Hari Isnin lepas, pegi pasar pagi kat kampung aku. Atau kat sana kitorang panggil Pasar Tani. Disebabkan pagi2 lagi dah hujan, so pegi pasar pun agak lambat la. Around pukul 11pagi kot.
Encik Tunang duk beli selipar.
Peniaga ni tengah buat putu halba.
Masa on the way balik kampung haritu, Encik Tunang ada tanya putu halba tu ape. Sebab dia ada nampak gerai tepi jalan tulis "Putu Halba". Haaa...ini la dia putu halba tu. ;p
Ada 2 jenis. Ubi kayu ngan beras. Aku beli dua2.
Oh, dah lama tak makan kueh ni. Beli RM3.
Teringat zaman muda2 zaman sekolah dulu.
Err...sekarang pun still muda apeee~ ;p
Teringat zaman muda2 zaman sekolah dulu.
Err...sekarang pun still muda apeee~ ;p
Ni hasil beli belah orang yang duk mengidam nak makan semua depan mata. ;p
1. Putu halba (ubi kayu).
2. Putu halba (beras).
3. Kuih manja.
4. Ketupat.
5. Err..ape nama nih. lupa plak.
6. Etok.
Encik Tunang dah mula makan etok. Kalau balik kampung sebelum ni, aku ada beli jugak etok ni. Tapi dia tak boleh makan. Lain macam katanya. Huhuu~
Budu..!! Hahaa~
Sangat best makan ngan kacang botol. ;p
Ini namanya Hamlet. Bukan HELMET, ok.
Sebut betul2.
Sebut betul2.
Err..brape ea. RM1.50 kot. lupa dah. -.-
Tapi banyak2 makanan yang aku beli ni, bukan aku yang makan semua tau. Kebanyakannya aku beli untuk akak aku jugak. Akak yang sulung, yang memang duk kat kampung. Encik Tunang makan sikit. Tapi aku pun melantak jugak la sikit. Eh, betul. Sikit jer tau. ;p
Oh, rasanya ada lagi yang aku beli, tapi tak snap. Sempat beli buah pauh. Encik Tunang tanya buah pauh tu ape. Buah pauh tu buah mangga la kan? Dah lama tak makan. Huhukk~
Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku nak beli. Tapi cukup2 la tu. Kalau ikutkan nafsu, memang la semua nak, kan. ;p
Thanks for reading. ;)

.
Tweet
No comments:
Post a Comment