Friday, December 31, 2010

thank you for this public holiday :)

Happy holidayyy all...!!!

Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia kerana telah berjaya merangkul kejuaraan untuk Malaysia, dan berjaya memberikan satu lagi cuti umum kepada rakyat Malaysia. Walaupun aku tak berapa minat bola, tapi sebagai rakyat Malaysia, kena la ada perasaan bangga, walaupun sedikit, kan.

Dan yang penting.....dapat cutiiiiiiiii~~ Wahh..itu lah sebenarnya yang ditunggu2. Wakakaa~ ;DD

Huihh..semalam semua orang kat office berteka teki :
dapat ke cuti esok (harini)?


Walaupun Najib dah umumkan cuti umum untuk harini, tapi kalo big boss tak nak tutup office dan announce yang harini kena keje, so cuti umum yang Najib bagi tu takde makna lah. Kat office tu, big boss kitorang lagi berkuasa dari Najib tau. Yang penting, bukan Najib yang bagi kitorang gaji. Begitulah perumpamaan-nyer.

Ape kau ingat senang ke office tu nak close? Ingat big bos nak layan ke cuti2 umum yang tiba2 macam tu? Sedangkan masa Almarhum Sultan Iskandar mangkat pun, office tak close yer you ols. Sedangkan masa tu (hari Sabtu) dah di umumkan sebagai cuti, dan semua jenis perniagaan pun tak boleh beroperasi. Semua orang yang datang office haritu bengang jer lah. Nak balik, takot kena tolak gaji. Terpaksa la stuck kat office dengan perasaan tak puas hati. Pastu semua tak buat keje. Tanda protes lah konon2. Tiba2 rasa kebajikan kami staff2 nih tak dibela dan telah diabaikan. Nasib baik lah Sabtu keje halfday jer. Uuppssss~~ banyak plak ter-sasul dan ter-cerita pasal office. Bukan niat-ku untuk memburukkan. Tapi kenyataan. ;)

Ok dah, balik pada topik.

Beberapa hari sebelum ni ada timbul persoalan :
hari Sabtu ni office tutup ke tak?


Sebab ape? Sebab hari Sabtu kan 1st Januari 2011. Satu Malaysia cuti kalo 1st Januari, kan. Kecuali Johor nih. Sebab tu la semua orang berteka-teki, sama ada big boss nak close office ke tak. Lagipun Sabtu kan half day jer. Takkan taknak close dan bagi staff rehat hari pertama tahun baru, kan? Aku sebenarnye tak kesah pun hari Sabtu office close ke tak. Sebab aku tak keje Sabtu ni.

Pastu our boss (bukan big boss) buat announcement :
We will close on Saturday only.


Dengar ayat pertama tu jer, semua orang dah bermuram durja macam baru break ngan pakwe/makwe (eh, apekah? ;p).

Pastu boss sambung :
Yang kena keje hari Sabtu ni kena ganti hari Sabtu minggu depan.


Aku dah bengang coz tak dapat cuti hari Jumaat, sedangkan Najib dah umumkan cuti umum :
what the %&$#!!!


Pastu boss sambung lagi :
Tomorrow public holiday.


Waahhhhhh...!!!!!

Masa tu semua orang bersorak macam sorakan masa Malaysia jaringkan gol!!!

Wakakaa~ semua dah terkena. Saje jer boss tu nak buat semua orang sedih & takde semangat. Tapi takpe. Yang penting, dapat jgak cuti harini. Ada jugak la peluang untuk aku rehat dan tido puas2 harini.

Terima kasih skuad bola sepak Malaysia. Dan terima kasih boss & big boss. =)


*p/s : takde-nyer boleh rehat puas2, aku ade misi penting harini. misi yang telah tertangguh selama hampir 5 bulan (kot).


.