Thursday, December 1, 2011

E-Day Part 3 : DIY Mini Pelamin

For our E-day, aku dengan gigihnya telah men-DIY mini pelamin ni. 




Pomander ball + bunga..err...bunga kat atas tu.. 

Bunga yang kat atas tu beli kat Nilai 3. Satu = RM15. Aku beli 2 = RM30. Bunganya takde la cantik sangat. Pastu kena gamkan balik bunga2 tu, supaya tak jatuh. Ok la, sebab murah. Setakat 15 hengget, nak yang cun macam mana, kan?? 


Pomander ball aku DIY sendiri. Bunga beli kat Romantika, Plaza Angsana JB. Satu tangkai RM2.50, ada 5 batang bunga. Aku beli 21 tangkai. So, RM52.50. Tapi ada lebih la lepas buat pomander ball ni. Yang balance tu aku buat hantaran sirih junjung


Actually nak buat 5 pomander ball yang kecik2. Tapi macam tak cantik pulak. Tak menjadi la kot. Maybe sebab bunganya agak besar untuk buat pomander ball kecik. Atau memang aku tak reti & tak kreatif nak buat pomander ball? Hahahh~ percubaan pertama, ok! 


So, aku buat 3 pomander ball saiz sederhana. Around 33 pcs bunga untuk satu pomander ball. Lebih kurang la kot. Aku pun dah lupa. Gantung dengan manik...errr...ape ntah nama dia. Manik panjang2 tu la. Beli kat Dios, Setia Tropika, JB. RM1.++ per meter.Aku beli 5 meter kot. So, RM5.++. Tapi ada balance la, sebab guna untuk 3 pomander ball jer. Hehee~


Kain backdrop tu aku beli kat Kamdar Plaza Kotaraya (sekarang dah takde, coz dah pindah ke Plaza Angsana). Aku beli kain warna pink, tapi 3 tone yang berbeza. Setiap satu tone 3 meter. Total lebih kurang RM35.++




Bunga + pasu.



Pasu bunga putih tu beli kat Nilai 3. Rasanya RM20/pc. So, around RM40 untuk 2 pcs.


Bunga yang kaler pink paling cerah & pink paling gelap tu borong kat Nilai 3. Rm3.90 setangkai (5 pcs). Tapi sebab aku beli banyak, dia bagi RM3.60/tangkai. Aku beli around 20 tangkai (semua sekali). So, RM72.00


Bunga kaler pink sederhana tu beli kat Romantika, Plaza Angsana JB. Harga RM3.++ setangkai (ada 3 - 5 pcs). Aku beli 4 tangkai kot.So, lebih kurang RM12.++.


Aku beli tambahan 4 tangkai bunga kaler pink sederhana tu sebab untuk tambah tone kat bunga ni & takot tak cukup bunga. Sekali bila duk menggubah bunga dalam pasu ni kat kampung....hampeh! Memang tak cukup jugak. Agaknye sebab besar sangat kot jambangan dia. 


Huaaaa...mana nak cari bunga kat kampung. Kalo ada pun, tak sama ngan yang ni. So, terpaksa la biarkan sedikit bahagian bunga yang digubah tu "rongak". Dan bahagian yang "rongak" tu letak kat belakang. Konon2 sembunyikan la dari pandangan umum. Kahkahh~ 


Ni pun percubaan pertama aku menggubah bunga. Sebelum ni memang tak pernah rujuk kat mana2 majalah @ video untuk belajar cara gubah bunga. Main hentam saja lah. Tapi menjadi jugak la, walaupun tak secantik mana. 


Dan sebenarnya aku nak buat stand untuk pasu bunga ni. Stand kecik @ rendah pun takpe la kan. At least tinggi sikit pasu bunga tu. Tapi tak sempat plak nak buat. T_T


Lantern + candle holder. 
Errr...candle holder ke nama dia?? 



Actually lantern tu aku beli 2 kaler. Satu kaler pink, sederhana besar (kat gambar atas ni la). Satu lagi kaler putih, kecik sikit dari yang pink tu. Tapi memang silap aku sebab tak check culu sebelum beli...boleh plak salah satu white lantern tu takde besi untuk pasang lantern! Besi yang kat dalam lantern tu la, untuk jadikan dia bulat & tegak. 


Dah sampai kat kampung baru nak check. & masa nak pasang baru tahu benda tu takde. So, takde maknanya nak letak 2 kaler lantern kat situ. Dah la aku beli 2 jer white lantern. Konon2 taknak banyak2 sebab taknak serabut. Sekali....huaaa....keciwa betol!


Lantern tu beli kat kedai gift. Pink lantern lebih kurang RM12 x 2 pcs = RM24, white lantern lebih kurang RM7 x 2 pcs = RM14. So, total lebih kurang RM38. Harganya agak mahal la bagi aku. Tapi no choice.


Candle holder tu pulak beli kat Romantika Plaza Angsana, JB. Errr...candle holder ke nama dia? Ape2 jerlah. 


Satu candle holder = RM30 (lebih kurang la, aku pun dah tak ingat. resit ntah ke mana). Tapi masa aku beli tu, diorang tengah buat sale. Buy one free one! Dah lama aku berkenan ngan candle holder tu. Nasib baik tak beli awal2. Hehee~ So, dapat lebih kurang RM30 for two candle holder.


Dan sepatutnya aku kena letak lingkaran bunga di sekeliling candle holder tu supaya tak nampak kosong. Dan kat dalam tu at least letak la candle yang besar tu kan. Tapi memang tak sempat nak buat. Candle yang besar pun tak jumpa. Lepas e-day ni baru jumpa candle yang aku nak tu. Huhh! Bengang jer, kan. T_T 




Bantal tunang.


Akhirnya....angan2 untuk duduk atas bantal tunang bulat ni tercapai jugak. Hehee~ 


Actually aku mintak tolong akak aku sewa jer bantal tunang kat kampung. Tapi susah bebenau nak jumpa bantal yang cantik, or bantal bulat ottoman. Nak sewa kerusi yang simple pun susah jugak, sebab kebanyakannya taknak hantar ke rumah, sebab sewa kerusi jer. Kena ambik sendiri. Aduhh~ kalo kerusi tu boleh muat masuk dalam kereta, takpe la kan. Boleh jugak pegi ambik sendiri. T_T


So, susah2 sangat, aku beli jer bantal tunang ni. Lagipun time tu dah last minute sangat. Malas dah nak pening2 fikir pasal bantal tunang. 


Btw, ada sesape nak sewa tak? Hihii~ ;)



Overall. 
So, hasilnya macam ni la. 



Stage tu buat dari playwood. Playwood around RM18. Kayu yang digunakan untuk "tulang" stage tu mintak dari jiran jer. Hehee~ 


Dan stage tu abang ipar + anak saudara + adik abang ipar aku yang gotong royong buat. Diorang siapkan malam sebelum majlis aku. Sampai ke malam diorang buat tau. Huhuu~ terharu sungguh aku. :') 


Kain alas stage tu beli kat Kamdar. Around RM10.++ semeter. Aku beli 3 meter. So, RM30.++. 


Actually backdrop tu aku nak buat lain, bukan macam dalam gambar kat atas ni. Kain backdrop pink tu aku nak bawak ke tepi & ikat kat tepi. Macam dalam gambar kat bawah ni :- 




Mini pelamin by The House Of Red Gincu.



Untuk buat macam ni, kena beli kain backdrop putih la, kan. Aku tak beli kain putih awal2 (kat JB) sebab tak boleh agak berapa ukuran kain yang diperlukan. Of course kain putih tu kena lebih panjang dari kain pink. Sebab nak cover sekali latar belakang rumah yang berpapan. Tak cantik la kalo nampak latar belakang papan dalam gambar kan.


So, aku decide untuk beli kat kampung je. Tapi bila dah sampai kat kampung, banyak betol benda yang kena di-setelkan. Akhirnya, tak sempat pun pegi beli kain backdrop putih. Even sehari sebelum majlis aku dah plan nak pegi Jerteh beli kain. Tapi masa tu abang sulung aku baru sampai kampung. 


So, duk bincang2 ngan dia perkara2 yang dia perlu bincang ngan rombongan lelaki esoknye. Akhirnya, sampai ke maghrib baru pegi Jerteh. Time tu toksah cakap la. Kedai2 kat sana semua tutup awal. Akhirnyaaaaa....memang keciwa yang amat sangat!!! T_T


Aku rasa pelamin tu kosong sangat. At least letak la bantal2 kecik kat belakang @ tepi, kan. Lagi satu, aku tak puas hati sebab takde lighting kat pelamin ni. Tu la, sape suruh tak beli chandelier, kan. Spot light pon takde. Tak berseri langsung. T_T


So, itu la dia hasil pelamin hasil DIY aku, dibantu oleh abang ipar & anak saudara. Errr....actually diorang yang lebih banyak tolong utk DIY kot, including untuk panjat2 pasang kain backdrop ngan bunga. Hehee~ 


Walaupun hasilnya sangat buruk, tapi ok la. Nak kata puas hati, takde la aku puas hati sangat. Sebab pelamin ni bukan macam yang aku plan. Huaaaa~ Nangessssss..... T_T


Tapi at least, boleh jimat beberapa ratus, compare kalo ambik ngan bridal boutique. Kannn????
.







Dan total damage untuk DIY pelamin ni lebih kurang RM362.50 ++.


Mahal ea? Eh, takpe. Sebab barang2 tu semua still milik korang lepas majlis tu dan korang boleh pakai lagi. Even nak buat DIY pelamin untuk nikah atau sanding nanti pun boleh pakai, kan. Jimat lagi kat situ. Atau, korang boleh DIY bilik pengantin je guna barang2 yang ada ni. 


Lepas kawen pun still boleh letak hiasan & gubah bunga tu letak kat rumah korang. 


Dan sekarang pun aku tengah berkira2 nak buat DIY pelamin jer untuk majlis sebelah perempuan. Err...boleh ke??? Tak serik lagi ea ngan pengalaman DIY pelamin tunang ni? Huhuu~ aku rasa boleh buat kot, cuma perlukan perancangan & kena beli barang untuk DIY pelamin awal2 lagi. And i mean, SANGAT2 awal ok. Few months before the wedding. Well....i kan busy woman. Ceh! 


Tengok la camane, kan. Kena plan buat keputusan betul2. Hihii~


Errr....panjang pulak membebel.



Ok la, byebye~



.

9 comments:

whiteapple said...

salam, xburuk la mini pelamin nie, nice la. kalau diy lagi puas hati kan :)

Emylin_Izlin said...

dear..berkenan mau cari bantal bulat tuh...beli kat mana ehk?????? nak buat nikah.....

Nini Mohd said...

white apple : thx. ;)

Nor Emylin : boleh cari kat Bright Sail @ Dios. ;)

ARDISY CINTA said...

Dear, bunga2 u dlm pasu tu dgn alas pelamin boleh sewa?

Unknown said...

Nak tanyala . Bantal tunang tu beli kat mana eak ? Berapa harga dia ? Mana nk cari ? Kalau sewa dgn awak berapa ya ? N awak area mana ?

Nini Mohd said...

@ARDISY CINTA
bunga dalam pasu dah x de dah. kalau nak sewa alas pelamin (bantal ottoman bulat tu), boleh jer. sy duk JB.

Nini Mohd said...

@Nurul Zulriani
bantal tunang tu awk blh cari kat Bright Sail @ Dios.
kalau nak sewa ngan sy pun blh jer. sy duk JB.

Unknown said...

Yunk brapa u bli bantal bulat tu???mcm berkenan plk.hihi

Nini Mohd said...

@mama sofia
tak ingat la awak harga dia. seratus lebih kot.