Wednesday, April 4, 2012

Johor Premium Outlet. Shopping barang hantaran.

Hari Ahad lepas pegi memburu barang hantaran yang masih tak complete tu. Erghh~


Encik Tunang balik JB sekejap jer. So, lepas ambik Encik Tunang yang baru turun dari bas, pegi lunch dulu & terus bergegas ke Johor Premium Outlet. Waseyyy~ dah lama tak pegi JPO.





Aku ingatkan mesti orang ramai, sebab hari Ahad. Haritu datang sini pun manusia tersangat lah ramai. Nak jalan2 cuci mata pilih barang pun susah tau. Itu 3 bulan lepas. Tapi sekarang ni dah tak ramai orang dah, tak macam dulu. Biasa la, kalo mula2 bukak mesti ramai yang serbu, kan.





Encik Tunang berkenan sangat ngan kasut ni.
Tapi takde saiz. Kecewa sungguh dia.



Dah jenuh pusing2 satu JPO tu, ada beberapa barang yang masih tak dapat beli. Sebab takde yang berkenan. So, misi pemburuan diteruskan lagi. *eceh. tak boleh blah.




On the way balik dari JPO. Macam biasa, jalan mesti jem.
Jem dari kilometer 17, sampai la ke tol Skudai. Errgghhhhhh~

Then kitorang pegi Aeon Bukit Indah plak. Encik Tunang nak jugak cari kasut yang dia berkenan tu. Tapi kat Aeon ni pun takde. Then pegi City Square plak. Ada kasut yang sama. Tapi hanya ada warna hitam sahaja. Dan harganya RM200 ++ lebih mahal dari kasut kat JPO tadi. Mencekik darah betol!


So, tak dapat la beli kasut yang Encik Tunang berkenan. Nak pegi Aeon Tebrau, dah agak lambat dah. Masa tu dah pukul 9.30malam kot. Adehhh~ memang tak sempat lah nak cari semua barang dalam satu hari. Tak sampai 1 hari pun sebenarnye. Just setengah hari jer.  Yang paling sedih, dapat beli 2 barang jer.  -.-


So ini lah dia hasil tangkapan kat JPO.



3 barang sahaja. Sedih~ 



Tapi best beli barang kat Quicksilver. Sebab barang yang kitorang beli tu ada less 50%. Then beli mana2 dua barang, dapat free 1 barang yang murah sikit dari dua barang tu. Err...faham tak? Buy 2 item, free any 1 item. Untuk free gift tu, Encik Tunang pilih sarung laptop. Happy la dia sebab laptop dia tu belum ada sarung lagi. Hihii~





*p/s : macam tak puas jer jalan2 kat JPO tu. sebab budget terpaksa disekat, hanya untuk wedding purpose sahaja. sedangkan mata tak tertahan duk berkenan itu berkenan ini. sabaaaarrrrrrrrrrr~~~  T_T

.

2 comments:

Miss Red said...

ingat nak shopping barang hantaran kat sini jugak la.....Owhk tak..harga dia......kalau spent dalam RM 500 agak2 boleh borong dalm bape bnyk barang....hehe..................^_^

Nini Mohd said...

ok jugak la harga dia utk branded item. memang berbaloi.
i haritu beli 3 barang habis 3ratus lebih jugak la.
tp tgk pada brg yg u nak beli la.
kalo u nak beli beg Coach @ Burberry, memang tak cukup pun RM500 tu utk 1 beg. hihii~