Tuesday, December 27, 2011

Pencarian Bunga Biru Berakhir..

*tajuk tak boleh blah~ 




Bunga biru oh bunga biru... 


Dah berminggu-minggu, dah berbulan2 aku duk mencari bunga berwarna biru. Tak kira la bunga ros ke bunga carnation ke, bunga ape ke. Tapi prefer bunga ros la. Dah lama duk mencari, akhirnya jumpa jugak.



Bunga ros biru. 




Bunga ni aku beli kat Romantika, Plaza Angsana, rasanya hampir 3 minggu lepas kot. Seminggu lepas tu aku pegi lagi kat Romantika untuk cari barang...eh, dah habes dah bunga nih. Pheww~ nasib baik aku terus beli haritu. -.-'


Tau tak aku duk mencari bunga ni sampai ke Nilai 3 (hampir semua kedai), Ayer Hitam, dan hampir semua kedai bunga yang aku masuk, mesti aku cari. Tapi takde yang aku berkenan. Bunga kaler biru memang susah nak cari. Kalau ada pun, kaler biru yang bukan aku nak. Dan mostly mahal giler. Aku dah la nak beli banyak. Not within my budget la kan.


Akhirnya, jumpa kat Plaza Angsana jer. Sebelum ni pun aku selalu masuk Romantika tu untuk tengok stok bunga yang baru, in case diorang dah ada stok bunga biru ni. Tapi hampa jer.. 


So, haritu masa nampak bunga nih, memang excited giler lah. Terus jerit dalam hati OMG, OMG, OMG!! Nak bunga nih!! *ok fine, over pulakk~


Terus ambik bakul dan isi banyak2 tangkai. Hehee~ 


Sebenarnya kaler ni pun bukan lah 100% macam yang aku nak. Actually aku nak turquoise blue, yang ini pulak baby blue, tapi baby blue dia agak kusam. Hmmm....takpe la, dari takde langsung kan. Lagipun aku dah malas nak fikir pasal bunga ni lagi. Copek lah. Banyak lagi barang yang aku kena beli & banyak lagi perkara yang perlu disetelkan. Kan?


Bunga ni murah jer, so takde la cantik sangat. Harganya RM2.50 setangkai. Ada 5 kuntum bunga. Tapi tangkai dia tak panjang sangat la. Aku belum try lagi nak buat project yang pakai bunga ni. Entah jadi ke tak. Tawakal jerlah.

Ape2 pun, alhamdulillah dah jumpa salah satu dari zillions barang yang perlu dicari. -.-'


Aku nak buat ape ea ngan bunga ni? Bunga ni sebenarnya untuk digubah & letak kat tepi DIY pelamin aku nanti. Hehee..suke banget nih~ ;)




Ok bye~ 



.

Monday, December 26, 2011

E-Day Part 5 : the make-up

Have i posted an entry about my make-up for my e-day? No? Oh my, patut lah aku rasa macam ada  yang kurang jer kat label Engagement tu. 


FYI, i do my own make-up for my e-day. 





Perlu ke aku explain ikut turutan & steps? Ok.


1. Untuk mekap ni, aku pakai Naturactor Foundation code 151, ngan code 171. Code 171 tu sebagai concealer, untuk tutup panda eye & pimples yang bertimbun. Erk~ Apply code 171 dulu kat bawah mata, parut, jerawat & mana2 tempat yang korang rasa perlu di-cover. Actually aku nak pakai foundation L'oreal. Tapi disebabkan muka aku ni jenis berminyak, so cancel jerla. I dont think foundation tu boleh tahan lama kot, dan tak sesuai utk mekap lama2. Is it?



Naturactor Loose Powder code 51
Naturactor Cover Face Cream (Code 151) 
Naturactor Cover Face Cream (Code 171) 


2. Then, apply compact powder L'oreal White Perfect Pearl code G3 Golden Ivory.

L'oreal White Perfect Pearl code G3 Golden Ivory 
In2It twin blush code BT06 Aura


3. Pastu aku apply Naturactor Loose Powder code 51. 

4. For eyes, aku pakai Mascara Maybelline Volum' Express. Just sapu sikit untuk naikkan & lebatkan bulu mata. FYI, its better to wear mascara before applying false eye lash. Baru nampak sekata bulu mata kita ngan bulu mata palsu tu. Kalo tak, mesti bulu mata palsu tu nampak "terangkat". Tak cantik, ok.

5. Dan jangan lupa pakai eye liner! Aku pakai Maybelline Eyestudio code 1 Black. 

Eye Put It (gam bulu mata palsu) 
Maybelline Eyestudio code 1 Black 
Mascara Maybelline Hello Kitty Volum' Express



6. Then pakai false eyelash. Bulu mata palsu tu wajib ada. Pilih yang menyerlah sikit kelebatan dia. Baru la naik seri bahagian mata tu. Even mekap kita just biasa2, false eyelash yang menyerlah tu la yang menaikkan seri mekap tu tau.

 Bulu mata palsu. Wajib ada!



7. Eye shadow plak kaler pink, dari MAC 120 eye shadow pallete. 

120 eye shadow pallete & brush.



8. Untuk bibir, lipstick Loreal in FR102 (Shiny Grepefruit), campur ngan lipstick Maybelline Moisture Extreme Lip Color in P31 (Bonbon Pink).


lipstick Loreal in FR102 (Shiny Grepefruit) 
lipstick Maybelline Moisture Extreme Lip Color in P31 (Bonbon Pink)



9. Untuk blusher, aku pakai In2It twin blush code BT06 Aura. Pakai yang pink lembut yer. Baru nampak sweet. *konon. ;p




And i'm done! 




Actually kat bahagian mata tu aku nak buat macam ni :- 







Source : Red Is Love
Gorgeous! 


Tapi disebabkan kesempitan masa, dan tak sempat dah nak mekap lebih2, terpaksa la buat lebih kurang ajer. Asalkan ada eyeshadow. End up, macam ni jerla eye shadow yang sempat aku tenyeh. --->>> 





Mekap nih biasa2 jer, tak secantik mekap oleh mak andam2 & make-up artists, kan. Takpe la, boleh jugak jimat budget. Lagipun untuk e-day ni kena la berjimat yang sebaik mungkin. Simpan jer budget tu untuk the BIG day, ok. *cuba sedapkan hati. 


Dan sangat2 bersyukur sebab aku pun memang suka bermekap. So, barang2 mekap tu semua memang dah ada ngan aku. So, why waste few hundreds for make-up while i can do it my self?


Errr...tapi aku mekap suke2 hati aku jer. Step2 tu pun tak tahu la betul ke tak. Asal jadi jer. Hahahh~ ;D




*P/S : actually ada banyak lagi kot cerita pasal e-day yang aku tak post kan kat sini. Hukhukk~  -.- 



.

Sunday, December 25, 2011

Akhirnya..kerja2 ikat reben dah siap.




Alhamdulillah..akhirnya kerja2 mengikat dan memotong reben biru ni dah siap.  Aku beli 8 roll reben. Satu roll dapat 40 lebih reben. So semua sekali 300 lebih.


Huh, jenuh jugak la nak ikat reben kecik2 camni. Ni baru 300 lebih. Tabik betul kat B2B yang buat reben sampai 1000 lebih tu.


Nak mengikat tu dah satu hal. Pastu kena kemaskan & cantikkan lagi (err..cantik ke). Pastu nak potong hujung reben tu pun dah satu hal. Aiyarkk..Terseksa sungguh nak habiskan semua tu. 


Ambik masa seminggu lebih jugak la untuk manusia yang sentiasa busy macam aku nih. Actually kalo nak ikat satu roll reben tu just ambik masa sejam je kot (kalo buat sambil mata tengok tv, macam aku ni). Tapi faham2 la, kalo buat sikit2. Memang la sampai berminggu2. 


Reben ni nak tampal kat kotak untuk wedding favour. Tapi 300 lebih reben ni macam tak cukup jer untuk tampal kat kotak2 tu. Dan yang paling penting...kotaknyer pun belum beli lagi. Errkk... 



.

DIY pelamin for your wedding day?

Have you ever think of DIY-ing your own pelamin for your big day? Mesti ramai jer yang nak DIY pelamin sendiri, kan. Dan ramai jugak B2B yang DIY pelamin sendiri. Tak kira la mini pelamin tunang ke, pelamin nikah, atau pelamin sanding.


Masa tunang dulu pun aku DIY jer mini pelamin. Even though buruk jer, tapi puas hati ngan hasil tangan sendiri. Dan boleh jimat beratus2 berbanding ambik kat butik.


Untuk wedding nanti, rasa macam nak DIY jugak lah pelamin. Erkk..macam tak serik jer ngan kisah pelamin tunang dulu? Kehkehh~


Takpe, kalini aku dah belajar dari kesilapan. Akan ku gagahkan diri dah kuatkan azam, dan settlekan semua awal2. ;)



Pelamin sekarang mahal tahap gaban. Paling murah RM1500. Tu pun pelamin yang biasa2 jer. Kalo nak yang grand, confirm RM2K, RM3K, RM4K. Sanggup ke korang berhabis beribuan ringgit semata2 untuk pelamin yang korang akan duduk tak sampai setengah jam tu? Lebih baik duit tu korang buat makan untuk tetamu, atau simpan untuk pegi honeymoon.


Lain la kalo pengantin yang ada budget tinggi. Aku pengantin budget jer. Sebab semua duit perbelanjaan untuk kawen nanti, semua datang dari poket sendiri. Sayang woooo nak habiskan duit titik peluh aku camtu jer. Tak kisah lah kalo ada yang cakap aku kedekut, aku peduli ape?


Eh, aku bukan kedekut, ok. Tapi taknak membazir. Membazir tu kan amalan setan.



Pelamin yang aku nak simple jer. Cukup la yang simple2 jer, kan.


Mungkin se-simple ini?




Dan aku akan meneruskan angan2 yang tak tercapai masa E-day haritu....  --->>>

Backdrop ikat tepi! ;D 






Dan yang penting, mesti ada karpet bulu2 tebal macam nih!  --->>>




Owh my, jatuh cinta giler ngan karpet bulu tebal macam ni. 



Aku rasa yang paling penting untuk pelamin ni, is LIGHTING. Kalo ada pencahayaan jer, like chandelier and spot light, confirm naik seri pelamin kau. Even if pelamin tu biasa2 jer, dan tak se-grand pelamin oleh famous bridal boutique, kalo ada lighting confirm berseri2. Kan?

If ada chandelier satu pun dah ok la kan.




Oh, tak tau la kuat tak keazaman dan kegigihan aku nak DIY pelamin nih. Larat ke? Sempat ke? Ada masa ke? Menjadi ke pelamin tu nanti? Cantik ke? [x_O]



.

Saturday, December 24, 2011

Pasu bunga kaca for pelamin

Sekarang ni aku sangat2 jatuh cinta ngan pelamin yang guna pasu kaca macam kat bawah ni :- 

















Fokus pada pasu kaca sahaja, ok.



Berkenan sungguh! Nak pasu kaca macam ni for my pelamin, boleh? ;)


Eh, memang boleh lah. Dah siap beli pun 2bijik pasu kaca tinggi macam ni! Yeehhhooooooo....!!!!! ;D



.

Layang-layang berlampu

Hari Sabtu minggu lepas, masa on the way balik dari tengok wayang ngan Encik Tunang, kitorang lalu depan Hutan Bandar Mutiara Rini. 


Tetiba aku nampak kat langit ada something yang bercahaya.


Apekah itu??? 
UFO?? Plane?? Bird?? 
Eh, mana ada burung yang bercahaya camtu. 




Ada la beberapa benda tu kat langit. 3 ke 4 ntah. Aku terus tanya Encik Tunang yang tengah drive.



Encik Tunang : Layang2 la. 


Layang2 berlampu??? Woahhh~


Aku : Nak tengookkkk!!!  *ok, gelojoh giler.

Encik Tunang : Nak tengok ea? Kita berhenti ok. *alahai~



Kitorang ingatkan benda tu kat dalam Hutan Bandar Mutiara Rini tu. Kalo kat dalam tu, tak boleh masuk la. Sebab time tu tempat tu dah tutup dah. Kan dah malam. Rupa2nya layang2 tu kat depan Hutan Bandar. 


So, Encik Tunang melayan jugak la permintaan aku nak pegi tengok layang2 tu. Walaupun dia tengah mengantok. Huhuu~




Ni tempat jual layang2 tu.
Love pun ada! Oh sweet. ;p 



Tahu tak harga satu layang2 ni brape? RM250


Yes, you read it. RM250.



Ramai jugak orang kat sini. 
Tapi ramai yang tengok2 & tanya harga jerlah. 
Termasuk la kitorang. Tak tercapai dek akal nak beli layang2 nih.



Encik Tunang.
*wajib kena tulis takot ada orang tak tahu? hahahh~ ;p


Btw, tempat tu memang gelap. Kawasan lapang untuk tapak projek perumahan kot. Entah, aku tak pasti sebab tak pernah masuk ke situ. Ada jalan raya, tapi maybe tak siap sepenuhnya. Lampu jalan pun takde. 


So, gambar2 yang kitorang snap pun gelap gelita lah jadinyer.


Ini layang2 kat langit yang sempat kitorang snap. Tapi tak berapa nak clear. Maklumlah, kamera cabuk. Nak kena zoom plak tu, ngan keadaan yang gelap takde cahaya.  ---->>>








Cantik, kan. Kitorang pun excited jer tengok layang2 nih. Cun giler. Harga pun memang terlebih cun. 


Btw, tempat ni kat traffic light depan Hutan Bandar Mutiara Rini. Traffic light yang kat depan pintu masuk tu yer, bukan traffic light simpang ke Scientec & Gelang Patah tu. Alahh...kalo korang lalu situ, korang akan nampak kat langit layang2 berlampu tu. Tapi agak tak sesuai kalo bawak anak2 kecil. Sebab tempat tu memang gelap gelita. 


Maybe weekend jer diorang jual layang2 ni kot. Ntah. Tak pasti plak.  


And kalo nampak benda camni kat langit, jangan ingat benda tu UFO plak yer.  ;p



Ok bye~




.

Hunts for a gift for our Exchange Gift

Hey, Christmas is coming up in few more days. 

Erk? Ok, memang aku tak sambut Christmas. Tapi office tempat aku keje ni memang mengamalkan konsep 1 Malaysia. Semua perayaan kitorang sambut. Termasuk Christmas. Actually bukan sambut pun. Just buat Exchange Gift ngan makan2. 


Camane Exchange Gift tu? Macam ni : kitorang kena cabut nama, & tengok la nama sape yang kitorang dapat antara ramai2 staff kat office tu. Lepastu kena belikan hadiah untuk orang tu. Semua orang akan dapat hadiah.


Every year office ni buat Exchange Gift. Ni dah tahun ke-tiga aku dapat join Exchange Gift ni. Owhh...maksudnya dah 3 tahun ke aku kat sini? Ishh...tak caye lah mak... 


Syarat untuk tahun ni dah diubah sikut. Harga hadiah mesti lebih dari RM20. Kalo tahun2 sebelum ni, minimun harga hadiah is RM10. Yerlah, sekarang ni nak beli ape je ngan RM10, kan?


Aku dapat nama seorang lelaki. Ishh..memang pening aku duk pikir nak beli apa untuk dia. Serius, aku memang fail kalo bab2 nak bagi hadiah kat orang, especially lelaki. Kecuali Encik Tunang. Banyak jer idea nak bagi hadiah apa kat dia. Hahaa~ 


Ok, berbalik pada kisah kat sini. 


So, aku kena la perhatikan dia dan apa yang dia biasa pakai. Then aku decide untuk bagi sama ada tie @ tie clip @ cuf­flink.  


Sehari sebelum hari Exchange Gift tu baru aku pegi cari hadiah tu. Punyer la penat aku pusing2 City Square tu. Sampai lenguh kaki aku duk cari hadiah ni tau. Akhirnya aku beli  ini.... 





Cuf­flink! 



Cantik tak? Aku rasa cantik. Simple tapi cantik. Dan ramai yang cakap camtu. Dan tuan punya badan pun hepi dapat hadiah ni. Seriously aku tak reti nak pilih benda camni. In fact, ini la kali pertama aku beli cufflink. Malah, aku tak tahu pun apa nama benda alah ni. Lepas beli baru aku tahu. Hahaa~ 


Aku beli cufflink sebab aku tengok dia selalu pakai cufflink. Ok, just go ahead & buy this thing la, walaupun agak mahal. Takpe, aku lagi suka kalo orang suka dpaat hadiah aku. Taknak la hadiahkan hadiah yang tak senonoh & tak sesuai, kan.


Eh, btw Exchange Gift tu 2 hari yang lepas, i.e. hari Khamis, 22hb. Nanti la aku update cerita on that day ea. 




Ok bye~ =)



.

Friday, December 23, 2011

goodbye Hello Kitty, welcome pinky.

Entri semalam aku duk sedih laptop aku rosak. Harini lepas kerja, terus pegi beli laptop baru. Wahh...kemain pantas lagi kan.


Kenapa aku memilih untuk beli yang baru, instead of repair yang rosak tu? Ada banyak sebab. 


Firstly, sebab laptop lama tu dah lama giler. Maybe 5 tahun kot. Since aku belajar kat UKM. Aku rasa masa aku tahun 2. Tak pun masa semester 2 tahun 1. Aku rasa 5tahun tu dah cukup "tua" untuk laptop. So, memang dah agak nazak la laptop ni. 


Kedua, sebab dah banyak kali rosak, banyak kali repair, sampaikan aku pun dah takde mood nak repair lagi. Motherboard dia pernah rosak masa aku study dulu. Dah pernah tukar. RM700 lebih jugak tukar motherboard masa tu. Sekarang motherboard rosak lagi & kena tukar lagi? Huh. 


Ketiga, memang aku dah plan nak beli laptop baru. Sebab laptop ni dah agak lama, dan aku dah agak tak lama lagi innalillah ler laptop nih. Tapi tak ku sangka secepat ini. Hukhukk~ T_T


Dan sebab musabab yang membolehkan aku beli yang baru, mesti la sebab bonus baru masuk. Baru jer masuk, dah keluar balik. Huwwaaaaaa~ T_T





Heyyy....mana boleh takde laptop. Susah hidup aku nanti. Macam2 kerja yang nak kena buat. Mesti kena ada laptop. Kan?? 


So, aku malas nak fikir panjang sama ada nak beli ke tak. Malas nak pening2 lagi. So ini lah dia.....


goodbye hello kitty. 
welcome pinky. ^_^ 



OMG, you are soooooo PINKKKK!!!



and i'm soooooooo in love with you~  ^_^ 



Alumimium tough. I loike~




Dan free giftnyer.....


Beg.
Macam biasa, kalo beli laptop mesti dapat beg, kan. 


Hamper! 
Owh, first time dapat hamper macam ni.



Macam2 ada. 
Headphone, set skru, keyboard cover, mouse, cooling fan, LCD cleaner, and look...a Hello Kitty mouse pad. ;)



Actually aku tengok risalah laptop ASUS ni masa tengah tunggu amoi tu check laptop aku yang rosak semalam. Sekali pandang, terus jatuh cinta ngan laptop ni da... *errr..pernah ke aku tak jatuh cinta ngan barang2 berwarna pink nih? -.-'


So, ape lagi. Harini lepas keje terus aku pegi Danga City Mall & beli laptop nih. Takde nak survey2 dulu. Muahahaa~ Beli laptop macam beli keropok lekor jer. Nampak keropok lekor jer terus beli. Aku kan suka keropok lekor. Err...apa kaitan ngan keropok lekor nih. Ok fine.


Now hepi giler dah dapat laptop baru. Pink pulak tu. Macam yang aku duk mengidam selama ni. Rasa hepi macam kanak2 dapat lolipop. Atau kanak2 dapat cotton candy? Err...tapi bila terkenangkan $$$, terus rasa DOWN. *abes lah bonus.* 


Pengsan. 




Ok bye. 


Nak bersuka ria ngan new pinky lappy. ;p 



.

Thursday, December 22, 2011

Laptop rosak lagi. =(

Masa sampai rumah lepas balik keje tadi, macam biasa aku on laptop.Tapi tak boleh on! 


Ok, memang nerveous. Aku try berkali2. Try cabut charger. Pasang kat plug lain. Try berkali2. Memang tak boleh on!! 


Huargghhhhh....rosak lagi ke??? 


Terus aku bawak pegi klinik. Eh, silap. Bawak pegi kedai. Amoi tu try test (erk? try test?) 


Amoi tu cakap motherboard yang rosak. Kalo nak repair, dalam RM300 ke RM500 jugak la. 


Motherboard rosak lagi??? Masa aku study kat UKM dulu, dah pernah rosak camni jugak. Time tu kena tukar motherboard. Around RM700 plus duit terbang. 


Sekarang selepas beberapa tahun, rosak lagi motherboard tu. Huwaaaaa..!!! T_T


Dan sekarang aku rasa macam dah takde mood nak repair. Lagipun laptop ni memang dah nazak dan dah banyak kali rosak. Macam2 yang rosak







Yerlah, aku beli laptop ni masa aku tahun 2 kat UKM. Dah lebih 5 tahun la rasanya. 



Hmm....kena beli yang baru ke ha? Camane? Pening kepala aku nih. Tulunnnn..!!!! -.-'

Sunday shopping at Johor Premium Outlet.

Err..did i mention SUNDAY? And what day is today? Yer..yer...aku tahu, dah 4 hari berlalu. 


Owh, minggu ini agak ke-busy-an. Tak sempat nak update belog tercinta, walaupun banyak entri yang nak di-post-kan dan perasaan serta keinginan untuk menaip entri tu membuak2. 


Ok dah, straight to the entry. 


Hari Ahad yang lepas aku ngan Encik Tunang pegi jalan2 kat Johor Premium Outlet. Everybody was talking about JPO. Ok fine, lets window shopping there, Mr. Fiancée. Or maybe a real shopping. 



Muka ini perempuan mesti ada. ;p 



Macam mana nak pegi JPO nih? Actually aku pun tak tau. Tapi sebelum pegi, aku bukak jer google maps. Tapi JPO tak dapat dikesan. Maybe sebab terlalu baru. Then, bukak wikimapia. Ade pun. So, dapat la jugak gambaran pegi sana. 


Kitorang just berpandukan pada signboard jer. 



Kalo korang dari Skudai, lalu tol Skudai jer. Lagi senang. 



Lepas tol Skudai, keluar ikut Exit Senai, masuk tol Senai. 



Lepas tol Senai, korang akan terus nampak Exit ni.
Masuk sini, ok. 



Then korang akan nampak signboard nih. 
Haa...kalo nampak signboard nih, memang confirm tak salah jalan. 
Itu la yang aku cakap kat Encik Tunang haritu : haa...betul la ni. ;p






Lepas jer signboard tu, korang akan nampak ni kat sebelah kiri korang --->>> 




Bila dah nampak ni, pandai2 la korang ikut gerak hati nak masuk simpang mana. 
Kehkehh~ ;DD



Tengok gambar kat atas ni, memang penuh giler parking. So, dah tahu confirm susah nak cari parking. -.-'  


And just look at the gloomy sky. 





Owh, btw JPO ni boleh nampak dari highway (PLUS). Selama ni aku jer yang tak perasan. Biasa la, kalo drive mesti tengok jalan kat depan jer kan. Ngan cermin pandang belakang & sisi (err..perlu ke sebut semua). Bukan bawak kereta macam bersiar2 tengok kiri kanan semua yang ada kat tepi jalan. Sebab tu la tak pernah perasan JPO kat sebelah highway tu, kan. 




Jalan masuk jem! 



Baru jer sampai tempat parking, terus hujan turun dengan lebatnyer pun! 
Adoyaii... T_T 



Kitorang plak tak bawak payung. Payung aku yang biasa letak dalam kereta tertinggal kat rumah Encik Tunang kat kampung dia. So, terpaksa la tunggu dalam kereta untuk beberapa ketika. Nasib baik hujan tak lama. 



Manusia tersangat lah ramai. 
Hey, its weekend. What do you expect? -.- 


Walaupun ada beberapa kedai yang kena beratur untuk masuk, aku tetap gigih beratur jugak & tunggu turn. Encik Tunang terpaksa la melayan. ;p 




Sila beratur. 



Keranamu Coach. 


Ni la kedai yang paling panjang queue dia. Takpe, alang2 dah datang. Beratur jerlah. -.- 



Yehooo~ dah lama tak ambik pic depan cermin camni. 
& yehhooooo~ aku pakai selipar jepun jer. 
kahkahhh~ ;DD 
*I should have smile, right. -.-




Time balik. Jalam jem giler! 
Paling tak suke driver *bodoh* yang guna laluan kecemasan. 
Makin menambahkan jem. 



Lepas jer tol Senai, terus jem. Sampai la ke tol Skudai. Lebih kurang 3kilometer jugak la jem. Hukhukk~ T_T 


Total damage pegi JPO nih? Takde la banyak sangat. Aku just beli kasut kat Charles & Keith. Less than RM100. Encik Tunang beli seluar jeans. Less than RM100 jugak. 


Asalnya rancangan kitorang ke JPO ni sebab nak cari barang hantaran. Tapi takde yang berkenan. Dan harga pun "boleh tahan". Hey, its branded item. What do i expect kan. *sigh. 


Dan barang2 kat sini banyak yang bukan up to date punyer. Maybe stok lama yang diorang nak clear-kan. Sebab tu ada yang jauh lebih murah dari harga asal. 


So, kitorang balik tanpa beli barang hantaran. Hanya beli barang untuk daily use. Sekali lagi lari dari tujuan asal ber-shopping. Mission failed. Hahaa~ tahniah. 



.