Wednesday, December 15, 2010

Kelas Memandu #8th and #9th

Sepatutnya aku post entri ni beberapa hari yang lepas. Tapi memandangkan aku tersangat penat, dan takde mood...so, ini lah dia. Baru harini aku post.

Macam biasa la, aktiviti hujung minggu aku sejak akhir2 ni. Pegi belajar driving. Minggu ni last boleh blajar. Coz 14.12.2010 dah nak test JPJ.


11.12.2010 (Saturday)

Harini Cikgu aku ni ade 3 orang student. 2 pompuan, 1 lelaki. First, dia bagi aku blajar kat litar. Budak lelaki ni duk sebelah aku. Sombong gile budak lelaki nih! Usahkan tegur, usahkan nak senyum, tengok aku pun tak! Control macho plak tuh! Eeeeeee~~~~ memang aku tak suke dan menyampah giler ngan orang camni.

Ok, bukan aku suruh dia tengok aku atau borak2 ngan aku. At least cuba la tegur atau cakap2 sket ngan aku. Sikit jer. Bukannya aku suruh dia jadi peramah pun.

Masalahnye control giler! Ishhh...menyampah wa cakap lu.

Aku ingatkan orang yang sombong dan kontrol macho camtu, konon2 terer la kan. Aku tengok dari cara dia duk sebelah aku ni, macam dah terer bawak kete. Tapi lagi hampeh dari aku. Enjin banyak kali mati. Maybe sebab dia angkat clutch tinggi sangat. Buat imbangan pun tak betul, sampai tak boleh buat part naik bukit. Masa buat parking pun tiang terbalik. Ok, tu aku pun pernah buat semua silap tu. Tapi aku terus angkat tiang yang terbalik tu. Ape la yang nak dimalukan? Dah tentu la semua tengah belajar. Semua orang ade buat silap. Dia terus keluar dari petak parking tanpa membetulkan dan mengangkat tiang tu. Pastu buat 3 point turn. Pastu dah nak naik bukit baru dia berhentikan kete dan pegi angkat tiang tu. Lagi la jauh kena jalan pegi kat tiang tu. Lagi la memalukan diri sendiri. Aku tak tau la nak cakap ape masa tu. Tapi dalam hati aku "Bongok".

Kalo dia tegur aku, cakap2 ngan aku, atau at least tak sombong ngan aku, for sure aku dah bagitau apa salah dia, and for sure la aku akan ajar dia ape yang aku tau. Walaupun aku ni pun tak terer sangat nak bawak kete kan. Tapi dia sombong camtu lak. Lantak kau lah! Tu la orang tua2 cakap - orang sombong selalu rugi. Adeke orang tua2 cakap camni? Hahaa~ pandai2 aku jer kan.

Okay dah. Banyak plak mengumpat pasal budak nih.

Harini belajar lama sikit dari hari2 lain. Kat jalan raya 4 kali pusing. Kat litar pun agak lama jgak. Wahh~~ kaki aku dah saket dah time tu. Saket kat betis kiri. Yerlah, kena tekan2 clutch, kena jaga clutch. Penat wooo~~

Masa rehat pun aku dah mengantok giler. Aku ingatkan dah nak balik. Sebab time tu dah nak dekat pukul 12 tengahari. Rupanya2 Cikgu aku suruh bawak pegi jalan raya lagi. Haishh~~ takpe, minggu ni last boleh belajar. Walaupun time tu aku dah tersangat penat dan ngantok tahap gaban, terpaksa juga aku gagahkan diri nih. xP

Pukul 2 petang baru balik. Aiyarkk~ kaki saya sangat saket! xP



12.12.2010 (Sunday)

Harini last belajar kete! Apa perasaan aku? Tak nervous sangat kot. Cuma excited nak abeskan blaja kete ni jer. Dan agak confident dengan diri sendiri untuk ambik test 14.12.2010, sebab rasanya dah boleh buat. Cuma test kat jalan raya jer yang aku risau.

Ok, mula2 blaja kat litar ngan kete Viva. Memang selama nih aku blaja bawak Viva, tak bawak Kancil. Tak best la kan, coz test JPJ nanti pakai Kancil.

Pastu Cikgu aku datang tukar Viva tu ngan Kancil. Sebab dia nak ajar budak lelaki yang kontrol macho tu bawak kat jalan raya. Mula2 aku nak naik bukit, terlebih plak. Wahh~ kete Kancil tu lain giler dia punye clutch, brek ngan minyak, okay. Compare ngan Viva yang aku selalu pakai tu. Kancil tu clutch dia kecik jer (meaning, kena angkat sikit sgt2 jer, kete dah jalan). Brek plak, kena tekan dalam baru makan. Minyak plak, tekan sikit jer dah jalan.

Berpeluh2 aku bawak kat litar kete tu. Naik bukit jer 3 kali baru ok. Kalo test betul2, dah fail dah tu. Masa buat parking kat petak, senget plak. Dah masuk, tapi kete senget. Puas la aku bereksperimen dengan kawan aku sorang lagi kat sebelah ni, camane nak masuk cantik2, dan tak senget. Eksperimen punye eksperimen, baru la dapat kesimpulan. Rupa2nya masa nak reverse cari tiang satu, taing tu kena nampak sikit jer. Sikit giler2. Kalo Viva, nampak banyak pun takpe. Ok sekarang dah paham.

Berpeluh2 giler la aku pusing2 ngan kete Kancil tu. Dah la cuaca panas.

Mulai detik tu, aku jadik nervous tahap king kong! Aku mula risau, takot dapat kete yang tersangat lain dia punye clutch brek & minyak time test nanti. Semua tak terduga kan. Lagipun dah banyak aku dengar orang yang fail sebab faktor kereta. Huh. Giler punye nervous. Sampai hilang keyakinan diri. Baru jer rasa confident, dah jadi camtu kan.

Dan mulai saat itu juga, aku tersangat takot, nervous dan bermacam2 lagi perasaan dalam diri aku nih, untuk menghadapi test JPJ.

Rasa macam nak cakap kat Cikgu tu : Cikgu cikgu! Saya belom ready nak ambik test! Nak try balaj ngan kete Kancil dulu!

Arghhh~~~ nasib baik cikgu tu bagi aku blaja ngan kete Kancil kan ari tu. Sempat gak la ak merasa camane nak naik bukit & nak buat parking ngan Kancil. Sempat jgak la aku ber-eksperimen sampai dapat kesimpulan yang memuaskan ngan kawan aku nih. Walaupun atas sebab itu lah yang membuatkan aku jadi tersangat takot dan hilang keyakinan diri! xP



*p/s : will update about my test later. currently i'm so tired so sleepy & need a lot of rest. tomorrow got continued Trial somemore! Oh My~~ xP


.

No comments: