Sunday, October 30, 2011

Nilai 3 to Putrajaya to Nilai 3

Last Deepavali aku ke Nilai 3. Actually hari Khamis tu ada kes kat Putrajaya. Then anak saudara pulak dah dapat kerja kat Sepang, kena lapor diri on 28th. So,dia pun ikut la aku sekali, sekaligus jadi teman aku drive & teman berjalan2 kat Nilai 3. Hehee~


Actually (lagi) aku plan nak bertolak pagi. So, maybe tengahari atau petang sikit sampai kat Nilai. Sempat uruskan apa2 yang patut untuk anak saudara aku tu & boleh terus pegi Nilai 3. Tapi hampeh, aku bertolak tengahari. Sebab? Saje, suka2, atau yang paling tepat = MALAS. Heheee..agaknya penat sangat kot. Tu yang malas semacam jer. *alasan 


So, setelah jadi pemandu berhemah (cehh) dengan hanya 110km/hr dari JB ke Nilai dan 90km/hr kat Melaka , sampai la kat Nilai around 4pm. Ke situ, ke sini, ke sana menguruskan apa2 yang patut untuk budak tu. Akhirnya pukul 6++ baru bertolak ke Nilai 3. Dekat pukul 7 malam jugak la sampai sana. 


Dah time camtu, nak jalan pun tak best. Tambah pulak ngan hari hujan. Lagi la tak best nak jalan2. Huaaa~~ Masa ni la nak salahkan diri sendiri sebab tak bertolak awal2. 


Tapi part yang best, kat situ dah tak ramai orang. Sebab masa kitorang sampai, banyak kereta yang tengah nak keluar dari Nilai 3. Kitorang baru sampai, diorang dah balik. Jalan pun jem giler. So, time kitorang balik pulak, jalan dah lengang. Hehee~ part ni yang best. ;) 


Eh eh..baru sampai, dah cerita part balik ke? Belum balik lagi. Baru jer sampai nih. ;p 


Nak parking pun tak susah. Korang bayangkan kalo time cuti, betapa sesaknya Nilai 3  tu ngan manusia dan jugak kereta? Huh.





First kedai yang masuk, mesti la VR Star, sebab tu kedai yang pertama. 



Dilarang ambik gambar. 
Eh, so aku tengah buat ape nih? Kahkahh~ ;p 



Sebenarnya aku ke Nilai 3 ni sebab nak cari bunga & survey barang2 untuk wedding nanti. Survey jer. Beli lain kali, bila aku datang lagi ke sini. Bulan 12 nanti ada kes kat Putrajaya lagi. So, maybe time tu boleh beli apa2 yang patut. =) 
Haritu sempat pegi ke beberapa kedai jer. VR Star, Astana Mayang Sari, U n Me (camni kot nama kedai tu.lupa daa..), dan ada la beberapa kedai lagi. Hari dah malam. Badan pun dah penat. Kedai pun dah banyak tutup. Hari pulak hujan. Wuwuuu~ T_T 







The next day (Thursday, 27.10.2011), pegi Putrajaya.




Nephew yang jadik mangsa kena teman aku pegi Nilai 3 & Putrajaya. ;D




Lepas habis kes, aku bawak budak ni pegi jalan2 kat Alamanda Putrajaya. Upah teman ke? Tapi takde belanja dia ape2 pun. Just belanja makan jer. Itu pun makan kat cafe mahkamah Istana Kehakiman jer. Hehee~ 


Lepas jalan2 kat Alamanda, aku dengan gighnya drive pegi Nilai 3 pulak. Ni semua sebab tak puas jalan2 survey barang semalamnya. Hehee~ 



Bungaaa~


Antara barang yang aku nak survey : bunga, pasu, doorgift, paperbag, errr...ape lagi ek. Semua la kot. Ada yang aku dah jumpa yang berkenan. Tapi bunga tak jumpa. Kaler bunga yang aku nak tu...mak aih....punyerlah susah nak cari. Seriously, susah. Kat Romantika kat Plaza Angsana, JB pun aku dah cari. Tapi takde. Hukhukk~ =(


Akhirnya aku just beli crepe paper ngan white flower tape. Hajat hati nak try men-DIY something. Tapi ntah jadi ntah tidak.


Masa kat Nilai 3 tu ada jumpa doorgift yang macam aku nak (macam yang aku nak, bukan macam guest nak. kehkehh~ ;D ). Harga agak murah untuk doorgift saiz tu. RM1.99/pcs. Actually harga dia RM2.50/pc. Sekarang tengah promosi. Ni diorang yang tulis kat situ la. Tak tau la ni harga just nak impress customer ke ape.


Tapi kalo beli banyak pun, harga tetap sama. Cuma kalo beli banyak tu, dapat free paperbag (jenis kotak tu), sama kuantiti ngan doorgift yang kita beli tu. Ok a tu, kan.


Murah tu memang murah. Tapi kalo aku beli 1000pcs,  dah RM1999 dah. RM1999 Untuk doorgift sahaja? Perghhh~ kayap lah.


Kawen kawen kawen = duit duit duit. 


Duit terbang. Bukan duit masuk poket. 




Ok bye~



.

Wednesday, October 26, 2011

Giant legoman di tepi pantai?

Ni aneh ke pelik ke ajaib? Giant legoman setinggi 8kaki dijumpai kat persisiran pantai Florida.



Picture credit to : HERE



Ni bukan kali pertama giant legoman dijumpai kat tepi pantai camni. LEGO pun menafikan giant legoman tu milik syarikat diorang ataupun mana-mana syarikat dibawah miliknya. 


We spoke to Amanda Santoro, Assistant Brand Relations Manager at LEGO. She declined comment but did say that the "stunt" was "in no way endorsed or sponsored by the LEGO Group or its affiliates."

OK, so does that mean somebody stole a giant LEGO figure and planted it on the beach? Well, maybe. Believe it or not, this sort of thing has happened before. Several years back, a giant LEGO man washed up in the Dutch resort of Zandvoort. That same figure (or perhaps a twin) also appeared at a Brighton beach in the U.K.



So, sape punye legoman nih??


Sumber :

Dia datang blog saya. Tenkiu!

Woahhhh~ cik epal datang blog saya. Mekasih cik epal sudi datang blog ntah pape nih. ;)







& tenkiu jugak pada semua yang sudi singgah blog ni. =)










*p/s : kecoh jer kan. kahkahh~ ;DD


.

Happy Deepavali! Ke NIlai 3. =)

Good morning! 
Happy Deepavali to those who celebrating. May the light of Diwali fill your lives with happiness.






Cuti ni korang buat ape?


Aku? Esok aku ada kes kat Mahkamah Rayuan, Putrajaya. So, dah alang2 harini cuti, bertolak la awal2. Japlagi akan bertolak ke sana. Nak pegi jalan2 kat Nilai 3 dulu. Nak survey2 apa2 yang patut. Weehoooo~ *eleh, suka sangat la konon. ntah dapat shopping ke tak. -.-



.

Tuesday, October 25, 2011

Bayi tertukar semasa dilahirkan. Ingatkan dalam drama jer ada benda camni.

Sebelum ni kita tengok cerita mengenai bayi yang tertukar @ ditukar selepas dilahirkan dalam drama @ filem jer, kan. Contohnya macam dalam drama...errr..ape ntah tajuk drama2 tu. Yang pernah aku tengok, drama indon, etc. *ape da..nak bagi contoh pun tak boleh. -.-


Haa...cite Desperate Housewife pun camtu jugak kan. Dalam Season 7 kalo tak silap aku. Anak Gabrielle SolĂ­s (Eva Longoria), telah tertukar ngan baby lain semasa diorang dilahirkan.Cerita Puteri Yang Ditukar petang2 kat TV3 tu pun ada kena mengena ngan topik ni tak? Err...ntah la, aku tak tengok pun drama tu. Kan keje. -.- 


Okay2. Lets get back to our sentence (ntah pape) --->


Ingatkan dalam drama jer ada kisah camni, tak sangka in real life pun ada terjadi perkara camni. (haaa...baru la sampai ke kisah yang nak diceritakan. kehkehh~) 


Kisah ni berlaku kat Amerika, dua orang kanak-kanak perempuan (sekarang dah umur 12 tahun) tertukar semasa dilahirkan. Selama 12 tahun tu la diorang hidup ngan ibu bapa yang bukan ibu bapa kandung diorang. Dan selepas mengetahui perkara sebenar, kedua2nya still nak duk ngan parent yang besarkan diorang tu. 


Ish ishh...itu lah yang dikatakan kasih sayang. Walaupun dah tahu yang diorang bukan duduk ngan ibu bapa kandung & dah jumpa keluarga sebenar, diorang still nak bersama yang orang yang besarkan diorang dari kecik. Betapa kuatnya kasih sayang diorang kat parents yang besarkan diorang tu. 


Tapi...ikatan kekeluargaan tu tak penting ke? I mean, dah jumpa ibu bapa kandung, takkan takde perasaan langsung? Err...ntah la.




Kalo tengok camni pun, memang tak sama kan. Lebih2 lagi ngan mak & adik dia.
Tapi kalo ngan bapak dia, macam ada iras2.



Perkara di disedari selepas bekas suami salah seorang ibu tersebut taknak bayar duit untuk anak tu. Si suami tu taknak bayar sebab katanya muka budak tu langsung tak sama ngan dia. Lepas tu ujian DNA dijalankan, & memang sah dua2 tu bukan ibu bapa kandung anak diorang. 


Sekarang kedua2 parents tu dah jumpa balik anak kandung masing, dan tengah nak saman hospitral yang buat silap tu. Hoh, saman jangan tak saman! 


Sumber KAT SINI.


So kawan2, sila tilik muka masing2. Sama tak ngan parents korang? Ngan adik beradik korang? Hehee~ ;p 


.

Monday, October 24, 2011

Spa ikan berisiko sebar penyakit.

Aku baru dapat tahu berita ni. Walaupun sebenarnya dah beberapa hari keluar. Tu la, aku ni bukannya selalu tengok berita @ baca paper. So, ape pon tak tau. Ishkk~


Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Sumber : BERITA HARIAN.



Dari apa yang aku dengar kat berita, air tu sendiri boleh jadi tempat penyakit membiak, dan menyebarkan penyakit. Even orang tu sihat, boleh jugak kena penyakit kalo air tu ada kuman. Err..lebih kurang camni la ayat dia.


Sebelum ni semua orang cakap spa ikan ni menyihatkan. Boleh melancarkan perjalanan darah, membuang sel kulit mati kat permukaan kulit, refleksologi kaki, pedicure, etc. Yang tu aku setuju la. Tapi bila difikirkan balik, memang betul jugak larangan untuk hentikan terapi ikan ni.


Kata lah orang yang berpenyakit tu pegi buat rawatan. Kuman @ virus tu mesti masuk dalam air, kan. Then kita pegi buat terapi kat situ. Air plak still air yang sama. Korang rasa berjangkit ke tak berjangkit? Ikan tu plak, bersih ke? Ntah la.


Ni dari sudut logic. Kalo dari sudut sains, maybe banyak lagi faktor dia.


Bagi pengusaha2 spa ikan, mesti bisness merundum dah lepas timbul isu ni. Yerla, sape yang nak risiko kan kesihatan, kan. Tak tau la kalo ada jenis yang ignore jer semua tu.


Kalo still nak uat terapi ikan jugak, bela jer ikan2 tu kat umah. Buat spa sendiri. Private fish spa. Khusus untuk kau jer. Takde la berisiko berjangkit penyakit ngan orang lain. Lain la kalo korang sendiri pun ada penyakit. Hahahh~






Aku plak bukannya suka buat terapi ikan. Memang tak suka. Sebab GELI! Ishkk...serius, geli. Yer, aku ni memang mudah geli. Walaupun tak pernah try fish spa ni. Haha..tak pernah try, mana tau geli ke tak, kan. Sengal. Tapi yang dah try pun cakap memang geli, walaupun diorang cakap mula2 jerla geli, lepastu ok jer.


Ahh, walaupun takde orang orang cakap geli ke tak, aku tau benda tu memang geli. Bayangkan ikan kecik2 tu berkerumun ramai2 kat kaki kau, pastu gigit2 kaki kau. Huwaa~ mekasih jerla. Memang aku taknak!



Tengok ni. Geli tak geli tak? 
Tolong cakap geli!




Erkk~ yang ni lagi la aku tak sanggup.
Sori, lucah sikit gambor nih. Muahahaa~ 
Sumber : SINI




Ada bran?? 
Sumber : KAT SINI.



Kalo korang pegi Sabah, kat Ranau ada fish spa yang ikan2nye besau gedabak. Itu aku tak tau la apa rasanya. Kalo ikan kecik rasa geli. Kalo ikan besar camane pulak? Ish ishh...

Boleh klik kat sini :
Cujen The Lejen
Anib Firdausi
The Journey of Life




Ok bye!



.

Sunday, October 23, 2011

Wedding at 11@Century

Minggu lepas pegi wedding kat hotel 11@Century. Kat Century Garden, depan KSL City. Ramai yang not really aware pasal hotel ni. Sebab ramai yang tanya hotel tu kat mana. 


Ni wedding auctioneer. Pengantin perempuan tu pelelong. Orang dah jemput, mesti la aku nak datang. Lagipun sejak akhir2 ni, aku memang tengah bersemangat nak attend wedding. Nak cari inspirasi kot. Hehee~ Mana yang berkesempatan & takde hal on that time, confirm aku pegi.


Tapi aku tak ambik gambar banyak pun. Just ambik gambar pelamin jer. Itu yang penting untuk dapat inspirasi, kan.






OMG, pelamin pillar. Memang aku berkenan! Tapi sangat costly. Beriban2 hanya untuk pelamin sahaja! Tak termampu lah aku nak berangan. Eh, kalo berangan jer boleh kot. 




 Doorgift. 
Sama ngan tema wedding.



Makanan dia ok la, not bad. Dan makanan untuk tetamu pun kat dalam dome, bukan buffet. Even masa nak hidangkan makanan untuk pengantin, siap ada gimik bagai. Ada silat yang lain dari yang lain, dia buat macam pertarungan plak, & ada pompuan ala2 puteri gunung ledang gitu. 


Ntah berapa riban la spend untuk wedding camni, kan. Ish ishkk~


For me, aku nak wedding yang simple. Pelamin pun nak yang simple, but sweet. Hehee~ ;)




Ok bye~ 



.                    

Header comot, tapi puas hati ngan hasil tangan sendiri. =)

Header blog telah ditukar. Sebab URL dah tukar, header pun kena la tukar. Lagipun header tu dah lama sangat kot. Gambar pun gambar lama. Dan yang paling penting, sebab nak pakai header gambor tunang. Kehkehh~ ;D 



 Header lama. Gambar time pegi dinner bulan 2 haritu. 





Header baru, macam yang sekarang ni la. Kat atas tu. 
Gambar masa tunang. Hihii~ 
Yang penting, ada cincin risik + tunang tuuu~ ;p 



Background pun aku dah tukar. Still pink polka dot. Tapi yang baru ni kaler lagi lembut. Background lama tu aku buat sendiri tau polka dot tu. Gigih betol. Yang baru ni aku search kat Google jer.


Semalam kemain gigih lagi aku duk try and error buat header ni, sampai ke pagi. Berjam-jam. Phewww~ Yerlah, aku bukannya pakai software canggih. Photoshop pun takde. So, kena la edit dengan apa yang ada jer. Lagipun aku ni bukannya pandai @ kreatif sangat nak edit-mengedit nih. Aku tau header tu buruk + comot + tak cantek. Tapi puas hati dapat buat sendiri. Hihii~ 


Ok bye~ 




*p/s : pink giler kan header baru tu. hahahh~ 



.

Saturday, October 22, 2011

Smartphone yang dah tak berbaloi untuk dibeli | Bila orang nak belikan smartphone, adakah korang akan tolak?


Aku bukannya expert sangat pasal smartphone nih. Henpon aku pun henpon cabuk jer, yang dah hampir 3 tahun aku pakai. Sekarang phone tu dah sengal2 ubi. Selalu hang, ter-off sendiri. Kadang2 tengah on the phone, tengah berborak ngan orang kat phone tu, tetiba jer boleh ter-off. Cess~


Kena pulak time tu tengah urgent @ emergency. Memang menyirap jer. Rasa macam nak campak jer henpon tu dalam longkang. Sabor sabor~


Dua hari lepas Encik Tunang telah baik hatinya meng-offer-kan diri untuk beli Blackberry. Hamboihh~ kemain ek. Maybe dia kesiankan tunang dia yang dari dulu asyik merungut pasal henpon buruk tu. Maybe sebab dulu aku ada cakap nak beli Blackberry. Tapi sampai sekarang tak beli2. Yerlah, kalo beli, lari lah budget untuk benda lain. -.-'


Tapi takpe la. Maybe bukan sekarang untuk beli Blackberry tu. Lain kali jer lah yer Encik Tunang. Baik hati tak aku? Bertuah tak Encik Tunang dapat tunang macam aku? Kahkahh~ tak boleh blah. 


Okay, back to our main topic.


Ni senarai smart phone yang disenaraikan sebagai popular, tapi dah tak berbaloi untuk dibeli.





Motorola Droid X2





BlackBerry Curve 9350/9360/9370




HTC EVO 4G





Palm Pre 2




Motorola Titanium





HTC Surround





Samsung Galaxy S





Nak tau kenapa tak berbaloi, KLIK KAT SINI.


Kepada yang memang pakai smartphone2 nih, no offense okay.  Ni aku ambik kat Yahoo News jer. Dan untuk panduan aku yang tengah survey2 phone jugak. Hehee~ ;)



Ok bye~




* P/S : survey kunun. survey sekarang. tahun depan baru beli agaknya. [x_O]



.

Breakfast at Kluang Rail Coffee. Dah halal, ok.

Minggu lepas (Rabu, 12.10.2011) aku pegi Pejabat Tanah Daerah Kluang. Ada land equiry, i.e. urusan kerja la. Ni first time aku pegi PTD Kluang. Siap tengok Google maps lagi sebelum pegi sana. Tapi bila dah sampai, pusing2 jugak. Huhuu~


Lepas settle kerja kat Pejabat Tanah, singgah kat Kluang Rail Coffee, kat Stesen Keretapi Kluang.


Dulu kecoh ngan isu tak halal, kan. Lepastu Jabatan Agama Islam Johor menjalankan operasi penyamakan kat cawangan Kluang Rail Coffee. Walaupun penyamakan bukan satu proses untuk memohon sijil halal, tapi at least boleh kurangkan rasa was-was orang ramai dan customer kedai kopi tu.





So, dah alang2 aku sampai kat Kluang, singgah la kat kedai kopi tu. Lagipun dekat jer ngan PTD. Walaupun sorang2, pedulik hape aku. Makan tetap makan. Walaupun kena makan sorang2.



Dari luar. 
Ada jugak customer muslim time tu. 




Kat dalam kedai.



Sijil halal dipaparkan kat kaunter. 




Meh kita zoom~ 



(Klik gambar untuk imej lagi besar) 
Haa...dah dapat sijil halal ea. 



Bagi yang masih was-was ngan status halal Kluang Rail Coffee ni, boleh check kat Direktori Halal Jabatan Agama Johor. Klik KAT SINI dan search "Kluang Rail Coffee" (mukasurat 7). Few months lepas kecoh isu tak halal, diorang dah dapat sijil halal. Tapi Kluang Rail Coffee cawangan Plaza Kotaraya takde pulak kat senarai tu, kan.




So, ape lagi. Aku order la makanan. Dah lapar giler time tuh. Masa tu around pukul 11am. Ni bukan lunch, tapi breakfast. Breakfast pukul 11pagi? Uhuu~





Nasi lemak. 



Sikit jer nasik lemak ni. Memang tak kenyang kalo makan sebungkus jer. Takpe la kan. Lagipun time tu nasi lemak dah tinggal sebungkus jer. Masa aku tengah makan nasi lemak ni, ada sorang makcik datang & nak makan nasi lemak jugak. Tapi dah abes dah. Kesian la pulak kat makcik tu. Sebab the last nasi lemak dihabeskan oleh aku yang tengah lapar ni. Ishkk~ aku ni bukan boleh tengok orang tua camtu. Cepat kesian. -.-



Roti bakar. 
Oh my, ini sangat sedap.
Seriously rasa macam tak cukup 1 keping nih. -.-



Kopi ais. 




All these cost me only RM3.70. Murah je,kan. Murah + sedap!


Actually ni kali kedua aku pegi makan kat sini. Kali pertama pegi tahun lepas. Kebetulan masa tu pegi wedding kawan kat sana. Member2 bawak la pegi makan kat kedai kopi tu. Masa tu belum timbul isu tak halal tu. Erk~




.

Tuesday, October 18, 2011

URL Changed.

I have changed my blog's URL. Again. 







I knew the consequences of changing URL. I will lose my readers. No body will visit my blog, until i do something to let them know my new URL, e.g. blogwalking, leave my new URL in other's blog, and whatever. Well i know people rarely came to my blog anyway, or even read it. Whatever la kan.


I have to change almost everything on my blog. From blog list, to Nuffnang, e.t.c.  -.-'


And a lot more bad consequence. 

Its okay. Never mind. I blog for my own satisfaction. Moreover, i finally use my own nick name for my blog. Can you tell how happy and satisfied i am? Hahaa~




Until then, 


lots of love, 
Nini Mohd



.

Sunday, October 16, 2011

[MOVIE] Real Steel. Sangat berbaloi~

Semalam pegi tengok movie ngan Encik Tunang. Banyak movie best yang baru keluar. Dan aku teringin nak tengok Real Steel. Encik Tunang layankan jer. Hehee~



Trailer. 



Here is the synopsis :
A gritty, white-knuckle, action ride set in the near future [the year 2020], where the sport of boxing has gone hi-tech, “Real Steel” stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring.  Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next.  When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Goyo) to build and train a championship contender.  As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.

Sumber : KAT SINI.




OMG, movie ni sangat2 best! Tak rugi tengok tau.


Ni aku bagi sinopsis versi aku sendiri pulak. Movie ni mengisahkan Charlie Kenton, seorang bekas peninju. Dia dapat peluang untuk bersama anak dia, Max Kenton untuk beberapa bulan (sebulan ke 2 bulan ntah. lupa daa~). Itu pun sebab di bayar. Money minded sungguh. Tapi banyak hutang sana sini.


Charlie ni suka sangat ngan tinju robot. Tapi seorang yang tak fikir panjang. Baru jer dapat robot yang best, terus pegi bawak bertinju, kat perlawanan yang besar. Walaupun dia sendiri tak mahir nak kendalikan robot tu & tak tahu fungsi2 robot tu. Habes lah robot tu dikerjakan, kan.



Noisy Boy vs. Midas



Satu hari, anak dia jumpa robot generasi ke-2 kat tempat pembuangan/pelupusan sampah. Kiranya tu robot lama la. Tapi anak Charlie nak bawak balik robot tu. Sejak tu, robot bernama Atom tu jadi kawan Max. Max kemudiannya paksa Charlie untuk latih robot tu bertinju dan bawak robot tu bertinju.



Charlie ngajor Atom bertinju.


Satu hari Atom dapat peluang berlawan ngan Zeus, robot berteknologi tinggi yang tak pernah kalah. Ni sebab Max yang cabar Zeus lawan ngan Atom. Degil budak ni, macam bapak dia jugak. Macam mana kesudahannya, dapat ke Atom jadi juara mengalahkan Zeus. Korang kena la tengok sendiri. Hihii~


Aku paling suke part Atom menari. Robot menari? Yer, robot menari. Max yang ajar dia. Comel giler part Max ajar dia menari. Then, jadi trademark pulak untuk diorang menari sebelum mulakan perlawanan. Ni semua idea Charlie bila dia tengok Atom menari ngan Max. 


Tapi kan, aku rasa macam movie ni tak abes lagi la. Encik Tunang pun cakap movie ni macam takde ending. Mungkin sebab akan ada Real Steel 2? Jeng jeng jeng~ ;p


Movie ni berdasarkan cerita "Steel" yang dibuat pada tahun 1956. Movie ni berlatar-belakangkan tahun 2020. Masa ni robot yang bertinju, bukan manusia yang bertinju. Walaupun movie ni berlatar-belakangkan tahun 2020, tapi tak nampak macam future sangat la. Kan? 



Dakota Goyo (as Max Kenton). 



Aloloo~ comeynyer.
Suke tengok budak nih senyum. Comey giler.



Bila tengok budak ni in few scenes dalam movie ni, ada iras2 Justin Bieber pun ada jugak. Aku ingatkan aku jer yang fikir camtu. Rupa2nya Encik Tunang pun cakap camtu jugak. Kawan aku pun ada cakap camtu jugak. 

Gambar ni paling look alike. hahaa~





Sekali lagi nak cakap, movie ni sangat best!!! It's really worth seeing. Sangat2 berbaloi tengok movie nih. 


Ok bye~


.

Friday, October 14, 2011

Strawberry glasses case.

Spek buruk sayew sudah ada "rumah" baru. Encik Tunang yang belikan. Lepas pegi waterfall haritu. 



Strawberryyyy~ 






Actually berkenan warna pink. Biasa lah, pink maniac, kan. Tapi takkan la asyik kaler pink jer, kan. Lagipun kaler merah lagi cantek. Sebab strawberry, kan. Mesti lagi seswaaiii kaler merah-nya mak ngah. Comel sangat2. First time tengok, terus jatuh cinta. Actually ada Hello Kitty case. Tapi tak berapa cantik. Dan walaupun case ni bukannya mahal sangat, tapi aku suka. Hehee~



Thank you Encik Tunang!



Btw, yang ni comel, kan :-



Huwaaa~ nanges. T_T 
Sumber : SINI



.

Thursday, October 13, 2011

Ber-picnic @ Kota Tinggi Waterfall Resort

Sabtu, 01.10.11.


Huaa...cantek tuuuu tarikh tu. Kan? Mesti ramai yang kawen date tu. Semua orang duk kejar nak kawen date cantek. 01.10.11, 10.10.11, 11.10.11, 11.11.11. Huaaaa~ 


Eh, jap2. Aku ni bukannya nak cerita pasal date cantek tuh. Bukan juga nak cerita pasal orang kawen tarikh cantek. Takde kena mengena pun. Hahaa~ Ni cerita pada hari Sabtu, 01.10.2011. ;p 


Beberapa minggu sebelum tu aku ada cakap kat Encik Tunang, teringin nak mandi air terjun. Ntah la nape tiba2 jer teringin nak mandi air terjun. Padahal bukannya tau berenang. Berendam macam badak berendam boleh la. Huhuu~ Mungkin sebab dah lama tak pegi air terjun. Atau mungkin saje gedik? Kahkahh~ 


So, haritu Encik Tunang telah memenuhi permintaan aku tu untuk pegi mandi air terjun. Kihkihh~ ;p


Actually Encik Tunang prefer air terjun kat Ledang. Tapi jauh sangat la pulak. Malas nak pegi jauh2. So, last option, pegi Air Terjun Kota Tinggi.


Disebabkan gambar terlalu banyak, let pictures do the talking. Cewaahhh~ ;p






Sebelum mandi, jom makan dulu.



Menu of the day :
Nasi Putih 
Ayam Masak Kurma 
Ayam Goreng + Nandos Hot Sweet Peri-Peri Sauce
Sandwich 


Rajin tak aku masak? Kahkahh~ Rajin la sangatttttt!!!!! ;DD


Btw, I must say this : Nandos Peri-Peri Sauce are super delicious!


Sos Peri-Peri Nandos kitorang beli kat Giant jer. Now dah tak perlu pegi ke Nandos kalo mengidam nak rasa sos per-peri. Hehee~ tapi kalo nak makan sekali ngan ayam Nandos yang yummy tu, kena la pegi Nandos jugak. ;p




Okay, back to our story. ;p




Encik Tunang tinggalkan saya. Hukhukk~ 






Ramai giler orang. Nak mandi pun tak best. 
So, kitorang decide untuk pegi mandi tempat lain. Kat bahagian atas. 



Kena pakai wrist band bagai. Ingat ni Genting ke ape? 



Kena panjat tangga nih? Huwaaa~ semput yang amat!





Encik Tunang tolong bawak beg saya. Hehe~




Banyak giler ikan kat dalam tu. 
Encik Tunang geram jer, kan.
NO FISHING, ok! ;D



Sejuk giler, ok. Nak berendam pun pikir patpuluhpat kali. xP




Berapa lama anda mampu menahan nafas? ;p




Amboihh~ hepinyer dia. kan.



Kat sini pun ramai orang. Tapi takde la crowded sangat.
Maybe sebab kat sini luas sikit dari kat bawah tadi. 



Dah macam ikan mas dah aku tengok. Kembang bulat giler. 
Ke ikan buntal? Wahahahaaa~ ;DD




Pastu kitorang naik atas sikit. Coz Encik Tunang teringin sangat nak mandi kat tempat yang dalam sikit. 




Ni tempat mandi yang paling dalam. 
Tapi sebelah sana tak boleh masuk.
Coz dalam sangat.



DANGER!



Cantik, kan.



Encik Tunang, tak payah la teringin sangat nak mandi kat sini, ok. Bahaya! ;p



Kalo mandi kat sini, takpe.  =)



So, ape lagi. Terus la Encik Tunang turun. 
Teringin sangat nak mandi kat tempat dalam, kan.



Apakah itu? Ikan? Kapal selam? 
Kihkihh~ 
Jangan marah ea Encik Tunang, gurau jer. ;p











Suka la tu dapat berenang kat sini.





Dalam pukul 5 petang, kitorang dah nak bersiap balik. Masa tu cuaca agak mendung. Encik Tunang dah risau, dia cakap confirm hujan nih. So, kitorang cepat2 la kemas barang. Baru jer sampai kat toilet nak salin baju, terus hujan turun selebat-lebatnya! Haaiiihhhh~ nasib baek sempat siap2 & dah sampai kat toilet. Kalo masih mandi manda kat atas, camane? Confirm kelam kabut. Sejuk lagi tu.






Hujan~ 
Time ni dah kat cafe dah. Depan toilet jer. 




Nasib baik kitorang ada payung. Takde la basah sangat lepas salin baju & nak ke cafe ni dari toilet. Encik Tunang yang baik hati pegi ambik payung kat kereta. Dan yang paling penting, dia sanggup jalan dalam hujan untuk pegi ambik payung tu kat kereta. Time tu dia belum salin baju lagi la. Huhuu~ thanks Encik Tunang sayang! ;p




Tengok, orang lain takde payung, pakai tikar jer. Kehkehh~



Encik Tunang cakap : tak baek gelakkan orang. 
Errr~ baeklah. Tapi aku tak gelakkan pon. Jangan silap paham, ok. ;p



Sementara tunggu hujan reda, kitorang duk la dulu kat cafe tu. Aku order air Milo suam, Encik Tunang order air Teh O. Disebabkan cuaca sejuk camtu, terpaksa la aku minum air panas. Aku sebenarnya tak suka air panas. xP 




Tau tak harga dua air ni brape? 
RM4.70! 
Milo suam = RM2.50 
Teh O = RM2.20 



Perghhh~ memang mencekik darah betul! Confirm kaya kan meniaga kat sini. Dah la gelas polesterin tu kecik jer. Sama besar ngan cup yang letak jagung tu. Dan yang paling penting, aku order Milo suam, dia bagi Milo panas. Encik Tunang order Teh O panas, dia bagi Teh O suam. Mental ke hape hahh? Dah la aku tak suke minum air panas. Huh. 


Lepas hujan dah agak reda sikit, kitorang bertolak balik. Sampai kat tengah jalan tak berapa jauh dari waterfall tu, jalan banjir! Agak dalam jugak la air kat atas jalan tu. Nasib baik dapat lepas. Dahsyat betol kat sini. Baru hujan 2 jam, dah banjir camni. So sape2 yang nak datang sini, kalo hujan jer, terus balik jerlah. Jangan tunggu lama2. Takot nanti air dalam sangat, tak boleh lalu plak kereta, kan.



Banjir~



Btw, tiket untuk masuk ke Waterfall Resort ni : RM7.50 per person untuk dewasa - warganegara Malaysia. Kalo bukan warganegara RM10 per person. Dan untuk kanak2 RM5 kalo tak silap aku (tak ingat dah malaysian atau non-malaysian). Parking kena bayar RM3 per entry. Kalo bawak kamera kena bayar RM5. Haahhh? Gilo ko apo kamera pon kena bayar??? Haram lah aku nak bayar. Giler. Memang aku tak bayar pun untuk kamera tu.


Ni first time aku pegi air terjun yang kena bayar tiket untuk masuk. Giler untung tuan punya tempat nih. Dah la makanan pun mahal giler. Dan sebenarnya makanan pun tak dibenarkan bawak masuk ke sini. Ade aku kesah? Satu bakul hijau tu ha aku bawak makanan. Tengok gambar kat atas sekali ni, ok. Kahkahh~ ;D


And then kawasan waterfall pun takde la luas sangat. Aku pegi air terjun Sungai Gabai dulu lagi best kot. Huh.


Ok bye~ 



.