Thursday, July 12, 2012

Wedding Review #3 : Hantaran from him to her

Erghh~ kenapa lah aku takde mood sungguh nak buat review nih. Serius, takde mood. Gambar2 pun tak dapat lagi dari photographer. Yang ada ngan aku sekarang hanyalah layout jer. So, untuk review ni aku just crop jer yang mana yang ada.


Hantaran ni kitorang setuju 9 berbalas 11. Gubahan hantaran untuk dua2 pihak, aku yang buat. Buat sorang2. Stress tahap cipan duk bertungkus lumus buat benda alah ni. Aku ni bukannya kreatif sangat.


Actually gubahan hantaran ni dah berbulan aku buat. Tapi buat sikit2. Biaselah, busywomanlakatekan (motif taip bersambung?).


Sampai ke hari sanding, pagi sebelum sanding pun aku still duk kerjakan benda ni. Actually semua dah hampir siap. Tinggal nak tambah sikit2, and ada beberapa barang yang belum gubah - coklat, buah, pulut kuning, sirih junjung. Tapi disebabkan banyak sangat benda nak kena buat, memang tak menang tangan. So, redha jerlah ngan apa yang dah siap. T_T




Hantaran for me. 



Hantaran untuk aku, guna bakul bentuk shell (cengkerang ea?). Tema warna pink purple. Actually nak lebih kepada purple. Tapi end up lebih kepada pink. Hahahh~ asyik2 PINK AJER aku nih.. -.-'


Bunga aku beli bunga kekwa, ros, ngan bunga ape ntah campur2. 



Sirih junjung --------------- bekas kosong?


Tahu tak, masa nak taip entri ni baru aku sedar...yang bunga untuk sirih junjung tu tersilap kaler. Tersilap tema. Sepatutnya warna pink + purple. Tapi aku pegi cucuk bunga warna merah pulak, which is tema untuk hantaran pengantin lelaki. Agaknya masa tu aku dah *weng* sangat. Maklumlah, sirih junjung ni aku cucuk beberapa jam sebelum sanding. *stress.


Sebenarnyer bekas kosong tu plak sepatutnya letak duit mas kahwin ngan gelang untuk batal air sembahyang. Tapi disebabkan photographer TAK SEMPAT ambik gambar duit mas kahwin ngan gelang, and dia hanya ambik gambar keesokan hari (hari sanding), maka hanya bekas kosong jerlah yang ada. And dia pun tak mengingatkan aku pasal bekas kosong tu. Kecewa? SANGAT!!! Ok, review pasal photographer tu lain kali la yer. Ada beberapa benda yang membuatkan aku SANGAT SANGAT SANGAT kecewa. Sekarang nak cerita pasal hantaran dulu.



Macam ni haa sepatutnya...



Gelang tu beli bulan 10 tahun lepas. [KAT SINI]. Awal giler beli. Sebab takot harga emas makin naik. Kitorang decide untuk beli gelang, taknak cincin dah. Sebab aku dah dapat 2 cincin masa tunang haritu. Satu cincin merisik, satu cincin tunang. Duit dalam bekas bulat tu bukan duit mas kahwin aku. Gambar ni dah 2 hari selepas majlis kot. Berapa jumlah mas kahwin aku sebenarnye? Biarlah rahsia.. *eceh* 


Seperti yang semua tahu, kat tempat kitorang (Terengganu) biasanya takde duit hantaran. Duit mas kahwin tu la yang ada. Tapi mas kahwinnyer bukan berpuluh2 ringgit. Tapi beriban tu. ;)




Beg --------------------- set mekap 




Beg tu beli 3 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI]. Itu jerlah yang aku berkenan. Set mekap beli dua bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI].




Jam ------------------ Set perfume yang sangat sangat sangat wangieeeeeee~



Jam beli 2 bulan sebelum majlis, kat [ENTRI NI], and aku tersangat lah suka jam tu. Sebab bling2. Aku memang suka jam yang bling2 nih. Alhamdulillah jumpa jugak jam aku berkenan, yang sama tema ngan warna tema hantaran (purple). Tapi sampai sekarang, baru beberapa kali aku pakai. Sebab aku nih bukannya suka sangat pakai jam. Set perfume tu pulak beli 2 bulan sebelum majlis jugak, kat JPO [ENTRI NI].




Coklat ------------------ Buah



Coklat tu sebenarnye aku nak gubah jadi bouquet. Tapi tak sempat nak buat. Sedih giler~ Buah tu pun macam dah lebam2 dah warna dia. T_T


Ada satu lagi hantaran untuk aku, tapi photographer tak ambik gambar. Kenapa dia tak ambik? Nanti aku cerita kat review pasal photographer.


Satu barang hantaran lagi tu al-Quran ngan telekung. Dalam kamera aku pun takde gambar close-up al-Quran ngan telekung tu. Gambar dari belakang ada la. Sedih~




* tengok entri aku nih, panjang berjela2. Tu yang aku malas nak menaip pasal wedding review. Asal taip jer mesti berjela2. Haihh~  -.-'


.

4 comments:

Rahmah said...

cntik n sweet je tgok...

Rina Hamid said...

suwitttt sgt nini..suke pink! hehehehe

P E T A K B U N G A said...

mahal sangat emas sekarang.. dulu masa muda2 remaja tak fikir nak beli emas.. huh..hu

Nini Mohd said...

Rahmah : tq. ;)

Rina Hamid : same la, sy pun suka PINK!! hehee~

PETAKBUNGA : tau xpe. dulu2 taknak pun ambik tahu pasal harga2 emas nih. bila nak buat preparation untuk kawen, baru pening. huhuu~