Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, April 11, 2011

good friends are like good bras

Ini bukan mukaddimah lucah :


They said good friends are like good bras. 

Hard to find. 
Supportive. 
Comfortable to be with. 
Always there for support.
Always lift you up. 
Makes you look better. 
And always close to your heart.




Alkisahnya...aku sebenarnya nak delete Facebook aku. Dalam dua tiga hari nih rasa macam dah malas nak ber-facebook lagi. Tapi tak boleh delete pulak. Dan aku rasa mungkin sebab ada fan page yang aku buat & Fesbuk aku nih admin. Sebab tu tak boleh delete account Fesbuk selagi tak delete fan page tu. 

Disebabkan tak boleh delete, so aku tukar nama jadik Tanpa Nama, delete profile picture, aku private-kan semua photo album, disable wall post, hide "post by me", dan pendek kata disable semua lah.

Pastu saje lah gatal tangan pegi ON-kan chat. Ape kejadahnyer disable semua kalau masih ON chat? Kahkahkahh~

Then semalam sorang kawan buzz. 

*know
*deleted
(sorry for typing error) 
Dengan pantasnya beliau bertanya.
Seorang sahabat yang mengambil berat tentang sahabatnya akan terus tertanya2 jika ada something yang tak kena. (Ntah pape jer ayat aku nih. Taktau nak susun ayat).
See..kalau dia bukan seorang kawan, adakah dia akan bertanya macm ni?
Kalau dia bukan seorang sahabat, adakah dia akan mengambil berat macam ni?
Jawapannya sudah tentu tidaaaaakkkk~




And here we goes.




Sebahagian dari chat yang telah di-cut, di-edit bahagian2 yang relevan,
Dan sebahagian dari nasihat menasihati, semangat-menyemangati (apekah?) 
Guys, jangan marah. It's just a girl to girl talk. ;) 
Our opinion. 
Kebebasan bersuara okeh. 
Sila ambil perhatian juga. Dan cuba fahamkan.
Renung2kan dan selamat beramal. *tetiba?





It's my babe, SOPHIE
Dari dulu dia memang selalu jadik tempat aku meluahkan  perasaan. So do I. ;p
I'm really appreciates her. :)
Dah lama dah tak chat ngan dia. And yes, we never meet up.
Even dah lama kenal, dari zaman Myspace lagi.
And I'm really hoping to meet her someday. :)





By the way, ini lah ghope Fesbuk mokcik. Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sempurna. 







Takde pape dah. Semua dah di-private-kan. 
Takde mood dah nak online Fesbuk lagi. 





* p/s : dalam ramai2 kawan, yang mana akan kekal ngan korang tak kira masa korang senang atau susah? Yang mana akan betul2 ambik berat pasal korang?



.

Tuesday, March 15, 2011

It's 15th March 2011

Good morning! 

Pagi ni bangun pagi...eh2, harini 15 Mac 2011, kan?


Masa tu macam2 lah yang orang cakap. Ada yang percaya. Ada yang langsung tak percaya. Ada jugak yang tak tau nak percaya ke tak, ada yang risau kalau FB dah takde hidup diorang akan bosan. whatdeheck la kan.

Hahaa~ pandai2 jer manusia yang buat cerita dan bikin huru hara kat dunia facebook-ing. Suka sangat buat khabar angin yang di reka2 sendiri. Meh pelempang diorang ramai2!



=

 =

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=







Dan harini juga hari lahir arwah Kak Roy (yang ke-43) yang baru meninggal 2 hari lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... 

Monday, January 10, 2011

Facebook Will End on 15.03.2011?


Hello bloggers and Facebookers!

Apasal hello Facebookers?

Yeahh..entri ni khas untuk Facebookers kat luar sana, especially yang memang fanatik giler ngan Facebook dan tak boleh nak berenggang dengan Facebook.

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15TH, 2011!

Aku percaya ramai yang dah tau pasal berita ni. Yang belum tau, sila buat muka terkejut sekarang!

Sila baca berita Weekly World News kat SINI.


“the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

Kesian kat Mark Zuckerberg. Mesti dia dah tak mampu nak handle semua tu lagi.

Tapi kalo yer pun dah taknak manage company tu lagi, kenapa tak jual jer instead of closing it? Aku sangat pasti, mesti ramai yang berminat nak beli. You can make a lot of money by selling it! Buang stress, dapat duit.

Tapi...boleh percaya ke FB betul2 nak tutup? Macam tak percaya pun ada kan. Mark Zuckerberg sangat bodoh dan akan dilabelkn sebagai manusia paling bodoh di dunia kalo dia betul2 tutup FB. Kalo dia jual company tu, aku percaya la jgak.

Kalo FB betul2 tutup nanti, boleh bayangkan tak apa yang jadi? Banyak jgak business, badan kerajaan, swasta, artis, public figure e.t.c yang bergantung kepada FB. Dan bagi kipas-susah-mati FB, mesti ramai yang tak boleh terima hakikat.

"what i'm going to do without FB?" It's okay. We still have Blogspot. muahahaa~ ;D


Whatever it is, dunia belum berakhir. Bak kata Mark;


"Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing."

Betul tu.

Bagi aku plak, ape perasaan aku? Well...sedih gak la kalo FB betul2 nak tutup. Walaupun aku ni bukannye selalu online FB tu, tapi kalo ada FB, at least ada la jgak rasa connected ngan kawan2. Especially kawan2 lama kat universiti dulu. Boleh tau perkembangan diorang. Diorang keje kat mana, dah nak kawen ke, dah ada baby ke.

Tiba2 jer terfikir : eh, nanti kat mana aku nak upload kad jemputan kawen aku & camane nak tag kawan2? Uiikksss? Eleh. Blah la kau. ;p

Haa..ada orang cakap, ada jgak Facebooker yang simpan gambar banyak2 kat FB, dan takde backup kat mana2 komputer or pendrive. So, cepat2 upload balik semua gambar yang ada kat FB tu yer.

By the way, macam2 cerita yang tersebar pasal berita ni. Klik kat SINI. So, tak tau la apa kebenarannya pasal berita penutupan FB nih. Dan dari Google tu juga, berita2 kat Weekly World News memang tak boleh dipercayai. So, tunggu jerla dapet kepastian dari sumber yang betul2 boleh dipercayai.

Rumors will spread. And people will take advantage of it. And maybe people who taking advantage of it are people who started that rumors?



*p/s : kalau FB betul2 tutup, kaki2 Myspace yang beralih arah kepada FB dulu boleh la balik kepada Myspace semula. online balik account MS awak yang dah bersarang labah2 tu yer (termasuk la aku).
*p/s lagi : harap2 berita ni tak betul la yer.



.

Thursday, December 9, 2010

Punk Genius Traitor Billionaire : Social Network

Semalam hari Wednesday. Dan biase la. Wednesday is a movie-day!

Aku ingat nak tengok cite kartun. Coz sekarang ni masih lagi dalam proses nak menghiburkan hati yang luka. *ceh.

Aku plan nak tengok Mega Mind. Coz ade orang cakap movie tu tersangat lah kelakar, memang boleh sangat2 kalo setakat nak menghiburkan hati yang luka. cewahh~

Tapi dah takde la plak movie tu. Yerlah kau, dah brape lama movie tu klua kat panggung, baru sekarang nak pegi tengok. Of coz la dah takde. Ade budak nih ajak aku tengok Rapunzel. Tapi minggu lepas kan dah tengok. Malas lah. So, aku nak tengok movie lain plak.

Sambil beratur nak beli tiket, sambil tengok skrin, sambil fikir. Nak tengok movie ape nih? Haihh...Due Date best tak? Dah semua orang aku sms, tanye best ke tak. Kalo tengok Unstoppable pun best gak. Aku blom tengok lagi nih. Ke nak tengok movie baru? Warrior's Way maybe? Macam best jer.

Last2 aku pilih Social Network. Ok, aku tau tersangat lah tak sesuai tengok movie nih di waktu kepala otak aku tengah berserabut nih. Ingat nak tengok Due Date jer. Minggu depan baru tengok Social Network. Tapi nanti minggu depan takot movie ni dah takde. Sebab movie ni dah lama kot klua kat panggung. Nak tau jgak "asal usul" Facebook kan. hehe~

So, aku beli lah tiket Social Network.






"YOU DONT GET TO 500 MILLION FRIENDS WITHOUT MAKING A FEW ENEMIES"
thats so true, isn't it?



Pening gak kepala aku yang tengah serabut tengok movie nih. Tapi takpe. Boleh tambah knowledge. Knowledge la kunun.

Owh. Baru ku tahu Facebook ini lahir dari pengkhianatan dan pencurian-idea. Alahh...cite tu bukannye betul 100% kan. Ada jgak "penambah perisanya". So, tak tau la ape kebenarannya.

Baru ku tahu juga, dulu Facebook dikenali sebagai The Facebook. Time tu aku blom guna FB lah kan.

Komen pasal cite ni? Eemmm...ok la kot. Sesuai la bagi pengguna FB yang nak tau asal usul kejadian lahirnya FB nih. Cewahh~ melebih2 plak ayat. Movie yang serius. Dan sememangnya untuk penonton yang berumur 18 tahun ke atas sahaja! Seriously, okay.

Btw, saket ati tengok Sean Parker. Macam nak lempang2 jer muka si batu api tuh! Grrr~~

Secara tiba2, timbul keinginan untuk mengetahui dan melihat wajah2 sebenar insan yang dilakonkan watak2 mereka nih. Kata dari kisah benar kan, so mesti la ade muka watak sebenar kan. *ape2 jerlah. asalkan paham.

So, ape lagi. GOOGLE lah.


Jesse Eisenberg ---> Mark Zuckerberg


Justin Timberlake -----> Sean Parker
Andrew Garfield -----> Eduardo Saverin

pictures from : trendsupdates



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Andrew Garfield
OH-EM-GEE~~ he's sooo damn HOTTT!!!
saya jatuh cinta pandangan pertama! bahahaa~~ ;DD




*p/s : whats up next? Narnia maybe. wahh~~ cant wait to watch Narnia!!! well...asalnye dah plan nak tengok ngan orang tu. tapi hajat tak kesampaian kot. kita hanya mampu merancang, kan. tapi kita tak mampu menentukan segala2nya. '~'



.

Monday, March 1, 2010

Tentang Facebook dan Facebooker

Korang ade Muka-Buku? Sape yang takde Muka-Buku? Sila angkat kaki (dari sini)! HAHAHAHHH~~ *kidding ;DD

Aku sign up for Facebook beberapa tahun yang lepas. Tak ingat dah tahun bila. Mase aku kat UKM dulu. Tapi lepas sign up tuh, aku biarkan jer FB aku tu..selama hampir 6bulan! Bila ada yang tanye aku ade FB ke tak, aku jawab : TAKDE. ;p

Bila ramai kawan yang tanya, tanya & tanya aku ade tak FB, dan bila kawan2 yang "sebok" nak add FB aku, baru lah aku me-muncul-kan FB aku di khalayak kawan2 ku. *ngahaa~~ ;p

Mase tu hampir semua orang cakap "FB best". Ntah ape yang bestnye. Aku tetap dengan pendirian aku - MS lagi best! Sebab? Sebab boleh edit page, boleh edit mengikut citarasa dan kesukaan sendiri. Mungkin sebab aku memang suke edit profile dan bermain-main dengan code-code html. Sangat puas hati bila dapat edit macam-macam *pesen, dan yang paling aku suka, DIV profile. Bila guna DIV profile, seperti aku yang mencipta sendiri profile aku tuh. Aku boleh letak box ape je yang aku nak, kat posisi mane, kiri ke kanan ke. Dan boleh letak berapa banyak box yang aku nak, size besar ke kecik ke. Ikut kesukaan sendiri. Bila dah jadi macam yang kita nak, memang puas ati!

Ishh. panjang plak cite pasal edit profile. Balik kepada sebab kenapa aku rasa MS lagi best - kat MS takde kawan2 seperjuangan, takde busybody, lebih privacy kot, bdak2 MS lebih open-minded, kau boleh upload gambar macam2 tanpa ade sape2 yang terkejut sebab diorang tak kenal kau di dunia nyata, dan macam2 lagi lah sebab musabab kat pemikiran aku nih.

FB plak? huh. Agak boring. Agak skema.

p/s* bab gambar tuh, jangan pikir macam2! maksud aku, just gambar diri sendiri yang sangat berlainan dari diri sendiri di mata kawan2 di alam nyata! HAHAHH!!!

Sekarang, rasa ke-best-an MS dari FB mungkin ade kot, tapi dah berkurangan sedikit. Aku pun dah jarang2 sangat login MS. FS? Lagi lah. Hampeh. Memang FS HAMPEHHH!! Tak best langsung. Takde kemajuan! Kadang2 bila edit profile, langsung tak update yang aku dah edit tuh. Tak ke bengang?

Ok, sekarang cerita pasal FB. Aku sangat malas nak online sejak dah keje nih. Sebab balik keje pun dah lewat, sampai umah dah malam. Dari aku online, lebih baik aku rehat dan tido. Kalo online pun, just nak tengok coretan orang kat Wall aku, jenguk2 friend request, tinjau2 cerita kawan2 kat Home. Tapi untuk approve friend request & reply Wall post? Sangat malas! Kalo friend request yang tak guna gambar sendiri tuh, memang aku tak approve langsung!

Sekarang ni ade la rajin sket online. Rajin SIKIT approve friend request dan reply Wall post. SIKIT aje. ;p


current default picture. yiihaaa...!! aku sukeww!! ;DD



About Me


Kenapa aku coretkan - the ONLY THING you truly know about me is MY NAME. ? Sebab memang fakta kan? Memang betul kan? Kesimpulannya, DONT JUDGE A BOOK BY IT'S COVER! Itulah yang ingin ku sampaikan.

333
(28.02.2010)


Di kala Facebookers yang lain sibuk "mengumpulkan" rakan-rakan siber mereka, aku plak malas nak meramaikan kawan "PALSU". Untuk apa ya mempunyai ramai kawan di FB? Ia bukan kawan yang real, bukan? Adakah ada manfaat yang sangat berguna jika mempunyai ramai FRIEND di FB? Mungkin ade yang rasa seronok ada ramai kawan, mungkin yang rasa dirinya sangat femes bila ramai yang add dia, mungkin orang suka ramai kawan di FB sebab ramai yang boleh comment gambar diorang, dan macam2 lagi lah.

Ntah. Mungkin pendapat korang lain. Sebab kita melihat dari perspektif yang berbeza. Sebab keinginan kita juga mungkin berbeza.


Introduction? What the heck?


Menyampah sungguh bila ada orang mintak aku bagi introduction. Tak kira la sama ada aku add diorang or diorang add aku. Introduction ape yang korang nak? Nama? Tarikh lahir? Umur? Hometown? Stay mane? Biodata? Macam tu? So childish and so unnatural. Dan tak spontan langsung! Furthermore, untuk apa semua ni kat Wall aku :-


apakah anda tidak tahu membaca?


*p/s - Relationship Status : Single? Uuppss...


sepanjang masa appear Offline


Sebab? Sebab aku memang taksuka Chatting kot. Dan aku tak suka bila tiba2 jer ade orang buzz aku, nak ber-chatting. Sesungguhnya aku tidak mempunyai masa untuk ber-chatting!


Go Offline! yeahh..!! ;p




owh. saya tidak suka ini


Macam2 request ada. Farmville, Fishville, Petville neighbour, Countrylife, Restaurant City, Cafe World neighbour, Mafia Wars, Sorority Life, Causes invitation, friendship request, icecream dream request, kirby request, dan macam2 lagi lah.

Kenapa kat FB nih takde button yang boleh klik & ignore semua request dengan hanya satu klik? Atau klik yang mana taknak, & ignore them just by one click! Atau klik mana yang nak accept & just click satu kali untuk accept yang kita nak?? Macam kat MS. Paham tak maksud aku? Sungguh malas aku nak bukak dan ignore request2 ni satu persatu. So, aku biar camtu jer. Tak pernah jenguk pun semua request tu.



Convocation gift.
maybe dihantar around bulan Ogos tahun lepas.
tengoklah. ni buktinya se-berapa lama-nya aku tak jenguk2 request2 yang ada.
*terima kasih ya kawan2! :)


Tadi masa aku browse through request2 tu, mataku tertarik pada yang ini :-

anda rasa saya kiut?? owh. terima kasih. ;D
aku approve! hahah~ ;p


Dah lama tak ambik kuiz. Ni lah kuiz terbaru yang aku ambik. Saje2 nak ambik, seperti juga reason aku ambik kuiz2 lain - SAJE2, SUKE2 :-


yeah, Edward Cullen is my boyfie. ;p


Seperti juga di mana-mana laman sosial, akan ada manusia2 yang annoying. Sesungguhnya aku memang tidak suka dengan sesetengah Facebooker yang agak annoying dan menggelikan. Contohnya seperti ini :-


Kalo kamu mau kenalan sama aku, ya silakan aja. tapi ngak perlu mesej ke Inbox ku. terus aja ke Wall ku. tapi jangan bilang "boleh berkenalan?". kayaknya seperti ada yang aneh. geli sih aku baca'in mesejnya.

Aku tak tahu apa pandangan korang kalo korang dapat mesej camni (dan aku tau, ramai yang berpengalaman macam aku nih). Tapi bagi aku, AKU GELIIIII...!!!!!

Memang aku block aje lelaki seperti itu!

Seperti juga manusia yang annoying dan tidak paham2 bahasa, seperti ini:-

Kalo gue udah bilang ke Wall aja, makanya ke Wall aja lah sih! Ini tak. Dah aku cakap camtu, maknanya aku taksuka mesej2 di Inbox. Dah tau aku taksuka mesej2 di Inbox, tak perlu la nak teruskan pertanyaan dan sembang-sembang di Inbox. Ngerti ngak kamu??

Manusia ini juga memang tidak paham bahasa. Bukan setakat tidak paham bahasa, malah tidak berputus asa :-

ape HAI HAI??


Kalau sudah berkali2 kita mesej orang, dan orang itu tidak pula membalas mesej kita, maksudnya apa? Maksudnya orang itu memang taknak layan kita lah! So, takpayah la berkali-kali hantar mesej yang sama, dol!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Manusia ni memang ramai yang pelik2 kan? Makanya lebih baik aku jadi vampire.

Edward Cullen,,,,pls marry meeee....!!!

AHAHAHAHAHAHAAHAHAHHHHHH.....!!!!!!!!!!!!!!! ;DD





.