Monday, April 16, 2012

Cincin untuk dia.

Semalam Encik Tunang balik sini. Lepas ambik dia, terus pegi Plaza Angsana. Nak sambung beli barang hantaran yang belum settle lagi tu. -.-


Survey cincin untuk dia dulu. Pagi Diamoney, Habib Jewels, Wah Chan e.t.c. Haiyyaaa~ susah betul nak cari cincin lelaki nih. Suasa tak boleh pakai. Emas putih lagi la tak boleh pakai. We opt for silver or platinum.


Kat Diamoney ada cincin platinum yang kitorang berkenan. Tapi takde saiz la plak. Tersangat la besar. Boleh re-size. Tapi kena tambah RM100. And siap dalam masa 2 minggu. Adehh...harga dah cukup murah sebab ada diskaun 50%. Tapi kena tambah RM100 untuk re-size? Heran aku. Dulu kitorang beli cincin tunang untuk aku kat De Gem. Takde tambah duit pun untuk re-size.


Then kitorang survey2 lagi. Akhirnya jumpa jugak yang kitorang berkenan & sama saiz. Errr...kenapa mesti KITORANG BERKENAN? Sedangkan Encik Tunang yang nak pakai? Eh mesti la aku pun kena berkenan jugak. Hewheww~ ;p


Bukan apa, aku sebagai bakal isteri, kena la tolong bakal suami pilih cincin. & kena pastikan cincin tu bersesuaian, tak over sangat macam cincin perempuan & tak terlalu simple macam cincin2 biasa. Tak cerewet kan aku? ;p



Dia letak dalam paperbag camni. Huhuu~
Beli kat kedai biasa jer. Kedai sama yang kitorang beli emas untuk aku, untuk batal air sembahyang.
Tak kisah la. Janji Encik Tunang (and aku) suka. ;p  




Sempat beli cincin jer. Barang2 lain sempat survey jer. Sebab masa tu dah agak malam & kitorang pun macam dah penat.


So, terus blah pegi makan kat restoran mamak. Aku order Nan Cheese with Tandori Chicken. Sila salahkan Encik Tunang. Dia yang tanya nak makan nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed ke tak. Mana boleh tolak. Nan cheese ngan ayam tandori kat Restoran Sayed, Taman Perling memang terbaek. Feveret aku tu. Dah tak peduli dah pasal diet. -.-'


Ok bye~



.

2 comments:

Rina Hamid said...

comel paper beg..dah mcm doorgift kawen pulak..hehehe..btw sy beli cincin kt diamoney gak..utk laki..tp resize dia x mtk duit pun..

Nini Mohd said...

tu la. masa beli cincin tunang dulu pun resize jugak. tapi takde extra charge pun. yg ni plak kena charge sampai rm100. melampau jugak tu.