Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel

Hari Selasa, bukak pose kat Cafe Para-Para, Grand Paragon Hotel. (erk~ BUKAK POSE ke?).


Not much picture, malas nak ambik gambar.




Sup Utara corner.
Sangat pekat & yummy.
Tapi too oily. Itu yang membuatkan rasanya bertambah lemak tu. ;p




Boleh pilih - gearbox, perut, daging. 
Boleh tambah mee. 
Hmmpphhh~ aku makan sikit jer. Sup perut + daging.




Durian goreng & jemput2 pisang corner.




My fav! 




Durian goreng yang sangat rangup & lazat. 
Nak2 kalo makan time panas, baru keluar dari kuali. 
Oh, totally irresistible.
Perghh~ meleleh air liru bila teringatkan durian goreng nih.




Ni salah satu meja kami.
Time ni hampir semua orang dah balik. 
Again, SUP TU SANGAT SEDAP! 




Eh, ini bukan untuk dijamah atau diratah.
Untuk tatapan semata2.




Hey, blom ready lagi!
Ni time nak balik dah. 
*pakai baju keje, dari office.




Overall, buffet ramadhan kat Cafe2 Para-Para2 nih memang best. Banyak lauk, banyak pilihan. Sampai tak ter-pilih dan tak ter-makan. Walaupun makan sikit2 for every menu, sungguh aku rasa sangat FULL sampai nak termuntah. Hahahh~


Nasi beriani (tak sampai 1 senduk), rendang daging, sate + nasi himpit, sup utara (daging + perut), daging BBQ, ostrich, durian goreng, aiskrim, kuih, buah - err...ini jer kot yang aku makan. Yang tak ter-makan - nasi goreng cina, rendang udang (eh, rendang ke ape ntah), bubur, jemput2 pisang, sate Arab (sate Arab ke daging Arab ntah), etc.


Harga buffet Ramadhan agak mahal la bagi aku. RM68++ seorang. ++ tu sila tambah service charge ngan tax yer.


Teringin nak pegi lagi. Sebab asyik duk teringatkan durian goreng tu jer. Maklumlah, hantu durian. Tapi nak pegi ngan Encik Suami plak. Asyik pegi ngan geng2 office jer. Tapi ntah bila ada peluang nak bukak pose kat sini ngan Encik Suami. T_T


Ok bye~


.

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #4 : Durian Goreng


Durian goreng @ Grand Paragon Hotel, JB. 
Superrr delicious~~



.

Tuesday, July 24, 2012

Cake in a jar.




Rainbow cake.




Yummy! Especially cream dia. Perghh~ memang mantap. Cream cheese ke ape ntah. Dah lama dah ni, 2 weeks ago. Boss beli masa pegi KL 2 minggu lepas, kat ENTRI NI.


Rasa macam nak makan lagiiii~ 


Dah order dah pun. Maybe hujung bulan ni akan dapat lagi. Hopefully dapat. Amin...


.

Monday, July 23, 2012

Menternak lemak - Chop n Steak, Kampung Baru

Dua minggu lepas aku pegi KL ngan boss and 3 orang staff, ada meeting ngan client. Settle meeting around tengahari, pastu lunch kat situ. 


Then petangnyer, pegi Kampung Baru. Sebab boss nak ambik barang, i.e. cake i a jar yang orang kirim. Sempat lah makan kat Restoran Chop n Steak. 


Suasana kat restoran tu memang cantik. Tapi masa kitorang pegi tu masih siang. Kalo malam mesti lagi cantik. Ok, kita layan makanan dulu, pastu baru layan gambar suasana kat restoran tu. ;p




Mine. 
Lamb Chop yang sungguh-oh-yummy~ 
Tapi penat nak "melapah" daging dari tulang. 
Sampaikan aku yang paling lambat habis makan. -.-'




Aku tak ingat dah apa exactly nama air nih. 
Yang penting, air mangga @ mango. 




Mango dia memang betul2 mangga asli. Bukan sekadar air perasa mangga. Enaknya tak terkata. Memang full giler lah. Makan lamb chop lagi. Pastu minum air mango ni pulak. Minum air mango nih macam makan buah mango sebijik tu. Boleh bayangkan tak macam mana kenyangnyer? And baru jer pukul 2 makan tengahari dengan banyaknyer, pukul 5.30 makan lagi lamb chop nih. Omaigod.


Ni kita layan suasana kat restoran tu plak.




Dari luar.



Ada facebook lagi tu. 



Macam cottage pun ada.



Kapal!






Terkejut kjap aku tengok ada ikan dalam ni.
Keli afrika pulak tu. 
Besar tau. Panjang lebih kurang 1 meter.




Antik sungguh.




Itu jer gambar yang mampu aku snap. Macam yang aku cakap tadi, kalo malam lagi la cantik restoran ni. Tak caya, sila tengok kat facebook Chop n Steak.


Lepas makan, terus gerak balik JB. Disebabkan dah terkenyang sangat, masuk dalam kete boss, aku rasa macam nak terus terlelap jer. Nasib baik boss tak suruh drive. Camane nak drive ngan mata tak boleh bukak nih. Huhuu~



.

Sunday, July 22, 2012

1st Ramadhan

Salam lovelies. 


Alhamdulillah, dah masuk hari ke-2 Ramadhan. Walaupun belum lagi dapat rasa berpuasa Ramadhan tahun ni (atas sebab yang wajib bagi kaum hawa setiap bulan), tapi bersyukur sebab masih diberikan kesempatan untuk rasa nikmat bulan yang mulia ni. 


Eh, apekah skema jer ayat nih. -.-


Puasa pertama sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut Ramadhan ngan suami. Sangat bersyukur Encik Suami dapat balik untuk 1st Ramadhan. Maklumlah, PJJ. Encik Suami balik hari Jumaat. So, dengan semangatnyer aku plan nak masak macam2 untuk dia. Wahh...bersemangat kunun. ;p 


Sahur pertama, masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Aku tak boleh makan banyak sangat. Ntah kenapa perut nih sensitif sangat ngan makanan pedas. Terus ulang alik keluar masuk toilet. T_T 





1st Ramadhan. 
On the way pegi Carrefour beli groceries. 




Untuk berbuka, Encik Suami request nak makan sup ayam. Baik lah Encik Suami. No problem. Saya cuba buat, walaupun berpandukan buku resipi sahaja. ;)


So, ini lah juadah berbuka yang berjaya di masak semalam, hasil gotong royong suami isteri --->>>




Sup Ayam Berempah. 



 Sambal Udang.



 Kerabu Kacang Botor.




Mungkin hikmah tak dapat berpuasa, aku dapat rasa makanan masa masak. So, masa Encik Suami makan, takde la rasa tawar ke, terlebih garam ke. Yang penting, Encik Suami cakap : SEMUA SEDAP. Wahwahh~ bangga kejap. Tu yang buat CAPSLOCK! Hahahh~ ;p


And walaupun tak puasa, aku tetap temankan Encik Suami makan. Bangun sahur, panaskan lauk, and makan sama2. Macam puasa pulak aku nih. Itu kan tanggungjawab sebagai isteri. Cuma sahur pertama tak makan la. Makan lauk jer sikit. 


Plan harini, Encik Suami ajak pegi mancing. Actually nak pegi semalam, tapi masing2 tak larat. So, tido jerlah. Hewheww~ ;D



.

Friday, July 20, 2012

On birthday leave. Salam Ramadhan.

Esok kita akan mula berpuasa. Sebagai rujukan, kat bawah ni Jadual waktu Imsak dan berbuka puasa bagi Zon II, Negeri Johor. Sebab aku duk JB, so aku letak jadual ni jerla. Khusus untuk rujukan aku jer sebenarnye. Eh tak, untuk rujukan muslimin dan muslimat kat JB jugak. ;)


Untuk daerah2 dan negeri2 lain, sila refer kat sini : http://www.islam.gov.my/








Harini birthday aku. Dan harini aku bercuti. Birthday leave. Best tak birthday dapat cuti? Giler tak best! hahahh~ ;D


Oh, tak sangka aku dah berumur dot dot dot. Berumur berape? Teeetttttttt~ ;p


Ok bye. Salam ramadhan.



*P/S : tengah tunggu Encik Suami balik. ;) 



.

Thursday, July 19, 2012

Excited.

Sangat excited masa mula2 beli ini --->>>


Beli semalam. 



Oh, resipi sangat banyak. 
Walaupun ada yang tersangat simple. -.-



Tapi sangat tak suka bila tengok resipi dia cami.



Tak suka bila sukatan dalam "ml", "liter", "gram". Tak boleh nak agak. Sebab takde penimbang. Masa nak beli tu tak boleh belek2 buku ni. Sebab berbalut ngan plastik. Tak tahu plak dia letak sukatan macam tu. Bila balik rumah & belek2...sedih ok. Tak suka sukatan resipi camtu. -.-
Aku lebih suka resipi macam ni --->>>




"Sudu", "cawan", "biji". 
Kan senang nak prepare bahan. 
Faham tak maksud aku?



Aku ni memang suka beli buku resipi. Dari dulu lagi. Tapi baru sekarang nak belajar masak. Dulu takde masa. Seriously. Orang tak pandai masak, kena la beli buku resipi. Kalo arwah mak ada lagi, boleh belajar ngan arwah. Sekarang kena belajar sendiri la.


Walaupun mood excited agak spoiled lepas tengok sukatan resipi camtu, tapi hati masih banyak hepi sebab dalam buku ni banyak sangat resipi. Siap resipi macam2 minuman lagi tau. Lauk pauk pun boleh tahan banyak jugak.


Lepas ni tak payah pening2 asyik fikir nak masak apa untuk sahur ngan berbuka, lebih2 lagi kalo Encik Suami balik puasa kat sini. Tak perlu asyik masak lauk yang sama. And dah boleh plan nak masak untuk raya nanti! Amboihh...puasa pun belum, dah nak fikir masak untuk raya pulak. ;p


Ok bye~


.

Sunday, July 15, 2012

Pagi Ahad.

Salam pagi Ahad! 




Breakfast. 
Berjaya buat nasi lemak untuk suami. 
My first time. ;)
*nasi lemak kurang lemak.




Dah melantak nasi lemak sepinggan, laki bini dua2 dah tersadai kekenyangan. Plan ntah ke mana. Tak tahu jadi ke tak nih. Tapi kalo nak duk umah jer boring pulak. Petang ni Encik Suami dah nak bertolak balik ke Selangor dah. Wuwuwwuuuu~ T_T




.

Saturday, July 14, 2012

A very late dinner | Resipi ringkas daging masak cili hijau

Semalam lepas balik keje, pegi beli barang dapur kat Tesco. Semangat nak masak nih, sebab Encik Suami balik sini. Tapi sebab sampai rumah pun dah lambat, masak pun terhegeh2, end up jadi late night dinner. Makan pukul 12 malam. Hahaa~




 kailan ikan masin.



Tetiba jer rasa macam teringin nak makan kailan ikan masin. My favourite tu. Tapi kailan ikan masin ni lain dari yang lain. Kitorang tak pakai ikan ikan tenggiri jeruk dalam botol tu. Tapi guna ikan talang masin. Rasa dia? Memang tak macam kailan ikan masin pun. Hohoo~



 
 Sardin!



Sardin memang paling senang nak masak. Ni bukan sardin dalam sos tomato. Tapi "Fried Mackerel in Chilli Sauce". Eleh, tapi tetap sardin jugak, kan. ;p 





Daging masak cili hijau. 
*suka2 hati aku nak bagi nama, kan. ;p



Daging tu sangat senang nak masak. Resipi sangat simple. Actually resipi dia aku tengok kat buku jer. Tapi aku ubah sikit la ikut selera aku. And walaupun simple, tapi sangat berselera makan daging masak cili hijau ni tau. Lebih2 lagi makan ngan nasi panas. Perghh~ 


Cili hijau tu sebenarnye tak lumat sangat kitorang tumbuk. Aku tumbuk sekejap, pastu Encik Suami sambung tumbuk lagi. Kalo nak cepat, pakai blender jer senang! Tapi kitorang tumbuk ngan lesung jer. Pastu masing2 tak larat nak tumbuk sampai lumat. Hahahh~ ;D


Meh nak kongsi resipi. Walaupun aku nih bukannya pandai masak pun, takkan tak boleh share resipi, kan? ;)


Bahan-bahan : 
300gm daging - dihiris nipis
7 biji cili hijau - dikisar/ditumbuk
4 biji cili api (ikut selera, kalo nak pedas tambah la lagi) - dikisar/ditumbuk
2 biji bawang merah - dihiris nipis
2 keping asam gelugur (yang ni pun ikut selera. aku suka rasa masam asam gelugur)
minyak untuk menggoreng & menumis 
garam secukup rasa


Cara masak : 
1. Goreng daging hingga masak. Toskan, ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, cili hijau dan cili api. 
3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan asam gelugur. 
4. Masukkan garam secukup rasa. 
5. Dah siap! 


Simple jer kan. 


Ok bye. Have a great weekend! ;)


.

Friday, July 13, 2012

Wedding Review #4 : Hantaran from her to him


Macam yg aku mention KAT SINI, dua2 hantaran aku buat. Tamak sungguh. Semua benda nak buat. Oh, lupa nank cakap. Semua hantaran ni aku bawak balik kampung. So, rombongan Encik Suami tak payah bawak pape pegi Terengganu. Heh, kalo diorang bawak hantaran tu dari JB ke Terengganu, boleh bayangkan tak camana rupa gubahan hantaran tu semua lepas sampai sana? Erkk~



Hantaran for him.



Hantaran untuk Encik Suami pulak guna bekas kaca. Memang dah lama duk terliur nak guna bekas kaca untuk gubahan hantaran. Tema warna merah putih. Plan nak guna bunga ros merah ngan baby breath. Tapi susah sungguh nak cari baby breath. End up guna bunga ros ngan hydrangea ngan bunga ape ntah yang kecik2 kaler putih tu. ;p




Cincin -------------------- Jam



Cincin beli 2 bulan sebelum majlis kat [ENTRI NI]. Err...photographer tu ambik gambar masa sanding, so cincin dah takde. Cincin ada di jari Encik Suami. Ini cincin Encik Suami --->>>






Jam tu pulak beli 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI].




Kemeja ------------------ kasut



Kemeja beli kat Padini jer, beli 3 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI] Kasut beli 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI].




Set toiletries ------------------ wallet & tali pinggang



Set toiletries beli 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI]. Wallet & tali pinggang beli kat JPO 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI].




Pulut Kuning ---------------- Buah


Pulut kuning tu sebenarnye aku nak bentuk lain. Tapi ntah kenapa akak aku buat camni. Takpe la, redha jer.




Kek ----------------- Coklat



Kek tu order ngan Amalia from Amalia's Chocolate n Cupcake. Nampak jer kecik. Tapi beratnyer ya ampunn..berapa kilo yang aku order, aku pun dah tak ingat dah. Banyak sangat benda yang aku pikr masa tu. Hohoo~


Hantaran untuk Encik Tunang mostly barang Quiksilver. Dah dia minat sangat ngan Quiksilver tu ha. Nak buat camane.


Ada satu lagi hantaran untuk Encik Suami yang photographer tak ambik gambar. Kenapa dia tak ambik, semua aku cerita kat review pasal photographer, ok. SEDIH NIH SEDIHHHH~



Satu lagi barang hantaran untuk Encik Suami yang photographer tak snap. 
Ni dari kamera aku, yang anak sedara aku ambik.



Ok bye~




.

Thursday, July 12, 2012

Wedding Review #3 : Hantaran from him to her

Erghh~ kenapa lah aku takde mood sungguh nak buat review nih. Serius, takde mood. Gambar2 pun tak dapat lagi dari photographer. Yang ada ngan aku sekarang hanyalah layout jer. So, untuk review ni aku just crop jer yang mana yang ada.


Hantaran ni kitorang setuju 9 berbalas 11. Gubahan hantaran untuk dua2 pihak, aku yang buat. Buat sorang2. Stress tahap cipan duk bertungkus lumus buat benda alah ni. Aku ni bukannya kreatif sangat.


Actually gubahan hantaran ni dah berbulan aku buat. Tapi buat sikit2. Biaselah, busywomanlakatekan (motif taip bersambung?).


Sampai ke hari sanding, pagi sebelum sanding pun aku still duk kerjakan benda ni. Actually semua dah hampir siap. Tinggal nak tambah sikit2, and ada beberapa barang yang belum gubah - coklat, buah, pulut kuning, sirih junjung. Tapi disebabkan banyak sangat benda nak kena buat, memang tak menang tangan. So, redha jerlah ngan apa yang dah siap. T_T




Hantaran for me. 



Hantaran untuk aku, guna bakul bentuk shell (cengkerang ea?). Tema warna pink purple. Actually nak lebih kepada purple. Tapi end up lebih kepada pink. Hahahh~ asyik2 PINK AJER aku nih.. -.-'


Bunga aku beli bunga kekwa, ros, ngan bunga ape ntah campur2. 



Sirih junjung --------------- bekas kosong?


Tahu tak, masa nak taip entri ni baru aku sedar...yang bunga untuk sirih junjung tu tersilap kaler. Tersilap tema. Sepatutnya warna pink + purple. Tapi aku pegi cucuk bunga warna merah pulak, which is tema untuk hantaran pengantin lelaki. Agaknya masa tu aku dah *weng* sangat. Maklumlah, sirih junjung ni aku cucuk beberapa jam sebelum sanding. *stress.


Sebenarnyer bekas kosong tu plak sepatutnya letak duit mas kahwin ngan gelang untuk batal air sembahyang. Tapi disebabkan photographer TAK SEMPAT ambik gambar duit mas kahwin ngan gelang, and dia hanya ambik gambar keesokan hari (hari sanding), maka hanya bekas kosong jerlah yang ada. And dia pun tak mengingatkan aku pasal bekas kosong tu. Kecewa? SANGAT!!! Ok, review pasal photographer tu lain kali la yer. Ada beberapa benda yang membuatkan aku SANGAT SANGAT SANGAT kecewa. Sekarang nak cerita pasal hantaran dulu.



Macam ni haa sepatutnya...



Gelang tu beli bulan 10 tahun lepas. [KAT SINI]. Awal giler beli. Sebab takot harga emas makin naik. Kitorang decide untuk beli gelang, taknak cincin dah. Sebab aku dah dapat 2 cincin masa tunang haritu. Satu cincin merisik, satu cincin tunang. Duit dalam bekas bulat tu bukan duit mas kahwin aku. Gambar ni dah 2 hari selepas majlis kot. Berapa jumlah mas kahwin aku sebenarnye? Biarlah rahsia.. *eceh* 


Seperti yang semua tahu, kat tempat kitorang (Terengganu) biasanya takde duit hantaran. Duit mas kahwin tu la yang ada. Tapi mas kahwinnyer bukan berpuluh2 ringgit. Tapi beriban tu. ;)




Beg --------------------- set mekap 




Beg tu beli 3 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI]. Itu jerlah yang aku berkenan. Set mekap beli dua bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI].




Jam ------------------ Set perfume yang sangat sangat sangat wangieeeeeee~



Jam beli 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI], and aku tersangat lah suka jam tu. Sebab bling2. Aku memang suka jam yang bling2 nih. Alhamdulillah jumpa jugak jam aku berkenan, yang sama tema ngan warna tema hantaran (purple). Tapi sampai sekarang, baru beberapa kali aku pakai. Sebab aku nih bukannya suka sangat pakai jam. Set perfume tu pulak beli 2 bulan sebelum majlis jugak, kat JPO [ENTRI NI].




Coklat ------------------ Buah



Coklat tu sebenarnye aku nak gubah jadi bouquet. Tapi tak sempat nak buat. Sedih giler~ Buah tu pun macam dah lebam2 dah warna dia. T_T


Ada satu lagi hantaran untuk aku, tapi photographer tak ambik gambar. Kenapa dia tak ambik? Nanti aku cerita kat review pasal photographer.


Satu barang hantaran lagi tu al-Quran ngan telekung. Dalam kamera aku pun takde gambar close-up al-Quran ngan telekung tu. Gambar dari belakang ada la. Sedih~




* tengok entri aku nih, panjang berjela2. Tu yang aku malas nak menaip pasal wedding review. Asal taip jer mesti berjela2. Haihh~  -.-'


.

Tuesday, July 10, 2012

Surat cinta.

Apa perasaan korang bila berhadapan ngan situasi macam ni : korang dah lambat nak pegi keje, then korang tengok kete korang macam ni --->>>


Kat tengah2 tu ha..
(gambar Google sahaja)


Huwarggghhhhhh~ stress tak? nak marah tak? 


Semalam aku kena ikut boss pegi KL. Janji ngan dia nak jumpa Petronas Tampoi, pukul 4 lebih camtu. 4 PAGI yer. Then dah dekat pukul 4.20pagi camtu pegi la kat tempat parking kat rumah aku tu. Dah terkocoh2 nih, sebab dah lambat.


Sekali bila sampai kat kereta....kereta kena block! haihh~ saket hati sungguhhhh...!!! 


Nasib baik ada la sikit ruang kat sebelah kanan tu untuk kete aku keluar. So terpaksa la ke depan ke belakang, ke depan undur untuk keluar, ngan ruang yang sangat sempit tuh. Sungguh cess~ 


Kenapa mesti parking camtu? Kalo yer pun dah takde tempat parking, jangan la block kereta orang. Kenapa dic confident sangat nak parking sampai block kereta orang? Sebab dia confident, dia pegi keje awal & tuan punya kereta yang dia block tu takkan nak pakai kereta sampai pagi? Jangan ingat kita pegi keje awal, orang yang kita block tu takkan pegi keje awal dari kita, ok. 


Then sebab geram sangat ngan tuan punye kereta yang sengal suka2 hati dia block kereta orang, aku tulis "SURAT CINTA" and letak kat wiper kereta dia. Hewheww~ 


Itu baru surat cinta. Belum berlaku keganasan lagi. Eh? Ganas la sangat aku nih! Propa jer lebih. ;p


.

Saturday, July 7, 2012

Puasa dah dekat. Mari biasakan diri dengan sahur.

Malam tadi tido lambat. Bukan tak ngantok. Tapi tak boleh tido. Tengah pening2 tu, perut lapar. Terus kung kang kung kat dapur. Pukul 2, 3 pagi. Tumbuk bawang pun slow2 jer. Takot jiran2 tersedar dari mimpi. Nanti ade plak yang ketuk pintu suruh pegi tido, jangan masak pagi2 buta. -.-



Ayam masak kicap & sayur campur. 



Masak main hentam jer. Guna bahan yang ada dalam peti ais tu jer. 


Camane tak gemok, pagi2 buta makan heavy food camnih. Nanges. T_T


Takpe2, anggap la ni practise untuk masak sahur dua minggu lagi. Practise masak & practise makan sahur. Sebab aku ni sungguh takde selera nak makan sahur. Eh, dah nak puasa kan. Puasa dah ganti ke belum? Teetttt~ 


Sebenarnya masa nak masak ni, ada jugak niat nak puasa hari ni, sebab dah alang2 makan pagi2 buta ni kan. Tapi macam tak larat pulak. Eh? Tak larat ke malas? ;p



.

Thursday, July 5, 2012

Wednesday-Movie-Day : Abraham Lincoln Vampire Hunter

Oh sudah lama giler tak ber-wednesday-movie-day. In fact, dah lama tak tengok wayang. Sebelum ni sangat2 busy ngan preparation kawen. Diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak tengok wayang? ;p 


Minggu lepas Encik Suami balik, so lepas keje hari Rabu tu keluar la menghabiskan duit beberapa puluh ringgit untuk tengok wayang. Yer, sila baca betul2, hari Wednesday minggu lepas yer, bukan semalam. Amboi kau...dah kawen pun masih busy sampai tak sempat nak update blog. Ok fine. -.- 


Ni movie pertama yang di tonton lepas bergelar suami isteri. Apekah motif tengok cite vampire? Orang tengok cite yang romantik2 gitew. Kau tengok cite seram pulak? Sampai ada rakan2 se-office yang menimbulkan persoalan ni lat aku.


Bagi aku : eh, wajib tengok movie yang romantik2 ke? Kami tak kisah pon. Dah ini jer movie yang best buat masa nih. Takkan nak tengok Mael Lambong pulak? Atau Hanya Ku Cinta Kau Seorang? Erkkk... -.-'




Trailer. 




Abraham Lincoln tu pemburu pontianak eh? Kelakar jugak. Ni the untold history ke? Whatever la kan. Untuk hiburan semata2.


Overall cite ni ok la, takde la boring sangat. Cite dia slow jer. Tapi tak terlalu boring, dan takde la best tahap dewa sangat.Tapi kadang2 rasa macam 'lost'. Maybe movie ni kurang menyengat.


Tapi yang aku salute kalo tengok cite mat saleh camni, sebab diorang boleh cari pelakon yang sama atau iras2 ngan muka watak yang diorang nak tu. Muka, rambut Abraham Lincoln masa kecik dan muda remaja lebih kurang jer ngan Abraham Lincoln yang betul punyer. Sama jugak kalo ada watak budak, then watak dewasa pulak. Mesti muka iras2. Agaknyer diorang casting sampai dapat kot. *ceh, pepandai jer aku buat analisis sendiri, kan. ;p


Ok bye.



.

Monday, July 2, 2012

Sebulan.

Semalam, 01.07.2012. Sedar tak sedar, genap sebulan kitorang bergelar suami isteri. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang dianugerahkan Allah. Bersyukur kerana dikurniakan seorang suami untuk jadi teman, kekasih, tempat berteduh dan tempah mengadu kasih.


Sebulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam akad nikah. Eh, boley camtu? Hahahh~ ;p 


Buat masa ni masih dalam proses untuk menyesuaikan diri ngan kehidupan suami isteri. Dah belajar masak, sebab dulu memang aku langsung tak tahu masak. Sekarang memang excited nak try macam2 menu untuk suami. Aku ni nak kata rajin, memang tak la. Tapi kalo dah start rajin, memang melampau pulak rajinnyer. *serius, tak tipu. 


Tengah belajar merajinkan diri. Sebab time sebelum kawen dulu, memang pemalas. Tengah belajar terima dia sebagai suami, bukan sebagai kekasih macam dulu. Layanan kepada kekasih tak sama macam layanan pada suami. Harap maklum. ;p 


Eh bukanlah bermaksud aku masih tak boleh terima dia sebagai suami. Cuma cara cakap, layanan dulu dan sekarang kan dah lain. So, kena la belajar hormatkan suami. Betul tak?





01.07.2012. 
Sempat lagi paksa Encik Suami ambik gambar sebelum dia pegi keje. hewheww~




Minggu lepas Encik Suami balik JB. Duk sini 4 hari. Pastu hari Jumaat lepas keje, aku plak ikut dia balik Selangor. Spend weekend kat sana. Boring duk umah sorang2, ikut la dia balik. Walaupun kat sana pun dia keje, bukannya boleh pegi jalan2 berjoli sana sini ngan aku, tapi at least berada di sisi suami, takde la boring sangat (cewah ayat tak boleh blah-nak muntah. hahahh~). 


So, dapat la bersama ngan Encik Suami untuk wish "happy 1stmonthsary". Oh, sangat ber-nilai sentimental bila dapat wish depan2, kat telinga dia (ok, sila muntah sekarang).


Pastu time nak balik JB, sedey. Ishh ishhh...tak habis2 tacing.


Ok bye. 



* Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan hidup kami. Amin...   




.

Sunday, July 1, 2012

Oh durian..akhirnya..

Dah berminggu2 duk teringin nak makan durian. Time balik keje, tengok jer durian berlonggok yang duk jual tepi jalan. Perghh..terliur giler. Tapi tahan jer. Tunggu Encik Suami balik. Nak Encik Suami yang beli & nak makan ngan Encik Suami. Ngengada kan nak makan ngan husband jer. Hahaa~


Hari Selasa, Encik Suami balik, terus ajak dia borong durian. Elehh...5 biji jer pun. Borong apenyer.






Laki bini melantak makan durian sampai dua2 terbongkang kekenyangan. Dah la baru lepas dinner. Sambung makan durian lagi. Maunyer tak over full. Hahahh~


Ok, hajat nak makan durian dah tertunai. Sekarang teringin nak makan durian musang king pulak. Sebab masa beli durian ni, ada jual durian musang king jugak. Tapi RM28 sekilo. Mak aihh...Takpe, kita try durian yang biasa dulu la.


Tapi macam tak puas pulak makan durian 5 biji tu. Nak yang lagi best. Haa...cane? Encik Suami, tolong jawab. ;p



P/S : nak try buat tempoyak pulak.


.