Sunday, March 20, 2011

hujung minggu | sambil menyelam minum air

Salam semua...

Hari Jumaat aku ke KL, ada review kat sana. Dari JB kitorang (aku, boss & sorang clerk) naik bas jer. Perghh~ saket pinggang yang amat. Dah lama tak travel ngan bas jauh2 camni. Even though masa muda2  dulu [sekarang pun masih muda lagi. ;) ] selalu jer balik kampung nun jauh di Terengganu ngan bas jer.

Kitorang turun kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ni first time jejak kaki kat situ. Dah lama tak turun kl nih. -.-



Pheww~ canggih. 
Dah macam kat airport la pulakk.
My boss cakap : kita tengok la berapa lama boleh kekal canggih camni.
Err~~ betol jugak tu.


Strategik jugak la TBS nih (bagi orang yang guna pengangkutan awam). Dekat ngan LRT, ERL, KTM komuter kat Bandar Tasik Selatan. Stesen pertukaran kat situ jer. So, memang senang la nak ke mana2. Tapi masa mula2 sampai kat TBS tu, bas ekspress yang kitorang naik tu kena buat pusingan-U yang sangat jauh. Pehh~ aku memang tak suke "keje" yang tak berfaedah nih. Tempat nak turunkan penumpang dekat jer, tapi macam "tak pandai" (perkataan sopan) pulak bila kena buat U-turn jauh giler camtu. 

Yang boleh dipuji, sebab ada banyak staff bertugas yang tolong orang ramai kat situ. Yerlah, mesti la diorang nak bagi service yang terbaek punyer. Tak perlu service counter pun. Diorang jer yang bergerak bagi service. Memang mesra pengguna, sebab tolong tunjuk jalan, tolong orang yang confuse macam kitorang nih. -.-' 



Dah alang2 ke sana, singgah la kejap melawat Encik Kuneng dan kakak nya kat sana. *kejap ke? ;p 

Camni boleh jadi "sambil menyelam minum air" ea? Sambil ada keje, sambil jenguk dia. Lepas abes review tu aku pun mem-blah-kan diri & naik komuter, sementara my boss & clerk tadi naik bas balik JB. Hihii~ ;D 

Oh bukan curi2 blah, tapi dah pesan awal2 kat my boss : saya balik sendiri, nak pegi umah bakal kakak ipar. Perghh?? Tak agak2 cakap "bakal kakak ipar". Sampai kena perli ngan boss. huuhuu~ Please someone lempang aku biar aku sedar diri dan tak gedik sangat. muahahaa~ ;DD



Cik Nini : Aritu kata nak tengok Merong Mahawangsa.
Encik Kuneng : Tunggu orang balik JB ea.
Cik Nini : By the time dia balik JB, movie tu dah takde kat pawagam dah pun. -.-'


Oh malangnyer masa aku pegi sana, Encik Kuneng tak cuti. So, tak dapat keluar tengok wayang. It's ok. :|





Petang tadi baru sampai JB. Rindunyer kat "si puteh", rindunyer kat blog kesayangan. Dan agak penat.


Ok bye!



* p/s : malasnyer nak keje esok. erghh~ monday blues.


.

No comments: