Monday, May 2, 2011

pengalaman pertama tayar kereta pancit. demam lepas tukar tayar tengah panas.

Untuk pertama kalinya aku berdepan ngan masalah tayar kereta pancit. Tapi nasib baik masa tu Encik Kuneng pun ada jugak. Boleh jugak la dia tolong aku. huhuu~

Kejadian hari Khamis minggu lepas. Pagi tu Encik Kuneng hantar aku pegi Mahkamah. Pastu aku suruh dia balik jer, takpayah tunggu sebab takut nanti kes habis lambat. Kesian pulak nak biar dia tunggu lama2. Tapi dia nak tunggu jugak. Dia takut aku susah nak balik office. Aku dah cakap aku boleh jer tumpang sape2, tumpang colleague ke, kawan ke. Atau boleh naik bas atau naik teksi jer. Tapi encik boypren kesayangan haku nih nak jugak tunggu & nak hantar aku balik office. Hehee~ ni yang buat aku makin sayang nih. Eh2, dah dah. lempang kang. ;D 

Lepastu nasib baik sekejap jer kes dah habis. Then ajak ler dia pegi lunch, walaupun time tu baru pukul 11.40 (kot). Aku ajak dia pegi lunch kat Restoran Nasi Padang Ina kat Stulang Laut. Dekat jer ngan Mahkamah kat Menara MSC Cyberport tu. Curik2 lunch awal. Huahuaa~  ;p 

Pastu camane ntah bila sampai jer kat tempat parking, tayar kete boleh pancit plak. Huh. Tapi aku tak stress dan tak cuak sangat la sebab Encik Kuneng ada jugak. Ape2 pun, kena makan dulu. Kitorang park jer kete yang pancit tu kat tempat parking. Tayar pancit boleh tunggu, perut lapar mana boleh tunggu. Lebih2 lagi terbayangkan keenakan lauk2 kat Nasi Padang Ina tu. Perghhh~ meleleh2 dah air liur haku. Ishhh~ tak sopan! 

Ni kali kedua aku pegi makan kat Restoran Nasi Padang Ina. First time, bos aku yang bawak pegi lunch kat situ. Seriously, lauk2 Nasi Padang Ina memang best. Harga pun reasonable la. Dan memang ramai giler orang yang makan kat situ. Kalau pegi time lunch, sampai takde tempat/meja/kerusi nak duduk. Nasib baik la time kitorang pegi tu, blom time lunch. Takde la ramai sangat orang kat situ. Tapi lupa plak nak ambik gambar makanan yang kitorang lantak. Pelahap punyer pasal. muahahaa~ ;D 

Lepas makan, Encik Kuneng tolong tukar tayar spare.




Kesian Encik Kuneng, kena tukar tayar tengah panas. 


Tempat parking tu panas giler. Bayangkan la, time tu pukul 12.30 tengahari. Matahari memang betul2 atas kepala. Aku dah try carik tempat parking yang redup sket, tapi takde. Parking semua penuh. Terpaksa la Encik Kuneng tukar tayar tengah panas. Tapi Encik Kuneng tetap rilex. Aku dah risau dah time tu. Takut dia tak tahan panas. huhuu~ Tapi aku tetap payungkan Encik Kuneng. Tapi sebab cuaca panas sangat, bahang tetap terasa. Encik Kuneng pun berpeluh2 dah macam orang mandi. huhuu~



Berpeluh2 tukar tayar spare tengah panas.



Pastu pegi hantar kete kat kedai tayar. 
Nape tayar spare kecik yer?





Nasib baik Encik Kuneng tau kedai tayar kat situ. Kalo tak, penat gak nak cari kedai tayar. Tokey kedai tu cakap mungkin kena paku. Ada dua lubang kat tayar tu. Huh. Tapi nasib baik la boleh tampal. Jimat sket.

Nasib baik masa tu Encik Kuneng ada ngan aku. Kalau aku sorang2? Ishh...tak boleh bayangkan. Camane aku nak tukar tayar spare? Pastu kena carik kedai tayar pulak? Waa...giler kentang.


Tapi mungkin sebab cuaca panas sangat masa payungkan Encik Kuneng, balik office jer aku rasa tak sihat semacam jer. Pastu bersin2 dan terus selsema. Wuwuwuwwuuuuu~ T_T  

Ingat kena hujan jer boleh selsema? Kena panas pun boleh selsema tau. Unik sungguh aku nih. Tapi takde la sampai demam macam tajuk entri nih. Saje nak kepoh. Hampir2 demam jer. Dengan pantasnyer, aku makan ubat Panadol Actifast.

Aku terus mengadu kat Encik Kuneng. Dia cakap : "tu la, orang suruh duk dalam kete jer, dia nak jugak payungkan orang. Orang demam takpe, dia tu kalo saket lambat sembuh, bla bla bla..."


Alaaa....kiteww manew boleh tengok awakk tukar tayar tengah2 panas. Manew la sampai hati. Biar susah samew2. Kan kan kan? huahuaa~ macam mintak pelempang jer ayat nih.

Encik Kuneng yang tukar tayar spare sampai berpeluh2 badan basah macam baru lepas mandi, dan badan masam2, aku pulak yang jatuh saket. T_T


Ok bye! 


.

No comments: