Sunday, July 22, 2012

1st Ramadhan

Salam lovelies. 


Alhamdulillah, dah masuk hari ke-2 Ramadhan. Walaupun belum lagi dapat rasa berpuasa Ramadhan tahun ni (atas sebab yang wajib bagi kaum hawa setiap bulan), tapi bersyukur sebab masih diberikan kesempatan untuk rasa nikmat bulan yang mulia ni. 


Eh, apekah skema jer ayat nih. -.-


Puasa pertama sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut Ramadhan ngan suami. Sangat bersyukur Encik Suami dapat balik untuk 1st Ramadhan. Maklumlah, PJJ. Encik Suami balik hari Jumaat. So, dengan semangatnyer aku plan nak masak macam2 untuk dia. Wahh...bersemangat kunun. ;p 


Sahur pertama, masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Aku tak boleh makan banyak sangat. Ntah kenapa perut nih sensitif sangat ngan makanan pedas. Terus ulang alik keluar masuk toilet. T_T 





1st Ramadhan. 
On the way pegi Carrefour beli groceries. 




Untuk berbuka, Encik Suami request nak makan sup ayam. Baik lah Encik Suami. No problem. Saya cuba buat, walaupun berpandukan buku resipi sahaja. ;)


So, ini lah juadah berbuka yang berjaya di masak semalam, hasil gotong royong suami isteri --->>>




Sup Ayam Berempah. 



 Sambal Udang.



 Kerabu Kacang Botor.




Mungkin hikmah tak dapat berpuasa, aku dapat rasa makanan masa masak. So, masa Encik Suami makan, takde la rasa tawar ke, terlebih garam ke. Yang penting, Encik Suami cakap : SEMUA SEDAP. Wahwahh~ bangga kejap. Tu yang buat CAPSLOCK! Hahahh~ ;p


And walaupun tak puasa, aku tetap temankan Encik Suami makan. Bangun sahur, panaskan lauk, and makan sama2. Macam puasa pulak aku nih. Itu kan tanggungjawab sebagai isteri. Cuma sahur pertama tak makan la. Makan lauk jer sikit. 


Plan harini, Encik Suami ajak pegi mancing. Actually nak pegi semalam, tapi masing2 tak larat. So, tido jerlah. Hewheww~ ;D



.