Monday, April 30, 2012

Saturday shopping : Johor Premium Outlet

Hari Sabtu, pegi menjelajah Johor Premium Outlet. Cari kasut sanding. 


Hajat hati nak tempah jer. Tapi masa dah suntuk. Takot tak sempat siap jer sebelum majlis. Lagipun warna2 kasut custom made tu takde yang sama ngan tema baju. Tu yang fikir 40kali jugak nak tempah ke tak.


Plan nak pegi Singapore hari Sabtu tu. Pegi cari kat Orchard Road. Kat sana banyak branded shop. Tapi tak berani la plak nak redah sorang2. Hukhuk~ -.-'


Last2 pegi JPO jer. Kat sana pun banyak yang branded ape...murah lagi tu. Eceh. Nak yang branded ajer. Poket bukan tebal pun...


Pegi JPO dah agak petang. Sebab banyak keja nak buat kat rumah + penat.




Kedai yang pertama masuk : Charles & Keith. Ada yang berkenan. Tapi takde saiz. Nyampah! Pilihan kasut pun tak banyak.


Kat Salvatore Ferragamo. OMG, ada kasut yang warna SEBIJIK ngan baju respsi aku. Material satin pulak tu. Exactly macam yang aku nak!


Tapi bila belek tanda harga kat tapak...errrr.......rm seribu lebih untuk kasut ni? Terus letak balik kasut tu kat rak dengan perasaan kecewa. Oh whhhyyyyy...????


RM15 untuk heels ni? OMG.
Grab!
*Cotton On*
Oh, ini sudah lari dari matlamat asal. Ini bukan kasut sanding. -.-



 Lacey2. Cantik, kan?
*Guess*



Saiz pun banyak lagi. So B2B yang tengah cari kasut lace macam ni, boleh pegi Guess. Harga pun berbaloi. Kalo tak silap aku, harga dia RM150. Ada warna pink + lace hitam macam ni and warna putih + lace hitam. Wahhh~ dah macam jurucakap Guess la pulak siap promote lagi tu. ;p




OMG. I'm totally in love with this one.
*Guess*



Its perfect for my reception dress. Walaupun agak menyerlah dari warna baju, sebab warna baju lembut jer. Ada aku kesah? Muahahaa~


Tapi bila tengok saiz yang available, takde la pulak saiz aku. Satu pasang yang display ni jer ada. Saiz 6. Grrrr...


Masuk Fidani. OMG, banyaknyer COKLATTTTT~





Kat sini ada jual macam2 jenis coklat. Yang kita tak pernah dengar pun ada. Err...ke aku jer yang tak pernah dengar nama2 coklat ni?


 
 Ferrero Rocher ni sangat murah!



Cant believe my eyes.
RM36 for 30pcs of Ferrero Rocher?

 

Aku dah beli coklat Ferrero Rocher untuk hantaran, dua minggu lepas kot. Nape la aku beli awal sangat yer. Kalo beli kat sini, lagi murah. Aku kerugian RM4.50. Errr...rugi sangat ke? -.-'




Aku beli satu bar coklat Milka.
Saje nak try.
RM7.



Oh my, ianya sangat lah melting + creamy. Lagi creamy dari Cadbury. Percayalah. Dan aku makan dengan rasa bersalah sambil fikir pasal diet. Tapi tetap habis jugak setengah bar coklat tu, makan sambil shopping. :'(


Oh, aku memang penggemar coklat. Aku rasa sebab tu la diet aku selalu failed. Taip entry ni pun sambil mengunyah coklat ni sampai habis. Gelojoh tak? -.-'


Whatever lah.


Ape2 pun, sangat happy dengan misi pemburuan kasut sanding kat JPO. Sebab dah jumpa & dah beli kasut untuk sanding. Sangat murah! Errr...walaupun takde lah 100% up to my liking & rasa macam nak beli yang lagi bagus, tapi takpe la. Aku dah penat nak jelajah Singapore atau KL untuk cari kasut sanding ni. Entah jumpa entah tidak. Dah jumpa depan mata ni, grab jer kan.


Thanks for reading. ;)






.

Make-Up Artist : Bridezilla mode turned on.

Apa perasaan korang kalo lagi 35 hari ke majlis korang, korang dapat SMS macam ni dari MUA korang :

"Salam nini,ada masalah sket 1.6 xdpt nk mekap nini,akak ada masalah hari tu..kak akn cr mak andam lain utk nini..tapi kalau nini jupe mak andam lain,bgtaulah.."
27.04.2012 : 9.56 pm


Nak marah? Jadi bridezilla?


Aku? Macam2 perasaan ada. Bengang + nak marah + migrain + stress. Ya Allah...korang bayangkan majlis dah dekat, dengan banyak lagi benda tak settle. Sekarang bertambah lagi satu masalah?


Mana nak cari MUA last minute ni? Sebelum ni pun dah berpuluh2 MUA aku survey. Semua tak available. Baru jer settle book MUA untuk sanding, MUA akad nikah pulak tiba2 tak dapat nak mekap aku. Ya Allah...dugaan betul.


Aku reply :

"Hah?camane plak nih.mana sy nk cari mak andam lain.dah last minute sgt nih."
27.04.2012 : 9.57 pm


Then akak tu cakap :

"Takpe,akak carikan..akak br tahu td ada masalah.."
27.04.2012 : 9.56 pm



Mintak maaf pun tak.


Ok la, fine. Aku tak tahu apa masalah akak MUA tu sampai tak dapat nak mekap aku haritu. Takpe, dia cakap nak tolong carikan. Aku cuba relax & sedapkan hati.


Dalam kepala duk fikir2 dah, sape MUA yang available. Tapi tak boleh fikir.


Dua hari aku tunggu, takde jugak akak ni reply. Walaupun baru dua hari, tapi korang faham tak perasaan aku? Lagi sebulan nak kawen, MUA takde? Kalo kawen time bukan musim orang kawen takpe la. Ramai MUA yang available.


Situasi kitorang? Kawen musim cuti sekolah + hujung minggu + pertengahan cuti sekolah. Memang perfect la pax tarikh tu.








Lepas 2 hari takde berita dari akak MUA tu, sama ada dia dah cari MUA lain ke tak, so pagi semalam aku godeh2 message kat facebook. Coz aku teringat masa aku survey2 MUA untuk sanding 2 June, ada 2 orang MUA yang cakap dia available tarikh 1 June jer.


Aku SMS & pm kat FB sorang akak MUA ni. Sorang lagi aku tak ingat dah sape.


Dah tengahari sikit akak tu reply. YESSS...!!!! Dia available lagi. Alhamdulillah ya Allah....Terus aku book akak tu.


Dah jodoh aku kot untuk mekap ngan akak MUA ni. Sebelum ni dah survey, tapi sebab nak save budget, aku book orang lain. Sekarang ni aku lagi pentingkan kualiti & yang profesional dari harga. Biar bayar lebih sikit, asalkan cantik. Walaupun majlis akad nikah tu sekejap jer. & yang penting profesional &  tak risau pasal MUA. Banyak lagi perkara yang aku tengah pening, banyak benda nak fikir selain dari hal MUA nih.


Then aku SMS akak MUA yang tak dapat nak mekap aku tu. Aku bagitau dah jumpa MUA lain & mintak dia pulangkan deposit. Dia reply :

"Ok dik.."
29.04.2012 : 5.05 pm



Macam tu jer. Still takde ucapan "maaf".


Aku tak tahun apa masalah dia sampai tak dapat nak mekap aku. Maybe masalah yang betul2 besar. Tapi cara dia bagitahu aku macam benda tu benda kecik & takde apa2. Macam langsung takde rasa bersalah.


Maybe ramai yang dah book dia & rasa dia ok jer. Aku bukan nak cakap dia tak ok. Cuma bila jadi macam ni, tak best la kan. At least say sorry & cuba bersungguh sikit. Hmmm...ntah la, aku pun tak tahu nak explain macam mana. Be profesional la kan. Walaupun dia tu glemer ke, dah mekap artis ke, at least cuba la bersikap profesional sket. Aku pun bayar jugak, walaupun aku ni bukan artis. -.-' *ok fine, sajer buat lawak hiburkan hati sendiri.


FYI, aku book akak tu beberapa bulan lepas. Awal tahun kot. Takpe la, takde rezeki ngan dia, tapi rezeki aku ngan MUA yang lagi mantop. Sape? Nanti aku reveal lepas kawen. Hewheww~


Ni antaran hasil MUA yang aku baru book tu  --->>>








Oh, kenapa lah akak ni tak available 2 Jun? -.- 


Kenapa aku tak hire MUA sanding aku untuk akad nikah jugak? Sebab aku nak MUA akad nikah tu perempuan. MUA sanding plak lelaki.



Sekian entry seorang bridezilla.





*p/s : 32 hari lagi.




.

Sunday, April 29, 2012

Sudah 5 tahun.


Dah 5 tahun.


25.04.2007.




Macam sekejap jer masa berlalu. Gaduh baik, gaduh baik, dah 5 tahun. Hahaa~ ;D


Lagi 1 bulan, bakal jadi suami isteri pulak. Macam tak percaya plak dah nak kawen. Ok, gedik.


And 26.04.2012 was his 25th birthday. Happy birthday fiance & hubby to be. ;)


.

HIV Test + Borang Nikah : Done.

Minggu lepas sangat busy.


Rabu, 25.04.2012.


Pagi, pegi buat HIV Test. Kat Klinik Kesihatan Tebrau. Lagi sebulan lebih nak kawen baru terhegeh2 nak buat HIV test, kan. Bukan ape. HIV test ni on weekdays jer. Aku malas nak apply cuti.


End up, last minute baru buat.


Encik Tunang balik lagi, so dia la yang temankan aku pegi sana.



Done!


Then sambung buat invitation card. DIY sendiri jer. Next entry aku reveal ea.


Encik Tunang plak pegi Kota Tinggi, pegi uruskan kebenaran kahwin. And yess~ permohonan Encik Tunang untuk berkahwin di luar kawasan telah dibenarkan. ;)


Pastu petang pegi kurier barang kat akak kat kampung. Borang nikah + kad jemputan + baju & tudung untuk akak. Dah dekat pukul 7malam baru sampai kat tempat kurier tu. Haa...kalo sape2 (kat JB) yang nak kurier barang lambat, boleh pegi kat GDex kat Taman Gembira. Diorang open sampai pukul 7malam. Tapi dinasihatkan pegi sebelum pukul 6.30petang. Coz diorang nak proses lagi barang kita tu.


Biasanya office aku kalo ada dokumen yang urgent nak kurier & tak sempat kurier sebelum pukul 5pm, kitorang hantar terus kat sini jer.


Alamat :
73, Jalan Riang 21,
Taman Gembira
81200 Johor Bahru, Johor

Website :
http://www.gdexpress.com/network.php?id=1 





Borang nikah tu aku mintak tolong akak aku pegi hantar kat Pejabat Agama Besut. Kalo aku nak balik, memang takde masa lah. Susah duk jauh nih. Nasib baik ada akak yang boleh diharapkan. -.-'


Malam plak pegi hantar Ecik Tunang kat airport.



 hok aloh. 6 ketul jah cheesy wedges.
Adakah sebab KFC kat airport, so kuantiti pun kecik? -.-
Keju jer banyak. huh.



 Encik Tunang punyer. Aku rembat seketul ayam.
Errr....ke manakah menghilangnyer diet miet?
Dah la makan cheesy wedges ngan keju yang tersangat banyak. :')



Sempat lagi ber-on9?


What a tired day! [x_0]


Tapi syukur sebab banyak benda telah settle dalam masa 1 hari tu. HIV test + kebenaran kahwin Encik Tunang + DIY kahwin + pos kad kahwin, borang nikah & baju kat akak. Nasib baik aku apply cuti 1 hari. Walaupun nak buat HIV test tu sekejap jer. Saje ambik cuti 1 hari, untuk uruskan hal2 kawen ni.


Borang cuti telah selamat dihantar oleh abang ipar hari ini. Harap2 takde la yang tak complete ke, tak cukup dokumen ke. Harap2 seminggu lagi boleh collect kebenaran tu. Amin....



*p/s : 33 more days. [x_O]


.

Saturday, April 28, 2012

Jalan-jalan cari barang @ Kota Tinggi

 
Hello lovelies~
 
 
Seminggu blog ni dibiarkan berwasang. Eh silap. BERSAWANG.
 
 
Tersangat lah busy minggu lepas. Banyak sangat perkara yang perlu di-settle-kan.
 
 
Hari Ahad lepas pegi bayar balance 80% harga pelamin. Lagi 20% kena bayar lepas wedding. Lepas pegi butik akak tu, terus pecut pegi Kota Tinggi. Nak cari baju untuk akak yang sulung untuk dia pakai masa resepsi kat JB nanti.


Untuk resepsi JB, aku just beli baju untuk dia jer. Family members yang lain, beli sendiri. Tak tahu la seragam ke tak nanti. & tak tahu la semua ikut tema ke tak. -.-


Satu lagi misi datang sini, nak cari tudung untuk resepsi, untuk baju yang dah siap tu.


Kat sini pun ada kedai jual barang kelengkapan pengantin jugak. Boleh tahan berbaloi harga kat sini.

Ape ntah nama kedai ni. Lupa plak. -.-'


Punyer lah penat pusing2 jelajah semua kedai. Susah betol nak cari baju yang sesuai untuk akak aku & sama ngan tema. Akhirnya dapat jugak beli baju + 2 tudung untuk dia. Tudung untuk pakai masa majlis kat Terengganu & JB.


Tudung untuk resepsi aku pun sama jugak, susah nak jumpa yang betul2 sama ngan warna baju. Aku nak beli tudung plain jer. Tapi tak banyak kedai jual tudung plain. Banyak jual tudung yang penuh ngan manik2. Last2, aku pilih tudung yang gelap sikit dari warna baju tu. Ok la, sebab sama tone. Banyak rupanya tone purple lembut nih. Banyak yang purple pink. Nasib baik ada tudung yang sama tone ngan baju aku.


Sangat penat + letih + dehidrat. Cuaca sangat panas.


Baju tu dah pos kat akak kat kampung. Malangnya bila dia try, tak muat!! Aiyyaaaa~ biasanya kalo aku beli baju kurung untuk dia, saiz tu la yang aku beli. Makin gemok ke ape akak aku nih? Last2, akak aku yang lain ambik baju tu. Nanti dia belikan baju lain plak untuk akak sulung.


Keciwa betol. Sebab aku memang suka ngan baju tu & nak dia pakai. Biasanya dia pakai baju kurung jer. Baju yang aku beli tu macam jubah, tapi macam dress pun ada. Takpe la, mungkin takde rezeki. :|



.

Saturday, April 21, 2012

Wedding prep : Homestay booked.

Salam hari Sabtu!


Memandangkan majlis kitorang 2 hari, i.e. akad nikah hari Jumaat dan sanding hari Sabtu, dan rombongan Encik Tunang datang dari jauh, so kena la bermalam kat kampung aku untuk majlis keesokan harinya. So, kena la cari homestay untuk diorang.


Masa balik kampung dua minggu lepas, dah survey homestay. Tapi tak book pun. Dua hari lepas, aku proceed jer call pakcik owner homestay tu. & terus book. Tapi deposit belum bayar lagi. Aku mintak tolong akak aku jer bayarkan deposit bila dia balik kampung minggu depan.


Haritu kan aku survey 2 homestay. Tapi aku book 1 jer homestay. Tak tahu la muat ke tak untuk rombongan Encik Tunang nanti. Sebab tak confirm lagi berapa orang yang akan pegi Terengganu nanti.


Takpe la. At least dah book 1 homestay. Kalo tak muat, baru book homestay lain. Itu pun kalo ada lagi homestay yang available. -.-'


.

Friday, April 20, 2012

Misi memburu barang hantaran. Done!

Misi memburu barang2 hantaran diteruskan lagi minggu ni. Since Encik Tunang balik untuk settlekan hal2 kahwin ni, so kitorang sama2 la menjelajah beberapa shopping mall untuk cari barang hantaran.


Cincin untuk Encik Tunang dah beli, KAT SINI.


Isnin, 16.04.2012. Lepas keje, pegi AEON Tebrau. Survey punyer survey, beli kasut jer untuk Encik Tunang.










And singgah Watson beli toiletries.







The next day, hari Selasa 17.04.2012, lepas keje, pegi lagi kat AEON Tebrau. Sebab nak settlekan terus hal ehwal (eceh, hal ehwal la pulak?) barang hantaran nih. Tak boleh dah nak tangguh2 lagi beli barang2 nih.


Masuk kedai MAC, beli set mekap.



 Can i have all these? ;p



 Testing.
Saya malu apabila di-mekap. Percayalah. -.-
*oh man, bila aku nak kurus hah?? :'| 



Beli jam. Satu untuk Encik Tunang, satu untuk aku. Aku suka jam aku tu. Encik Tunang yang pilihkan. Berkilat2! I loike~ Tak sabar nak pakai! ;)







Then pegi ambik set mekap yang dah siap wrap kat kedai MAC.



 Yehuuuu~




Penat yang amat, ok. Nak menjelajah shopping mall sana sini untu cari barang2 yang kitorang nak beli tu. Aku ni dah la dah beberapa hari, beberapa minggu tak cukup tidur & tak cukup rehat. Redha jerlah.


So, here is the updated hantaran's checklist.

HANTARAN FOR ME
1. Sirih Junjung - consider done
2. Mas Kahwin + Gelang
3. Quran + Telekung
4. Handbag
5. Perfume
6. Jam
7. Make-up set
8. Buah
9. Chocolate


HANTARAN FOR HIM 
1. Cincin
2. Sejadah
3. Baju Kemeja
4. Wallet + Belt
5. Shoes
6. Watch
7. Toiletries
8. Pulut Kuning
9. Chocolate
10. Cake
11. Buah


*coklat pun dah siap beli. hewheww~ ;p


Basically, semua consider done. Tinggal barang2 macam buah, cake pulut kuning jer. Barang2 tu semua kan kena prepare dekat2 majlis nanti.


Alhamdulillah. Lega sangat2. ;)


Tapi migrain jugak bila duit mengalir bagai air.... :'|


.

Wednesday, April 18, 2012

Bucu bantal. Mana nak cari?







Korang panggil benda alah ni ape? Aku panggil bucu bantal. Hehee~


Bucu bantal macam ni la yang aku duk cari sejak berbulan2 lepas. Dah cari kat segenap ceruk kedai kat Nilai 3, Ayer Hitam. Tapi takde. Kalau ada pun, bentuk lain, and banyak warna gold jer. Aku nak warna silver. Atau mungkin mata aku yang tak nampak bucu bantal ni kat kedai2 tu? Wallahualam. 


And ada jugak kedai yang jual bucu warna silver. Tapi mahalnyer ya ampun. Sampai RM2.50/pc. Gilo ko apo?


Ada kedai yang jual bucu dalam bentuk lain. Contoh macam ni :-





Agaknye bucu bantal yang macam aku nak tu memang susah nak jumpa kot?


So please B2B dan reader sekalian, kat mana nak cari bucu bantal macam ni??



Till then, thanks for reading. ;)



.

Tuesday, April 17, 2012

Dari Midvalley Megamall ke Nilai 3.

Hari Rabu minggu lepas, aku kat Banting. Disebabkan 1 baju sanding dah siap, misi seterusnya adalah memburu kasut untuk resepsi pulak. Dah alang2 dekat ngan KL tu, so aku decide untuk cari kasut kat KL dulu. Malas nak pegi jauh2, aku decide untuk pegi Midvalley jer. Senang. Naik komuter jer, tak payah tukar2 LRT @ monorail lagi.


Tapi memang sangat sakit hati kalau tunggu komuter. Sejam tunggu, baru sampai. Hampeh. Habis lari perancangan & masa aku. Huh. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah & tak pernah meningkat pun mutu perkhidmatan.


Ok, enough ngan luahan perasaan.


Satu Midvalley tu aku jelajah. Tak jugak jumpa kasut yang memenuhi kriteria & kena ngan warna baju sanding. Dah la ramai manusia. Nak jalan pun pening kepala tau. -.-






Terus pegi The Gardens. Masuk Robinson. Ada berkenan ngan 1 kasut ni. Zhang Toi. OMG. Gojes giler. Aku dah decide nak beli. Tapi bila request saiz, takde la pulak. Kasut yang display size 8 tu la the last pair. Sedih.


Dah malas nak jelajah tempat lain lagi. Takut tak sempat nak pegi Nilai 3 plak. Terus bergegas beli tiket komuter balik Nilai dengan perasaan kecewa. T_T


Dah agak petang baru sampai ke Nilai 3. Kedai pertama yang aku tuju, Thank-Q Pavillion. Mana la tahu kot2 ada clearance sale lepas kedai ni terbakar bulan lepas.


Sayangnyer barang2 dalam kedai nih terbakar. -.-
(klik gambar untuk lebih jelas)



Ada kanopi kat luar. Excited jugak aku time tu. Ada sale ke?


Rupa2nya diorang baru angkut barang letak kat luar & bersihkan rak kat luar tu. Mungkin diorang akan buat sale lepas siap susun barang. Kiranya ter-awal la aku datang ni. Tak kena timing. Mungkin sekarang ni diorang tengah buat sale? Adehhh~ kalo betul, melepas la. -.-'


So, B2B yang duk dekat ngan Nilai 3 ni, boleh la jenguk2 kat sana. Mana tau diorang tengah buat clearance sale sekarang ni. Kan?


Then, aku sebenarnya dah berhajat nak beli bekas kaca untuk letak hantaran kat kedai ni. Tapi takde rezeki la. Dah puas aku pusing2 satu Nilai 3 tu. Takde jugak bekas kaca yang aku nak cari tu. Hukhukk~ 



Oh. Sale di mana2.


Singgah beli Sup Berdengung. Encik Tunang teringin sangat nak makan Sup Berdengung nih.


Terkejut tak? Hewheww~ ;p




Disebabkan masa sampai Nilai 3 tu dah agak petang, tak sempat la nak betul2 jelajah satu Nilai 3 tu. Sempat beli beberapa barang jer. Cuma bekas kaca jer tak dapat beli. Kena cari kat tempat lain la nampak gayanya. -.-


Ok bye.


Thanks for reading. ;)



.

Baju resepsi sudah siap. Tapi....

Minggu lepas masa balik kampung, pegi ambik baju sanding yang menurut kata akak vendor tu, dah siap.  Aku tempah 2 pasang baju (baju aku & Encik Tunang) ngan akak tu. Baju resepsi kat Terengganu & kat JB.


Tapi satu baju jer siap, iaitu baju untuk resepsi kat JB. Itu pun baju aku sahaja yang dah siap. Baju Encik Tunang silap saiz. Saiz seluar dah betul Tapi saiz baju silap plak. Set tanjak pun tak ada masa kitorang pegi ambik tu. Nanti dia pos katanya. Baju Encik Tunang tu, dia tak buat macam yang kitorang request. Baju aku yang dah siap ni pun manik senget2. And tak buat macam yang aku request jugak!



One of my reception dress yang not up to my liking.
Lain yang aku request, lain yang dia buat.




Sepasang lagi baju entah bila nak siap.


Secara jujurnya aku cakap - VENDOR NI TERUK. Macam ni ke cara kau buat bisnes? Seriously, aku dah jadik BRIDEZILLA.


Malas nak cerita sekarang. Sebab panjang sangat ceritanyer. InsyaAllah kalo ada kesempatan aku cerita dari A to Z.


Till then, thanks for reading.

.

Monday, April 16, 2012

Cincin untuk dia.

Semalam Encik Tunang balik sini. Lepas ambik dia, terus pegi Plaza Angsana. Nak sambung beli barang hantaran yang belum settle lagi tu. -.-


Survey cincin untuk dia dulu. Pagi Diamoney, Habib Jewels, Wah Chan e.t.c. Haiyyaaa~ susah betul nak cari cincin lelaki nih. Suasa tak boleh pakai. Emas putih lagi la tak boleh pakai. We opt for silver or platinum.


Kat Diamoney ada cincin platinum yang kitorang berkenan. Tapi takde saiz la plak. Tersangat la besar. Boleh re-size. Tapi kena tambah RM100. And siap dalam masa 2 minggu. Adehh...harga dah cukup murah sebab ada diskaun 50%. Tapi kena tambah RM100 untuk re-size? Heran aku. Dulu kitorang beli cincin tunang untuk aku kat De Gem. Takde tambah duit pun untuk re-size.


Then kitorang survey2 lagi. Akhirnya jumpa jugak yang kitorang berkenan & sama saiz. Errr...kenapa mesti KITORANG BERKENAN? Sedangkan Encik Tunang yang nak pakai? Eh mesti la aku pun kena berkenan jugak. Hewheww~ ;p


Bukan apa, aku sebagai bakal isteri, kena la tolong bakal suami pilih cincin. & kena pastikan cincin tu bersesuaian, tak over sangat macam cincin perempuan & tak terlalu simple macam cincin2 biasa. Tak cerewet kan aku? ;p



Dia letak dalam paperbag camni. Huhuu~
Beli kat kedai biasa jer. Kedai sama yang kitorang beli emas untuk aku, untuk batal air sembahyang.
Tak kisah la. Janji Encik Tunang (and aku) suka. ;p  




Sempat beli cincin jer. Barang2 lain sempat survey jer. Sebab masa tu dah agak malam & kitorang pun macam dah penat.


So, terus blah pegi makan kat restoran mamak. Aku order Nan Cheese with Tandori Chicken. Sila salahkan Encik Tunang. Dia yang tanya nak makan nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed ke tak. Mana boleh tolak. Nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed, Taman Perling memang terbaek. Feveret aku tu. Dah tak peduli dah pasal diet. -.-'


Ok bye~



.

Hari Isnin lepas.

Hari Isnin lepas, kat kampung halaman. Banyak betul perkara yang aku kena selesaikan. To-do list KAT SINI.


Pagi2, pegi Pasar Tani. Entry KAT SINI.



Lunch. Gulai Ayam Kampung.



Ni akak aku yang masak, ok. Bukan aku. Sangat yummy! Diet? Yer yer...memang habis lah diet. Tapi aku makan sikit jer, ok. ;p


Biasanya kalo balik kampung, memang aku melantak jer semua benda yang tak dapat kat tempat lain. Huhuu~ tapi balik kampung kali ni kena jaga makan. Tak boleh skip2 diet lagi. -.-


Pastu kitorang pegi Pejabat Agama Daerah Besut. Nak beli borang kebenaran nikah. RM1 jer borang tu. Aku ingatkan RM5.








Sempat snap ini kat board pejabat agama tu --->>









 Errr...confuse jap.
Ni Peti Teguran Audit ke peti derma? ;D



Pastu terus pegi Jerteh. Nak survey katil. Disebabkan katil kat bilik aku tu dah buruk, kena la beli katil baru untuk letak kat bilik pengantin nanti.


On the way pegi Jerteh.
Padi menghijau.



Kitorang survey 2 tempat jer. Malas dah nak survey banyak2 tempat lagi. Tempat yang ke-2 tu, terus beli. Hajat hati nak survey2 jer. Tapi rasanya lebih baik terus beli. Sebab lepasni aku dah tak balik kampung sampai dekat ngan tarikh majlis. Takkan nak beli last minute seminggu sebelum kawen. Kan?


Yang bestnyer, tokey tu terus hantar pegi rumah kitorang, ok. Masa kitorang on the way balik dari Jerteh, singgah jap beli satar. Dekat jer ngan rumah. Masa duk beli satar tu, diorang call & cakap dah sampai. Hahaa~


Tapi tak dapat suruh pekerja2 tu pasang terus. Sebab bilik belum kemas & katil lama tu belum dikeluarkan. Tapi diorang ada explain camane nak pasang. Pekerja2 tu orang Pakistan kot. Sama ngan tokey dia. Masa pekerja2 tu explain, nak tergelak jugak. Sebab Pakistan tu cakap dialek Kelantan. Tapi ada perkataan yang lain sikit dari loghat kitorang.


Aku tanya Encik Tunang, dia faham ke tak. Dia cakap tak faham. Hahaa~ ingat senang ke nak jumpa Pakistan cakap Kelantan? ;D




Akhirnya dapat jugak makan satar. Dah lama duk terliur nak makan satar ni.
Tunggu balik kampung jer. Hehee~


Banyak ikan + sangat juicy.
Sangat yummmyyyy~ ;)




Lepas makan satar beberapa ketul, terus pecut pegi survey homestay pulak. Ada 2 homestay yang kitorang survey. Satu rumah tu harga RM200/malam. Satu lagi RM150/malam.



Satu ni jer yang sempat ambik gambar.


Belum book lagi homestay ni. Just survey jer dulu. Homestay ke-2, kitorang buat appointment (kemain appointment lagi kau?? ;p) ngan owner tu untuk datang tengok malam. Sebab dia pun ada keje kot masa tu.


Lepas pegi survey homestay ni, singgah jap beli keropok segera ngan makanan lain kat Semerak. Dekat jer ngan sempadan Terengganu/Kelantan. Keropok segera kat sini murah jer ok. RM1/sebungkus. Kalo kat JB nih, RM1.80 jugak tu.


Pastu Encik Tunang ajak pegi Bukit Kluang pulak. Teringin nak mancing kat sana katanya. Ok lah, aku ikutkan jer. Tapi tak mancing pun. Sebab dia cakap macam takde tempat yang sesuai nak mancing kat situ.


Bukit Kluang, Besut.


Ada orang tengah menjala.



Pastu Encik Tunang tak puas hati. Nak jugak pegi mancing kat tempat lain. Sambil2 membebel pun aku ikutkan jugak lah.  -.-



Kuala Besut.
Ni dekat jer ngan jeti Kuala Besut.


Dapat la 2 ekor ikan. Kecik jer. -.-


Malamnya, kitorang pegi tengok homestay ke-2 plak. Suka 2nd homestay ni. Sebab lagi selesa kot.


Penat giler kot satu hari tu. Ke sana ke mari. Tapi ada beberapa perkara yang tak dapat jugak diselesaikan. Sebab kesuntukan masa.


Dari to-do list KAT SINI, 3 perkara jer yang sempat buat, dari 6 perkara. Ok la dari takde langsung.  -.-'


1. Beli playwood untuk base pelamin. Kalo sempat, paksa Encik Tunang bertukang terus. ;p
- tak sempat beli pun. -.-

2. Survey bedroom set. Or maybe just katil + tilam jer.
- dah survey & dah siap beli dah. yay! ;) tapi katil + tilam jer.

3. Survey set cadar. Kalo jumpa yang berkenan, terus beli jer.
- tak sempat. -.-

4. Beli borang nikah.
- done.

5. Jumpa vendor canopy. Nak tukar canopy. Kalo tak sempat, boleh call jer.
- tak sempat. takpe, blh call jer. ;)

6. Survey homestay.
- done.


Tapi sempat beli satar yang aku teringin sangat nak makan tu. Sempat beli makanan, keropok segera, keropok lekor & sempat teman Encik Tunang pegi mancing.


Sunday, April 15, 2012

Pasar Pagi. Semua aku pulun.

Hari Isnin lepas, pegi pasar pagi kat kampung aku. Atau kat sana kitorang panggil Pasar Tani. Disebabkan pagi2 lagi dah hujan, so pegi pasar pun agak lambat la. Around pukul 11pagi kot.


Encik Tunang duk beli selipar.



Peniaga ni tengah buat putu halba.


Masa on the way balik kampung haritu, Encik Tunang ada tanya putu halba tu ape. Sebab dia ada nampak gerai tepi jalan tulis "Putu Halba". Haaa...ini la dia putu halba tu. ;p


Ada 2 jenis. Ubi kayu ngan beras. Aku beli dua2.




Oh, dah lama tak makan kueh ni. Beli RM3.
Teringat zaman muda2 zaman sekolah dulu.
Err...sekarang pun still muda apeee~ ;p



Ni hasil beli belah orang yang duk mengidam nak makan semua depan mata. ;p



1. Putu halba (ubi kayu).
2. Putu halba (beras).
3. Kuih manja.
4. Ketupat.
5. Err..ape nama nih. lupa plak.
6. Etok.




Encik Tunang dah mula makan etok. Kalau balik kampung sebelum ni, aku ada beli jugak etok ni. Tapi dia tak boleh makan. Lain macam katanya. Huhuu~



Budu..!! Hahaa~
Sangat best makan ngan kacang botol. ;p


Ini namanya Hamlet. Bukan HELMET, ok.
Sebut betul2.
Err..brape ea. RM1.50 kot. lupa dah. -.-




Tapi banyak2 makanan yang aku beli ni, bukan aku yang makan semua tau. Kebanyakannya aku beli untuk akak aku jugak. Akak yang sulung, yang memang duk kat kampung. Encik Tunang makan sikit. Tapi aku pun melantak jugak la sikit. Eh, betul. Sikit jer tau. ;p


Oh, rasanya ada lagi yang aku beli, tapi tak snap. Sempat beli buah pauh. Encik Tunang tanya buah pauh tu ape. Buah pauh tu buah mangga la kan? Dah lama tak makan. Huhukk~


Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku nak beli. Tapi cukup2 la tu. Kalau ikutkan nafsu, memang la semua nak, kan. ;p




Thanks for reading. ;)


.