.
Sekarang taste aku high heels jer. Biaser lah, orang dah keje. Kalo wedges, aku kurang minat kot. Ramai yang bertanya, tak penat ke pakai high heel? Tak saket kaki ke? Tinggi sangat tu, tak terpelecot ke? Kalo cakap tak saket, dan tak terpeleot langsung, tipu la kan. Dulu masa mula2 pakai high heels, memang agak seram, risau jgak takot terpeleot dan tersembam, kat jalan. Terpeleot sikit2 tu ada la.
Terjatuh? Pernah gak. Masa pakai wedges. Masa tu tengah jalan kaki nak balik umah, jalan kat tepi jalan raya. Jalan kat situ tak rata, banyak batu2 kerikil. Camane ntah aku boleh terpeleot dan terus jatuh terduduk kat tepi jalan raya tu. Malu toksah cakap lah, terus aku bangun dan konon2 betulkan beg aku. Nape ntah boleh terjatuh. Padahal wedges tu takde la tinggi sangat. Mungkin masa tu aku penat sangat. Pastu jalan plak kat atas batu kerikil yang berbijik2 tuh. Sekali terpeleot, terus terjatuh. Sebab tu la aku tak suka pakai wedges dan lebih minat high heels. Kalo pakai wedges, kau perlukan jalan yang rata untuk berjalan. Serius nih.
High heels kalo pakai lama2, memang saket. So, kalo agak2 nak berjalan2 satu hari suntuk tu, tak payah pakai high heels. Pakai jer flat shoes. Masa mula2 nak membiasakan diri ngan high heels, memang sengsara wa cakap lu. Tapi lama2, dah biasa la, dah tak saket lagi. Practise makes perfect, kan? wahh~ tak boleh blah~~ ;p
Aku kalo nak pegi keje jer pakai high heels. Dulu masa kat UKM, pakai selipar jepun jer pegi kelas. Malas nak style2. Sungguh. Dah masuk alam kerja ni kena la kemas sket, kan. Setakat ni aku tak pernah la terpeleot sampai terjatuh masa pakai high heels. Harap2 takde la jadi camtu kan.
Aku kalo nak pegi keje jer pakai high heels. Dulu masa kat UKM, pakai selipar jepun jer pegi kelas. Malas nak style2. Sungguh. Dah masuk alam kerja ni kena la kemas sket, kan. Setakat ni aku tak pernah la terpeleot sampai terjatuh masa pakai high heels. Harap2 takde la jadi camtu kan.
Kalo nak beli kasut, first aku akan tengok tapak dulu. Licin ke tak. Tak guna cantik kalo tapak licin. Aku dah fobia beli kasut/selipar tapak licin. Sebab aku pernah tergelincir dan terjatuh. Tapi masa tu pakai selipar. Selipar tu baru beli dan baru pakai beberapa kali jer. Lepas tu dah tak pakai dah. Tobat weh! Pengalaman tu aku jadikan pengajaran untuk beli kasut lepastu.
Second, aku tengok selesa ke tak. Dan yang paling penting, bahagian kat belakang ankle. Kalo bahagian tu tak selesa, memang akan melecet if pakai kasut tu lama2. Kalo bab harga plak, takde la aku demand nak kasut yang mahal2 jer, dan takde la kedekut sangat nak spend duit untuk beli kasut yang aku berkenan. Tengok keadaan la. Kalo kasut tu cantik, tahan lama, berkualiti, selesa dan agak2 macam berbaloi untuk beli, aku tetap beli walaupun agak mahal (yang penting masa tu kena ada ongkos lah). At least berbaloi, kan.
By the way, pernah tak dengar orang tua2 cakap kalo taknak kaki melecet masa pakai kasut, kita kena gigit kasut tu (kasut baru beli, ok) sebelum pakai. Supaya nanti kasut tu tak “gigit” kita balik. Hahaa~ Korang percaya tak benda ni? Aku tak cakap aku caye, tapi aku ada buat jugak la. ;p
Ok dah. Panjang meleret2 plak entri aku nih. Sepatutnyer aku kena tag 5 orang, tapi sebab lagi sejam nak tamat contest, nanti diorang tak sempat plak nak buat entri. Untuk tahu diorang kena tag pun dah ambik masa kan. Its ok la. Join contest ni pun suke2 jer. :)
Oh yer, jangan lupe jalan2 kat YOU, ME & SHOES. Kasut2 kat situ memang cantik2 noks!
Sekian!
. Tweet
4 comments:
Bestnyer! banyakkk kasut :)
banyaknya kasuttt ! Envy ! :D
gile kentang!!!!!
ayun : memang best. eh, ni tak banyak sangat. macam banyak lagi kasut yang nak dibeli. ;)
syida : tak payah envy2 ok. orang lain lagi banyak kasut. ;)
akmal : agak la. ;D
Post a Comment