Showing posts with label Celcom Broadband. Show all posts
Showing posts with label Celcom Broadband. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Celcom cekik darah

*tajuk nak provoke jer"

Tengahari tadi aku call akak aku kat kampung. Masa tu aku check, kredit aku tinggal RM5 lebih la. Tengah borak2 ngan akak aku, terputus plak line tu. Aku check balance kredit, tinggal RM0.09 sahaja! Sedangkan masa berbual hanyalah 3 minit dan beberapa saat! Dan akak aku tu pun guna nombor Celcom!

Maksudnya, caj RM5 dikenakan untuk masa berbual selama 3 minit? 

Walaupun panggilan Celcom ke Celcom? 

Ape kau ni cekik darah ke ape?



it's in your POCKET.



Kau nih memang cekik darah lah. Dah lama tau aku pakai nombor Celcom nih. Dah 6 tahun kot. Tapi aku rasa tak nampak apa ganjaran yang besar pun ngan Celcom nih. Dulu pernah pakai Maxis. Kalo topup, dapat kumpul point (lupa plak nama dia). Pastu boleh tebus mata ganjaran tu. 100 point boleh tebus RM1. Tak tau la sekarang ni ada lagi ke tak. Sekurang2nya kalo topup, ada jugak la hasil yang akan datang balik kat kita. 

Kalo Celcom? Kau topup, tak dapat apa2. Tapi kalo kau topup sebelum tamat tempoh "expired" kredit yang sedia ada, maka akan dapat tambahan 5 hari tempoh tamat. Setiap kali kredit dah dekat2 nak expired date, nanti Celcom akan hantar SMS untuk suruh korang topup sebelum tamat tempoh, konon2 untuk dapatkan 5 hari tambahan tempoh tamat. 

Actually, tu la taktik diorang untuk pujuk korang untuk habiskan duit kat topup.

Bagi aku la kan, lagi best kalo dapat point everytime kita topup, daripada dapat tambahan/lanjutan tempoh tamat. 

Dah la mahal, tak banyak bonus plak tu. Kalo setakat nak bagi loyalty bonus (free SMS) seciput, dan hanya boleh SMS, pastu ada tempoh masa untuk guna bonus tu, memang menyakitkan hati. 

Birthday bonus?

Memang bagos. Tapi macam biasa la, untuk SMS & call nombor2 dalam 8pax.

Mula terfikirkan cadangan Encik Kuneng haritu, untuk tukar ke nombor Maxis. Dia pun ada merungut & cakap Celcom mahal.

Ok lah. Kalo aku nak senaraikan semua keburukan Celcom ni, memang tak cukup masa dan ruang. Lain kali kita sambung lagi yer. ;)

Friday, December 31, 2010

rekod terbaek saya setakat ini



Rekod (penggunaan broadband) terbaek aku setakat ini.

Yeaaa....sudah melebihi limit. Huh. Terbaek lah sangat. Ni first time jadik camni, sejak aku jadi pengguna broadband (dah satu tahun dua bulan).

So, terpaksa tunggu tanggal 1 January untuk mulakan hidup baru. Eh apekah? Untuk mulakan bulan baru dan penggunaan yang baru, bukan untuk mulakan hidup baru *jangan nak start merepek*. Tak dapat nak blogwalking buat masa ni.

Sabar yer cik Nini. Tunggu sejam saje lagi. =)


degil ekau ni eh. dah limit pun nak connect jgak!
*yerlah, untuk post satu entri jer :[




*p/s : tertanya2 juga apa kesan over-limit ni pada bill aku. Maklumlah, aku nih buta broadband. Hanya tau cucuk pada USB port, connect to internet dan online puas2. pastu tiap2 bulan, bayar bill. yang lain2, tak tau.


.

Tuesday, December 28, 2010

AMARAN! Broadband limit is approaching!



Terkejut den bila tiba2 muncul amaran nih. Ape yang aku buat ngan broadband nih sepanjang bulan ni sampai dah hampir 5GB? Oh. mungkin aku banyak download men-download. Mungkin sebab aku selalu on (connect) internet, walaupun tak guna pun. Dan mungkin juga sebab aku selalu tertido depan laptop dan laptop serta internet ter-on sampai ke pagi. Itu lah nikmatnyer bila online sambil berbaring di atas tilam yang empuk bertemankan bantal busuk dan selimut hangat.

Dan aku tak tau lah kenapa laptop nih tak boleh automatik stand by kalo aku tak guna. Tak tau kenapa, dan tak tau nak buat camana. Sungguh aku tak paham ngan laptop nih. Mengong. Uhh..tapi aku tetap bersyukur. Walaupun ini hanya laptop pinjam kepunyaan kakak, sebab laptop aku rosak dah beberapa bulan dan sampai sekarang masih belum repair. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

Ok dah. Berbalik pada topik.


perghh~~ dah nyawa2 ikan dah rupanyer~




time-base ok lagi kot



Rasanya jarang2 jer kot aku guna broadband sampai hampir approach limit. Aku rasa ini kali kedua kot jadi camni. Mungkin kali ketiga. Kadang2 usage aku tak sampai separuh. Yang jadi hampir approach limit tu bila aku banyak download men-download.

Tapi apa jadi kalo terus sampai limit? Korang pernah tak sampai approach limit? Apa yang jadi ngan broadband ni ha? Aku tak pernah mengalami kejadian sedemikian rupa. Nak tau jugak. Tapi tak berani buat eksperimen sendiri. huahuaa~ ;p

So sekarang ni, dah tak boleh terlalu kerap online sehingga 1haribulan Disember muncul. Blogging bagaimana pula? Nak post entri baru? Nak blogwalking dan comment kat blog blogger2 lain? Oh, kalau nak post entri baru, aku klik jer "New Post". Pastu disconnect dulu connection broadband tu. Then mulakan menaip. Nak siapkan entri makan masa gak wooo~~ (kalo entri merapu2 dan meleret2). So, terpaksa la jimatkan usage macam tu.

Kalo nak blogwalking pun camtu jgak. Click dulu kat blog tu & biarkan loading sampai habis. Lepastu baru disconnect & baca la sampai habis. Huhuu~~ sadis kan kehidupan internet aku sejak sehari dua nih.




p/s : pada rakan2 yang tak sempat saya nak blogwalking tu, sori sangat2. harap paham dengan situasi sekarang. nanti saya blogwalking sampai lebam k. hahaa~ ;DD


.