Friday, December 17, 2010

JPJ test! (part 2)

Tiba di tempat ujian, iaitu sekolah memandu tempat aku belajar - Riakar.

Aku test dalam sesi yang pertama, iaitu sesi pukul 8.30pagi. Tapi pukul 7.30pagi dah sampai kat Riakar tu. Awal giler. Daftar nama, ambik kad. Ade 20 orang lebih yang ambik test sesi pertama tu. Aku nombor 18. Then, kitorang pun menunggu dan menunggu...

Pukul 8.30, batang hidung JPJ pun tak nampak lagi. Apatah lagi bayang2. Memang takde langsung. Penantian satu penyeksaan. Betul, wa cakap lu. Rasa terseksa giler wa menunggu kat situ. Makin lama, makin nervous! Dekat pukul 9.00 pagi, baru JPJ datang. Ewah2~ kete cantik, besar plak tu. Toyota Estima warna hitam. Tapi sayangnye kotor giler. Dari jauh dah nampak berhabuk. Berape tahun tak basuh tu ye bapak2? Eh eh, saje nak mengutuk kete orang. Hahaa~ tak baek tau! Dalam nervous pun sempat lagi. ;D




Dah ambik borang ngan JPJ, tiba la masa untuk menge-test. JPJ yang menge-test kitorang. Bukan kitorang yang menge-test JPJ. Ok, dah mengarut.

Kat litar. Student pertama yang di-test, buat test kat bukit. Fail pulak mamat nih. Aiyyaa~~ membuatkan semua orang bertambah2 takot! Aku tengok mamat tu muka dia memang frust giler. Kalo aku kat tempat dia, tak boleh dibayangkan camane perasaan aku. Mungkin dah nanges kot. Waaaa~~~

Sepanjang menunggu giliran tu, memang terasa la ke-nervous-an aku nih. Sebab dapat tengok orang lain buat. Ade yang ok, ade yang tak ok. Ade yang awal2 dah kecundang (kat bukit). Ade yang bukit dah ok, tapi parking plak yang k.o. Ishhh~~ Gemuruh toksah cakap lah. Macam nak tercabut jantung wa nih. Aku try rasa nadi aku. Mak aih. Kencang tahap...emmm....ntah la tahap ape. Tak boleh pk dah time tu.

Masya Allah..kenapa ngan aku nih? Tak pernah2 aku nervous camni. Rilek la cik kak. Biase time belajar kete kan semua boleh buat. Bukit, parking, 3 point turn. Semua dah ok kan. Nape nervous sangat nih?

Pastu mula la rasa tak sedap hati. Sebab kalo aku tersangat takot dan gemuruh camni, mesti ade something wrong nanti. Dah la tadi keluar umah tak mulakan dengan Bismillah, walaupun dah melangkah keluar dengan kaki kanan.

Waaaa~~ aku taknak fail! Banyak tu kena bayar kalo nak ambk test sekali lagi. Aku taknak bazirkan duit semata2 kerana aku terlalu gemuruh dan cuai masa test nih! Tak berbaloi la der~

Dalam hati aku, tak putus2 berdoa. Ya Allah....tenangkanlah hati hambamu ini. Kalo gemuruh, semua yang buat jadi tak kena, kan. Betul tak? Aku cuba tenangkan hati & fikiran. Tapi tak boleh. Aku tarik nafas panjang2. Haihh~~ bukan aku sorang jer yang takot & nervous camtu. Budak2 lain pun sama cam aku. Tapi ade jgak yang nampak confident. Jangan berlagak sangat tau, nanti memakan diri. ;p

Pastu sampai giliran aku. Aku cuba lagi tenangkan hati.

Kat bukit. Masuk line kuning cantik jer. Tengah2. Memang cantik lah. Tapi aku paling takot masa nak buat imbangan & nak turun bukit tu. Takot imbangan tak cukup & kete tu ter-undur balik ke belakang. Mati la kalo jadi camtu. Memang fail terus. Alhamdulillah, boleh lepas dari bukit tu.

Pastu buat parking. MasyaAllah...kaki aku....menggigil giler. Memang terasa 'gigilan' tu masa aku jaga clutch semua. Ya Allah..perasaan aku masa tu tak tau la nak cerita camane. Aku risau tak boleh buat parking ngan ok atau tiang terbalik. Kalo aku fail kat parking, baik bunuh diri jer. Eh, takde la sampai ke tahap tu. Maksud aku, buat parking tu bukan susah sangat, dan tak ramai orang fail kat parking berbanding ngan kat bukit. So, aku taknak la fail kat parking kan. Macam rugi jer. Coz bukan susah sangat pun. Then...alhamdulilah...boleh keluar dari petak parking tu dengan selamat.

Pastu 3 point turn plak. Waahhh~~ kat sini lagi bahaya. Tak boleh pijak anak panah masa masuk & keluar dari situ. Enjin tak boleh mati langsung! Masa nak keluar dari petak 3 point turn tu pun kete tak boleh tergerak ke belakang. Meaning, memang kena tarik hand brake dan kena buat imbangan dengan betul sebelum turunkan hand brake. Takot gak kat sini, coz aku selalu lupa nak turunkan hand brake lepas dah buat imbangan. Haha~ sengal. Alhamdulillah jugak, 3 point turn pun berjaya di harungi.

Masa nak letakkan balik kete tu kat tempat bukit, aku macam tak percaya jer aku dah lepas ujian kat litar. Macam tak percaya aku dah lulus. Dalam hati aku tak putus2 mengucapkan syukur. Huhuu~~

Pastu tunggu turn untuk test kat jalan raya plak. Sambil tunggu tu, rasa nervous aku dah berkurangan. Dan akhirnya, dah takde nervous langsung! Macam buat magic plak kan. Magic chipsmore kot. Sekejap ade, sekejap takde! Mungkin sebab part yang paling ditakuti dan paling dirisaukan dah berjaya diharungi dengan selamat. Test kat litar boleh diibaratkan macam test nyawa2 ikan wooo~~ Silap sikit jer, habis lah.

Tapi ada gak sedikit kerisauan untuk test kat jalan raya. Sebab aku nih selalu lupa nak bagi signal bila diperlukan, dan lupa nak tukar ke gear 1 bila dah berhenti kat simpang atau berhenti kat traffic light. Memang selalu lupa.

Dan alhamdulillah juga...aku lulus ujian di jalan raya. Mungkin aku bernasib baik kot. Pakcik JPJ tu pun baik jer. Sepanjang test tu, borak2 jer ngan dia. Tapi dia macam tak caya plak bila aku cakap aku keje lawyer. Aku tau la rupa aku ni tak macam lawyer. Ishkk~~ ;'(. Tu la pakcik, sape suruh tanye, kan. Kan dah tak caya.

Balik jer kat driving school, lepas parking kete, lepas keluar dari kete yang guna untuk JPJ test tu, & melangkah menuju ke tempat menunggu, aku tersenyum nak sampai ke telinga. Bagi balik borang tu kat JPJ kat kaunter JPJ. Cik abang JPJ yang tukang ambik borang nih boleh plak tiba2 dia tanya aku keje ape. Tu satu2nya soalan yang dia tanya. Nape plak, ape kaitan lesen ni ngan keje ape. Tu yang aku tak paham. Aku cakap la "Peguam". Dia tanye aku balik "Peguam?" "Yer, peguam." Dia tengok aku semacam jer. Sape suruh awak tanye. Kan dah muncul sorang lagi yang tak percaya jawapan aku.

Lepas bagi borang, dan atas arahan cikgu yang jaga test aritu, aku pun terus la pegi cari cikgu aku kat office driving school tu. Rasa macam nak jerit, "Cikgu, saya lulus!!!" hahaha~~~ ;DD

Terserempak plak ngan cikgu yang mengajar Pra-L. Dia cakap - "camane? Ok? ni senyum camni mesti lulus kan".

Hehee~~ mesti la. Cuba kalo datang ngan muka nanges. Confirm fail lah tu kan. ;DD

Then jumpa cikgu aku, isi borang untuk apply lesen P. Cikgu aku cakap, maybe hari Khamis atau Jumaat lesen tu siap. Serious? Wahh~~ cepatnye! Saya suke! ;p

Mood aku masa tu : tak sabar nak dapat Lesen P aku. Hehee~

Alhamdulillah sangat2 hari aku dipermudahkan masa test tu, walaupun kat litar nervous macam nak pitam.



*p/s : entri yang penuh dengan ke-nervous-an dan emosi. wakakaa~~ ;p

No comments: