Saturday, December 4, 2010

new blog header

Kebosanan. Walaupun tersangat penat. Aku jalan2 kat blog aku. Pastu jalan2 kat blog orang. Pastu aku realize yang header blog aku ni dah bertahun2 tak tukar. Sejak aku kat universiti. Dah 2 tahun kot. Gilenyer lama. Gambar yang aku guna tu kiranya gambar zaman muda aku la. Ketika masih kurus. Sekarang dah tua kot. Dan dah gemok! Muka pun makin bulat. Ok dah.

So, aku buat header blog yang baru. Saje nak hilangkan kebosanan.


header yang lama



tadaaa....ni header baru



Okay. Aku tau header tu buruk. Dan memang aku tak pandai edit2 gambar untuk buat header. Tak pandai guna photoshop, atau ape2 lah software untuk edit2 nih. In fact, aku takde pun software yang advance2 camtu. Yang aku tau, photoscape jer. Ok dah, stop merepek.

Takpe la walaupun buruk. At least header tu dah tukar dan letak gambar terbaru, gambar zaman tua nih. And yang penting, aku tak bosan ngan blog aku sendiri. Haha~

Tadi masa tengah edit2 ni, Encik Kuneng hantar MMS.

Gambar aku masa kitorang keluar sama2. + "i miss you".

Ishhh...buruk tol gambar tu! Saje nak kacau aku kan. Dah la time tu tengah merajuk ngan dia.

Baru jer nak reply suruh dia delete gambar tu, dia call. Taknak angkat. Nak merajuk lagi la konon. Tapi kalo tak angkat, lagi teruk gadoh kot. Rindu jgak nak dengar suara dia.

Pastu bergayut berjam2. Rindu2an la konon. Pastu gaduh2 lagi. Ntah berapa kali aku marah2 dia tadi. Jahatnye aku nih.

I'm a bad girlfriend isn't it? '~'

Tak. Awak lagi jahat!


p/s: dah lama tak bergayut lama camtu ngan dia. maybe sebab dah duk jauh skrg nih. banyak sangat benda nak cerita, nak tanya, nak discuss. so, semua kena cakap kat phone jer. hmm... :'[


.

No comments: