*ok, tajuk memang selekeh.
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua...
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua...
Semalam lepas keje (keje halfday), aku pegi majlis kahwin my colleague kat Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi. Pegi dengan rakan2 se-office.
Bila sampai sana, pengantin dah siap makan beradab. Yerlah, time tu dah pukul 1.40 p.m kot. Takpe, kitorang terus ambik makanan & melantak. Aku kalo bab2 makan ni, memang laju jer. Nasi beriani tu sedap plak tu. Beras pun panjang. Memang beras yang elok la. Lauk2 pun memang sedap. Pehh~ melantak tak agak la. Makin banyak la lemak2 yang membiak2 dalam badan yang dah makin gemok nih.
Ada yang bagi cadangan, suruh ambik katering ni untuk apa2 majlis @ annual dinner office kitorang. Ape ntah nama caterer ni. Kalo tak silap, Pak Akob. Ape2 pun, makanan caterer nih memang sedap. Terima kasih lah sebab membantu saya menternak lemak2 yang makin membiak nih. muahahaa~ ;DD
Sebenarnye aku takde la makan banyak sangat pon. Sepinggan jer. Tapi agak banyak jgak la kalo sukat semua kolestrol dan lemak2 yang ada. Lepastu rasa macam mual2 plak. (*selekeh neyr kau nih!) Tengok kek yang pengantin bagi pon rasa tak berselera. Kek coklat tu, feveret aku tuh. Biasanyer, kejap jer aku boleh habiskan kek coklat. Semalam makan satu sudu jer. Ceh~ memang rugi. Dah la kek tu sedap hingga menjilat sudu.
Mungkin sebab masih ada angin dalam perut aku nih. Tiba2 telan makanan yang banyak & berlemak camtu, kan. Mau nyer tak mual2. Nasib baik tak muntah. huhuu~
By the way, si pengantin pompuan sangat cantek. Baju cantek. Mekap cantek. Dia tak pernah mekap kalo pegi office. So, bila kena mekap camtu, of coz la nampak lain & cantik. Tapi mekap dia takde la tebal & lebih sangat sampai muka pun dah berubah.
Semalam aku dah siap bawak kamera & letak dalam kete. Coz ingat nak bergambar la kan. Tapi sekali, boleh lupa plak nak ambik kamera tu. Dah sampai kat dewan, baru teringat. Patot la rasa something kurang jer. Tak kuasa dah nak pegi ambik, jalan pegi kat kete ngan cuaca panas camtu. So, tak dapat la snap2 majlis kahwin tu. Dan ada rasa macam tak puas pulakkkk~~ sebab tak dapat snap2. [x_O]
Disebabkan tak dapat nak snap2 kat majlis tu, aku snap sorang2 jer kat dalam kete lepas balik dari majlis tu. Nah hambik lah. Muka orang takde keje. ;p
Buat2 muka buruk. *memang buruk pon.
Buat2 muka comel. *konon dah comel la tu? jangan nak perasan.
Muka kontrol ayu.*ayu la sangat.
Muahaahaaa~~
Tiga gambar yang sama, dengan reaksi yang berbeza.
Aku tau ramai yang menyampah kalo ada gambar jenis ni dalam blog.
Ok, sila muntah sekarang.
Kahkahkahh~ ;DD
Ok bye!
*p/s : seronoknyer tengok orang kawen. aku bila nak kawen? muahahaa~ ;D
. Tweet
2 comments:
sekarang usim org kawen hi hi...
saya dh siap follow kamu.tq
tu la pasal, memang musim orang kawen sekarang nih.
btw, tq sudi follow~ ;)
Post a Comment