Wednesday, January 25, 2012
Wednesday, January 18, 2012
the pink wedding.
Weekend haritu attend wedding one of my friend. Kat Kelapa Sawit, Kulaijaya.
Perghhh~ punyerlah jauh rumah pengantin. Aku tak pernah pegi Kelapa Sawit tu. Tawakal jer tengok Google Maps sebelum pegi.
Alhamdulillah jumpa jugak rumah pengantin.
Pink nyeerrrrr.....!!!!!
I loikee~ ;p
Tak sangka kawan aku nih pilih tema pink untuk wedding dia. Ingatkan aku jer yang suka pink. Hiks~ ;p
OMG, i just love the cake!
Simple yet beautiful.
Just like what i want for my big day. ;)
Congrats Jee on your big day! Alhamdulillah dah selamat jadi isteri orang. =)
*p/s : setiap kali attend wedding, mesti rasa excited nak kawen. nape ek? gedik kot! ;DD
.
Tweet
Labels:
wedding
Setahun.
Harini 18hb Januari. Dah genap setahun si puteh beroda empat tu di-deliver-kan kat aku.
Dah setahun aku bawak si puteh tu ke hulu ke hilir. Eh silap. Si puteh ni yang bawak aku. Kalo takde si puteh ni, terseksa sungguh hidup aku. Sebab aku memang sentiasa out station. Memang sangat2 perlukan transport.
Alhamdulillah, hasil dari titik peluh sendiri, mampu jugak beli & bayar ansuran bulanan si puteh ni. Bersyukur sangat2 segala penat lelah selama belajar & bekerja ni ada hasilnya. Walaupun takde la mahal sangat, & ape la sangat si puteh ni berbanding kereta2 mahal lain, kan. Huhuu~
So, dah setahun aku bawak si puteh ni, macam2 pengalaman dah aku hadapi.
First time tayar pancit. 28.04.2011. Masa balik dari mahkamah, nak pegi makan ngan Encik Tunang, KAT SINI. Nasib baik Encik Tunang ada. Kalo pancit time aku drive sorang2, camane ntah akau nak handle. Nak tukar tayar sendiri? Hampeh la.
Encik Tunang tukar tayar tengah panas.
Aku tolong payungkan.
Last2, aku yang demam. Erkk..
Kali ke-2 tayar pancit. 22.06.2011. Bukan setakat pancit. Siap pecah lagi, ok.
Masa tu on the way balik dari Mahkamah kat Muar. Kilometer 98 kot. Tengah speeding kat highway, tetiba jer dengar macam bunyi pelik. Masa tu dah boleh agak dah. Mesti tayar pancit.
Lambat jugak nak berhentikan kete. Yerlah, tengah speeding. Masa tu plak ada construction kat lorong kiri. Takkan la nak berhentikan kereta kat lorong kanan & block jalan, kan. Giler kau. Nak berhenti kat tengah2 highway??
Masa berhentikan kete tu, aku tengok tayar ada berasap sket. Bau hangit. Ok, nervous giler. Terus ambik segitiga yang digunakan untuk kecemasan tu. Ape ntah nama dia. Nak letak kat belakang kereta. First time nak bukak benda alah tu. Nak bukak pun tak reti, terhegeh2!
Masa tu dah cuak dah. Cuak sebab aku sorang2 jer time tu. Macam mana ni? Nak tukar tayar sendiri? Memang takkkk laaaaa.
Nak call PLUS? Nombor pun tak tahu. Huwaaaa~
Takpe2, aku still bertenang lagi.
Baru jer nak call Encik Tunang, dah nampak kereta peronda PLUS dari jauh. Yeehhhooooo!!! Tak perlu susah payah pening2 dah. Alhamdulillah tak perlu call & tunggu lama. Kiranya bernasib baik jugak la aku time tu.
Diorang terus tolong tukarkan tayar kete tu. Hihii~
Terima kasih pakcik2 PLUS sekalian. ;D
Diorang cakap, tayar dah rosak, dah pecah. Dah tak boleh pakai. So, kena la tukar tayar lain. Terpaksa la aku masuk Simpang Renggam cari kedai tayar. Almost 2ratus duit terbang. Arghhhh~ pakai kereta memang kena prepare duit untuk emergency camni. T_T
Kalo korang perasan, tayar yang pecah tu tayar yang sama yang pancit sebelum tu. So, aku ber-teori, mungkin tayar tu kalo dah sekali pancit & dah pernah tampal, tayar tu dah tak bagus dah untuk pakai. Kan? Err..ni teori aku la.
And...macam yang abang ipar aku cakap : kalo tak calar, buka kereta namanya.
Dalam setahun ni, dah 3 kali kereta aku tercalar.
Kali pertama, 17.05.2011. Masa tengah tunggu Encik Tunang balik keje. Bergesel ngan BAS. Ok, ni memang salah aku jugak la. Parking kereta suka2 hati. Yerlah, aku ingat sekejap jer. Tapi lambat la pulak Encik Tunang nih keluar.
Tapi bas tu pun salah jugak. Buta ke ape?? Tak, dia tak buta. Sebab dia cakap dia memang nampak ada kereta kat situ. So....???? Tak boleh pastikan bas kau lepas betul2 ke? Kau sengaja langgar eh? Kau ingat takde orang dalam kereta? Sampai aku rasa kereta aku bergegar kuat yang amat, kena gesel ngan bas dia.
Pastu taknak mengaku. Walaupun ada kesan calar jugak kat bas dia, siap calar tu kaler putih lagi, dia boleh cakap calar tu dah lama. Then bila aku sentuh kat kesan calar putih tu, kesan putih tu boleh hilang. Dah tentu la kesan calar putih tu cat kereta aku! Bod***.
Aku memang marah giler la time tu. Nasib baik la ada sorang abang nih tolong tenangkan kitorang & nasihatkan driver bas tu untuk settle & bayar jer. Errr...dia cakap camtu lepas tengok name card aku. Boleh camtu? ;p
So, masa tu jugak bawak kereta pegi bengkel. Agak teruk jugak la calar kereta aku tu. Kena spray ke camane ntah diorang buat. Aku bayar separuh, driver bas tu bayar separuh. Dah la time tu aku nak pegi Mahkamah Rayuan kat Putrajaya, then balik JB. Kereta plak tak boleh siap terus. Sebab tak sempat kering. Tengahari esoknyer baru boleh ambik. Urgghhhhh..!!!!
So, terpaksa la pegi Mahkamah Rayuan ngan motor jer. Haa...kau hadoo??? Ada lawyer pegi Mahkamah Rayuan ngan motor? Muahahaaa~ *Encik Tunang yang bawak motor tu, bukan aku ok. ;p
Kali ke-2 kereta bergesel. 08.06.2011.
BA** betol la kereta wira cina kurang hajar tu! Dah la bawak macam pelesit. Dah langgar aku, taknak mengaku pulak. Helloooo??? Tempat parking indoor kot. Nak pecut buat ape? Bukannya jalan raya.
pffff!!! fcuk lah!
Sampai sekarang macam ni lah kereta aku.
Tak pegi spray pun. Malas.
Kali ke-3 kereta ter-calar. Tak ingat dah bila. Tapi bukan aku yang bawak. Bengangnyerrr....!!!!! Sabor jerlahhhh.. T_T
Owh..baru renew insurans + road tax.
Semalam baru jer nak tebus smile points ni.
Dengan hepinyer dan senang harinyer pegi Esso, sebab nak claim minyak free RM45.
Tapi kecewa. Tak dapat claim sebab kad belum register.
Laa....aku tak hantar ke borang tu masa mula2 buat kad nih???
Apedaaa....
*p/s : tak sampai setahun lagi, lesen P akan tamat. yeehhhoooo~~
.
Tweet
Tuesday, January 17, 2012
DIY : testing bunga telur.
Testing...testing...
Gigih duk ber-eksperimen on weekend haritu.
Ini sebenarnya hasil dari aku duk berangan nak DIY macam kat ENTRI NI.
Tapi takde la sama 100% macam yang kat kedai tu. Macam mana nak buat span bulat2 kecik yang kat tengah dalam ENTRI NI tu bercantum haaa??? Ada kedai yang jual span bulat2 kecik tu. Tapi takde la pulak jual yang dah siap kuntum2 tu. -.-'
Eh, ini testing ajer. Ntah larat ke tak nak DIY bunga telur ni. Kalo tak larat, aku beli jerlah. Eleh, 100pcs jer pun.
Tapi walaupun 100pcs jer, aku rasa sangat la lambat nak buat bunga telur nih. Haritu pun berjam-jam jugak duk ber-eksperimen nak buat benda alah nih. Hukhukk~
Tau tak aku buat bunga telur 20pcs jer untuk E-day haritu? Tapi itu pun....masyaAllah....betapa terseksanyer aku nak siapkan semua bunga telur tu. Mungkin faktor masa la aku rasa. Sebab aku tersangat la busy, sampaikan semua buat last minute. T_T
Macam ni la lebih kurang bunga telur E-day aku. Errr...bukan lebih kurang. Tapi macam ni la. Cuma warna jer lain. Aku buat soft pink + shocking pink + peach. ;)
Credit : ROSENANI.
Tak sempat pun nak snap gambar bunga telur yang dah siap tu. Buat 20pcs just untuk rombongan Encik Tunang.
Untuk majlis sebelah pengantin lelaki pulak, duk berangan nak bunga telur macam kat ENTRI NI.
Eeeee.....comelnyer bunga telur camtu. Burung2 tu sangat sesuai ngan tema kitorang. Hehee~
Nak DIY jugak ke? Bunga telur tu lagi senang kot nak DIY. Tak leceh & tak banyak benda nak buat macam bunga telur biru yang aku DIY kat atas ni. Tapi masalah nak beli burung tu pulakkk. Mahal giler lah burung tu. Pastu takde yang aku berkenan & tak jumpa ngan yang sama ngan kaler tema kitorang. Eh brape banyak benda yang aku nak pening2 nihh??? ;p
.
Tweet
Labels:
DIY,
DIY project
Monday, January 16, 2012
JB - Muar - Ayer Hitam
Dear blog...wah...dah seminggu aku biar blog nih berhabuk. hukhukk~
Busy lah katakan. *eleh. asyik2 busy jer kannn... -.-
Minggu lepas, 10.01.2012 pegi Mahkamah Tinggi Muar. Outstation lagi. Minggu ni pegi Putrajaya pulak. Penatttt~~
On the way balik dari Muar, sempat singgah lagi Ayer Hitam. Sempat aje kannnnn.... ;p
On the way balik dari Muar, sempat singgah lagi Ayer Hitam. Sempat aje kannnnn.... ;p
Ada beli few sample untuk doorgift. Nak tunjuk kat Encik Tunang, nak tanya pendapat dia yang mana ok untuk buat doorgift.
So ini lah dia sample2 tu...
Cawan.
RM1.50/pc
Cawan jugak. Ke mug yer?
Ape2 jerlah.
RM1.50/pc
Mug.
RM1.20/pc
Yang ni kecik sket.
Yang ni comel!
Tapi kalo nak beli yg ni, kena add deco sket la, kan.
RM1.20/pc
Mahal kot. sebab ada b2b blogger yg survey kat VR Star Nilai 3, RM0.80/pc.
Kalo boleh nak bagi doorgift yang tetamu boleh guna la. Macam mug tu, boleh jugak buat minum, kan.
Errrrr....tapi aku rasa nanti mesti end up aku yang pilih sendiri. Biasa lah, orang lelaki mana la nak pikir sangat pasal benda2 camni. Biasanya kalo aku tanya2 pasal wedding nih, contoh macam pelamin, baju, warna alas meja tetamu, etc, dia akan cakap : suka hati sayang la. org tak cerewet sangat.
Eleh. yerlah tu tak cerewet. -.-
Mana boleh aku buat aku buat keputusan sorang2 & pening sorang2. Tak aci!!! ;D
Btw, ini just sample jer. Tak confirm lagi nak beli doorgift yang camane. Kena tengok budget dulu. Huhuuu~ -.-'
Pendapat korang plak camane? Apa doorgift yang OK & sesuai untuk bagi kat tetamu?
.
Tweet
Monday, January 9, 2012
Cuci mata @ Ayer Hitam. Yess,,,aku suka outstation job. ;)
Good morning Monday blues! -.-
Last Thursday, 05.01.2012 kena attend auction kat Pejabat Tanah Kluang. Dari last lasttt Friday, which is 30.12.2011, bila dapat list untuk pegi Mahkamah & tengok nama aku tertera untuk pegi PTD Kluang, dah tersenyum lebar dah. Hihii..tak sabar menunggu hari itu.
Aku hepi kalo kena outstation camni. Sebab....boleh singgah cuci mata kat Ayer Hitam. Hehee~ Padahal bukan nak beli barang pun. Hello, i'm bride to be. What do you expect, kan. Mesti suka tengok barang2 untuk wedding nih. ;p
FYI, fikiran aku ni dah 70% fikir pasal wedding thingy, 30% jer yang fikir pasal keje. Refer jerlah kat ENTRI NI. Sangat tepat ngan situasi aku. Kat office pun takde hati nak buat keje. Eventhough lagi 4 bulan lebih. Melampau tak??? Errr...maybe aku terlalu risau sebab banyak benda yang tak settle lagi. T_T
So, lepas habes lelong tu, singgah la kat Ayer Hitam kejap. Eh, ini bukan ponteng keje yer. Biasa la B2B, kan. Kalo ada ada peluang, of coz kena curik peluang tu. Kehkehh~
Sebenarnya aku singgah kat Ayer Hitam tu just nak cuci mata jer. Nak shopping mopping dah takde budget. I'm totally broke this month. Lagipun Chinese New Year nih nak balik kampung. Kena la berjimat. Wuwuwuuuuuuu~ T_T
So, meh la cuci mata jer.
Ok, chop..sebelum pegi ke cerita kita.
05.01.2012.
Yang ni pun dah nak sampai 30,000...!!!
Maksudnya next service. Maksudnya $$$$ lagi. T_T
For sure hujung bulan ni cukup 30,000km. Or maybe lebih. Kan nak balik kampung yang beribu-ribu-ribu-lemon kilometer tu. Ok, over plak.
Back to our story.
First, mesti la masuk kedai PISB yang tersergam indah tu.
Berkenan giler ngan bunga telur niiiiii....!!!!
And the idea of putting it on the bicycle. So sweet~
*Siap ngan harga lagi tu aku snap. ;p
Biru pun ada!
Sangat match ngan tema sandingku!!
Mahu yang iniiiiii~
Nasib baek takde budget. Kalo tak, dah beli dah. Errrr...nak DIY boleh? Rajin la sangaaattttt nak DIY.
Yang ni pun cantek.
Aku beli TQ tag ni jer. Tapi tak tau lagi nak buat ape.
Emmm...maybe letak kat bunga telur yang aku duk berangan nak DIY tuuuu???
Dah puas cuci mata kat Ayer Hitam, bertolak la balik ke JB. Jangan melampau sangat curi masa!
Err...sebenarnya tak puas pun jalan2 kat sana. Dah la banyak sale. Kalo boleh semua nak beli. Itu nak, ini nak. Takpe, sabar2. Next time boleh singgah lagi. T_T
On the way balik.
Erk...seram.
Masa aku on the way pegi Kluang pagi tu pun dah ada treler ni kat dalam longkang tu. Sampai tengahari baru diorang dalam proses nak alihkan. Nasib baik time pagi tu blom jem. Kalo tak, haruslah lambat sampai PTD Kluang. Phewww~ -.-'
.
Tweet
Labels:
Ayer Hitam,
Pejabat Tanah Daerah Kluang
Sunday, January 8, 2012
It's a pink polka dots Hello Kitty car. pengsan~
OMG.
Can i have the car? Or the debit card?
Good news to Hello Kitty lovers! *aku ler tu.
Open an account at Hong Leong Bank, apply for a Hello Kitty debit card, and stand a chance to win these cute loveable and polka dots Hello Kitty car! Its Suzuki Swift, ok.
Well...kalo nak bukak akaun & apply debit card tu boleh jer kan. Tapi nak menang kereta yang oh cute tu??? Satu dalam berjuta la kot. Tak pernahnyer aku bertuah camtu. So, lets daydreams sahaja. T_T
.
Tweet
Labels:
Hello Kitty
Boxes for wedding favor bought | Nasi Ayam Penyet AP
Minggu lepas pegi hantar laptop Encik Tunang yang dia kirim haritu.
Bagos tak dapat tunang macam aku? Sanggup tu pegi jauh sampai ke Selangor sana, sebab nak hantar laptop untuk dia. Naik bas pulak tu. Walaupun Encik Tunang tak suruh pun aku hantar. Sebab dia sebenarnya nak kirim kat anak sedara dia jer.
Bagos tak dapat tunang macam aku? Sanggup tu pegi jauh sampai ke Selangor sana, sebab nak hantar laptop untuk dia. Naik bas pulak tu. Walaupun Encik Tunang tak suruh pun aku hantar. Sebab dia sebenarnya nak kirim kat anak sedara dia jer.
Tapi aku bersungguh2 nak hantar sendiri. Sebab tak pasti anak sedara dia jadi balik ke tak. Encik Tunang pun terharu tau. Kehkeh~ ;p
Bagos tak akuuu???? *eleh...puji diri sendiri. padahal alasan nak jumpa dia jer nih. muahahaa~ ;p
So hari Sabtu lepas dengan penuh keazaman, aku naik bas pegi sana. Singgah kat Kajang jap, pegi Pasaraya Bagus. Beli kotak untuk doorgift. Berat giler noks. Kenapa la tak terfikir pasal keberatan kotak2 tu sebelum beli eh? Oh...ok, maybe sebab ter-over excited ngan project DIY kotak wedding favor tu.
Dah la aku naik bas jer. Kalo naik kete takpe la jugak. Lenguh tangan aku duk usung plastik kotak tu sampai ke JB.
Eh, jauh pulak cerita sampai balik ke JB dah.
Ok, berbalik pada cerita.
So, lepas beli kotak yang teramat berat tu, ajak ler Encik Tunang pegi makan kat Nasi Ayam Penyet AP kat Metro Point tu. Depan Pasaraya Bagus tu jer.
Nak try Nasi Ayam Penyet diorang jer, nak tau best ke tak.
Ayam penyet dia sangat sedap. Garing + yummmmy gitu. Tapi ulam sikit giler. Sambal pun seciputtttt jer. Nasi? Lagi laaaaa....aku dah la lapar tahap cipan time tu.
Andddd....takde sup. So, kena la order sup berasingan.
Mine.
Ice blended mocca (kot. dah lupa dah)
Ice blended mocca (kot. dah lupa dah)
His.
Ais Kacang.
Ais Kacang.
So, kesimpulannya, Nasi Ayam Penyet kat sini boleh la tahan. Walaupun seciput jer & buat kitorang still lapar. *kata nak diet?? melantak tak ingat2 jugak
Nasi ayam penyet makcik lagi bessstttt...!!! Lagi banyak, lagi murahhh & lagi besttt. Eh, brape banyak best nih.
Eh, lupa pulak. Aku tak pernah post pasal nasi ayam penyet makcik tu kat sini. Nasi ayam penyet makcik tu sebenarnya kat Jalan Station, JB. Sebelah Hong Leong Bank. Biasa time lunch la aku beli nasi ayam penyet kat situ. Maybe will post about it someday. =)
Bye~
*p/s : sorry, takde gambar boxes tu. nanti dah start project DIY, baru boleh tunjuk.
*p/s : ek eleh, ntah bila nak start project tu. -.-'
.
Tweet
Labels:
loves,
makan-makan,
wedding preparation
Saturday, January 7, 2012
PC Expo @ Persada JB. Shopping jugak eh?
Salam hari Sabtu.
Erk. Dah malam baru nak bagi salam. -,-
Minggu lepas ada PC Expo kat Persada JB. Disebabkan memang dah lama aku duk tunggu PC Expo nih, of coz la aku wajib pegi. *minggu lepas punye cerita, harini baru nak story mory la???*
Kebetulan seminggu sebelum tu aku ada beli laptop baru nih, so nak jugak cari gadget2 yang berkenaan. *ayat ape ntah. harap paham*
Encik Tunang pulak kirim beli laptop. Beli skali dia punyer laptop la. Dengki la tu tengok aku pakai laptop baru. ;p
So, hari Jumaat lepas habes keje, terus pegi Persada. MasyaAllah....ramainyer manusia. Pening kepala aku. Sungguh tak suka crowded camtu. Tapi apakan daya. memang tempat camtu ramai orang. -.-'
So here is the items yang aku beli...
Kebetulan seminggu sebelum tu aku ada beli laptop baru nih, so nak jugak cari gadget2 yang berkenaan. *ayat ape ntah. harap paham*
Encik Tunang pulak kirim beli laptop. Beli skali dia punyer laptop la. Dengki la tu tengok aku pakai laptop baru. ;p
So, hari Jumaat lepas habes keje, terus pegi Persada. MasyaAllah....ramainyer manusia. Pening kepala aku. Sungguh tak suka crowded camtu. Tapi apakan daya. memang tempat camtu ramai orang. -.-'
So here is the items yang aku beli...
Ini lah dia laptop yang aku pilih untuk Encik Tunang.
Macam aku punyer.
Jenama Asus jugak.
Tapi model lain sket la.
Aluminium tough.
I loike jugak. ;p
Huihhh...pening kepala aku tahu tak, nak pilihkan laptop untuk Encik Tunang. Sedangkan nak pilih barang untuk aku pun aku selalu confuse & susah nak buat keputusan. Inikan pulak nak pilihkan barang untuk orang lain. -.-'
Seriously, aku memang jenis yang susah nak buat keputusan. Kadang2 boleh jadi migrain kalo nak buat pilihan. Betul, tak tipu.
Free gift tak banyak.
Macam biasa, beg laptop. Keyboard protector & mouse.
Wayar mouse tu sangat pendek, ok. Tak best nak pakai.
Tapi ada satu free gift yang aku paling sukaaaaaaaaa........ --------->>>>
Printer!
Weehhoooooo.....dapat printer!
And this will be mine! Walaupun dapat free masa beli laptop Encik Tunang, tapi tak kira la. Nak jugak. Upah beli laptop la kan. Hihii~
Sebenarnya free gift dia bukan printer. Tapi upgrade RAM ke 4G ke 6G ntah. Tapi aku request untuk printer. Kenapa? Emmm...ada la sebabnya. Encik Tunang pun ok jer. ;)
Kenapa aku suka sangat dapat printer nih? Sebab kalo project DIY untuk wedding yang kena pakai printer, kan senang. Tapi tak tau la project ape aku nak buat eh? Printer ni pun blom try pasang lagi. -.-
Kenapa aku suka sangat dapat printer nih? Sebab kalo project DIY untuk wedding yang kena pakai printer, kan senang. Tapi tak tau la project ape aku nak buat eh? Printer ni pun blom try pasang lagi. -.-
Disebabkan tak banyak free gift untuk laptop Encik Tunang, kena la beli beberapa lagi barang untuk laptop dia, i.e. cooling pad ngan mouse pad.
Cooling pad & mouse pad.
Tapi cooling pad kat atas ni bukan untuk Encik Tunang. Aku bagi kat dia cooling pad yang aku dapat free gift masa beli laptop aku haritu. Sebab cooling pad aku tu jenis kecik & boleh lipat. Sesuai la untuk Encik Tunang. So, cooling pad yang ni untuk aku. =)
Pink laptop case for my pink laptop!
Err...sebenarnya aku nak beli yang kaler hitam atau hitam+pink. Tapi tak jumpa plak yang aku berkenan. Tak banyak pilihan. So, terpaksa la beli yang ni jer. Melampau pulak laptop pink + cover pink. PINK SANGATTT LAHHHH!!!
Hello Kitty pendrive!!
OMG!!!
And you know what, hari Ahad tu aku pegi lagi kat PC Expo tu. Hajat hati nak beli USB hub jer. End up.....
Speaker & USB hub.
Murah2 jer USB hub. Nampak kan harga kat situ?
Murah2 jer USB hub. Nampak kan harga kat situ?
Yang ini untuk Encik Tunang. Actually Encik Tunang kirim beli USB hub jer. Tapi bila tengok kat speaker tu, eh...jatuh cinta plak. Terus belikan untuk Encik Tunang. Aku yang berkenan, tapi belikan untuk dia. Ade camtu eh? ;D
Tapi sedih...takde warna yang cantik2. Aku nak belikan warna hitam jer. Tapi takde. Warna kelabu ade la. Tak cantik ok. Warna pink ade. Oh, so cute. Tapi takkan nak belikan warna pink untuk dia, kan. ;p
Encik Tunang request kaler kuning. Tapi takde. Warna oren jer ade. So, aku beli jer kaler oren nih.
Encik Tunang request kaler kuning. Tapi takde. Warna oren jer ade. So, aku beli jer kaler oren nih.
USB hub & pendrive lagi.
Yang ni aku punyer. USB hub aku lain sket dari Encik Tunang. Sebab aku pakai external hard disk. USB hub macam Encik Tunang tu tak sesuai untuk connect external hard disk. Sebab power tak cukup. Ni salesboy tu la yang cakap. So, beli yang ni jer.
Kenapa beli pendrive lagi?
Sebab sekarang ni memang aku dah takde pendrive. Cuma ada external hard disk jer. Pendrive aku dah rosak. Camane ntah boleh kena air. Hampeh betol la. Berbulan2 jugak la aku takde pendrive. So, pendrive Hello Kitty kat atas tu just for collection la. Sayang giler nak pakai hari2. Ade camtu? ;p
So, yang ni la utk pakai hari2. ;)
Errr...ni boleh di klasifikasikan sebagai shopping ke?
Lari budget. Kena kejar balik la ni. Tapi camane nak kejar? T_T
.
Tweet
Wednesday, January 4, 2012
Monday, January 2, 2012
Pengantin itu..semua tidak seperti yang dirancang.
Seorang pengantin keluar dari bilik menuju ke pelamin nikah. Tapi dirasakan seperti sesuatu yang aneh, Di lihatnya tangan dan jari. Tidak berinai. Di kepala hanya selendang, bukan tudung yang dia sepatutnya pakai.
Pelamin tidak dibuat seperti yang diinginkan. Mekap tidak seberapa. Hantaran, kenapa barang2 hantaran macam ni? Jurugambar mana?
Kenapa itu? Kenapa ini? Macam2 yang tak kena.
Baru pengantin perempuan tersebut teringat. Ini semua sebab dia tak buat preparation awal2. Masa tu semua dah terlambat, tak boleh buat ape2 dah. Kelam kabut jadinyer. Si pengantin resah, terpaksa melalui hari yang terpenting dalam hidupnya dalam keadaan macam tu.
Sedih hatinya tak payah cerita lah. Rasa macam nak menangis pun ada.
Tiba-tiba....
Si pengantin perempuan itu tersedar...
Terbangun dari tido!
MasyaAllah.....aku mimpi ghopenyer!!
Semalam aku mimpi ngeri. Err...ngeri ke? Ngeri la kot untuk b2b macam aku nih. Seriously, takot giler bila dah sedar tu. Mula rasa cuak dah. Lagi 5 bulan jer nih. Taknak last minute! Taknak jadi macam dalam mimpi tu! Taknakkkkk....!!!!
Kat tempat keje tadi pun duk fikir pasal wedding jer. Tapi taktau ape yang aku fikir. Ape yang aku boleh settlekan sekarang ea? Legal documents semua tak boleh settlekan lagi, kan? Jauh lagi tarikh kawen.
Cuak giler lah. Nape lah mimpi camtu boleh menerjah tidur lenaku. Owh, mungkin untuk menyedarkan aku tentang semua preparation kawen nih. Hukhukk T_T
Ok, sekarang yang dah buat separuh jalan & masih terbengkalai & insyaAllah akan disiapkan dalam dua tiga minggu ni :-
1. gabus hantaran (nak buat bantal hantaran)
= 7 gabus dah siap balut ngan span. 2 gabus lagi belum siap.
= semua belum balut ngan kain satin lagi, walaupun kain satin dah beli.
= kena beli span lagi. span tak cukup.
= kena siapkan sebelum 18 haribulan ni!
2. Hantaran for me
= belum gubah lagi. bunga2 & bekas semua dah beli.
= kena siapkan gabus hantaran dulu baru oleh siapkan gubahan hantaran. T_T
= kena siapkan sebelum 18 haribulan ni jugak!
3. Kotak doorgift
= kotak dah beli 346 kotak. tak tau cukup ke tak. aku nak beli 350 kotak. tapi masa nak beli tu, itu jer stok yang ada.
= nak kena tampal doily paper
= reben dah siap ikat. tinggal tampal jer.
Oh masa, kenapa suntuk sangat.
Oh kerja, kenapa aku selalu balik lambat sampai malam?
Oh badan, kenapa penat sangat nak buat semua tu.
Kenapa la masa dan waktu sangat mencemburui kita??? Sobss~ T_T
*p/s : aku dah rasa macam bridezilla nih. semuanya sebab nervous ngan mimpi ngeri tu. T_T
.
Tweet
Labels:
wedding preparation
Benda yang percuma takkan selama-lamanya percuma. Kan?
Tak teringat langsung pasal ni. Padahal sebelum ni memang dah dengar khabar yang benda alah ni akan expired dan takkan dapat lagi digunakan secara percuma bermula tahun baru ni. Takde masa pulak tu nak tukar yang baru.
Malam tadi bukak blog, baru perasan.
Senang2 kau nak pakai free forever and after ea?? Kirim salam jerlah.
Eh, i dont want to pay la.
Ok, fine. Meh bertukar ke Cbox.
So, terus la aku create account Cbox ni malam tadi & terus paste code kat blog.
Tapi rasanya kalo Cbox ni, kita hanya boleh post kat sini kalo kita ada account Cbox jugak & dah login account kita. Correct me if i'm wrong.
Tak best la camtu kan. ShoutMix jugak yang best. Tapi nak buat camane, redha jerlah.
Ok bye.
*P/S : Cbox ni free sampai bila plak yer?
.
Tweet
Labels:
blogging
Sunday, January 1, 2012
Happy New Year! | Genap 5 bulan lagi
Salam tahun baru!
Wahhh...dah masuk ke tahun 2012 yer kita. Apa azam tahun baru ni ye? Err..aku ada azam tahun baru ke? Macam biasa, aku malas nak fikir pasal azam2 nih. Just go with the flow.
Tapi tahun ni...haaa....kena kuatkan diri untuk berazam. Tapi bukan azam tahun baru. Ni azam untuk hidup baru. Hihii~
Banyak yang kena dicapai. Salah satunyer...nak kurus? Errr...azam yang satu ni memang dari dulu tak tercapai. Makin gemok ade la. Minggu lepas aku timbang berat badan, eh2,,,,dah naik 2 kilo! Huwaaaa~~ lain yang diimpikan. lain yang jadi. Tu la, makan tak beringat!! T_T
By the way, masuk tahun baru ni, bermaksud genap 5 bulan jer lagi untuk tiba ke hari itu. The BIG DAY. InsyaAllah...
Oh my. 5 bulan? Lima bulan?? Eh, betul ke ni?
Tetiba rasa macam masa sangat singkat. Sangat suntuk. Eh, jom list kan ape yang aku dah setelkan setakat nih.
Tetapkan tarikh
Dah tetap ke? InsyaAllah..
Pelamin
DIY - 70% items bought
Persalinan
Persalinan akad nikah for me - done (baju, veil, high heel, except tudung)
Persalinan akad nikah for him - all done (Baju Melayu, shoe, except songkok)
Persalinan Bersanding (for me & him) - deposit paid
Persalinan Sambut menantu (for me) - deposit paid
Persalinan Sambut menantu (for him) - not done
Hand bouquet
Akad nikah - not done
Sanding - not done
Photographer
Akad nikah & bersanding - masih survey2
Sambut menantu - sama laa..masih survey2
Canopy
majlis bersanding - not done
Food
rewang jer
Kek
for bersanding - not done
Hantaran
for me - not done - 5% done
for him - not done
Doorgift
Sanding - not done - boxes bought & 10% DIY done
Sambut menantu - not done
Legally? Semua yang berkaitan dengan legal dokumen etc, semua belum settle lagi. Even kursus kahwin pun belum pegi lagi. Erkk..
Ape lagi yang aku tak masukkan kat sini ye? Setakat ni itu jerla yang aku ingat.
* P/S : what a tired weekend. [x_O]
.
Tweet
Labels:
checklist,
wedding preparation
Subscribe to:
Posts (Atom)