Showing posts with label Kluang Rail Coffee. Show all posts
Showing posts with label Kluang Rail Coffee. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Kluang Rail Coffee & Ayer hitam.

Hari Khamis lepas, outstation ke Kluang. Encik Tunang tengah cuti & dia balik JB. So, dia temankan.


Yeeaaayyyy~ dah lama tak ber-outstation ngan Encik Tunang. Teringat zaman susah dulu. Takde lesen, takde kereta. Masa tu Encik Tunang la yang tolong hantar pegi sana sini, pinjam kereta akak dia.


Sekarang alhamdulillah...walaupun takde la senang sangat, tapi ok la sebab dah ada kereta sendiri. Senang sket, sebab keje aku ni memang sentiasa kena outstation.


Masa sampai kat tol Skudai, orang PLUS tengah agihkan air botol.




Rezeki harini.
Tapi air berkarbonat la pulakk~
Aku tak suka minum air bergas. -.-



Lepas habis kes, pegi lunch kat Kluang Rail Coffee. Sebab Encik Tunang tak pernah makan kat situ, tu yang aku bawak dia pegi sana. Hajat hati nak bawak pegi Kluang Rail Coffee yang kat stesen keretapi tu. Tapi tutup pulak. So, kitorang pegi kat cawangan lain pulak, yang dekat dengan Jalan Pejabat Kerajaan (dekat round about).







Kopi susu ais.
Satu kemestian!



 Roti keping bakar.
Satu kemestian jugakk! ;p
Sangat rangup & yummyyy~



 Spagetti bolognese.
Aku punye.



Spaghetti with chicken & mushroom.
Macam lebih kurang jer ngan spaghetti aku, kan?




Ok, spaghetti ni sangat berminyak! Berkilo2 lah lemak kitorang ternak haritu. Erkkk~ [x_O]


Rasa spaghetti ni pun agak kureng la bagi aku. Then sempat beli 2 paket serbuk kopi. 1 paket untuk kakak aku kat kampung. 1 paket lagi untuk bakal ayah mertua. ;p


Then singgah kat Ayer Hitam. Beli few things untuk wedding nanti.




*p/s : lagi 18 hari ke hari itu. banyak lagi yang tak siap ni. ya Allah...permudahkan lah segala urusan kami.



.

Saturday, October 22, 2011

Breakfast at Kluang Rail Coffee. Dah halal, ok.

Minggu lepas (Rabu, 12.10.2011) aku pegi Pejabat Tanah Daerah Kluang. Ada land equiry, i.e. urusan kerja la. Ni first time aku pegi PTD Kluang. Siap tengok Google maps lagi sebelum pegi sana. Tapi bila dah sampai, pusing2 jugak. Huhuu~


Lepas settle kerja kat Pejabat Tanah, singgah kat Kluang Rail Coffee, kat Stesen Keretapi Kluang.


Dulu kecoh ngan isu tak halal, kan. Lepastu Jabatan Agama Islam Johor menjalankan operasi penyamakan kat cawangan Kluang Rail Coffee. Walaupun penyamakan bukan satu proses untuk memohon sijil halal, tapi at least boleh kurangkan rasa was-was orang ramai dan customer kedai kopi tu.





So, dah alang2 aku sampai kat Kluang, singgah la kat kedai kopi tu. Lagipun dekat jer ngan PTD. Walaupun sorang2, pedulik hape aku. Makan tetap makan. Walaupun kena makan sorang2.



Dari luar. 
Ada jugak customer muslim time tu. 




Kat dalam kedai.



Sijil halal dipaparkan kat kaunter. 




Meh kita zoom~ 



(Klik gambar untuk imej lagi besar) 
Haa...dah dapat sijil halal ea. 



Bagi yang masih was-was ngan status halal Kluang Rail Coffee ni, boleh check kat Direktori Halal Jabatan Agama Johor. Klik KAT SINI dan search "Kluang Rail Coffee" (mukasurat 7). Few months lepas kecoh isu tak halal, diorang dah dapat sijil halal. Tapi Kluang Rail Coffee cawangan Plaza Kotaraya takde pulak kat senarai tu, kan.




So, ape lagi. Aku order la makanan. Dah lapar giler time tuh. Masa tu around pukul 11am. Ni bukan lunch, tapi breakfast. Breakfast pukul 11pagi? Uhuu~





Nasi lemak. 



Sikit jer nasik lemak ni. Memang tak kenyang kalo makan sebungkus jer. Takpe la kan. Lagipun time tu nasi lemak dah tinggal sebungkus jer. Masa aku tengah makan nasi lemak ni, ada sorang makcik datang & nak makan nasi lemak jugak. Tapi dah abes dah. Kesian la pulak kat makcik tu. Sebab the last nasi lemak dihabeskan oleh aku yang tengah lapar ni. Ishkk~ aku ni bukan boleh tengok orang tua camtu. Cepat kesian. -.-



Roti bakar. 
Oh my, ini sangat sedap.
Seriously rasa macam tak cukup 1 keping nih. -.-



Kopi ais. 




All these cost me only RM3.70. Murah je,kan. Murah + sedap!


Actually ni kali kedua aku pegi makan kat sini. Kali pertama pegi tahun lepas. Kebetulan masa tu pegi wedding kawan kat sana. Member2 bawak la pegi makan kat kedai kopi tu. Masa tu belum timbul isu tak halal tu. Erk~




.

Saturday, October 16, 2010

Friend's Wedding & Kluang Rail Coffee

Sampai juga aku ke Kluang. Kalo bukan kerana wedding Pian, maybe aku tak sampai kot ke Kluang. Maybe lambat sket la. Ade urusan baru pegi.

Bestnyer tengok orang kawen Suke tengok kawan2 bahagia. Cuma diri sendiri jer yang tak bahagia. Erkkk....

Lepas wedding tu, pegi melepak kat Kluang Rail Coffee. Wowww...best giler menjamu selera di sini. Semua mantap dan menambahkan selera ku. Kat JB bukannye takde Kluang Rail Coffee ni. Ade jer kat Plaza Kotaraya tu. Selalu gak la lalu depan kedai tu. Tapi tak pernah plak terfikir nak masuk & makan kat situ. Setakat jeling2 jer. Heee~~ lepas ni konfem pegi la.

Ade yang ketagih dah ngan iced coffee kat situ. Aku pun ketagih ngan iced coffee ngn toasted bread dier. Tapi aku cuba bertenang jer. Hahaahh~~ ;DD


Pictures from One Stop Malaysia.



Ini lah dia Kluang Rail Coffee, the original one. Kat stesen keretapi Kluang. Kalo pegi kat JB, mesti tak sama, kan.




.