Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel

Hari Selasa, bukak pose kat Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel. (erk~ BUKAK POSE ke?).


Not much picture, malas nak ambik gambar.




Sup Utara corner.
Sangat pekat & yummy.
Tapi too oily. Itu yang membuatkan rasanya bertambah lemak tu. ;p




Boleh pilih - gearbox, perut, daging. 
Boleh tambah mee. 
Hmmpphhh~ aku makan sikit jer. Sup perut + daging.




Durian goreng & jemput2 pisang corner.




My fav! 




Durian goreng yang sangat rangup & lazat. 
Nak2 kalo makan time panas, baru keluar dari kuali. 
Oh, totally irresistible.
Perghh~ meleleh air liru bila teringatkan durian goreng nih.




Ni salah satu meja kami.
Time ni hampir semua orang dah balik. 
Again, SUP TU SANGAT SEDAP! 




Eh, ini bukan untuk dijamah atau diratah.
Untuk tatapan semata2.




Hey, blom ready lagi!
Ni time nak balik dah. 
*pakai baju keje, dari office.




Overall, buffet ramadhan kat Cafe2 Para-Para2 nih memang best. Banyak lauk, banyak pilihan. Sampai tak ter-pilih dan tak ter-makan. Walaupun makan sikit2 for every menu, sungguh aku rasa sangat FULL sampai nak termuntah. Hahahh~


Nasi beriani (tak sampai 1 senduk), rendang daging, sate + nasi himpit, sup utara (daging + perut), daging BBQ, ostrich, durian goreng, aiskrim, kuih, buah - err...ini jer kot yang aku makan. Yang tak ter-makan - nasi goreng cina, rendang udang (eh, rendang ke ape ntah), bubur, jemput2 pisang, sate Arab (sate Arab ke daging Arab ntah), etc.


Harga buffet Ramadhan agak mahal la bagi aku. RM68++ seorang. ++ tu sila tambah service charge ngan tax yer.


Teringin nak pegi lagi. Sebab asyik duk teringatkan durian goreng tu jer. Maklumlah, hantu durian. Tapi nak pegi ngan Encik Suami plak. Asyik pegi ngan geng2 office jer. Tapi ntah bila ada peluang nak bukak pose kat sini ngan Encik Suami. T_T


Ok bye~


.

No comments: