Monday, July 23, 2012

Menternak lemak - Chop n Steak, Kampung Baru

Dua minggu lepas aku pegi KL ngan boss and 3 orang staff, ada meeting ngan client. Settle meeting around tengahari, pastu lunch kat situ. 


Then petangnyer, pegi Kampung Baru. Sebab boss nak ambik barang, i.e. cake i a jar yang orang kirim. Sempat lah makan kat Restoran Chop n Steak. 


Suasana kat restoran tu memang cantik. Tapi masa kitorang pegi tu masih siang. Kalo malam mesti lagi cantik. Ok, kita layan makanan dulu, pastu baru layan gambar suasana kat restoran tu. ;p




Mine. 
Lamb Chop yang sungguh-oh-yummy~ 
Tapi penat nak "melapah" daging dari tulang. 
Sampaikan aku yang paling lambat habis makan. -.-'




Aku tak ingat dah apa exactly nama air nih. 
Yang penting, air mangga @ mango. 




Mango dia memang betul2 mangga asli. Bukan sekadar air perasa mangga. Enaknya tak terkata. Memang full giler lah. Makan lamb chop lagi. Pastu minum air mango ni pulak. Minum air mango nih macam makan buah mango sebijik tu. Boleh bayangkan tak macam mana kenyangnyer? And baru jer pukul 2 makan tengahari dengan banyaknyer, pukul 5.30 makan lagi lamb chop nih. Omaigod.


Ni kita layan suasana kat restoran tu plak.




Dari luar.



Ada facebook lagi tu. 



Macam cottage pun ada.



Kapal!






Terkejut kjap aku tengok ada ikan dalam ni.
Keli afrika pulak tu. 
Besar tau. Panjang lebih kurang 1 meter.




Antik sungguh.




Itu jer gambar yang mampu aku snap. Macam yang aku cakap tadi, kalo malam lagi la cantik restoran ni. Tak caya, sila tengok kat facebook Chop n Steak.


Lepas makan, terus gerak balik JB. Disebabkan dah terkenyang sangat, masuk dalam kete boss, aku rasa macam nak terus terlelap jer. Nasib baik boss tak suruh drive. Camane nak drive ngan mata tak boleh bukak nih. Huhuu~



.

2 comments:

Syu, Syuhada said...

wah bestnye lamb chop!
tempat ni kte n tng panggil restoran kapal..hehe..selalu gak dtg bile naik KL ;)

Hunny Kitty said...

dulu2 C&S ni sedap..skang dah kureng~