Wednesday, December 29, 2010

Chronicles of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader

Its a Wednesday and its a movie-day! Aktiviti menonton wayang pada hari Rabu diteruskan lagi. Huh, dah lama gak aktiviti ni tergendala. Sebabnye, macam biasa la = BUSY dan penat.

So, tadi lepas habis keje, pegi ler tengok wayang. Movie untuk minggu ni = Chronicles of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader.

Sebenarnya nak tengok movie nih ngan Encik Kuneng hari Sabtu yang lepas. Dah janji nak tengok movie ni ngan dia. Sebab kitorang memang suke cite Narnia nih. Tapi malangnya seat dah full. Hampeh betul lah. Nape tak banyakkan lagi tayangan movie tu? Lagi2 hujung minggu, mesti la ramai yang keluar dan tengok wayang kan.

Tadi masa beli tiket, rasa sedih gak la. Sebab tak dapat tengok ngan Encik Kuneng. Aku nih sensitif sket. Bukan sikit, tapi banyak kot sensitifnyer. Kalo dah janji, pastu tak dapat tengok sama2, memang la sedih. Huh, camtu pun nak sedih, kan. Hampeh. Korang tak paham, diam jer ok.

Ok dah, berbalik pada movie nih.



nota : si white witch tak abes2 ngan "i can make you my king".
nota lagi : wahai Lucy, kenapa la nak jadi kakak mu? ape cantik sangat ke kakak mu itu? kamu pun sudah cukup comel ok.



Sejam yang pertama agak lah boring dan tak adventurous langsung. Well..ade la adventure sikit, tapi tak cukup adventure bagi aku. Masa tu tiba2 teringat ada orang cakap movie ni kurang best berbanding Narnia yang 1st (The Lion, the Witch and the Wardrobe) dan yang 2nd (Prince Caspian).


Antara part yang best - kejadian manusia bertukar jadi naga.
huhu~ kesian. buat suspen jer. ingatkan naga mengamok & nak menyerang!
Sape yang jadi naga? sape2 yang blom tengok lagi, korang tengok la sendiri ok.


Yang paling aku rasa hampeh, part Lucy kena culik ngan halimunan2 untuk dapatkan 'spell' dari si Penindas. Ape ke merepek part tu. Boring tol. Tapi ayat "fat belly" tu aku suka. ;D

Dah setengah jam yang terakhir, baru mantap.

Patot lah ada orang cakap movie ni kurang best. Memang pun kurang best berbanding yang sebelum ni. Dah la Susan dan Peter takde (tak balik skali ke Narnia). Yang ada dalam movie ni dan balik ke Narnia hanyalah Lucy dan Edmond, dengan sepupu diorang. Susan just ada kejap jer. Begitu juga dengan Aslan. Dah akhir cerita, baru muncul. Macam biasa la, penyelamat la katakan.

Tapi ada gak part yang aku rasa agak sedih. Scene di mana Lucy dan Edmond mahu berpisah dengan Aslan. Lagi2 bila Lucy tanya mereka akan berjumpa lagi tak? Tersentuh kjap aku masa tu. Aku nih bukannya boleh tengok orang berpisah. Ishh...kan aku dah cakap tadi, aku ni memang sensitif. Lagi satu, bila si tikus tu nak berpisah ngan diorang dan masuk ke negara Aslan. Tapi comel plak bila si tikus tu tolak & dayung sampan tu. Huhuu~

Paling annoying ngan sepupu Lucy. Menyampah giler ngan perangai dia. Tapi lawak pun ada tengok gelagat dia. Perangai hampeh dan annoying tu mula2 jerla. Lepastu macam mana? Sila lah tengok sendiri yer. =)

Ini lah episod yang terakhir dalam Chronicles of Narnia, kan. Tapi aku rasa macam tak puas lagi tengok movie Narnia nih. Takde sambungan lagi ke? *ishh..dah nama pun chronicles, kau nak brape episod haa...???



owh Ben Barnes si Prince Caspian yang suwiittttt~~~
*picture from Chronicles of Narnia : Prince Caspian



nape Prince Caspian dalam The Voyage of the Dawn Trader ni lain ek?
Aku confuse jap.
Try search kat Google, tapi masih confuse. xP




p/s : mereka sudah makin membesar dari satu movie ke satu movie. tengok Narnia yang 1st, si Lucy kecik sangat2 comel lote. sekarang dah remaja gitu. bayangkanlah berapa tahaun masa yang diambil untuk buat chronicles Narnia ni. (tapi tak leh lawan Harry Potter yang ambik masa berkurun tu kan. tetiba ada Harry Potter plak kat sini? ;p)


.

No comments: