Monday, December 27, 2010

Kami : versi Spongebob. Saya : versi PMS

Saya suka Spongebob. Dia suka Spongebob. Awak suka Spongebob? Hahaa~ ape yang aku merepek nih.

Semalam jumpa dia kejap, sebelum dia bertolak balik ke sana. Pegi rumah kakak dia. Pastu snap sikit. Dah janji dah mau pakai baju Spongebob nih semalam. Dah lama beli baju ni, tapi baru sekarang ada peluang nak snap ngan baju nih. Hahah~ ape motif pasangan yang pakai baju sama? Pastu nak snap2 gambar plak kan. Mesti korang menyampah. Pedulik hape. Kalo menyampah, cepat2 blah dari sini. Sila klik pada [x]. Ok, terima kasih. ;DD


nape dalam gambar ni aku nampak slim dan wajahku juga tidak bulat dan tembam?
what a deceiving picture. ;D






poyo yer kamu! ;p



baju warna kuning sama sekali tidak sesuai dengan kulit saya yang gelap! kelihatan semakin legam yer saya.
Oh sila jangan tertipu dengan ini gambar. Saya kelihatan cerah kerana faktor cahaya. bahahaa~ ;DD


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


It's almost 30 hours. I've starting to miss him. Well actually I've started missing him few minutes after he left. Gosh~ [x_O]

Haiihhh~~~

Tambahan plak, aku rasa bersalah sebab masa jumpa dia, aku asyik moody & marah2 jer. Tak tau la nape tak boleh kawal emosi. Okay, blame my PMS. Haha~ bertuah jadi pompuan. Kalo moody masa tengah period, boleh salahkan PMS.

Semua benda buat aku rasa angin semacam jer. Contoh : Masa on the way pegi City Square. Jalan jem giler kat Skudai. Camtu pun aku rasa hangin jer, sebab rasa lambat sangat nak sampai bandar. Sebab nak makan, perut dah lapar tahap cipan. Mula la aku membebel kat dia, & bagitau dia dari semalam (sehari sebelum tu) aku tak makan nasik. Sedangkan, salah sape aku tak makan nasik? Salah diri sendiri la. Tu pun nak moody ngan dia. Bongok la aku nih.

Masa nak beli tiket wayang, actually nak tengok Narnia. Masa nak beli tiket tu, movie Narnia ada yang pukul 8.30 pm jer. Tapi dah full. Ade seat depan jer. Taknak lah duk seat depan kan. Giler tak best. Camtu pun aku rasa macam nak marah & moody ngan dia. Rasa nak salahkan dia, sebab keluar tengok wayang lambat. Sedangkan aku yang terhegeh2, dah petang baru nak keluar. Bersiap pun lambat, sampai dia yang kena tunggu aku.

Masa nak lintas jalan kat depan City Square pegi Restoran Hasyima, ada sorang aunty ni lintas jalan tak tengok depan. Ape yang dia tengok ntah, sampai hampir terlanggar aku. Aku jadi hangin dan membebel2 sambil lintas jalan. Pastu Encik Kuneng cuba la tenangkan aku & cakap : alahh.orang tua..& bla bla bla... Tu pun aku boleh merajuk sebab aku rasa macam dia nak bertekak ngan aku.

Dan macam2 lagi la adegan2 aku moody. HadOoiii...teruknya aku nih. Aku rasa macam aku ni bukan diri aku yang sebenar (paham tak?). Seriously rasa bersalah. Dah la lama giler tak jumpa dia, dah la sekarang ni dah susah nak jumpa. Boleh plak aku berperangai sangat buruk camnih.

Nasib baik time tu dia boleh sabar. Cuba kalo time tu angin dia pun tak ok? Huh, confirm la aku plak yang nanges. Kalo dia yang moody, lagi teruk tau. huahuaa~ ;DD

Ok tak payah nak burukkan dia kat sini.

Kita manusia yang hidup secara bertamadun ni (apekah? ;p) perlu lah mengakui kesilapan dan memohon kemaafan kalau sudah melakukan kesilapan. Kan? Dan yang penting, aku dah mintak maaf.

Alasan berperangai buruk : PMS.

Period pain, PMS, moody, semua benda macam tak kena. Seriously.

Btw, happy 3 years & 8 month's. :)



*p/s : sila jaga hati pasangan anda ibarat menatang minyak yang penuh ketika dia sedang PMS (dan juga hari2 ketika dia tidak PMS). sekian terima kasih. ;D


.

2 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

aku suke patrick..hehe

Nini Mohd said...

patrick pon comel kan. & kadang2 lagi sengal dari spongebob. huhu~ ;D