Petang semalam Cikgu Tajudin SMS : Murni lesen dan siap bila nak ambik britahu (SMS tu memang takde noktah ok)
Aku macam : hah, dah siap? cepatnye!
Dalam hati bersorak : Yayy!!!!
Tapi malangnya aku tersangat busy kat office dan tak sempat balik awal untuk ambik lesen tu dengan Cikgu. So, Cikgu tu hantar pagi tadi, pukul 6.55 pagi. Awalnye pakcik nih. Janji pukul 7.00 pagi.
Cikgu tu hantar lesen P sekali dengan lesen L. Sebab masa pulangkan borang lepas test JPJ aritu, aku bagi terus skali ngan lesen L. Yerlah, aku ingatkan sebab dah nak apply lesen P, lesen L tu kena pulangkan balik la kan. Tapi lepastu Cikgu aku cakap, lesen L boleh pakai lagi kalo aku nak buat lesen moto plak. So, dia akan pulangkan lesen L tu untuk aku nanti. Of coz la aku nak lesen L tu kan. Untuk simpan buat kenangan jer. Nak buat lesen moto? Haihh~~ jangan harap lah. Naik moto reti la, nak bawak moto...hampeh lah. Nak buat lesen moto....jauh sekali. ;p
lesen L tetap di simpan sebagai kenang2an. :)
Masa isi borang untuk apply lesen P aritu tu aku bagi gambar yang aku guna untuk buat passport. Gambar yang macam endon tu. Memang buruk giler. So, tak payah la snap lesen P tu dan upload kat sini, kan. Dah la buruk. Pastu nanti plak orang cakap - eleh. kepoh jer lebih. macam kau sorang jer yang ada lesen. aku ada lesen kapal terbang tau.
Eleh. Ade aku pedulik korang nak cakap ape?
Ok dah.
Actually aku macam tak caye jer aku dah ada driving license sekarang nih. Bila aku kenangkan & ingatkan balik, baru aku sedar, betapa tabahnya aku melalui proses nak mendapatkan lesen nih. Tak tau la kenapa aku rasa camni. Biar aku sendiri jer yang paham perasaan ni.
Haritu buat keputusan untuk ambik lesen pun terburu2 jer. Dah la aku risau takot takde masa nak baca buku untuk test undang2, takde masa nak masuk kelas dan belajar memandu. Maklumlah, wanita berkerjaya lah kata kan *konon.
Syukur alhamdulillah hari2 aku dipermudahkan sepanjang aku dalam proses nak mendapatkan lesen ni.
Aku berjaya baca buku KPP untuk ujian undang2 sampai habis 500 soalan. Aku berjaya lulus ujian undang2 'with flying colours' *cewah* dengan hanya sekali test dan mendapat markah penuh 50/50.
Aku berjaya memahami dan mempelajari camane nak bawak kete manual, walaupun sebelum ni aku rasa sangat susah untuk memahami dan belajar memandu kereta manual. Aku berjaya juga drive kereta, walaupun sebelum ni aku rasa sangat mustahil untuk aku boleh memandu kereta, apatah lagi kereta manual! Dan yang paling penting, aku berjaya juga drive kereta, walaupun sebelum ni stereng kereta pun aku tak pernah sentuh! Yer, aku masuk driving school ni dengan 'zero'. Yang mana satu clutch, yang mana satu brek, yang mana satu minyak, macam mana nak tukar gear, semua la - semua aku tak tahu. Serius nih.
Aku berjaya lulus test JPJ dengan sekali test sahaja. Walaupun aku baru sahaja belajar memandu. Aku berjaya pick-up yang cikgu ajar, walaupun aku hanya dapat masuk driving class pada hujung minggu sahaja.
Aku berjaya mengharungi semua ini. Walaupun sebelum ni aku tak rasa yakin dengan diri sendiri.
Ok, dah. Cukup2 lah dengan ayat berjaya tu. Ade plak yang nak muntah kang.
Tapi kan, memang aku bersyukur sangat2 dengan apa yang aku dah lalui ni. Alhamdulillah...
Tak sia2 la aku meng-hitam-kan diri yang memang dah hitam ni time belajar kete tu. Serius nih, memang jadik gelap lepas belajar kete. Sebab cuaca memang panas giler. Pastu kat litar jalan tar. Memang terasa la bahangnya. Aku pakai tudung masa belajar kete. Mekap pun tak Ape kau ingat ade masa ke nak vouge2, nak jaga rambut yang panjang nih time belajar kete tu? Tak payah la. Konfirm lepastu jadik selekeh gila. Dah la berpeluh2. Confirm mekap jadik cair. Terus jadi buruk giler. Ok dah.
Aku pakai tudung syria, tak pun shawl. Jadi, memang nampak la kesan hangus kat pipi dan juga kat dahi aku nih. Huh, dah la hitam kan. Tambah lagi hangus. Tapi takpe, tak sia2 la jadi hangus. Sun-burn tu bukti aku gigih belajar sampai lulus. Hehee~ ;p
Akhirnya, satu item di Wishlisht aku kat sebelah ni ------------>
berjaya di-strikethrough.
Happynyer dah dapat lesen. Dah boleh drive dah nih. Tapi apa gunanya ada lesen kalo takde kenderaan yang boleh dipandu? Tau takpe. So, bila pula kenderaan itu akan ada? InsyaAllah, kalo ada rezeki..ada la. Secepat yang mungkin. Harap2 satu lagi item dalam Wishlist aku dapat di-strikethrough dalam masa terdekat ni. Amin... :)
.
2 comments:
i follow your kitty-cute-blog :) nice blog
hye syaja.
thanks dear.
follow u back. :)
Post a Comment