Thursday, March 31, 2011

beringat sebelum kena

Ni pengajaran dari kisah laptop diserang malware dalam ENTRI SEBELUM NI. Ni pengajaran dari pengalaman aku, dari manusia yang bukan pakar computer.

1. Simpan dokumen dalam (D:) Local Disk, bukan dalam My Document. Supaya dokumen tak hilang kalau kena virus. Kalau format pun dokumen dalam (D:) Local Disk takkan hilang.

2. Kalau boleh, simpan jer dokumen dalam external hard drive. 

3. Install perisian anti malware. Ni bagi korang yang selalu guna internet dan suka google dan masuk laman web yang macam2. 

4. Jangan kelik laman web yang macam tak boleh dipercayai, tak selamat, suspicious dan sebagainya. *tapi dalam kes aku nih, takde warning pun kat tepi laman web masa aku google tu.





5. Ape lagi ek? Errr~ korang la bagi cadangan. ;D



Ok bye! 


.

laptop diserang virus. kau ingat laman web lucah je ade malware?

Assalamualaikum~ 

Nak cerita (yang agak panjang berjela-jela) pasal laptop aku yang terpaksa di-format untuk kali ke-empat (kot) setelah diserang oleh malware.

Semalam lepas join segmen DECO DECO BENG BENG BOONG Encik Ben Ashaari, niat di hati nak blog-jogging. Sambil jalan2 kat blog orang, try la google pasal berita pengharaman tarian poco-poco. Ada banyak yang aku baca. Tapi nak try jugak bukak laman web Mufti Perak. Mesti kat situ ada berita, kan. 

Laman web tu : http://mufti.perak.gov.my

Aku try bukak laman web tu, tak boleh pulak. Bila aku enter address tu, dia boleh masuk website lain plak. Tak tau lah website ape. Aku try lagi, tak dapat juga. Pastu tetiba jer laptop aku jadik hang. Then ada warning critical error on hard drive. Lama jugak la hang camtu. Aku dah agak dah, mesti ada virus ni. Pastu keluar malware warning. Haahhhhh~~ 

Pastu laptop aku tu terus ter-re-start. Bila laptop ni dah on balik, laptop ni jadik kosong. Kat desktop takde apae2, just ada My Computer, My Document ngan Recycle Bin kot. Aku bukak My Document, KOSONGGGG....!!!! Semua dokumen aku, gambar2, semua takde! Waaaaaaaaaaa~~ nanges! Memang sah kena virus. Giler kentang punyer dahsyat lah virus tu. Sampai berjaya mengosong dan "melicinkan" laptop aku. Terus aku down. Takde mood dah nak online. Terus tutup laptop dan terus tido~
Nasib baik kebanyakan dokumen aku simpan kat external hard drive pink aku tu. Takde la frust sangat. Kalo tak, lagi giler lah aku meroyan kalo hilang semua dokumen ngan fail2 aku. Tapi kat My Document pun banyak gak. Semua dah hilang. Sedih jugak la. Wuwuwuwwuuuwuuuuuu~~  T_T

Seriously, rasa dah malas nak google apa2 lagi. Dah serik kot. *eleh kau, serik kejap jer kan. ;D

Haaa...jangan ingat laman web lucah jer ada malware. Banyak laman web yang kita ingat macam selamat, tapi sebenarnye lagi bahaya dan  bawak ancaman kat komputer atau PC kita. Tapi tak tau la dari laman web mana punca malware tu. Masa tengah bukak laman web Mufti Perak tu, ada jugak aku bukak laman web lain. Tapi dah agak lama bukak. takde apa2. Bila bukak jer laman web Mufti Perak tu, terus jadik hang dan keluar warning. Hmmm~~

Malware tu ape?

Malware, short for malicious software, (sometimes referred to as pestware) is a software designed to harm or secretly access a computer system without the owner's informed consent. The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code.



Klik KAT SINI


Susah aku nak hidup tanpa laptop, dan tanpa internet. Masa tu aku ytak fikir nak repair ape dah. Terus fikir nak format jer. Sebab format jer yang boleh hilangkan semua benda yang ada kat laptop tu. Ni berdasarkan pengalaman yang dah beberapa kali laptop rosak.

So, ape lagi, pagi tadi terus bawak laptop pegi keje. Tengahari tadi pegi hantar untuk format kat Danga City Mall. Sebab kat situ jer yang aku tau dekat ngan tempat keje aku. Petang tadi dah siap. Fuhh~ lega sangat2. Dah tak sanggup dah hidup lama2 tanpa laptop macam dulu. Giler terseksa. Nak buat keje pun susah.

Tapi kat Danga City Mall tu mahal la pulak format laptop. Dulu aku format kat area rumah aku ni RM60 - RM65 jer. Kat Danga City Mall tu RM70 plak. Nak cepat punyer pasal, redah jer lah. Tapi takpe, memang aku puas hati. Walaupun orang tu buat keje slow jer, tapi program yang dia install ni pun takde yang mengarut2. Installer pun bukan yang bahasa cina macam yang aku pegi format sebelum nih.


Terbang lagi duit aku.
Picture from www.clipartof.com


Harap2 lepasni takde la laptop aku ni kena macam ni lagi. Wuwuwuwuuuuu~~ T_T



.

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG

Salam semua.

Baru balik keje, terus bukak laptop, terus menjoinkan diri dalam segmen Encik Ben Ashaari. Hahaa~ tanpa membuang masa, meh nak letak header Encik Ben dulu. 



Klik banner untuk ke blog Encik Ben Ashaari. 


Kata Encik Ben : 

Apa yang perlu korang ( yang berminat ) ni kena buat ???
  1. Pastikan blog korang ringan ! 
    Done. 
    (Err~ tak berat sangat kan blog aku nih, walaupun penuh dengan gambar besar gedabak kat setiap entri. Betul tak? Berat ke tak? Berat tak? Ok dah, korang jer yang  kena bagi comment dan cadangan membina) 
  2. Tiada widget widget yang memberatkan loading ! 
    Done. 
    (Bukan takde langsung, tapi tak banyak kot. Ngehngeh~ ;p)
  3. Warna template yang tidak membutakan anak mata 
    Done.
  4. Lagu ? Sendiri mau pk 
    Takde lagu. 
  5. Dan apa apa saja yang korang rasa tidak menyusahkan rakan blogger untuk singgah seperti font ,color  dan sebagainya .. 
    Dah kot. Ada ape2 yang menyusahkan ke?


SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA !  SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN !



* p/s : dah lama dah blog saya nih cun. bukan baru cun-kan tadi. *perasan giler. kahkahkahh~ ;D
* p/s lagi : sila la nilai blog buruk saya nih.

.

Pembekal Ikan Tuntut RM3 Juta.

Oh. Pak Ghani masuk paper. 
Harian Metro. Selasa, 29.03.2011. 


Bot nelayan sangat mahal. 

Dan maritime law sangat mencabar, ok. Kalau aku lah, mau nyer termuntah kena buat kes macam ni. Sebab masa study dulu tak belajar pun maritime law. So, takde basic langsung. So (lagi) kena belajar dari alif ba ta pasal maritime law nih. So (lagi) sangat sangat respect lah pada orang yang sanggup belajar dari alif ba ta untuk buat kes camni. Tabek spring sama Encik *********!!!

By the way, betul ke beliau nak tuntut RM3 juta? Ke tajuk paper ni jer yang melebih2?



* p/s : aku tak kenal dan tak pernah jumpa pun Encik Abd Ghani tu. no comment~
* p/s lagi : sori lah kalo ade yang tak paham dan pening ngan entri merepek aku nih. jangan pening2. buat2 paham jer lah. ;D


.

Tuesday, March 29, 2011

pictures of the day | shopping kompleks dilelong hampir RM1 juta, taknak beli ke?

Saje nak kongsi pictures of the day. 



Guess where am i at? 


Aku kat tempat parking, kat Level 6 of Kota Point Shopping Complex, Jalan Lombong, Kota Tinggi (hek eleh, macam la ada orang kesah kau kat mane).

Actually Kota Point ni bukan shopping complex pun. Yang tinggal kat situ hanyalah hotel. Err~ hotel ape ntah. Dah lupa dah. 

Dan tempat parking tu pun sangat sunyi dan seram. Aku pusing2 naik kat tingkat 6, sebab kat level lain takde satu pun kereta! So, aku tak berani nak parking. Then aku ternampak ada sign tulis (lebih kurang camni) : HOTEL LOBBY PARKING LEVEL 6. Ape lagi, aku terus la naik kat tingkat 6, sebab kat situ jer yang ada kereta lain, walaupun tak sampai 10 buah (kot). 

Keluar dari kereta, cepat2 pegi lif untuk turun ke Level G. Takottt~ Bukan takot kat benda2 halus. Tapi manusia lagi bahaya dari benda2 halus. Masa nak balik pun sama. Keluar dari lif, terus masuk kereta cepat2 *tipu, sebelum tu sempat gak snap gambar dulu. ;p

Mungkin takde kereta dan seram sebab shoping complex dah ditutup. Cuba kalo ada shopping complex. Mesti meriah sikit, kan. Dan takde la seram camtu. 

Oh ya, tadi ada Lelongan, Kota Point Shopping Complex ni telah dilelong tadi. Dengan harga rizab RM990,900.00. Wooowww~ hampir 1 juta. 

Tapi tak laku, takde pembeli. Ada yang berminat. Tapi tak jadi beli. Sebab takde orang lain yang nak beli selain dia. Mula2 aku pun tak faham kenapa. Tapi lepas tu...aku rasa dia nak tunggu lelongan seterusnya. Sebab kalo lelong sekali lagi, harga rizab akan dikurangkan lagi sebanyak 10%. Makin murah la.

Tunggu2 lah kau yer. Nanti melepas baru tahu. 

Ok dah, panjang pulak membebel. Tadi niat nak upload gambar jer. Biaser lah. Aku kan suka merepek ntah hape2. Huahuaa~  ;D

Ok bye~ 



* p/s : ade tak sape2 nak beli Kota Point nih? meh cepat2 contact aku.  *cewahh~


.

Selepas 2 Bulan...dan Kisah Tangki Penuh

After 2 months on road. 
Kena service lagi. 
Kena sediakan fulus lagi. 
Free service bukan bermaksud SEMUA free of charge.


Tangki penuh. Kisah 2 hari lepas semalam. Pegi isi minyak kat Esso kat Jalan Yahya Awal. Dengan ayunyer aku melangkah ke kaunter pembayaran. Bagi kad kat apek kat kaunter tu.

"Apek, merah penuh ea" 

Pekerja (pakcik) kat situ menjalankan tugas untuk isi minyak. Aku pegi kat kereta, kat driver seat & berdiri kat sebelah pintu driver tanpa melihat pakcik tu buat keje. Aku cuma tengok meter liter & RM jer. Tapi  agak jauh dan tak jelas bagi aku yang rabun nih. Meter2 tu pun blurr jer. Bila dah penuh, & pakcik tu nak letak hose, baru aku pegi dekat pakcik tu.

Masa tu baru aku tengok pakcik tu pegang hose PURPLE! Bukan merah macam aku cakap kat apek kat kaunter tadi!


Errr~~ 

"Berapa pakcik?" 

"RM79" 

Pengsan~ 


Biasanyer kalo merah, satu tangki penuh RM60 @ RM65 jer, depends on berapa keringnya tangki tu. Wuwuwuuwuuwwuuuuuuu~~~  T_T



Dengan redha sambil #$^&*$@#*&%#$% dalam hati, aku berjalan la pegi bayar kat kaunter. Ok, memang redha, tapi redha dengan tak ikhlas. Macam tak redha la ni, kan?

Salah sape nih? Apek tu yang pekak ke? Atau pakcik tu yang dotdotdot? (tak sampai hati nak marah orang tua) 

Atau aku yang cuai tak tengok pakcik tu ambik hose mana? 

Marah sungguh hati aku nih! 


Ok bye~ 



* p/s : bukan kedekut untuk guna RON97 yang lebih bagus dari RON95. tapi cuba berjimat cermat.


.

Monday, March 28, 2011

Johor Bar Annual Dinner and Dance

Ini adalah entri yang tersangat basi bekulat kulat berulat ulat. Setelah 2 bulan lebih kejadian berlaku, baru la ni nak hupdate kat blog nih. Huahuaa~

Dan entri ini juga dipenuhi gambar yang sangat banyak. 

Baek lah, tanpa membuang masa mari kita menuju ke isi kandungan sebenar kepada tajuk entri ini *ayat tak boleh blah. ;D

Johore Bar Annual Dinner & Dance. 
Saturday, 26.02.2011 
Venue : Mutiara Hotel, Johor Bahru



Perghh~ bulat tak boleh blah. 

Ramai yang tak percaya bila aku cakap aku dah gemok. Sebab diorang tak pernah tengok aku time dulu2. Cuba bandingkan gambar ni ngan gambar dalam ENTRI NI. Jauh berbeza. Wuwuuwuuuu~~  T_T 



Baju ni aku beli last minute. Malam tu dinner, petang nyer baru aku pegi cari baju. Nasib baik ada baju yang aku berkenan dan "sedang elok" jer ngan ketinggian kependekan aku nih. Happy giler bila dapat jumpa dress yang berlengan panjang (sebab tak perlu susah2 pening2 pikir pasal nak match dengan cardingan mana), dan yang penting sesuai dengan kependekan aku nih. Yerlah, kebanyakan dress yang aku jumpa mesti labuh giler. Susah betol jadik orang yangpendek nih. T_T

Actually aku nak cari baju kaler merah. Tapi takde plak yang berkenan di hati. Yang jenis aku pakai ni pun takde kaler merah. 

By the way, kaler baju yang aku pkai ni boleh pulak sama warna ngan tema kat majlis tu. Ok, Dinner ni memang takde tema warna. Cuma mungkin dari segi hiasan kat majlis tu jerla kot. Dan committe pun kebanyakannye pakai baju warna biru muda macam aku. Kiranye aku ni dah boleh geng ngan committee la. Hahaa~ ;D



Kad jemputan. 
Bukan kad jemputan ke majlis kahwin aku. Muahahaa~ ;D



Stage. 
Ape ntah nama performer nih. Pelik sangat, susah nak sebut dan susah nak ingat.



 Menu. 
7 Chinese Course kot. 
Ke 8 Chinese Course? Dah lupa dah.
Sehari sebelum Dinner ni dah makan 10 Chinese Course kat Dinner @ Ming Court
So, dua hari berturut2 makan makanan cina. Takpe2, itu namanya rezeki. Alhamdulillah~
 



Sebahagian dari makanan yang aku sempat snap. Yang lain dah selamat masuk dalam perut kitorang yang tengah lapar tahap cipan ni dengan lahapnyer tanpa sempat di-snap gambarnyer.


Szechuan Prawns with Cashewnuts & Dries Chili. 
Steamed Sea Bass Hong Kong Style. 
Tinggal tulang jer Steamed Sea Bass tu kitorang kerjakan. Muahahaa~ ;DD 


Braised Black Mushroom with Beancurd Skin, Broccoli & Carrot. 
Perghh~ punyerlah panjang nama dia. Ntah betul ke tak lah aku eja tu.
Sedap la jugak rasa mende alah ni.


Dessert yang tak berapa mengghairahkan. 
Dan rasa juga tak berapa menggiurkan. Macam jelly biase jer yang HEK ELEH AKU PON BOLEH BUAT dan HEK ELEH AKU BUAT LAGI SEDAP.


 See...memang tema biru. 


See..see...blue rose. 
Bunga ros biru yang masih segar bugar sebelum di-jahanamkan oleh kami ibarat kera mendapat bunga. ;D


Blue rose ring. ngee~ ;p
[necklace juga berwarna biru. ;) ]


Konon2 sweet lah ngan rose biru.


Sebahagian dari kami.



Errr~ ni Bollywood night ke? 
Dah la lagu yang performer tu nyanyi banyak lagu Bollywood. 
Tambah lagi ngan tarian ni.



Pastu tetiba ada surprise pulakk~ siap nyanyi lagu Happy Birthday lagi. Birthday sape nih? 

Ini lah dia...


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






Surprise! 
It's Yang Arif Tan Sri James Foong's birthday.
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. 


Yang Arif Tan Sri James Foong Cheng Yuen sedang memberikan ucapan.
*ayat aku kena skema.


To the dance floor! 
Dah namanyer Dinner and Dance. Lepas dinner mesti la ade dance. 
Tapi aku tak join pun. Aku mane la reti nak menari nari nih. 
Dan tak ramai yang join. Masing2 dah mem-blah-kan diri.





Nak balik dah. Jom snap2 dulu kat luar. 


Saya dan Amira yang pada masa itu masih bujang. 
Kini baru sahaja selamat bergelar isteri orang kat SINI.


*oh aku sangat gedik dalam gambar ini.
Cabutan bertuah. Wahh...sungguh2 bertuah dia dapat SAMSUNG LCD tv 32 inci. 
Tv tu di-sponsor oleh office kitorang, dan yang dapat pun lawyer dari office kitorang jugak. 
Hahaa~
Ishkk~ nape la tak dapat kat haku. 
Aku memang tak bertuah, kan. :[


.

Ok lah, bye!


.

Sunday, March 27, 2011

kenapa makin kecik?

Ni salah satu roti (ini sejenis roti ke?) yang aku suka. Masa belajar kat U dulu, suka sangat beli untuk kunyah time lapar, selain dari makan nasik sebagai hidangan utama. *ape ayat haku camnih

Semalam masa pegi beli breakfast, dan bila terpandang kat benda ni, teringin plak nak makan. Terus la beli dengan lahapnye (beli pun ade lahap ke?).

Ini lah dia...Squiggles.


Menyelerakan ke tak? 
YUMMEHHH~~ 


Aku suka krim coklat dia, sebab lemak berkrim dan yang penting banyakkk~~

Tapi setiap kali lepas makan, aku rasa (boleh rasa lagi tuh) lemak2 kat badan aku makin membiak2. Sebab Squiggles ni manis sangat. Krim kat dalam manis, salutan coklat kat atas pun manis.  Perghh~ sedap memang sedap dan lemak berkrim sampai menjilat jari. Tapi berlemak2.




Tapi...kenapa saiz Squiggles nih makin kecik? Aku rasa dulu takde la kecik camni.



Tengok. Saiz squiggles ni terlalu kecik berbanding ngan bungkusan plastiknye.


Sangat berbeza ngan kali terakhir aku makan dulu. Biase lah kan. Semua barang akan jadi camni. Saiz makin kecik @ sikit, dan harga plak makin naik.




.

Earth Hour | awak buat apa?

Malam tadi pukul 8.19 malam aku dah tutup lampu. Sebab time tu nak mandi. So, better aku off lampu awal2 la kan. Nanti kang dah siap mandi, lebih pukul 8.30 pulak. Yeah, mandi bertemankan cahaya lilin. Wahahaa~ ;D

Hajat di hati nak off semua perkakas elektrik, kecuali peti sejuk ngan kipas. Tapi takot la pulak nak duk dalam gelap camtu. Padahal bukannye tak biasa duk dalam gelap. So, aku bukak jer TV dan laptop.  At least ada jugak cahaya dah tak gelap sangat.

Ntah la kenapa sejak akhir2 ni jadi penakut sangat. Kadang2 tengok cerita hantu pun boleh teringat2 dan rasa macam terbayang2 jer hantu tu.  Kalo dulu, ade la berani sket. Macam malam tadi la. Rasa takut sedangkan masa tu baru pukul 8 lebih, dan kat luar masih terang benderang. Cehh~

Oh, jiran2 kat sini tak tutup lampu. Suasana terang benderang jer kat luar. Sama ada diorang tak tahu pasal Earth Hour ke, atau memang malas nak support.

Duk dalam gelap camtu rasa lapar plak.  Malas nak keluar malam2 pegi beli makanan, dan takmo masak (bukan malas. ;p ). So, makan megi jerlah.


Hello Mr. Panda.
Kesian mug Minnie Mouse, jadi mangsa untuk letak lilin. ^^
Candle light dinner lah konon nih. huahuaa~


Mee Ruski perisa Tom Yam. Perghh~ memang feveret aku lah megi nih. Sebab pedas kaw2, dan memang terasa rasa tom yam dia. Kalo dulu, rasa macam tak cukup jer satu bungkus. Dah macam ketagih. Tapi sekarang...dah tak berapa berselera nak makan. Semalam pun makan tak abes megi nih.



Ok bye~


* p/s : lapar la pulak. blom breakfast lagi. :|


.

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour | jangan lupa tutup lampu 8.30 malam ni

Earth Hour kembali lagi. Sape2 yang tak tau pasal Earth Hour, sila KLIK KAT SINI. Melampau lah kalau tak tau, kan. Tapi ade jugak yang tak tau. Alaa..dulu aku pun tak tau pasal Earth Hour ni.


switch off the lights!



(Click picture for a larger view)
  
Imej yang di ambil oleh satellite NASA pada 2008. 


Perghh...betapa banyaknye penggunaan lampu kat dunia ni. Sampaikan dari atas langit sana pun boleh nampak dengan jelas. Itu baru gambar separuh dari dunia. Jadi, mari lah kita sama-sama men-join-kan diri untuk support Earth Hour ni. Walaupun apa yang kita buat ni sangat kecik jer sumbangan untuk selamatkan bumi ni, berbanding dengan kerosakan yang bumi dah alami. Ibarat rosak 200%, tapi yang kita satu dunia buat ni cuma 0.001% jer menyumbang untuk memulihara bumi ni. Tapi takpe, tetap bermakna. Dari tak buat langsung, kan.


Lagi satu jam sebelum Earth Hour bermula. Jangan lupa tutup lampu, ok. Kalo nak tutup semua perkakas elektrik pun takpe, lagi bagos. Biar kau berpanas dalam rumah tu (kalau duk dalam rumah la). Dan barang2 dalam peti sejuk habes cair. muahahaa~ 




kisah chimpanzi yang berbahasa isyarat

Tadi aku tengok satu cerita kat TV3, tajuknya The Jennie Project. Pukul 11.30 pagi. Boring duk kat rumah hujung minggu camni, tengok tv jerla. Ni nak kongsi pasal cerita tu. Actually masa tu aku tengok tv sambil online. So, tak pay attention sangat. 

Mengisahkan seorang ayah bernama Hugo (Hugo ke nama dia) yang baru balik dari...(Afrika kot) setelah 8 bulan kat sana, tinggal anak bini kat negara asal dia, sedangkan dia cakap nak pegi 3 bulan jer, pastu siap bawak balik seekor chimpanzi yang bernama Jennie. *eh2, panjang pulak ayat aku tanpa titik noktah. sila jangan pening. huahuaa~

Actually Jennie tu diselamatkan oleh Hugo. Mak Jennie terkena anak panah pemburu haram masa tengah buntingkan Jennie, dan masa tu jugak dia nak beranak. Tapi racun anak panah tu kuat sangat. Lepas beranak-kan Jennie, mak Jennie mati. Dan lepastu Hugo la yang jaga Jennie sampai Jennie hidup dah macam manusia.

Chimpanzi tu cerdik. Tapi selalu buat huru hara dalam rumah tu dan kat jiran2 diorang. Kelakar pulak tengok gelagat chimpanzi tu. Yang menariknye, chimpanzi tu boleh berbahasa isyarat pulakkk setelah dia ajar oleh seorang...(doktor kot. ke pakar ape ntah). Memang seronok tengok chimpanzi tu berbahasa isyarat.

Tapi of coz la chimpanzi tu dah di latih untuk berlakon dalam filem tu, kan. Salute lah kat orang yang bertanggungjawab latih chimpanzi tu. Tapi lagi tabik spring kat chimpanzi tu kot. Patut lah orang cakap chimpanzi nih binatang yang pandai.


The Jennie Project. 11.30 am. 


Part yang paling aku rasa merepek. Boleh ke binatang di saman dan di jadikan Defendan dan bagi keterangan kat mahkamah? Hakim pun pelik tengok chimpanzi tu, tapi boleh benarkan chimpanzi tu bagi keterangan, siap buat sumpah letak tangan atas bible. Hahaa~ whatever la labu...




Jennie tengah bagi keterangan kat mahkamah dengan bahasa isyarat.

Frank = Posmen yang saman Jennie  sebab rosakkan surat2 yang perlu di hantar oleh Frank dan menyebabkan kecederaan pada Frank lepas Frank terjatuh dari atas rumah atas pokok.

Andrew = anak Hugo.

"Dia cederakan Andrew" - ada satu surat untuk Hugo (yang dihantar oleh Frank, yerlah Frank kan posmen) di mana surat tu berkaitan ngan kerja Hugo, Hugo perlu pegi ke Afrika balik. Andrew dah bukak surat tu, dan dia taknak ayah dia pegi Afrika. Yerlah, anak mana yang nak ditinggalkan lama2. Ye dak? So, Andrew agak sedih dan menangis (kot). So, Jennie cakap surat tu tak baik. Maybe sebab tu la dia rosakkan semua surat yang Frank kena hantar. Hahaa~ abes semua surat dia koyak2 dan sepah2kan.




Jurubahasa yang translate-kan bahasa isyarat. 




TIiba2 jer doktor (yang ajar bahasa isyarat kat Jennie) tu inter frame dalam prosiding. Hakim pun biar je doktor tu cakap kat depan dia. Hado ko cenggitu? Merepek jer. Tau tak kalo takde kena mengena ngan kes, tak boleh masuk campur dan tiba2 plak masuk ke prosiding mahkamah? Gilo. Boleh jadi contempt of court (penghinaan mahkamah) tau cenggitu. 


Ok lah, nak sambung tengok cerita Hindustan plak. Boring duk umah, camni la keje aku. Mengadap laptop, mengadap TV, makan, tido. huahuaa~ 


Ok bye! 



* p/s : kelakar jugak cite Hindustan ni. tapi rasanya dah pernah tengok. takpe la, dah bosan punye pasal.


.

Saman RM100 juta. Boleh kaya ke?

Bangun pagi tadi cepat2 pegi beli surat khabar. Sebab semalam tak sempat tengok berita kat tv, sebab balik lambat., sebab berjalan2 cuci mata (dan cuci beg duit), sebab dah jadi aku agak kaya. Eh berapa banyak sebab daa~

Tapi berita dalam paper pun sama jer ngan berita yang aku dah baca kat Bernama online semalam. Bernama lagi pantas siarkan berita, kan. Kejadian waktu pagi, petangnye terus keluar berita.

Alkisahnye semalam kat Mahkamah Tinggi ada ramai wartawan duk ambik gambar kat kaunter filing tu. Bila ada wartawan ambik gambar camtu, mesti la ada something ngan kes tu atau mungkin kes berprofil tinggi? Actually semalam aku tak pegi mahkamah, tapi senior lawyer yang pegi. Dia la nampak kejadian tu. So, agak kecoh jugak la. Sampai kat office pun ada cerita yang macam2.


Sinar Harian
Sabtu, 26.03.2011. muka depan.
tajuk nak gempak jer, kan. lebey betol.





Ni berita yang kitorang baca kat Bernama petang semalam.



March 25, 2011 15:59 PM

Jurugambar Fail Saman Balas Tuntut RM100 Juta Daripada Bekas Peguam Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Seorang jurugambar bebas istana pada Jumaat memfailkan saman balas dan menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap peguam yang pernah mengendalikan urusan berkaitan Sultan Johor dan kerabat diraja yang didakwa menyebar surat berunsur fitnah kepada jabatan kerajaan dan media tempatan bulan ini.

Mohamed Ali Ismail, 46, yang juga seorang kontraktor persendirian, mengemukakan saman itu terhadap Kamal Hisham Jaafar, 41, menerusi firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir, yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 10 pagi Jumaat. 



Sebahagian jer. Selebihnya, boleh baca kat Bernama online



Tapi tajuk camtu buat orang confuse jer. Aku ingatkan jurugambar tu buat counter claim (meaning, tuntutan balas dalam tindakan undang2 yang sama). Tapi kalo buat counter claim, kenapa failkan saman berasingan pulak? Pastu baru la paham...dia failkan saman lain untuk saman lawyer tu.

Hmm...ada beberapa forum yang discuss mengenai kes ni. Ada yang cakap, kaya la jurugambar tu kalau menang kes tu. Ada yang cakap RM100 juta tu tujuh keturunan pun tak habis makan. Ada yang cakap...macam2 lagi la. 

Oh harus di ingat, tak semestinya kalau kita saman orang RM500 juta, dan kalau kita menang, akan dapat selebuk RM500 juta tu. Semua orang boleh failkan saman terhadap sape2 yang dia rasa patut di saman. Dan dengan jumlah berapa banyak juta2 lemon sekali pun. Tapi bergantung la pada apa yang dia mampu buktikan, tahap kerugian yang dia alami, bukti yang dia boleh kemukakan, bagaimana dia mampu tunjukkan kat mahkamah yang Defendan tersebut bertanggungan bagi apa yang dia dakwa tu, dan macam2 lagi la... 

Kalau tak dapat buktikan, tuntutan akan ditolak, satu sen pun tak dapat. Kos lawyer ribu riban plak kena tanggung. Kalau dapat buktikan, dan menang kes, tak semestinya dapat berjuta2 dan dapat semua yang di tuntut. So, tak patut lah cakap "wahh..kaya la dia kalau menang kes tu" ... "wahhh...duit RM100 juta empatpuluhempat keturunan pun tak habis makan"

Dan harus di ingat kes kat mahkamah takkan ambik masa yang singkat. Tak semudah tu nak dapatkan apa yang kita nak. Tak kira lah walau sebetul mana pun kita dan tuntutan kita. 

Cececee~ macam la terer sangat aku nih. 

Aku hanyalah junior lawyer yang sangat sangat junior dan sangat sangat sangat dan sangat sedikit pengalaman ibarat sekelumit...emmm.....sekelumit ape ek. Eh, whatever lah. 

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. 

Ok bye!



* p/s : entri ni dah di-edit di mana gambar tersebut baru jer di masukkan. huhuu~ sori yer readers.


.

Friday, March 25, 2011

Super duper tired day

Dah beberapa hari balik keje lambat, banyak keje, tak cukup rehat. Tadi balik keje agak lambat. Terus pegi enjoy berjalan2 seorang diri masuk kedai situ, masuk kedai sana. Cuba kontrol diri. *eh, ntah hape aku merepek nih. harap ada la yang faham.



Pukul 9.15 pm tadi.


Malam2 pun jalan jem. Ingatkan kalo balik malam, tak jem la kan. Sejak akhir2 ni hampir setiap hari jem kat jalan ni. Tak faham betol. Oh, mungkin sebab ada construction kat Jalan Skudai (Bandar Baru Uda - Taman Tasik). Sebab tu la jem sampai malam. Takpe2, orang cakap susah2 dahulu, senang2 kemudian. Tapi bila la jalan tu semua nak siap ek.

Kadang2 menyampah jugak. Bukan kadang2, memang selalu. Tadi dah la tengah penat giler kaki lenguh2, pinggang saket2. Mengantuk giler plak tu. Memang menguji kesabaran. Hampir sejam baru sampai rumah. Biasanya setengah jam jer. Arghhh~ terseksa jiwa raga.



* p/s : hari2 pun super duper tired day. 
* p/s lagi : Balik lambat, tak sempat tengok berita. Mahu tau apa kisah sebenar yang kecoh2 tadi kat mahkamah *dan kat office kot
* dan p/s lagi : harini dah hari Jumaat? wahhh~ happy weekend!!!

.

Thursday, March 24, 2011

aku dah kaya?

Oh, terasa seperti baru sahaja terlepas dari kemiskinan  bila dapat slip gaji (maklumlah dah dekat hujung bulan. poket tengah kering). Walaupun gaji belum masuk lagi. Dapat slip pun dah rasa eksaited lebih. Mula la nafsu shopping membuak2 dan meronta2 minta dipuaskan. Hati juga minta buat senarai dan disenaraikan apa yang mahu di-shopping. Walaupun sebenarnye dah berazam mahu berjimat cermat demi perancangan masa depan dengan Encik Kuneng. *cewahh~ ;p 

Terima kasih la cik account staff sebab rajin sangat mengira dan menyiapkan slip gaji kitorang, walaupun  awak tengah MC harini. Tapi tetap masuk office untuk settle kan perihal gaji staff2. *apekah?? Sangat bagus dan cekap awak nih. Kitew semue sukeewww~~

Terima kasih sebab bagi saya harapan untuk bersukaria menghabiskan duit, dan terima kasih sebab buat saya tersepit antara dua - nafsu shopping dan rancangan masa depan.


I SMELL MONEY...
* picture from Google.



Aku tau perancangan masa depan lagi penting. Tapi...mau tak lena tidur di buatnyer kalo tak dapat barang2 yang aku berkenan. Salah satu tabiat buruk. 



* p/s : aku dah kaya? doakan la aku jadik kaya senang lenang nanti. ;p


Bye~


.

eh eh pakcik nih. boleh HOII HOII kat kite pulakk~

Went to Muar High Court yesterday. Driving from JB to Muar and from Muar to JB was so tiring. Itu baru JB-Muar-JB. Kalau drive balik kampung sorang2 nun jauh ke Terengganu camane pulakk?

Untuk raya puasa tahun ni, aku dah siap berazam : akan tetap balik drive kete sorang2 kalo takde sape yang boleh teman atau cuti raya tak sama ngan kakak @ abang. Aku rasa tambang bas balik kampung sama jer ngan minyak kete untuk balik kampung. Cuma yang tak sama - penat tahap melampau drive 10 - 12 jam. 

Tahun ni insyaAllah ada "something" untuk raya, dan raya itu akan lebih bermakna. So, insyaAllah akan balik drive sendiri walaupun terpaksa berseorangan. Masa Chinese New Year haritu, balik kampung ngan Encik Kuneng. Sebab kakak dan abang tak bagi drive sorang2. Sebab katanya sangat bahaya perempuan drive jauh2 sorang2. Lagipun jalan balik ke Terengganu hampir semua jalan adalah hutan kiri kanan. Dan katanya lagi - memang la kete baru, tapi tak semestinya kete baru tak rosak. Kalo rosak @ pancit, camane. 

Ok fine. Lagipun masa tu aku baru jer dapat lesen dan baru jer start drive.

Lepasni tak tau camane. Boleh drive sendiri balik kampung ke tak.




PLUS. JB-Muar

Plaza Tol Pagoh.

pictures of the day. 




By the way nih nak cite peristiwa masa drive kat Muar semalam. Kebanyakan penunggang motosikal suka bawak motor tengah2 jalan (yg ni bukan kat Muar je, kat mana2 pun sama jer). Tak reti duk tepi2 sikit ke? Tak tau ke sangat bahaya kalo motor duk (di bawa) kat tengah2 jalan?

Ada sorang pakcik ni berhenti kat sebelah aku masa traffic light merah. Lepas lampu hijau, dia boleh bawak moto tak tengok kiri kanan. Tak alert ngan kete kiri kanan. Dah la bawak tengah2 jalan. Aku ni bawak kete sambil tengok motor dia, sebab takut berselisih @ langgar dia. Nak ke kanan sikit, tak boleh plak sebab jalan bertentangan banyak kete. Eh2 pakcik nih, tak tengok ke kat sebelah dia ada kete.

Pastu motor pakcik tu hampir berselisih ngan kete aku, dia boleh menjerit : HOIII..!!!!

Eh2 pakcik nih. Dia yang bawak motor tengah2 jalan, tak tengok kiri kanan. Boleh nak marah aku pulakk?? Kuat pulak tu. Aku tutup cermin kete pun boleh dengar dengan jelas. Nasib baik aku nih bukan jenis yang kurang ajar.

Tengok. Ni yang paling aku menyampah ngan sikap penunggang motor. Tau tak penunggang motor yang paling berisiko untuk accident? Kalo accident sorang2 takpe jugak, jangan sampai melibatkan orang (pengguna jalanraya) lain. *dan tak lupa juga kepada keluarga @ orang tersayang.

Aku bukan nak kutuk @ anti ngan penunggang moto. Aku pun selalu jadi pembonceng motor. Dulu boleh dikatakan hampir setiap hari Encik Kuneng hantar aku pegi keje ngan motor. Memang tau la camane perasaan jadi orang yang berada atas motor tu kan. Dan aku pernah tengok motor accident depan mata aku. Pheww~~ seram.

Kalo silap sikit jer, terus dot dot dot (takmau lah cakap). So, sebab tu penunggang motor ni kena sangat sangat berhati2.

So, penunggang motor kat luar sana, tolong berhati2 tahap maksima bila menunggang motor. Selalu tengok  side mirror kiri kanan & alert ngan kenderaan lain. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Ingatlah orang yang tersayang. *pesanan ini ditujukan kepada Encik Kuneng juga.



Ok bye!


.

Tuesday, March 22, 2011

jom tengok Hikayat Merong Mahawangsa!

Semua orang sibuk duk review movie Hikayat Merong Mahawangsa. Aku pon nak tengok jugakk~~




First time tengok iklan movie ni, masa nak tengok movie Khurafat. Sebelum movie start, mesti ada iklan kan. First time tengok iklan tu, aku macam...perghh~~ best nih...

Terus tertanya2. Movie ape ni? KRU Production yang buat? Perghhh~ macam terkujat gak la. epik giler. Dah macam movie epik mat salleh dah. Aku punyer hati terus menjerit : NAK TENGOKKK!!!! Menjerit dalam hati la kan. Takkan nak menjerit sekuat hati dalam hall tu. Giler ke hape.

Sekarang ni dah hampir 2 minggu movie ni di tayangkan kat pawagam. Nak jer aku pegi beli tiket wayang & pegi tegok movie nih. Tapi takmo mengkhianati "perjanjian" ngan Encik Kuneng. Tak baek! Tapi sebenarnye takde perjanjian pun. Cuma persefahaman. Cewahh~~





Wuuwuwwuuu~~ Encik Kuneng, cepat lerr balik sini. Jom la tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa. Nanti movie ni dah tak ditayangkan, camane nak tengok. Takmo la tengok VCD @ DVD. Cite camni tak best tengok kat tv yang kecik. Tengok kat wayang lagi puas hati.












T_T








Ok dah. Hentikan semua rintihan menggediks nih.

Byee~ 


.

Monday, March 21, 2011

IT ROO CAFE : "the best Chicken Chop in JB"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


*pehh~ mukaddimah dah macam nak baca berita.




Minggu lepas pegi jalan2 kat "butik B" kat Jalan Dhoby. "Butik B" adalah ringkasan atau nama panggilan yang agak class untuk kedai bundle. muehehee~ Ntah sape la yang start dulu ngan panggilan "butik B" nih. Either my boss, atau budak mokk (i.e. Roza yang memperkenalkan "butik B" kat Jalan Dhoby nih kat aku) yang bagi nama tu. 

Disebabkan masa pegi jalan2 kat "butik B" tu dah tengah bulan, so hanya dapat window shopping jerla kat "butik B" tu. wuwuwwuuu~~ T_T 

Dah puas menyeksa mata dan hati ngan pakaian2 yang cantek dan yang aku berkenan (especially skirt2 yang sangat vintage), si Roza nih ajak ler aku menternak lemak kat kedai makan kat depan "butik B" tu. Aku on jerla walaupun takde la lapar sangat. Katanya, kat situ makanan best. Chicken Chop dia "the best Chicken Chop in JB". 

Yeke? Kena try nih.




IT ROO CAFE.


Chicken Chop.
Perghh~ Perghh~ Perghh~~
Tak tau camane nak describe.
Memang the best Chicken Chop lah. 
Sos mushroom pun memang terasa. 
Kentang juga sangat lazat.
Roza ade mintak sos lebih. Cantek lah!


Bandung Soda.


Sape2 yang datang JB, memang kena try Chicken Chop nih. Rugi woooo kalo tak try. Sampai sekarang pun masih terasa kelazatan Chicken Chop tu. Yumyumyum~~ 

Kalo taknak try Chicken Chop ni pon takpe, ade banyak lagi menu2 lain. Tapi aku tak sempat try. Harga pun ok la, tak mahal sangat. Lepasni confirm aku pegi melantak kat situ lagi, dan menambahkan lemak2 yang dah sedia banyak kat badan aku nih.

Oh sorry, gambar2 diambil menggunakan kamera henfon yang tak seberapa ni. Suasana kat cafe ni plak "romantik" jer. So, gambar memang la tak clear. Chicken Chop yang lazat tu pun tak nampak menggiurkan. 

Sape yang nak pegi melantak kat sini? Jom aku bawak. Tapi korang belanja lah. Muahahaa~ ;DD *keji nyer aku nih. -.-

By the way masa nak parking kete kat Jalan Dhoby tu, ada sorang lelaki India datang kat kete aku mintak duit. Untuk upah jaga kete kat parking tu la kot. Sukeati dia jer nak mintak duit. Apa dia ingat parking tu dia punye ke? Itu parking MPJB, bukan parking kepunyaan dia. Aku buat bodo jer. Tapi dalam hati...punyer la cuak nak keluar dari kete. Masa kat dalam "butik B" dan masa tengah makan pun risau jer, takot lelaki tu "apa-apakan" kete sebab tak bagi duit parking. Huhuu~ 

Senang jer orang camtu cari duit. Kalo satu kete dia dapat RM2, dan kalo satu hari ada 20 bijik kete yang bagi dia duit, dah RM40 dah. Itu baru satu hari. Ambik untung cenggitu jer. Tak payah keluar modal. Ntah pape lah orang camni. Memang takde keje dan takde life. Dan sangat mengganggu orang ramai yang nak parking kat situ. Takde cara lain ke nak cari rezeki? Ni bukan kali pertama aku di-minta duit untuk parking - dari orang yang sama. Masa tu kat area Bazar JB. Terus aku blah pegi parking kat tempat lain. Dah la time tu aku sorang2 jer. Mane tak cuak. -.-'

Pihak berkuasa. Di mana anda?

Ok bye~ 

.

Sunday, March 20, 2011

hujung minggu | sambil menyelam minum air

Salam semua...

Hari Jumaat aku ke KL, ada review kat sana. Dari JB kitorang (aku, boss & sorang clerk) naik bas jer. Perghh~ saket pinggang yang amat. Dah lama tak travel ngan bas jauh2 camni. Even though masa muda2  dulu [sekarang pun masih muda lagi. ;) ] selalu jer balik kampung nun jauh di Terengganu ngan bas jer.

Kitorang turun kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ni first time jejak kaki kat situ. Dah lama tak turun kl nih. -.-



Pheww~ canggih. 
Dah macam kat airport la pulakk.
My boss cakap : kita tengok la berapa lama boleh kekal canggih camni.
Err~~ betol jugak tu.


Strategik jugak la TBS nih (bagi orang yang guna pengangkutan awam). Dekat ngan LRT, ERL, KTM komuter kat Bandar Tasik Selatan. Stesen pertukaran kat situ jer. So, memang senang la nak ke mana2. Tapi masa mula2 sampai kat TBS tu, bas ekspress yang kitorang naik tu kena buat pusingan-U yang sangat jauh. Pehh~ aku memang tak suke "keje" yang tak berfaedah nih. Tempat nak turunkan penumpang dekat jer, tapi macam "tak pandai" (perkataan sopan) pulak bila kena buat U-turn jauh giler camtu. 

Yang boleh dipuji, sebab ada banyak staff bertugas yang tolong orang ramai kat situ. Yerlah, mesti la diorang nak bagi service yang terbaek punyer. Tak perlu service counter pun. Diorang jer yang bergerak bagi service. Memang mesra pengguna, sebab tolong tunjuk jalan, tolong orang yang confuse macam kitorang nih. -.-' 



Dah alang2 ke sana, singgah la kejap melawat Encik Kuneng dan kakak nya kat sana. *kejap ke? ;p 

Camni boleh jadi "sambil menyelam minum air" ea? Sambil ada keje, sambil jenguk dia. Lepas abes review tu aku pun mem-blah-kan diri & naik komuter, sementara my boss & clerk tadi naik bas balik JB. Hihii~ ;D 

Oh bukan curi2 blah, tapi dah pesan awal2 kat my boss : saya balik sendiri, nak pegi umah bakal kakak ipar. Perghh?? Tak agak2 cakap "bakal kakak ipar". Sampai kena perli ngan boss. huuhuu~ Please someone lempang aku biar aku sedar diri dan tak gedik sangat. muahahaa~ ;DD



Cik Nini : Aritu kata nak tengok Merong Mahawangsa.
Encik Kuneng : Tunggu orang balik JB ea.
Cik Nini : By the time dia balik JB, movie tu dah takde kat pawagam dah pun. -.-'


Oh malangnyer masa aku pegi sana, Encik Kuneng tak cuti. So, tak dapat keluar tengok wayang. It's ok. :|





Petang tadi baru sampai JB. Rindunyer kat "si puteh", rindunyer kat blog kesayangan. Dan agak penat.


Ok bye!



* p/s : malasnyer nak keje esok. erghh~ monday blues.


.

Friday, March 18, 2011

entri takde tajuk

Kelmarin pegi makan kat Benafee Village. Tapi pegi makan ngan client, ngan boss & staff. Jadi tidak lah aku berkelakuan kurang sopan untuk mengambil gambar di hadapan client *skema nyer ayat. So, takde la gambar2 makanan untuk tatapan semua.

Tapi kelmarin aku ter-sangat penat. Kalo boleh nak balik awal. Tapi apakan daya, ada review ngan bank. Pastu pegi makan2 plak. Aduh~ Kalo korang berada dalam situasi camni : korang sangat penat tahap cipan. Pastu korang kena makan. Ape pilihan korang? Makan dulu ke atau terus rehat dan tido?

Dah la tengahari dah makan banyak. Pastu malam makan lagi kat Benafee Village nih. Memang confirm la makin membiak lemak2 kat dalam badan aku nih. Biasanya kalo aku dah makan banyak camtu, malamnyer aku dah tak dinner dah. Kecuali kalo dah lapar sangat2.



Hitam legam. 


Actually keadaan sebenar kat situ takde la gelap gelita camni. Nampak gelap gelita sebab ambik gambar guna kamera cikai.

By the way, kat sini dah ada improvement. Kat meja dah ada butang untuk service. Kalo nak panggil waiter dia, just tekan jer butang tu. Nanti waiter diorang akan datang kat meja kita. Aku tak tau la kalo benda ni dah lama ada, tapi aku dah lama tak datang Benafee Village nih. Tu yang jadik jakun jer. muahahaa~ ;D



* p/s : akan berangkat ke KL sebentar lagi, dan maybe takkan update untuk beberapa hari. oh, hati agak berbunga2 kot. ;)


.

Thursday, March 17, 2011

penat yang amat.

Semalam dan dua hari yang lepas yang sangat penat. Sampai harini masih terasa. Ok, aku tau normal la kan kalo penat keje. Tapi masalah yang kitorang (sape kitorang nih?) hadapi nih...tak tau la nak cakap camane. Semalam terkejar2 kat mahkamah kat Menara MSC Cyberport, kes start lambat, pastu kena pegi Lelong Awam kat mahkamah kat Jalan Dato' Onn. Oh, kes2 lelong dan perlaksanaan harta tak aleh dah pindah balik ke bangunan mahkamah kat Jalan Dato' Onn.

Aduhh..penatnyer tuhan jer yang tau. Masuk office jer rasa macam takde "bateri" dah nak buat keje. Rasa macam nak tido jer terus. Huhuu~

Hmm..sebelum ni masalah parking kat Menara MSC Cyberport. Biasanya kalo pegi mahkamah kat Menara MSC Cyberport, masalah yang paling sadis : takde parking, parking full. So, terpaksa parking kat tepi jalan. Sampai penuh ngan kete jer kat tepi2 jalan tu. Sampaikan kat divider yang berumput tu pun penuh ngan kete. Sebelum mahkamah pindah kat Menara MSC Cyberport tu, tak pernah kot jadi sesak camtu. Takpe la, at least "hidup" jugak la Menara MSC Cyberport tu kan.

Bab masalah parking ni...kalo takde polis trafik atau JPJ yang kacau, takpe gak. Tapi hampir setiap hari ada buat operasi saman menyaman. Bukannye sengaja nak parking suka2 hati kat tepi jalan tu. Dah terpaksa. Aku dah pernah kena saman sekali, sebab parking kat tempat yang tak boleh parking. Huh. Sadis sungguh. Baru jer bawak kete, dah kene saman. Berlaku dalam seminggu dua sebelum tarikh akhir untuk bayar saman yang ada 50% diskaun haritu (28.02.2011 dan 10.03.2011). Tapi bila aku check kat laman web my-eg, takde saman. Pelik sungguh. Tak dapat la nak bayar 50%. Huh. Kalo nak buat sistem check saman online, biar la sentiasa update, ye dak? 

Kadang2 pukul 8.15 pagi, pukul 8.30 pagi guard dah tak bagi masuk parking. Sebab dah penuh. Pastu senang2 jer guard tu cakap : parking dah penuh, parking kat luar. Ceeiittt!! kalo aku kena saman, kau nak tolong bayarkan ke? Huh, bengang sungguh. 

Nasib baik lah sekarang ni dah ada ini....




Reserved parking! Yeay! Akhirnya office-ku dah ada reserved parking kat Menara MSC Cyberport.




Sekarang dah tak perlu susah payah pening2 ngan masalah parking. 

TQ for those who concern [i.e. my colleague ngan boss ler. hehee~ ;) ]



* p/s : harini ada bacaan yassin kat office untuk arwah Kak Roy (klik SINI). Al-Fatihah untuk arwah...


.