Sunday, March 13, 2011

baru semalam jumpa dia. innalillah...

Baru fikir nak siapkan Hujahan Bertulis lepas post entri Contest SENYUM PALING CERIA tadi. Tiba2 dapat SMS dari big boss. 

"Our friend and colleague Roy ,  passed away tonight in hospital. Her husband said she had chest pains. God Bless her soul. Pls inform our other colleagues.  Latha." 

SMS dari big boss, Ms. Latha. 11.24pm.


MasyaAllah...ya Allah....betul ke apa yang aku baca nih? Berkali2 aku baca, aku tenung SMS tu. Macam tak percaya apa yang aku baca. Gurauan ke nih? Menggigil2 aku baca SMS tu.

Kak Roy? Dah takde? Baru semalam aku jumpe dia kat office. Semalam sempat jugak borak2 ngan dia. Dia tanya aku pasal kes2 yang contested. Dia tanya pasal kes A, apa yang nak kena buat lagi. Rekod Rayuan bile kena siapkan? Bila kena failkan Memorandum Rayuan? 8 minggu dari tarikh Notis Rayuan? Dia cakap dia risau sebab hari Isnin dia cuti seminggu (kot). Aku cakap : "Takpe saya tengah buat Memorandum Rayuan. Hari last failkan Rekod Rayuan 24 March. So by next week dah boleh failkan. Takpe nanti saya boleh mintak tolong Izan."

Pastu dia tanya pasal kes B. Kalau Alasan Penghakiman tak dapat lagi, macam mana. Kan kena failkan Memorandum Rayuan (sebab kena dapatkan Alasan Penghakiman dulu, baru boleh buat Memorandum Rayuan). So, aku cakap la : "Takpe, boleh mintak lanjutan masa dari mahkamah. Boleh buat surat. Surat tu ada format dia. Rasanya Shanta pernah buat. Nanti kalo nak buat, mintak sample ngan Shanta." 

Pastu aku bagitau dia pasal kes C. Dia tanya ada peluang nak menang tak. Aku cakap, kes tu insyaAllah boleh menang. Coz takde la teruk sangat macam kes A.

Masa tu dia nampak macam risau. Pastu aku tengok dia sibuk siapkan keje. Sibuk yang tak macam biasa kot. Bila aku tanya, pegi tak wedding Cik Amira, dia jawab "InsyaAllah..." dengan nada yang tak macam selalu. Aku macam pelik jugak, sebab biasanya dia tak macam tu. Takde mood ke? Aku fikir, mungkin dia risau sebab dia nak bercuti panjang. Rupanya2...

Seriouslyh, memang aku tak percaya. Dia masih muda, dalam 40-an. Anak masih bersekolah. Badan masih sihat. Yang aku tau, dia ada tekanan darah tinggi, yang sangat sangat tinggi. Tapi tak tau la apa punca sebenar dia meninggal. Esok insyaAllah akan tahu... 

Innalillah...

Al-fatihah...



*p/s : masih mengharapkan berita ni tak betul atau hanya salah faham. 


.

No comments: