Sunday, December 18, 2011

[MOVIE] Songlap. Boring weh.

Semalam pegi tengok filem Songlap ngan Encik Tunang. Actually Encik Tunang yang teringin sangat nak tengok movie nih. Kitorang pegi kat Lotus Cinema Plaza Tasik. Tapi takde la pulak movie ni kat situ. 


Aku dah putus asa dah. Hampeh betol. Takkan nak pegi City Square plak. Jauh la rasanya. Hari Sabtu camni, mesti ramai giler orang kat City Square tu. Cuti sekolah plak tu. Pastu Encik Tunang ajak pegi U Mall. Nasib baik movie ni ada kat U Mall tu. 



Trailer.



Mengisahkan dua beradik, Am dan Ad yang terlibat dengan sindiket jual bayi, hidup banyak masalah, judi, hutang, macam2 la kot. Si adik plak nak lari dari hidup macam tu. Si adik lebih baik hati & ada perasaan daripada abangnya. 


Aku rasa banyak yang tergantung. Macam...apa yang jadi pada ibu Am & Ad? Si ibu akhirnya tetap tak kenal anak sendiri ke? Apa yang jadi pada Am pada ending movie ni? Dia tak sempat naik bas ke Kuantan ngan adik dia, then??? Ape jadi? Dan banyak lagi la kot yang tergantung. 


Watak Sara Ali plak tak banyak dialog. Hanya banyak ekspresi muka. Memang tak salah. Malah, aku rasa watak camni lagi mencabar dari watak yang banyak dialog. Menjadi pulak Sara Ali bawak watak tu. Tahniah la yer. 


Sepanjang tengok movie ni, aku rasa boring giler. Well...maybe tak sepanjang masa la. Tapi hampir sepanjang movie. Hmm...ntah la. Macam takde motif plak movie ni. Sesetengah plot @ scene dibiarkan berjela2 sampai aku jadik boring yang amat. Aku sempat tanya kat Encik Tunang, dan ya, dia pun sama macam aku jugak, BORING.


Aku rasa ni la movie pertama encik sam kite yang aku rasa teramat la bosan untuk ditonton. Jangan marah yer encik sam hensem. ;p


Lepas habes movie ni, tetiba rasa tak faham apa maksud songlap dalam movie ni. Macam takde kaitan ngan tajuk. Pastu Encik Tunang cakap, adik songlap duit abang. Owh, ok baru faham. Hahaa~ agak lembab di situ


Btw, tak berapa berkenan bila movie ni asyik ada dialog yang asyik duk menyumpah, etc. Macam...b****, ****, ******. Err...actually aku pun dah tak ingat ayat2 dan perkataan yang dot dot dot ni....


Ok, berbalik pada movie ni. Ada jugak kelucahan. Errr...tak seswaii la derr...Tapi Fauzi Nawawi memang best lah. Lakonan dia menjadi betol. 


Ntah ler. Aku rasa filem2 kita ni makin hari makin tak senonoh. Boleh bawak pengaruh tak elok plak kat budak2 kita. Emm...aku tau filem barat lagi tak senonoh kan. Tapi maksud aku kat sini, untuk budak2. Contoh macam anak saudara aku yang baru umur 3 tahun lebih. Bila dia tengok filem2 ni, nanti dia ikut la apa yang pelakon2 tu cakap. "Bodoh", etc. Korang paham tak maksud aku?





Ok bye~ 




* P/S : filem Ombak Rindu lagi best. ;p 


2 comments:

Cik Jingga said...

xminat movie Melayu sekarang sbb rata2 ada lucah sikit.. bahasa pun entah apa2.. hehehehe

Myra Anne said...

rasanye time fauzi nawawi je org gelak kot. yg lain2 bosan.

*anyway,hye! my 1st visit here. =)