Showing posts with label It Roo Cafe. Show all posts
Showing posts with label It Roo Cafe. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Berbuka puasa @ IT Roo Cafe | 2 bulan

Berbuka puasa ngan Encik Suami. Ini pun dah lama, almost two weeks ago. 31.07.2012. Maklumlah, sejak akhir2 ni memang takde mood + takde masa nak mengupdate blog. Hehee~


Kebetulan haritu aku keje, nak masak macam tak sempat. Then, nak celebrate our 2nd month. Sebenarnye bukan celebrate sangat pun. Niat just keluar makan2 jer.


So, ajak ler Encik Suami berbuka kat luar. Disebabkan laki bini ni duk mengidam nak makan western (Encik Suami teringin nak makan lamb/mutton chop and aku plak nak makan chicken chop), so kitorang pilih tempat yang dekat ngan office. Lagipun lepas tu nak hantar Encik Suami pegi airport. So, tak payah membazir masa pegi cari tempat berbuka yang jauh2. hee~


Kitorang sampai kat IT Roo Cafe tu awal lagi, around pukul 6.30ptg. Waktu berbuka 7.19mlm. Lepas order and reserve meja, kitorang jalan2 dulu. Kalo tak reserve meja, jangan haraapppp nak bukak puasa kat sini.


Masuk kedai bundle depan IT Roo Cafe. OMG, banyak baju cantek2. Tapi kena tahan nafsu. Sila window shopping sahaja. -.-




Suasana dalam kedai tu memang agak 'romantik'. *kunun*


 Aku suka dress2 yang kat depan ni.
Serius cantik! Vintage sangat.
Rasa macam nak borong jer semua.
Tapi saborrr jerlah. *urut2 dada*

 



 Harga pun boleh tahan lah. Ada yang murah. Ada yang mahal sikit.









Belek2, tapi tak beli ponnn. hahahh.


Pastu nak pegi Bazar JB. Tapi mana la gerai2 kat situ bukak lagi. Kan awal lagi. Diorang baru tengah pasang khemah & susun barang.


Dah dekat2 waktu berbuka, balik la ke IT Roo Cafe tu. Sambil tunggu waktu berbuka, ternampak ni ---->>>




 Newly weds tengah buat post-wedding kat sebelah cafe tu.



Alololooo~ sweetnyer kitorang tengok chinese kapel tu. Serious comel. Mesti tema post-wedding tu vintage/oldies, kan. Tengok pakaian diorang, & pos-wedding pun kat tempat camni.


Ok, meh layan gambar makanan pulakk~



 Kacang & kurma.




 Mutton chop.
Encik Suami punyer.



[the best] Chicken chop [in town].
Mine.
Extra mushroom sauce (dalam bekas kecik kat hujung belah kiri tu~).



Aku kalo makan kat sini, confirm akan mintak extra mushroom sauce. Sebab rasa macam tak cukup jer mushroom sauce yang ada dalam pinggan tu. Serius sedap!



 Encik Suami - Sirap bandung.
Me - Sirap bandung soda.  



 Jemput makannnn~



The best chicken chop in JB.
Must try.
Sangat best. Serius.



Pastu pegi hantar Encik Suami kat Senai airport. Cuti dah habis, Encik Suami nak balik Selangor.  Sobs~ T_T


31.07.2012.
2 bulan sebagai suami isteri.


Errr...sebenarnye keesokan harinya (1st July) baru cukup 2 bulan. Tapi sebab Encik Suami kena keje esoknye, maka tak sempat la celebrate our 2nd monthsary. So, celebrate awal sehari. Itu yang buka puasa kat luar haritu. Bulan sebelum ni (our 1st month), aku masak jer untuk dia. Hehee~


Ok bye. ;)
.

Tuesday, July 19, 2011

IT Roo Cafe. Buka puasa.

Assalamualaikum semuaa~ 


Tetiba rasa cam gedik. Hahaahh~ ;p 


Semalam pegi makan kat IT Roo Cafe. Teringin sungguh nak makan "the best chicken chop in JB" tu. Maybe sebab dah lama tak makan kat sana. Macam mengidam pulak.  Sebenarnya aku puasa. Ni memang betul2 mengidam nak bukak pose ngan "the best chicken chop in JB". Hehee~ 


Kebetulan Encik Kuneng balik JB. Apelagi, ajak la dia pegi sana. Lepas ambik Encik Kuneng kat Larkin, terus aje pegi IT Roo Cafe. Masa sampai kat sana, dah agak lambat. Masa on the way pun dah time bukak pose. So, buka jerah ngan apa yang ada. Takpe2, dugaan orang pose. Kan? =) 




Tengah tunggu makanan sampai. 
*Encik Kuneng nih buat muka pulakk~


Milo ais. Aku punyer.
Iskk~ memang dasar kaki-milo. 
Pegi mana2 pun mesti order Milo ais. 


Teh ais limau. Encik Kuneng punyer.


Grilled beef stick. Encik Kuneng punyer. 
Whoaaa~ memang sedap enak sungguh. 
Highly recommended. =) 
Serius, tak tipu. Rasa macam nak habeskan jer semua. Walaupun beef stick ni Encik Kuneng punyer. Tamak haloba sungguh awek nih. ;p



Grilled chicken chop with mushroom sauce. Aku punyer.
Ini lah dia "the best chicken chop in JB". 
Yang ni pun lazat hingga menjilat jari.


Akhirnya dapat jugak bukak pose ngan chicken chop kat IT Roo Cafe. Maklumlah, lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Nanti dah tak boleh mengidam macam ni dah. Time bulan pose nanti kita layan makanan yang hanya dapat bulan pose jer lah kan. =)




Ok bye~ 



.

Tuesday, May 3, 2011

"the best chicken chop in Johor Bahru". perghh~

Lepas buat surprise yang takde la surprise sangat untuk Encik Kuneng dan lepas makan sikit kek yang penuh ngan buah dan sangat lazat tu, aku bawak ler Encik Kuneng pegi makan kat IT ROO CAFE. Actually bukan aku yang bawak, aku just tunjuk direction jer. Encik Kuneng yang bawak aku pegi sana. ;p 

Aku pernah makan sekali jer dulu kat sini, pastu terus pasang niat nak bawak Encik Kuneng pegi makan kat sini. Maklumlah, kalo dulu time dia duk sini, selalu jer jalan2 cari makan ngan dia. Tapi sekarang dah jauh, jarang2 jer dapat jalan2 cari makan ternak lemak sama2. So, bila dah jumpa tempat makan yang best, mesti la nak bawak dia melantak kat situ jugak. ;D

Oh, IT ROO CAFE ni memang terkenal ngan chicken chop dan dikatakan "the best chicken chop in JB". Seriously, chicken chop kat sini memang best. Harga pun reasonable jugak la. 





Yeaahhhhh...mari lah menternak dan membiakkan lemak yang dah makin membiak2 nih. 



Grilled chicken chop with mushroom sauce
Perrghhhh~ lazat berkrim disukai ramai. 
Aku ngan Encik Kuneng order makanan yang sama.
Saje aku nak dia rasa chicken chop yang lazat nih.


[kanan] Iced Cappuccino. Encik Kuneng punyer. 
[kiri] Hot Cococino (betul ke aku eja nih?). Aku punyer. 


Aku terpaksa order air panas. Sebab tengah selsema. :[ Tapi tetap curik ais dalam gelas Encik Kuneng untuk kurangkan panas Hot Cococino nih. Aku tak suka minum air panas sangat. Tak best + tak hilang dahaga. Kalau panas sangat, confirm aku takkan minum. Aku lebih suka air sejuk. Walaupun orang cakap tak elok banyak minum air sejuk / ais, ade aku kesah? huahuaa~ ;D



Makanan dah terhidang depan mata. 
Tapi Encik Kuneng agak busy.


Saya makan dulu la yer, awak. 
Tak baek biar makanan lama2 depan mata. Muahahaa~ ;D 



Buat2 muka chomel pulak. Sudah lah tu. ;p


Encik Kuneng : meh nak suap. 
;p 



Bestnyer menternak lemak, kan Encik Kuneng. 
Meh kita sama2 tambah berat badan, dan membuncitkan perut yang dah makin muncet nih. 
Muhahaa~ ;DD 


Hot Cococino. Best tau.


Iced Cappuccino. Pun best. 
Curik sket iced cappucino Encik Kuneng. ;D


Jalan Dhoby.


IT ROO CAFE nih kat Jalan Dhoby, JB. Best makan kat luar cafe jer. Lagipun time tu aku kurang sihat. Kang kalau asyik duk bersin2 dalam cafe tu, lari pulak customer kat situ. Muahahaa~ ;DD 



Saje jer buat muka mintak pelempang, kan? 
*huihhh...licin pinggan dia. tau la lazat hingga menjilat pinggan. huahuaa~ ;D


Ini pulak muka control ayu. 
Sebab dalam mulut penuh ngan potato. 
Senyum pun terpaksa jer. -.-
*ishhkkk...aku sendiri pun rasa geram ngan pipi aku. nape kembung kembang banyak lemak sangat haaa???



Senangnyer hati sebab dapat jalan2 carik makan ngan Encik Kuneng. Dan yang penting, Encik Kuneng pun cakap chicken chop tu best. Sampai dia cakap lain kali nak makan kat sini lagi. Tapi nak order benda lain pulak. Haaa..kan dah cakap. Tak sia2 aku introduce tempat ni kat dia. Lepas makan kat sini, terus pecut ke Senai Airport, sebab Encik Kuneng dah nak berangkat balik. Wuwuwuwwuuuuu~~ T_T  

Yang kat Senai Airport tu, aku update next entry la. Kang sangat banyak pulak gambar kat entri nih. Ini pun dah banyak dah. Huhu~ 


Ok bye~ 


.

Monday, March 21, 2011

IT ROO CAFE : "the best Chicken Chop in JB"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


*pehh~ mukaddimah dah macam nak baca berita.




Minggu lepas pegi jalan2 kat "butik B" kat Jalan Dhoby. "Butik B" adalah ringkasan atau nama panggilan yang agak class untuk kedai bundle. muehehee~ Ntah sape la yang start dulu ngan panggilan "butik B" nih. Either my boss, atau budak mokk (i.e. Roza yang memperkenalkan "butik B" kat Jalan Dhoby nih kat aku) yang bagi nama tu. 

Disebabkan masa pegi jalan2 kat "butik B" tu dah tengah bulan, so hanya dapat window shopping jerla kat "butik B" tu. wuwuwwuuu~~ T_T 

Dah puas menyeksa mata dan hati ngan pakaian2 yang cantek dan yang aku berkenan (especially skirt2 yang sangat vintage), si Roza nih ajak ler aku menternak lemak kat kedai makan kat depan "butik B" tu. Aku on jerla walaupun takde la lapar sangat. Katanya, kat situ makanan best. Chicken Chop dia "the best Chicken Chop in JB". 

Yeke? Kena try nih.




IT ROO CAFE.


Chicken Chop.
Perghh~ Perghh~ Perghh~~
Tak tau camane nak describe.
Memang the best Chicken Chop lah. 
Sos mushroom pun memang terasa. 
Kentang juga sangat lazat.
Roza ade mintak sos lebih. Cantek lah!


Bandung Soda.


Sape2 yang datang JB, memang kena try Chicken Chop nih. Rugi woooo kalo tak try. Sampai sekarang pun masih terasa kelazatan Chicken Chop tu. Yumyumyum~~ 

Kalo taknak try Chicken Chop ni pon takpe, ade banyak lagi menu2 lain. Tapi aku tak sempat try. Harga pun ok la, tak mahal sangat. Lepasni confirm aku pegi melantak kat situ lagi, dan menambahkan lemak2 yang dah sedia banyak kat badan aku nih.

Oh sorry, gambar2 diambil menggunakan kamera henfon yang tak seberapa ni. Suasana kat cafe ni plak "romantik" jer. So, gambar memang la tak clear. Chicken Chop yang lazat tu pun tak nampak menggiurkan. 

Sape yang nak pegi melantak kat sini? Jom aku bawak. Tapi korang belanja lah. Muahahaa~ ;DD *keji nyer aku nih. -.-

By the way masa nak parking kete kat Jalan Dhoby tu, ada sorang lelaki India datang kat kete aku mintak duit. Untuk upah jaga kete kat parking tu la kot. Sukeati dia jer nak mintak duit. Apa dia ingat parking tu dia punye ke? Itu parking MPJB, bukan parking kepunyaan dia. Aku buat bodo jer. Tapi dalam hati...punyer la cuak nak keluar dari kete. Masa kat dalam "butik B" dan masa tengah makan pun risau jer, takot lelaki tu "apa-apakan" kete sebab tak bagi duit parking. Huhuu~ 

Senang jer orang camtu cari duit. Kalo satu kete dia dapat RM2, dan kalo satu hari ada 20 bijik kete yang bagi dia duit, dah RM40 dah. Itu baru satu hari. Ambik untung cenggitu jer. Tak payah keluar modal. Ntah pape lah orang camni. Memang takde keje dan takde life. Dan sangat mengganggu orang ramai yang nak parking kat situ. Takde cara lain ke nak cari rezeki? Ni bukan kali pertama aku di-minta duit untuk parking - dari orang yang sama. Masa tu kat area Bazar JB. Terus aku blah pegi parking kat tempat lain. Dah la time tu aku sorang2 jer. Mane tak cuak. -.-'

Pihak berkuasa. Di mana anda?

Ok bye~ 

.