Thursday, December 16, 2010

JPJ test! (part 1)

* sekarang baru nak update? ish~ ishh~~

Biase la, aku kan wanita berkerjaya *cewah. Ketidakcukupan masa untuk meng-update blog. Seriously, busy giler kot dua tiga hari ni.


14.12.2010.

Hari yang dinanti-nantikan dan juga hari yang ditakut-takuti dan dirisau-risaukan. Haihh~~

Masa last belajar kete hari Ahad aritu, Cikgu aku cakap dia akan datang ambik pukul 6.45 pagi untuk JPJ test ni. Yer, 6.45 pagi! Waduhh~~ aku dengar pun dah rasa macam sangat terseksa kan. Pukul brape lah aku yang susah bangun pagi ni nak bangun nanti? Dah la bersiap lembab macam nak mekap 14 inci, pakai baju lawa2 segala. Padahal just pakai bedak + lipstick & pakai simple2 jer.

Tapi disebabkan Cikgu tu cakap dia nak ambik dua orang lagi student kat Taman Universiti, pastu pegi hantar sorang budak yang nak ambik test undang2 kat JPJ. Sebab tu terpaksa keluar awal. Baik lah Cikgu. Walaupun dalam hati aku nih penuh kerisauan memikirkan sama ada boleh tak aku tercongok kat tepi jalan tunggu Cikgu tu pukul 6.45 pagi. Biasanya dia ambik pukul 7.15, 7.30, 7.40 pagi. Paling awal pukul 7.00.

Okay, so tibalah hari kejadian. Malamnya aku tak boleh lelapkan mata. Tido2 ayam jer. Kejap2 tersedar. Akhirnya aku terbangun pukul 4.30 pagi! Terus tak boleh tido. Mungkin sebab aku risau sangat kot. Semuanya gara2 aku takot dapat kete yang clutch + brek + minyak dia lain giler masa test nanti. Semuanya kerana aku try kete Kancil masa belajar hari Ahad (last class). Lepas tu terus risau sampai la hari test tu.

Masa bangun pukul 4.30 pagi tu, aku terpikir - nak mandi terus ke tak nih? Sejuk giler wooo~~ So, aku panaskan air. Yer, umah aku takde water heater kat dalam bilik mandi. So, terpaksa la panaskan air dengan cara tradisional - pakai jug letrik. Well...takde la tradisional sangat kan. Hehe~

Pastu rasa macam awal sangat la plak nak mandi. So, aku cuba la lelapkan mata dulu. Godeh2 Facebook kjap. Dalam pukul 5.15 camtu la aku tido balik. Pukul 6pagi, aku bangun. Terus mandi & siap. Tiba2 pukul 6.36pagi, Cikgu aku call. Dia dah tunggu kat bawah! Aiyarkk~ awal betol la. Janji pukul 6.45. Haishh~~ ape lagi, kelam kabut la aku bersiap.

Sepanjang perjalanan nak ke tempat test tu (kat tempat sama ngan aku belajar je), punya la nervous macam hape. Perasaan aku masa tu macam nak menuju ke dewan peperiksaan. Teringat kat zaman Universiti dulu. Tapi rasanya nak pegi exam kat U dulu pun takde nervous camni.

Dalam kete, Cikgu aku bukak Hot.fm. Dengar panggilan hangit. Kelakar. Terkena jugak abang Sabah nih. Sampai hati isteri dia kenakan dia. Huhuu~ Gelak2 sket. Ok, terhibur jugak hati aku yang tengah nervous nih, kurang sket gemuruh. Kot.

Sampai kat kawasan Plaza Angsana - Bandar Baru Uda, jalan jem giler. Lagi bertambah ketakutan aku nih. Jalan jem! Ni la jalan yang aku kena lalu. Camane test nanti? Kalau enjin asyik mati je camane? Ishh~~ giler takot. Aku nih bukannye tau bawak kete. Nak buat imbangan clutch + brek + minyak kat jalan jem camni lagi la aku loser! Waaa~~~ Takmo fail!!!

Tiba la di tempat ujian...


. . . . B E R S A M B U N G



*p/s : sori la cite ni memang panjang sket. Saje nak merakamkan semua detik2 nervous aku. Untuk kenangan, memori dan untuk gelakkan diri sendiri di masa depan. ekekekee~~ ;DD


.

No comments: