Tuesday, December 28, 2010

Exchange Gift SANCO kembali lagi!

Every year setiap kali menjelangnya hari Krismas, office aku ada buat Exchange Gift. Biasa la office nih banyak betol plan, buat itu, buat ini. (err~ banyak ka?). Dan sekarang ni, Exchange Gift kembali lagi.



saya mau hadiah!



Camane Exchange Gift tu?

  1. Semua orang kena cabut undi, tengok lah nama sape yang kitorang dapat (lawyer, kerani, receptionist, account, despatch, boss, big boss).
  2. Belikan hadiah untuk orang tu. *huiii~~ kalo dapat nama big boss, berpeluh lah kau nak belikan hadiah untuk dia. hahaa~
  3. Hadiah mestilah berharga tidak kurang dari RM10, supaya adil untuk semua pihak.
  4. Kalo nak suprise, pandai2 la rahsiakan nama sape yang kitorang dapat. Sampai la hari Exchange Gift tersebut.
  5. Pada hari Exchange Gift, akan dimulakan dengan big boss. Dia akan announce nama sape yang dia dapat, pastu bagi hadiah kat orang tu. Contoh : Big boss dapat nama si A dan bagi hadiah kat A, pastu si A plak kena announce dia dapat nama sape, then bagi hadiah kat orang tu. Then rantaian tu berterusan sehinggalah habis semua staff dalam SANCO nih.

Haha~ memang best dan excited. Yang penting, semua orang happy haritu.


pada hari kejadian, memang banyak longgokan hadiah yer.
dengan wrapping yang bermacam2 dan comel2 plak tu.



Sesi Exchange Gift kali ini akan diadakan pada 05.01.2011. Haa...lambat sket yer. Hampir dua minggu selepas Krismas. Terpaksa diadakan lambar sket sebab ramai yang sedang bercuti sekarang ni. Kena la semua staff ada, baru best kan. InsyaAllah aku akan update pasal sesi Exchange Gift tu.



owhh~~ saya dapat hadiah! excitednya saya~~
*sambil mulut terlopong camni. ;D



Ini dah tahun ke-dua aku kat sini (kot. Krismas ke-2). Tahun lepas aku dapat hadiah beg (tas tangan) dari Clerk Litigation. Dan aku bagi hadiah Diari 2010 kat Despatch lelaki. Haha~ memang tak kena langsung hadiah yang aku bagi. Memang aku takde idea nak bagi ape. Lagi plak orang tu lelaki, memang otak aku totally kosong, takde idea. Kalo pompuan, ok gak. Banyak hadiah yang comel2 dan hadiah yang naluri ke-perempuan-an aku nih boleh fikir.

So, aku amat berharap lah untuk tahun ni, aku dapat nama perempuan plak. Dan nasib baik, aku betul2 dapat nama sorang perempuan. Sorang akak Clerk kat Conveyancing. Ciri2 akak tu camni :-
  • Perempuan (dah aku mention akak, op koz la perempuan)
  • Umur 30-an kot
  • Isteri orang merangkap mak orang
  • Bertudung
  • Up to date jugak la orangnye, kemas je cara dia dress up
  • Comel


Punya la nak sangat dapat nama perempuan. Haa...skali bila dah dapat, takde idea la plak nak belikan hadiah ape. Mengong lah.

Tudung? Brooch? Kain pasang? Shawl? Purse? Jewelery? Ape?? Aku tak tau la dia suka ape. Dan aku tak pernah pun perhatikan dia dan apa yang dia suka. Maklum lah, aku nih bukannye jenis manusia yang suke perhatikan orang.

Kamu kamu dan kamu. Ada idea tak? Tulun la aku yang ketandusan idea nih. xP



*p/s : excited nak tau sape yang dapat nama saya dan hadiah apa yang bakal saya dapat.




tak kisah kecik ke besar, wa terima dengan hati (tangan) terbuka.
*dalam hati : mengharapkan sesuatu yang best. ;p




*p/s lagi : ape motif aku letak gambar hadiah banyak2 dalam entri nih?



.

No comments: