Tuesday, June 25, 2013

off to Koh Samui







Dah selamat sampai ke LCCT. Sedang menunggu flight ke Surat Thani.

Bercuti 5hari 4malam. 

Doakan kami selamat pegi, selamat di sana, selamat balik. Amin.... :) 





.

Monday, June 24, 2013

Movie : World War Z


Hello dear readers.

Minggu lepas, aku ajak Encik Suami tengok wayang. Sebenarnya nak tengok movie lain. Tapi dah takde kot movie tu. Dah lama dah ditayangkan kat pawagam.

So kitorang pilih jer World War Z. Main pilih jer. Sebenarnya tak tahu langsung cite ni camane. Sebab trailer pun tak pernah tengok.



Trailer.



Sinopsis dia camni, aku malas nak translate atau cerita lebih2 :-

The story revolves around United Nations employee Gerry Lane (Pitt), who traverses the world in a race against time to stop the Zombie pandemic that is toppling armies and governments and threatening to decimate humanity itself.  


Movie ni nak kata besttu takde la best tahap gaban. Ok la kot. Tapi agak boring sikit. Cuma banyak scene yang selalu buat kitorang terkejut. Ada satu masa tu, tetiba jer sorang lelaki menjerit dalam panggung tu sebab terkejut. Dah la time tu dia sorang jer yang menjerit. Pastu semua orang gelak. Termasuk kami sekali. Bukan gelak sebab movie tu kelakar. Tapi sebab lelaki tu yang kelakar. Hahahahh~

Tu la, sape suruh beli tiket depan sangat. Kang dah melampau sangat terkejutnya. Wahahahahahh~ ;D

Tapi kannnn..........yang paling tak best, bila....part Israel tu. Sesuatu sangat. Tak best! Tak logik. Tak boleh diterima akal. Ntah la. Maybe sebab itu adalah Israel.



Ngeri ok part nih.


Israeli soldier.




Serius, agak menyesal tengok movie ni. Bukan sebab tak best. Errrr....itu pun ada jugak la. Tapi sebenarnya sebab aku rasa movie dia ni agak ngeri. Aku seboleh2nya dah taknak tengok movie ngeri camni. Tengok muka zombie la, zombie gigit orang la........ishhhh......

Lagipun selalu terkejut tengok movie ni. Not good...not good....tak bagus untuk kesihatan. -.-

Lain kali takde lah nak tengok movie camni lagi.


Ok bye. Thanks for reading.




.

Langkawi Day 5 : See you soon Langkawi


As-Salam dear readers.

Selamat pagi Isnin.

Sambungan dari entry sebelum ni : Langkawi Day 4 (Part 2).

Khamis, 09.01.2013.

Hari terakhir di Langkawi. Flight kami maybe petang. "Maybe", sebab kami tak book tiket. Main terjah jer. Tak bimbang sangat sebab flight KL-Langkawi-KL banyak jer setiap hari. 9-10 penerbangan setiap hari kot.

So pagi2 kami bangun, pegi breakfast dulu. Plan kami harini, nak borong coklat kat Haji Ismail Group, dan nak beli ubat-ubatan kat Sireh Lagenda Langkawi.



Lepas checkout, sempat bergambar kenangan kat depan hotel.


 Kat bawah hotel/guesthouse ni ada kedai. Tapi tak pasti la kedai apa. 
Sepanjang 3 malam kami duk sini, tak pernah plak jenguk. 
Asyik berjalan ke sana kemari jer. Balik hotel pun dah malam. Huhukk~


Macam biasa, breakfast kat gerai ni. 
Tapi biasanya kami tapau jer. Harini breakfast terus kat sini. 
Sempat borak2 ngan makcik & pakcik tuan punya kedai ni & sorang customer dia yang bercakap tak henti2. erkk..


Gerai ni kat depan Pasaraya Borong Kuah Sdn Bhd.


Menuju ke Haji Ismail Group. 
Borong coklat banyak gila! 
Ada yang orang kirim, then nak bagi kat family, staff, etc.
Tapi rasanya banyak yang untuk diri sendiri. Aku kan "hantu" coklat. Hukhukk~ ;p


Pastu kami ke Sireh Lagenda Langkawi plak.
Sebenarnya boss aku yang kirim barang kat sini. 
Kebetulan aku pun ada nak beli minyak gamat.
Tapi end up, aku yang beli banyak benda. sigh~ -.-


Pastu kami menuju ke Pantai Cenang pulak. 
Sebab hari sebelumnya tak dapat ambik gambar kat sini, kan. 
Sanggup datang balik semata2 nak ambik gambar kat sini, kan. Kehkehh~ ;p 


Yehhaaaa~ ;p


Suasana Pantai Cenang di pagi hari. 
Ada jer orang yang duk jalan2 kat sini.


Pastu masa nak pegi ke kereta, lalu ikut chalet2 ni. 
Terpesona sekejap. Aku memang pantang tengok chalet2 camni. 
Memang berkenan. 
Betul2 depan pantai. Bangun pagi, boleh terus terjun laut. Hahaha~
Macam teringin jer nak duk sini kalau datang Langkawi next time. Eh2...


Delta Motel & Restaurant namanya.


Then layan Encik Suami memancing kat tempat yang kami pegi semalamnya, dekat ngan The Lanai Beach Resort. 
Encik Suami tak puas hati sebab semalam dapat mancing sekejap jer.


Best jer tengok orang duk main parasailing kat pulau kecik depan tu.


Serius tinggi. 


Sebenarnya aku pun teringin nak try aktiviti2 ni. 
Tapi.....errrr.....ntah la. Tak berapa confident kot. Hohooo~ 
Lagipun macam mahal sangat harga dia. -.-
Takpe, maybe next time. ;)


Siap ada orang berenang lagi kat tengah laut, dari pantai tu. 
Nak kemana pun tak pasti la plak kan. 
Tapi dia siap pakai something kat tangan, macam untuk cepatkan kayuhan tangan dia *hambek, kayuhan kauuuu? ;p


Pantai kat depan The Lanai Beach Resort. 
Boleh sewa jet ski jugak kat sini.


Encik Suami agak hampa. Tak dapat hasil. Huhuu~


Deck chairs hanya untuk tetamu hotel sahaja. 
Kalau tak takut kena halau, sila la gatal2 pegi duduk rilek2 santai2 kat situ. ;p


Pastu Encik Suami perasan macam ada something bocor dari kereta tu.
Maybe air ke ape ntah. 
Alahaii....kereta buruk ni banyak ragam betul la. 
Haritu ada bau hangit. Sekarang bocor pulak. 
Kecewa sungguh sewa kereta macam ni. -.- '


Masa pulangkan kereta kat abang yang sewakan kereta ni (kat airport), Encik Suami bagitahu la pasal bocor tu. Dia tak tengok pun, pastu cakap ok nanti dia tengokkan. Cehh...bukannya nak bagi diskaun pun.

Sebenarnya kan, agak bengang jugak la sewa kereta macam ni. Dah la buruk, pastu asyik buat hal. Tak sangka pulak dapat kereta camni. Side mirror pun dah patah, hampir2 tercabut. Dia just letak kertas lipat2 jer untuk ketatkan.

Masa hari ke berapa ntah, masa kami on the way ke Cenang lalu short cut, tetiba jer ada bau hangit. Suspen iols. Terus suruh Encik Suami berhentikan kereta kat tepi jalan & matikan enjin dulu. Encik Suami cek2 kat bahagian enjin, macam takde apa2. Tapi tak tahu la kan. Laki aku tu bukannya mekanik. Haha~

Pastu bila hidupkan balik & teruskan perjalanan, ok plak. Maybe tak boleh tekan minyak banyak sangat. Sebab masa tu Encik Suami tekan minyak kemain lagi. Terus keluar bau hangit. Pastu aku asyik pesan jer kat Encik Suami, bawak slow2, bawak slow2...jangan tekan minyak kuat sangat...

Haritu, cermin tak dapat naikkan. Jenuh jugak la kami duk usaha naikkan balik. Takkan nak tinggalkan camtu jer. Bahaya. Berkali2 kami telefon abang yang sewakan kereta tu. Dia ada ajar camana nak naikka. Tapi takde nyer jalan. Puas usaha, sampai aku dah rasa bengang. Nasib baik la dapat naikkan. Pastu memang aku dah tak turunkan lah. Huh.

Eh, bukan nak hina kereta buruk. Tapi macam tak worth la dapat kereta macam ni. Memang la murah, tapi tak patut la sewakan kereta yang banyak problem kat pelancong. Tak kesian kat orang ke. Tak patut la meniaga camni. Tau nak untung jer. Haiihhhh....

So moral of the story, cek la dulu kereta yang korang nak sewa tu. Kalau sewa ngan ulat camni, seeloknya jangan bagi duit dulu sebelum dapat kereta. Kalau dah bagi duit pun & kata la korang dapat kereta buruk yang korang rasa tak boleh jalan, mintak la tukar kereta lain.

Masa mula2 dapat kereta tu, Encik Suami ada jugak tanya ada kereta lain ke tak. Tapi takde. So tak kisah la. Tak sangka pulak jadi banyak masalah camni. -.-'


So ini lah hasil borongan masa hari terakhir kat sana :-


Coklat, gula2, kacang, dan coklat lagi. 
Happy sesangat dapat coklat yang banyak! Boleh buat stok untuk beberapa minggu. 
Minggu jer ok, bukan bulan. Sekejap jer aku bedal. haha... ;p
Eh, tapi aku tak bedal semua tu la. 
Ada yang nak bagi kat orang, ada yang orang kirim.


Yang orang kirim.


Ni yang aku punya. Ada yang nak bagi kat orang.


Fridge magnet! 
Rasanya ada la 5 untuk letak kat peti sejuk sendiri. 
Yang lain2 tu souvenir untuk family & friends.


Ok, tamat la sudah percutian kami selama 5 hari 4 malam kat Langkawi. Dan tamat lah sudah entri Langkawi ni. Berbulan2 baru habes update. Hahaa~ ;p

Thanks for reading. ;)





.

Sunday, June 23, 2013

Movie : Man of Steel

Hello dear readers.

Hari Khamis minggu lepas Encik Suami ajak aku tengok movie Man of Steel. Kemain lagi hari pertama release dah ajak pegi tengok yer, laki aku nih.

Sebenarnya memang dah lama aku duk tertunggu2 nak tengok movie ni. Sebab aku tengok trailer dia macam menarik jer. Macam lain dari cite Superman sebelum2 ni. Lagipun aku kan memang suka sangat cite Superman nih. Haruslah kena tengok.

Tapi masa hari Khamis tu ada hal pulak. So kitorang tengok hari Jumaat jer.



Trailer.




Mula2 tengok si Clark Kent tu ngan janggut dan jambang yang serabai....rasa macam...eeee serabai giler. Apesal tak terurus sangat nih. Tapi lepas dah licin & siap pakai suit dia, walawehh..hensem la pulak. Hahaa~ Sila ingat kat laki kat sebelah. Eh, tapi hakikatnya memang hero dia hensem. ;p

Part paling sedih, masa ayah Clark (ayah angkat) meninggal. Bayangkan kalau kita ada kebolehan, tapi tak dapat nak selamatkan ayah sendiri. Sebak ok iols time tu. Hampir2 nak menangis. Nasib baik Encik Suami ada kat sebelah. Kalau aku sorang2 duk layan perasaan, confiirrrrmmmm iols menangis. Hahahahh~

Nanti kang kalau aku nanges time tu, memang jadi bahan gelak laki sendiri. So terpaksa la iols kontrol. Wuwuwuw~ -.-'


Kal El hasil kelahiran semulajadi.


Marah betul Jeneral Zod nih. 


Sob sobb~  T_T


Superrr beard kauu. ;p 










Bagi aku, movie ni memang bessttttt. Lain sikit dari movie Superman sebelum ni. Tapi still jalan cerita dia tak lari la dari yang dulu2 tu. Memang tak rugi la duit beli tiket movie ni.

Tapi lagi best rasanya kalau tengok 3D. Menyesal pulak tak tengok yang 3D. Kitorang tengok yang Digital jer. Huhuu~


Yeke? Hahahahh~
Tapi aku dah tak ingat dah cite Robin Hood dulu2.


Ok lah, thanks for reading. Iols tengah mem-usy-kan diri duk packing mem-packing barang. Curi2 masa sekejap jer ni.

Till next entry. ;)




p/s : esok hari pertama dan terakhir aku bekerja untuk minggu ni, sebelum bercuti sampai hari Sabtu. weee~ ;)





.

Thursday, June 20, 2013

5 more days. Hotel booked.

Hello peeps.

Harini bangun pagi2, terus on laptop dan teruskan misi survey hotel yang tergendala sejak sekian lama. Dah lama duk survey2, banding2 harga. Ada la aku berkenan beberapa hotel. Tapi aku tinggalkan dulu keje survey2 tu. Lagipun penat sangat la sejak dua menjak nih. Balik rumah jer, terus tido. Balik rumah, online fb sekejap, pastu tersengguk2 depan laptop. -.-

Harini baru nekad nak book. Sebab dah last minute sangat dah ni. Hahaa~

Kejutkan Encik Suami, tanya dia hotel yang mana yang ok. Terus book. 

Lagi 5 hari. Malas dah nak fikir pasal hotel ni. Book ajerlah yang mana yang ok, murah dan yang penting, hotelnya kat tepi pantai. Boleh bersenang lenang di tepi pantai dengan Encik Suami. Kata pegi pantai, harus la kena bersenang lenang di tepi pantai. Gituuu.....

Lagipun kat Koh Samui tu kebanyakannya private beach. Nanti tak pasal2 kena halau kalau pegi kat pantai diorang.







Hotel biasa2 jer. Yang penting, murah. Murah la bagi kami yang budget nih. Kehkehh~ 

Tak bayar sekarang. Bayar masa kat sana jer. Tapi tak sure lagi la bayar masa check in ke check out. Masa ke Krabi dulu, bayar masa check out. Tapi masa ke Langkawi, bayar masa check in. Depends pada hotel kot. 

Ok bye. Thanks for reading. ;)




.

Wednesday, June 19, 2013

Annual Dinner and Dance

As-salam dear readers.

Bulan Mac yang lepas, my office ada buat annual dinner and dance. Nama jer dinner and dance. Tapi takde menari-nari lepas dinner macam yang korang fikir tu yer. Kalau korang fikir camtu la. Sebab ada sesetengah orang yang skeptical sket bila aku sebut "dinner and dance".

So tema tahun ni adalah "Fairy Tales". Poning kopalo den duk pikir nak pakai baju apa. Tema dah cun. Memang aku suka sangat. Tapi bila bab baju, memang pening. Tak tahu nak jadi watak apa dan tak tahu nak pakai apa. Sigh~ -.-

Macam biasa kena jadi committee lagi. Tahun ni, committee sponsor pulak. I is boring. Boring jadik committee sponsor. -.-

Venue kalini kat KSL Hotel and Resort.


Lepas deco2, sebelum dinner bermula.


 Hadiah2 untuk lucky draw. 
Kumpul dari sponsor. 
Semua staff akan dapat hadiah lucky draw ni.
Semua sekali ada 70 lebih staff kot.


 Arrangement meja VIP. Done by hotel.


 Arrangement meja staff. 
Bunga jer kami yang letak. 
Lain2 hotel yang arrange.


 Sudut hamper, piala, etc.


Piala untuk persembahan terbaik & anugerah2.


Selempang & bunga untuk best dress male & female. 


Hamper untuk persembahan & karaoke.


Pentas yang dalam proses pembikinan. ;)


Me. Masa ni masih ber-high heels.


Btw, dapat teka tak aku jadi watak ape? ;p



Meja guess book & souvenir.


Dengan hadiah2. Mana satu yang akan jadi milik aku. ;p
Grand prize ada TV LCD, multi function oven, kamera, voucher KSL Hotel, etc. *tak ingat*


Ni kiranya photo booth la. 
Tapi ramai yang tak tahu dan tak bergambar kat sini. Huhuu~ 


Meh kita tengok gambar makanan plak. Makanan adalah buffet. Senang la nak makan banyak mana pun. Tambah jer. ;p




Buffet.


Mutton ni adalah tersangat sedap!


Yang ni aku tak ingat dah apa nama dia. 
Tapi memang sangat sedap. 
Sekejap jer dah licin. Laku macam goreng pisang panas. Huhuu~


Bubur & kuih.

Dessert. Kuih muih & buah.


Puding.


Teh & kopi.


Aku tak makan banyak pun malam tu. Ntah kenapa.
Biasanya? Toksah cakap la. Memang melantak macam hape. Haha~ ;p
Mungkin sibuk tengok persembahan & sibuk recording jer kot.


Bubur cha cha. Sedap.


Puding. Agak sedap. Tapi tak tertelan. Kenyang sangat kot.


 Pertandingan Karaoke. 
Ramai jugak yang masuk karaoke tahun ni. 
Semua berbakat pulak tu. Tak sangka iols. ;p


 Lucky draw.


Untuk lucky draw ni, diorang buat beberapa pusingan. Pusingan kauuu? Yerlah, kan ramai. So kena la buat 3 kali, sekali ngan pusingan untuk grand prize. Aku dapat multi-cooker. Entri KAT SINI. Ok la, bertuah sikit dari tahun2 lepas. Kalau sebelum ni, asyik dapat blender, toaster, blender. Boring mak. Huhu~

Tapi multi-cooker tu sampai sekarang belum try lagi. Tak tahu nak masak ape. Padahal banyak jer yang boleh masak. Hukhukk..

And last but not least.............





Aku lagi. Hahahahh~ ;p


Dapat teka tak apa watak aku?

Its Puteri Gunung Ledang. Pening jugak nak cari semua tu untuk jadi watak Puteri Gunung Ledang. Iols siap pakai bunga melur betul lagi ok. Beli kat kedai bunga India dekat kuil kat bandar. Memang semerbak satu hall ngan bau bunga tu. Aku risau kot2 ada yang pening jer tak tahan ngan bau bunga tu.

Ada staff yang pesan : cik, nanti nak drive balik, tanggalkan bunga tu ea.

Sungguh cis...

Dah la aku drive balik sensorang, hampir pukul 12malam pulak tu uols. Ngan bunga tu dalam kereta. Erk. Korang faham ke tak? -.-'



Ok bye. Thanks for reading. ;)



.